[Belajar WordPress] Ketahui Perkara Asas WordPress Dengan WordPress Portable

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap sihat sejahtera. Artikel ini penulis karangkan untuk memberikan kemudahan kepada anda yang ingin belajar segala tentang WordPress khususnya WordPress.org. Kiranya,artikel ini hanyalah pengenalan untuk anda yang ingin berjinak dengan WordPress. Namun begitu. Dalam kelebihan program ini masih terdapat kekurangannya. Kekurangannya terletak pada “hosting”. Anda tidak akan menggunakan hosting untuk belajar wordpress ini. Anda hanya belajar segala perkara asas tentang WordPress seperti memuat naik plugin dan tema,kenali fungsi-fungsi yang terdapat pada WordPress self-hosted dan sebagainya. Fungsi plugin dan menukar tema yang bebas  memang anda tidak akan dapat rasakan apabila menggunakan WordPress.com. Jadi,belajar asas wordpress.org amatlah penting Untuk berkenalan dengan hosting yang menggunakan panel kawalan cPanel. Anda bolehlah membaca artikel Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 1],Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 2] dan Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 3]. Meskipun tidak selengkap cPanel X tapi sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengenali dan memahami istilah-istilah dalam hosting.
Seperti namanya WordPress Portable. Maka,memang tidak akan berlaku pemasangan yang melibatkan registry yang berbagai-bagai yang akan membebankan komputer kita. Dengan perkataan portable juga bermaksud anda boleh lakukan melakukan berbagai-bagai perkara diluar daripada komputer anda. Ini bermaksud anda boleh menyimpan di dalam thumbdrive  ataupun cloudstorage dan boleh digunakan di mana-mana sahaja mengikut keperluan anda. Untuk anda yang ingin mencuba sesuatu plugin atau mencuba memasang sebarang tema luar seperti d anda perlulah memiliki sambungan internet. Tetapi,sekiranya anda mahu belajar dan mengetahui segala yang asas dalam WordPress atau yang sudah sedia ada anda tidak memerlukan sebarang sambungan internet. WordPress Portable ini cara kerjanya hampir sama dengan Memasang WordPress pada localhost iaitu menggunakan perisian XAMPP. Selalunya mereka yang menggunakan localhost bertujuan untuk membuat tetapan sebelum dibawa ke hosting untuk diterbitkan pada laman mereka.

Selepas anda sudah mengetahui segala asas mengenai domain,hosting dan WordPress itu sendiri. Barulah anda memasang dan menggunakan WordPress secara serius di hosting iaitu dengan mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan kepuasan yang hak dan mutlak. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba. Sekali guna terus terpesona. Itulah yang sering diungkapkan oleh mereka yang telah lama menggunakan WordPress.org.

Kaedah:- 

1. Muat turun WordPress Portable [disini]

2. Selepas muat turun extract fail tersebut. 

3. Klik WP-Portable.exe.

4. Pergi ke Taskbar Windows anda. Klik kanan ikon WordPress dan pilih Open WordPress in Browser. 

5. Untuk mengakses ke Dashbord masukkan nama pengguna dan kata laluan di alamat  

 http://localhost/wordpress/wp-admin
 http://localhost/wordpress/wp-login.php

Nama pengguna dan katalaluannya ialah admin.

6. Perkara yang sama juga yang akan dilakukan oleh anda apabila selesai sahaja memasang WordPress di hosting. Perkara itu ialah mengemaskini (update) plugin,tema dan WordPress itu sendiri ke versi yang terbaru.

7. Jadi,semua perkara yang anda dapat lakukan pada WordPress dengan hosting dapat anda lakukan disini. Jadi,sekiranya anda sudah bersedia untuk menjadi blogger secara serius dengan platform WordPress anda tidak akan terkial-kial lagi. Sekiranya anda sudah bersedia anda boleh ikut cara pemasangan WordPress seperti Belajar WordPress : Membina Blog dengan Hosting [Bah.1],[Bah.2],[Bah.3] dan [Bah.4]

Sumber: Anarm.net

Selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img