Kita sudah menanti terlalu lama, tetapi kini sudah hampir tiba masanya untuk kita pergi menonton filem ‘The Batman’, dalam gambaran terbaru superhero bertemakan kelawar ini.
Versi yang dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne, dan Zoë Kravitz sebagai Selyna Kyle, akan mencipta sebuah ‘bat universe’ baharu. Filem diarahkan oleh Matt Reeves, dan muzik pula oleh Michael Giacchino.
Jalan cerita kali ini akan menampilkan Bruce Wayne pada tahun kedua misinya sebagai ‘Caped Crusader’ Gotham. Garis masa perjalanan filem dikatakan hanya dalam tempoh seminggu sahaja, kerana Wayne berusaha menghentikan The Riddler (lakonan Paul Dano) sebelum cubaannya membunuh lebih ramai orang.
Wayne akan mendapat bantuan daripada Selyna/Catwoman, dan Detektif James Gordon (lJeffrey Wright). Ancaman tidak hanya datang daripada The Riddler, tetapi juga The Penguin (Colin Farrel) dan Carmine Falcone (lJohn Turturro) yang akan mempunyai kaitan dengan jenayah di bandar tersebut.
The Batman akan ditayangkan di pawagam bermula pada 4 Mac 2022. Apa yang menggembirakan, ia tidak akan memerlukan masa yang lama sebelum ia dapat memasuki perkhidmatan penstriman. Filem ini akan tersedia di HBO Max hanya 45 hari selepas tarikh tayangan di pawagam (18 April).
The Batman, dalam penampilan kali ini dikatakan akan mempunyai suasana dan jalan cerita yang lebih ‘gelap’ berbanding versi sebelumnya.
Disebabkan ramai juga yang meminta, maka saya kongsi sedikit bagaimana cara untuk memasang Chrome OS Flex.
Suka untuk saya ingatkan, Chrome OS Flex bukan untuk semua orang. Jika peranti anda sememangnya sudah sedia bagus bersama dengan Windows atau MacOS, maka kekalkan saja sistem operasi itu.
Pada saya, Chrome OS Flex sesuai diguna untuk ‘menghidupkan’ semula laptop atau komputer yang dah ditelan zaman. Kalau anda berminat nak mencuba sesuatu yang baru, itu saya tak boleh nak halang, terpulang kepada anda.
Pemasangannya adalah sama sahaja sepertimana anda memasang distro Linux. Boot melalui pendrive, dan pilih sahaja untuk memasang ia terus ke pemacu yang ada.
Harus diingatkan bahawa pemasangan ini akan memadam sistem operasi sedia ada. Tidak terdapat pilihan untuk membuat ‘dual boot’, maka sila pastikan pemacu yang anda gunakan itu kosong atau sememangnya ingin anda ‘padamkan’.
Sekarang, anda mungkin serba sedikit sudah faham bagaimana ‘perjalanan’ pemasangannya, paling penting sekali ialah bagaimana cara untuk memasangnya ke dalam pemacu USB sebagai medium. Ikut sahaja kaedahnya seperti berikut:
1. Pasang Chromebook Utility Tool pada pelayar web (haruslah berasaskan Chromium, seperti Google Chrome, Brave, Microsoft Edge, dan sebagainya lagi).
2. Klik pada extension Chromebook Utility Tool tersebut untuk mulakan pemasangan. Proses ini dijalankan terus secara atas talian ya. Oleh itu, sila pastikan anda mempunyai sambungan internet yang baik.
3. Seterusnya, klik pada pilihan ‘Select a model from a list’ > Select a manufacturer > pilih Chrome OS Flex. Pada pilihan ‘Select a product’ klik saja nama versi Chrome OS Flex yang keluar – Chrome OS Flex (Developer-Unstable), dan klik Continue.
4. Pastikan anda sudah memasukkan pemacu USB ke port yang ada, dan teruskan pemasangan. Saiznya haruslah 8GB ke atas.
5. Sekarang, tunggu sahaja proses ini selesai. Sekiranya ada diminta oleh Windows untuk menjalankan extension, klik sahaja butang untuk membenarkannya.
6. Akhir sekali, boot menggunakan pemacu USB ini.
7. Anda akan terus memasuki persekitaran Chrome OS Flex. Ikut dan masukkan sahaja butiran yang diminta sehingga selesai.
Saya ada kongsikan mengenai bagaimana caranya untuk anda menukarkan komputer atau laptop lama kepada Chromebook dengan memasang Chrome OS Flex di: Ada Laptop Lama? Tukarkan Ia Kepada Chromebook.
Terus terang kata, Chrome OS Flex berjaya menambat hati saya untuk terus menggunakannya. Komputer dengan spesifikasi lama masih dapat bernyawa dengan adanya sistem operasi ini dipasangkan padanya.
Jika Chrome OS dari saluran ‘biasa’ hanya dapat dinikmati pada peranti Chromebook, Chrome OS Flex pula dapat diakses oleh sesiapa sahaja. Anda pengguna Windows? Mac? Tak kisah. Asalkan ada peranti yang boleh ditukar menjadi ‘Chromebook’, anda adalah calon penggunanya.
Seperti cara Chrome OS beroperasi, Chrome OS Flex adalah berdasarkan teknologi awan, bermakna sebarang proses tugas berat tidak akan berlaku pada perkakasan lokal peranti anda. Oleh itu, secara tidak langsung ia menafikan keperluan untuk spesifikasi sederhana hingga tinggi ke atas komputer.
Keseluruhan idea ini telah lahir daripada satu lagi sistem operasi terkenal yang dipanggil sebagai CloudReady. Sebelum ini, berada di bawah pemilikan sebuah syarikat bernama Neverware. Walau bagaimanapun pada tahun 2020, taikun teknologi Google membeli Neverware dan kini menjadi pemilik kepada jenama tersebut. Selepas Google menyediakan versi stabil pertama sistem operasi, semua pengguna CloudReady semasa secara automatik layak untuk menerima naik taraf percuma kepada Chrome OS Flex.
Chrome OS Flex tidak memerlukan sebarang kos. Ia adalah percuma dan dapat dipasang pada peranti Windows dan Macbook. Konsep ini pada dasarnya akan menghapuskan keperluan jabatan IT dari pelbagai sektor untuk mengalihkan perkakasan mereka dengan melalui banyak usaha dan membelanjakan banyak wang sekiranya mereka ingin beralih ke Chrome OS Flex.
Selain itu, Google tidak lama lagi akan mengeluarkan senarai komprehensif peranti yang disahkan (verified devices), yang akan terus mendapat sokongan aktif daripada pembangun. Bagaimanapun, anda masih boleh memasang Chrome OS Flex pada mana-mana peranti yang anda miliki, sama ada dalam senarai peranti yang disahkan/diperakui atau tidak.
Berdasarkan kod sumber Chromium OS, pengguna boleh mengharapkan tahap prestasi yang sama dalam kelajuan dan kebolehpercayaan seperti Chrome OS – ada pada Chrome OS Flex. Sistem operasi ini akan menjadikan komputer riba anda serba baru semula dan membolehkan anda menggunakannya dengan nafas baharu sekali lagi. Salah satu kelebihan terbesar Chrome OS ialah kelajuannya, dan ini sudah pasti diwarisi oleh Chrome OS Flex.
Bagaimana pula dengan tahap sekuriti?
Memandangkan Chrome OS Flex bakal menyertai keluarga OS Chrome, anda boleh mengharapkan kemas kini yang konsisten dan rutin yang tidak berbelah bahagi daripada Google dalam hal itu. Walau bagaimanapun, tumpuan daripada pembangun kekal pada tampalan keselamatan (security patches) untuk Chrome OS Flex, memberikan keselamatan proaktif terhadap ancaman terbaru.
Jika dirujuk pada pengumuman Google minggu lepas, anda boleh lupakan tentang keperluan untuk memasang sebarang perisian antivirus di peranti anda.
Beberapa ciri keselamatan Chrome OS yang paling mantap (dan kini Chrome OS Flex) adalah termasuk mekanisme sistem ‘read-only’ dan pelaksanaan ‘sandbox’ yang tidak membenarkan perisian hasad ‘mengganas’ dan melintasi aplikasi serta fail sistem lain. Anda juga boleh menggunakan Enhanced Safe Browsing pada peranti Chrome OS Flex, yang menghalang anda daripada terperangkap oleh laman web dipenuhi perisian hasad di Internet.
“With Chrome OS Flex, there’s no need for antivirus software.”
Saya ucapkan, selamat menggunakan Chrome OS Flex kepada semua.
Tidak dapat dinafikan, Windows 11 membawakan pembaharuan yang signifikan terutamanya pada paparan antara muka pengguna. Namun begitu, setiap penambahbaikan pasti ada ‘pengorbanan’ yang perlu dilakukan. Windows 11 menuntut spesifikasi lebih baik, dan ini bermaksud laptop lama mungkin hanya akan ‘bersemadi’ bersama sistem operasi yang sudah ketinggalan.
Tetapi, bagaimana jika ada cara lain untuk ‘menghidupkan’ semula laptop lama itu? Tidak, saya tidak bercakap mengenai Linux, kerana selepas bertahun-tahun menulis tentang Linux, mereka yang berjaya memanfaatkannya boleh dibilang melalui jari kaki. “Ade ler seco’et,” bak kata orang Perak.
Hari ini saya nak memperkenalkan kepada anda – Chrome OS Flex.
Versi baharu Chrome OS ini boleh dipasang pada mana-mana PC atau Mac, dan Google percaya bahawa ia mampu memberi nafas baru pada komputer atau laptop lama yang anda gunakan dalam urusan seharian.
Minggu lepas, Google telah melancarkan Chrome OS Flex, dan ia boleh dimuat turun serta dicuba menerusi ‘live USB’. Ya, sama saja sepertimana ketika anda hendak mencuba Linux secara ‘live’ USB’. Ini membenarkan bakal pengguna untuk merasai terlebih dahulu bagaimana rupa serta reka bentuk sistem operasi ini, berbanding Windows yang memerlukan pengguna terus memasangnya pada peranti.
Apa antara kekuatan atau faedahnya apabila anda menggunakan Chrome OS Flex ini:
– Laptop akan dapat boot dengan cepat, manakala sistem operasi itu pula akan membuat kemas kini di belakang tabir.
– Aplikasi Google, contohnya YouTube, Chrome, Docs, Sheets, adalah terintegrasi dengan lebih baik.
– Pengguna iCloud boleh membuat pelarasan (sync) akan tersebut dalam Chrome OS Flex.
– Ia juga boleh menyekat fail ‘executable’ daripada dijalankan (fungsi sekuriti).
Disebabkan sistem operasi ini adalah berasaskan teknologi awan (cloud base OS), anda semestinya memerlukan internet yang baik. Jika anda rasa Chrome OS Flex mampu memberi apa yang anda inginkan pada sesebuah sistem operasi, anda boleh muat turun pada pautan ini: Chrome OS Flex
Oh ya, apa yang paling penting ialah ianya percuma.
*Masukkan butiran terlebih dahulu, kemudian anda ikut sahaja panduan yang diberikan.
Pembangunan telefon pintar ni, pada abam dah menghampiri sudut puncaknya apabila peranti mercu terbaru pun hampir sahaja mengulangi apa yang sudah sedia ada ditawarkan pada model semasa. Bahasa mudah yang lain, pembangunan sudah pun tepu.
Kalau ada pun penambahbaikan – mungkin pada teknologi pengecasan pantas dan semestinya kamera. Kalau bab chipset, nampaknya kita betul² perlu menantikan peranti baharu yang mampu menangani masalah haba dengan lebih berkesan.
Jika tidak, semuanya bagaikan seterika kayangan, maklum saja harganya tidak murah belaka.
Menyentuh mengenai kamera, diberitakan bahawa vivo sedang cuba membangunkan kamera yang mampu terbang keluar dari telefon pintar. Ini berikutan telefon pintar mereka sebelumnya sudah pun dilengkapi dengan sistem gimbal mikro yang dapat merakamkan video ultra-stabil tanpa memerlukan gimbal luaran.
Dikatakan lagi, Vivo sedang membangunkan kamera dengan keupayaan seperti dron. Ia mungkin akan ‘tertanggal keluar’ dari telefon pintar dan melayang di udara untuk mengambil gambar di udara atau merakamkan video.
Menurut laporan, Vivo akan mendapatkan paten untuk telefon pintar itu dengan Pejabat Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property Office) pada Disember 2020. Seperti biasa di ruang maya internet, lakaran telefon Vivo yang dikhabarkan dengan kamera terbang telah pun tersebar (anda boleh rujuk pada gambar yang abam muat naik).
Lets Go Digital adalah antara yang mula² mengeluarkan lakaran (digital sketch) tersebut pada tahun lepas. Ia menggambarkan sebuah telefon pintar yang mempunyai ruang (compartment) yang boleh ditarik keluar di bahagian tepinya.
Bekas yang menyimpan kamera tersebut mengandungi empat baling² (propellers) yang membolehkannya untuk terbang ke udara, siap beserta bateri terbina dalaman.
Untuk mengelakkan perlanggaran semasa terbang di udara, ia mempunyai dua kamera dan tiga sensor inframerah. Kamera pertama digunakan untuk menangkap pandangan udara hadapan, manakala kamera kedua diletakkan untuk merakam rakaman dari bawah. Menurut paten, ruang kamera itu boleh dikeluarkan sepenuhnya dari telefon pintar.
Kerana ia akan diletakkan di dalam telefon pintar, kamera terbang itu dijangka agak kecil. Walau bagaimanapun, paten tidak menjamin bahawa pengeluar akan mengeluarkan telefon seperti ini. Pengeluar telefon pintar mengemukakan sejumlah besar paten, tetapi hanya sebilangan kecil daripadanya dikomersialkan.
Kita seperti biasa, kalangan mana yang marhaen makan gaji ni, lepak tepi saja sambil kunyah kuaci (popcorn mahal). Kalau keluar, doa sajalah semoga tangan kita dapat merasa mengendalikannya.
Biasanya saya guna kombinasi antara Seedr, Gettorrent, dan ZbigZ kerana semuanya percuma. Tetapi sama seperti kebanyakan seedbox percuma lain, ruangan storan adalah terhad, dan selalunya saiz diberi adalah 2GB.
Kali ni saya nak kongsi satu seedbox yang juga percuma, tetapi ruangan storan diberikan ialah 4GB. Seedbox itu bernama SonicBit. Ya, apa salahnya kita tambahkan lagi ‘koleksi’ seedbox percuma, kan?
Selain ruang yang lebih besar, kelajuan muat turun juga (setakat penggunaan harian saya) tidak disekat. Kalau plan internet anda berkelajuan 30Mbps, 30Mbps lah yang anda akan dapat. Kalau 100, 100 lah.
Tapi paling penting, kalau anda hendak naik taraf akaun kepada langganan premium sekalipun, harganya tidak mahal. Bermula dari plan 20GB ruang storan, anda hanya perlu membayar sebanyak $2.15 sahaja (RM9), manakala plan lain pun tidak akan mengoyakkan poket anda. Anda boleh rujuk sendiri plan di tab ‘Upgrade’.
Ia juga menyokong ciri lain seperti Cloud Transfer (Remote Upload) yang membenarkan kita untuk memindahkan fail ke perkhidmatan penyimpanan fail yang lain seperti Mega, pCloud, Google Drive, dan lain-lain.
Ehh senang cerita, kalau berminat, bolehlah daftar akaun anda di pautan: SonicBit
Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kenaikan harga gas memasak, seorang lelaki Nigeria yang berpangkalan di kawasan Jekadafari di Negeri Gombe telah menawarkan alternatif dalam inovasi luar biasa yang dicipta olehnya – dapur memasak menggunakan air.
Dapur memasak bersumber air milik Hadi Usman yang berusia 67 tahun itu dikatakan tidak memerlukan penggunaan gas atau minyak tanah dalam menghasilkan api.
PR Nigeria melaporkan bahawa inovasi juruteknik elektronik itu adalah hasil daripada keinginannya untuk mensubsidi kos penggunaan gas dan minyak tanah.
Video YouTube yang dikongsi oleh media menunjukkan Hadi membuat demonstrasi bagaimana dapur memasak dengan medium air dapat menghasilkan api. Usman mahu institusi berkaitan membantu mendapatkan inovasinya untuk dipatenkan. Beliau juga mahu usaha sama untuk memastikan ia dapat dihasilkan secara besar-besaran.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Gombe menawarkan untuk menyokong Usman mengembangkan lagi ideanya.
Suruhanjaya Pembangunan Timur Laut, NEDC juga turut berjanji untuk melibatkan Usman bagi melatih beberapa belia, manakala Universiti Negeri Gombe pula berikrar untuk menawarkannya pekerjaan.
Kita di sini hanya mampu menanti sama ada inovasi ini akan dapat dikembangkan hingga ke negara kita. Kemungkinannya itu adalah tipis, tetapi berharap kepada sesuatu yang positif juga adalah percuma.
“The website is shut down indefinitely. I couldn’t afford to run it anymore. I will not renew the domains.”
Demikian komen diberikan oleh seorang admin dengan nama ‘sidekickbob’. Dia merupakan antara individu yang mengambil alih laman tersebut selepas pengendali ETTV ‘menghilangkan’ diri secara tiba² dua tahun lalu.
Meskipun ETTV biasanya dirujuk sebagai sebuah ‘kumpulan’, sebenarnya operasi laman ini dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Nasib ETTV agak baik sebelum ini apabila terdapat beberapa orang yang menawarkan bantuan serta pemilik laman ExtraTorrent ada memberikan sokongan kewangan bagi memastikan operasinya diteruskan.
Apabila ExtraTorrent secara sukarela menutup lamannya pada tahun 2017, kumpulan ETTV dan EtHD tidak mempunyai tempat untuk beroperasi. Mereka terus memuat naik ke laman torrent yang lain, namun beberapa bulan kemudian mereka melancarkan laman web sendiri.
Operasi kemudiannya diteruskan lagi sehinggalah pengendali asal bagi ETTV ‘hilang’ dari radar. Sidekickbob mengambil alih bermula dari sini dan berjaya mengekalkan laman tersebut hampir dua tahun.
Pada awalnya, sidekickbob berharap untuk menjual laman torrent itu kepada pihak ketiga yang bereputasi boleh mengekalkannya. Ini masih menjadi pilihan tetapi adalah jelas dari awal bahawa sukar untuk memastikan ETTV kekal berada dalam talian tanpa sumber kewangan. Selepas lebih sedekad, nampaknya hasrat tersebut terhenti di situ.
Nak buang bloatware tak perlukan root pun. Cukup sekadar sedikit pengetahuan tentang adb dan kerajinan menaip baris perintah, semua bloatware yang ada dalam telefon pintar baru, boleh dibuang asalkan anda berani membuat perubahan tersebut.
Ada yang boleh dibuang (selamat), dan ada juga yang apabila dibuang akan menyebabkan sistem tidak berfungsi, atau bootloop.
Untuk itu, bagi memudahkan kerja pembuangan bloatware yang tidak diingini, wujudlah beberapa debloader yang berlegar di arena forum.
Antaranya seperti Xiaomi ADB/Fastboot Tools yang dikhususkan untuk peranti Xiaomi dan POCO, manakala Universal Android Bloater pula, seperti namanya adalah dibuat untuk pelbagai jenis peranti dari berbagai jenama.
Ini sedikit sebanyak memudahkan penghapusan bloatware tanpa perlu berurusan dengan cmd. Hanya perlu klik butang ‘Uninstall’, dan bloatware tersebut akan segera dinyahpasang.
Universal Android Debloater telah dibuat oleh seorang ahli forum XDA iaitu w1nst0n_fr. Ia merupakan skrip shell yang bergantung pada senarai bloatware khusus OEM yang diselenggara oleh komuniti. Beberapa bulan yang lalu, dia menulis semula aplikasi tersebut dalam Rust dan mengubahnya menjadi bentuk berpaparan antara muka pengguna (GUI).
Anda yang berminat, bolehlah muat turun di: GitHub
‘Bapa’ a.k.a pencipta dan legenda dalam dunia Linux, Linus Torvalds nampaknya mendakwa bahawa dia adalah Satoshi Nakamoto, ‘bapa’ Bitcoin.
Adakah dia bergurau semata-mata, atau ini perkara sebenar yang dijadikan sebagai sebuah samaran?
‘Drama’ sembang petang kita bermula apabila Torvalds mengubah suai satu baris dalam Kernel Linux, yang menyebabkan sesiapa sahaja membacanya akan turut tertanya-tanya.
Pengubahsuaian di baris itu mengatakan ‘Name = I am Satoshi.’
Ini telah menyebabkan ramai orang tertanya-tanya apakah niat Torvalds dengan melakukan pengubahsuaian pada baris tersebut. Adakah dia mengaku sebagai pencipta mata wang kripto paling terkenal di dunia, atau adakah dia hanya bergurau dan sekadar ingin mencipta drama untuk para ‘nerd’ teknologi berborak?
Linus Torvalds berucap di TED2016 – Dream, 15-19 Februari, 2016, Vancouver Convention Center, Vancouver, Canada. Photo: Bret Hartman / TED
𝗟𝗶𝗻𝘂𝘀 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴
Ramai orang berkata, Linus Torvalds mungkin merupakan insan misteri bergelar Satoshi Nakamoto, pencipta bitcoin. Dia adalah pencipta Git, sesuatu yang dianggap telah melahirkan idea blockchain. Selain itu, semua khabar angin dan bukti mengikut keadaan sesuai dengan garis masanya.
Hakikatnya di sini, Torvalds ialah seorang calon yang hebat sebagai pengasas kepada sesuatu berskala ‘mega’ seperti blockchain.
Walaupun tiada pengesahan bahawa Torvalds mempunyai sebarang kaitan dengan penciptaan Bitcoin, banyak faktor menunjukkan bahawa dia mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menjadi Satoshi Nakamoto, termasuk pengalaman dengan teknologi tersebut.
Ini bukan kali pertama Torvalds ‘disyaki’ sebagai bapa kepada Bitcoin. Torvalds telah pun disoal siasat mengenai perkara itu dalam beberapa persidangan. Namun, dia selalu enggan menjawab sama ada dia ialah Satoshi Nakamoto atau tidak.
Perbincangan mengenai identiti sebenar pencipta Bitcoin yang misteri telah wujud sejak mata wang kripto itu dilancarkan.
Terdapat sedikit catatan yang Satoshi Nakamoto telah buat dalam forum pembangun, dan semuanya telah dikaji untuk mencari petunjuk yang akan membawa kepada pengenalan terhadap penciptanya (Bitcoin), malang sekali semua tidak berjaya.