Utama Blog Laman 41

Infinix Memperkenalkan Model Infinix Note 12 versi MLBB

0

Infinix Malaysia memperkenalkan model baru Infinix Note 12 2023 dengan kerjasama Mobile Legends: Bang Bang. Kerjasama adalah bersempena perlawanan MLBB M4 World Championship.

Spesifikasi ringkas Infinix Note 12 2023

  • MediaTek Helio G99 6nm
  • Skrin 6.7 inci FHD+ Amoled True Color
  • RAM 8GB+5GB
  • Dwi pembesar suara dengan Hi-Res DTS
  • Pengecasan pantas 33W dengan bateri 5000mAh
  • Motor getaran linear 4D
  • Kamera utama 50MP
  • Sokongan NFC pelbagai guna

Dapatkan di gedung rasmi Infinix Malaysia

Shopee: https://shope.ee/A9jsh9kFjW

Lazada: https://s.lazada.com.my/s.USycR

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Lagu Cinta Melayu Kontemporari Pilihan OMG Hackers

0

Industri muzik Malaysia seringkali menerima kritikan keras. Mana tidaknya, berbeza dengan negara jiran, industri muzik Malaysia semakin malap. Kita yang dahulunya boleh dikatakan lebih awal dulu maju ke hadapan di peringkat global, sudah semakin ketinggalan. Industri muzik kita sudah tiada keaslian, tiada jiwa, dan hanya sekadar meniru dan menyalin dari orang lain.

Namun begitu, banyak juga artis dan kumpulan yang bagus terutama sekali daripada scene indie yang meningkat popular sekitar tahun 2008. Lain daripada genre rock leleh dan pop jiwang, berikut adalah lagu cinta kontemporari pilihan saya.

1. Chinta – monoloQue

monoloQue dahulunya adalah anggota kumpulan Butterfingers tetapi telah aktif bergerak secara bersendirian lebih 12 tahun lalu. Chinta menceritakan tentang seorang yang cuba lari daripada perasan cinta kerana luka lama. Namun akhirnya terpaut juga dengan cinta sejati. Karya monoloQue agak unik kerana setiap lagunya ada banyak versi dari segi susunan runut bunyi dan irama. Lagu Chinta juga ada banyak versi.

Dengar:

2. Tiada Kata Secantik Bahasa – monoloQue

Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan lagu ini. Ia adalah naskhah gubahan moden daripada karya asal arwah Tan Sri P.Ramlee. Antara cover kegemaran saya.

Dengar:

3. Kanda Adinda – monoloQue & Atilia

Lagu tema filem 8 bulan. Lagu ini ada jiwa seni lagu tradisional kerana penyanyi lelaki dan wanita saling bersahut-sahutan seperti sedang berseloka. Lagu ini menceritakan asam garam kehidupan berumahtangga. Dulunya ada versi bersama Aisyah Aziz, tapi saya dah tak jumpa di YouTube. Saya rasa versi Aisyah Aziz lebih gemersik dan menggoda untuk didengari.

Dengar:

4. Jelita – Kyoto Protokol

Lagu yang berasal daripada pertandingan Versus di TV9, Kyoto Protokol lari daripada genre biasa dengan menggubah lagu berbahasa Melayu. Pertama kali lagu ini diperkenalkan di kaca TV, saya sangat teruja kerana Kyoto Protokol menampilkan Liyana Fizi! Lirik yang sangat santai dengan irama yang unik Kyoto Protokol. Lagu Jelita menceritakan tentang kedua-dua pihak dalam bercinta yang saling menyokong antara satu sama lain. Ada juga versi bahasa inggeris tapi sudah tentulah versi bahasa Melayu lebih mantap!

Dengar:

5. Gadis Semasa – Yuna

Siapa tak kenal Yuna. Antara penggerak industri muzik indie dan pemecah stereotaip penyanyi wanita suatu ketika dulu. Vokal yang unik, Yuna seolah-olah berada dalam genrenya tersendiri. Lagu Gadis Semasa menceritakan tentang gadis yang sudah bosan dengan pasangannya yang ego dan narsisistik lalu akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Gadis Semasa seolah-olah surat cinta terakhir kepada sang jejaka. Gosip liar lagu ini dahulu, dikatakan Yuna menujukan lagu ini kepada bekas kekasihnya. Namun dinafikan sendiri oleh Yuna. Jadi kita tinggalkan saja gosip itu.

Dengar:

6. KL Kita – Yuna menampilkan Qi Razali

Lagu tema Kolumpo The Movie. Bukan lagu cinta sepenuhnya. Tapi lagu yang sedap didengar dikala sedang kusut dalam kekalutan kota raya dan perhubungan. Liriknya ada maksud tersendiri dan pemahaman setiap pendengar pasti berbeza.

Dengar:

7. Angin Kencang – Noh Salleh

Angin kencang ada sedikit ‘vibe’ negara matahari terbit. Naskhah eksperimen daripada Noh Salleh setelah cuba berkarya secara solo. Lagu menceritakan tentang perasaan rindu seorang kekasih yang berada di kejauhan daripada kekasihnya.

Dengar:

8. Bunga di Telinga – Noh Salleh

Antara lagu Noh kegemaran saya. Lagu yang cukup santai dengan lirik yang puitis. Istimewanya lagu ini bagi saya kerana iramanya yang digabungkan dengan elemen orkestra dengan alat-alat muzik seperti biola dan saksofon. Tapi saya lebih sukakan versi akustik.

Dengar:

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

OPPO Malaysia Akan Melancarkan Model Baru OPPO Find N2 Flip

0

OPPO Find N2 Flip adalah model lipat terbaru daripada OPPO . Dengan mekanisma lipatan serba baru, OPPO memberi jaminan model Find N2 Flip akan menjadi telefon lipat dengan standard industri tertinggi. OPPO Find N2 Flip adalah telefon lipat pertama mereka dengan lipatan menegak.

Jangan lupa majlis pelancarannya esok pada 2 Mac 2023 jam 3 petang. Saksikan majlis pelancaran rasmi OPPO Find N2 di Facebook dan YouTube rasmi OPPO Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/OPPOMalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/user/OPPOMalaysia

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 sudah boleh ditempah di Shopee dan Lazada

0

Model mercu daripada Xiaomi datang lagi untuk tahun 2023. Kali ini, Xiaomi siri 13 telah tiba dan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Dengan kerjasama Leica, pastinya siri baru ini mampu memberikan hasil gambar dan video yang sangat cemerlang. Masih lagi mengekalkan lensa dengan saiz 1 inci daripada Sony, iaitu Sony IMX989 50 megapiksel. IMX989 masih lagi lensa terbaik setakat ini yang terdapat pada telefon pintar. Lebih baik daripada Samsung GN2 50 megapiksel yang terdapat pada model Mi 11 Pro untuk pasaran China.

Spesfikasi ringkas telefon siri Xiaomi 13 yang dilancarkan semalam,

Xiaomi 13 Pro:

  • Snapdragon 8 Gen 2
  • Skrin OLED melengkung 6.73 inci 1440×3200 piksel.
  • Kadar segar semula 120Hz.
  • Kamera utama Sony IMX989 50MP dengan sensor 1 inci, 12MP telefoto, 8MP periskop, dan 16MP ultra-lebar.
  • Pengecasan pantas 120W dengan bateri 4820mAh.
  • 50W pengecasan tanpa wayar dan 10W pengecasan terbalik.
  • Varian 12/256GB dan 12/512GB sahaja.

Xiaomi 13:

  • Snapdragon 8 Gen 2
  • Skrin OLED rata 6.36 inci dengan 1080×2400 piksel.
  • Kadar segar semula skrin 90Hz.
  • Kamera utama 48MP, 8MP telefoto, 12MP ultra-lebar.
  • Pengecasan pantas 67W dengan bateri 4500mAh.
  • 50W pengecasan tanpa wayar dan 10W pengecasan terbalik.
  • Varian 8/128GB, 8/256GB, 12/128GB dan 12/256GB.

Pra-tempahan dibuka,

Xiaomi 13 Pro (RM4599)

Shopee: https://shope.ee/3Aa7A11XjQ

Lazada: https://s.lazada.com.my/s.USYD0

Xiaomi 13 (RM3499)

Shopee: https://shope.ee/2VKQN0THfP

Lazada: https://s.lazada.com.my/s.US0Q8

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Majikan Paksa Pekerja Pulang Selepas Tamat Syif

0

Softgrid Computers, sebuah syarikat teknologi maklumat di India telah mencipta perisian untuk mengingatkan kakitangan apabila syif mereka tamat dan sistem tersebut secara automatik akan menutup komputer para pekerja sebaik sahaja tiba masa untuk pulang.
Komputer itu dilengkapi dengan sistem pemberitahuan yang memberitahu pekerja 10 minit sebelum syif mereka tamat. Idea di sebalik pelaksanaan langkah tersebut adalah untuk menyediakan pekerja dengan keseimbangan kerja dan kehidupan yang baik supaya mereka dapat meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang.

Inisiatif itu dibuat selepas terdapat dapatan kajian baru-baru ini memberi amaran tentang kesan buruk waktu bekerja yang panjang terhadap kesihatan dan hubungan sesama pekerja di seluruh dunia.

Sementara itu di Malaysia..

  1. Suruh OT tapi OT tak bayar.
  2. Selagi tak pengsan sila kerja siang dan malam.
  3. Sambung..

*Tertarik dengan sistem operasi yang digunakan. Mereka rilek je dah gunakan Ubuntu. Kita dekat sini lebih ramai crybabies a.k.a pemalas-nak-belajar-benda-baru.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cadangan Penyelesaian Masalah Komputer Usang di Jabatan Kerajaan

0

Berita sebegini selalu keluar di dada akhbar. Ini satu kejayaan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan judi haram dan pusat hiburan tidak berlesen. Pusat sebegini banyak menggunakan komputer sebagai bahan perjudian dan hiburan. Apabila kes mahkamah telah selesai dan pesalah telah sah disabitkan kesalahan, maka segala barangan yang dirampas tadi akan disita dan dilupuskan.

Persoalannya, kenapa mesti dilupuskan? Kenapa tidak diambil dan diberi kepada jabatan kerajaan yang memerlukan?

Jawapan yang selalu diterima pastinya “untuk mengelakkan salah laku dan dakwaan masyarakat kerajaan menyalahgunakan kuasa”. Dulu-dulu saya pun setuju juga. Yalah, kalau komputer ini boleh diubah guna, pasti ada pegawai yang akan mengambil kesempatan seperti menjual dan mencuri perkakasan dalaman komputer. Jadi, lebih baik lupuskan saja. Rugi-rugi.

Namun, semakin lama saya bekerja dalam jabatan, saya lihat pelupusan ini tidak menyelesaikan sebarang masalah yang ingin dielakkan tadi pun. Salah laku masih lagi berlaku, orang awam tetap juga marah kepada pihak berkuasa apabila komputer mereka disita. Kalau tiada salah laku, tak kan wujudlah pusat-pusat haram ini.

Sampai bila kita ingin mengambil langkah regsesif dan terkebelakang? Mengapa kita perlu menanggung biawak hidup yang tidak amanah? Sampai bila SOP perlu diwujudkan dengan mengambil kira pegawai yang tidak amanah? Jika ada pegawai tidak amanah, walau dengan SOP pun mereka akan tetap cari jalan untuk tidak amanah.

Jadi saya fikir, kerajaan patut mula mewujudkan SOP baru dengan harta sita komputer ini. Ya, komputer yang disita kebanyakannya sudah usang dan lama kerana kes mahkamah selalunya mengambil masa yang lama. Namun begitu, boleh dikatakan komputer yang sedang digunakan di sekolah dan jabatan kerajaan ada lagi yang lebih usang dari komputer sita ini!

Kalau JPJ boleh lelong kereta sita kepada orang awam dengan mendaftar semula kereta sita dengan geran kenderaan baru, apa halangan untuk kita daftarkan komputer sita sebagai aset untuk digunakan kerajaan? Langkah ini boleh menjimatkan banyak perbelanjaan negara.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Mudah Dapatkan Canva Pro & Canva Teams Dengan Percuma!

0

Khas Buat Penjawat Awam Kerajaan dan NGO Kesukarelaan

Canva sememangnya memudahkan kerja rekaan grafik. Dengan lebih 15 juta template dan pelbagai aset grafik percuma yang boleh digunakan, Canva boleh membantu mereka yang tidak berpengalaman untuk mereka pelbagai bahan untuk dicetak dengan mudah.

Tak perlu risau gambar dan rekaan anda jadi ‘kabur” apabila dihantar ke kedai cetak kerana anda boleh memilih siap-siap saiz rekaan anda dalam sentimeter, inci, kaki ataupun piksel sebelum anda mula mereka gambar rekaan anda. Saya sendiri sudah mereka bentuk banyak bunting dan sepanduk jabatan dengan hanya menggunakan Canva. 2×5 kaki? 2×6 kaki? 4×7 kaki? Semuanya hanya menggunakan Canva dan dicetak cantik tanpa gambar menjadi kabur atau resolusi rendah di atas bahan fizikal.

Tahukah anda, sekiranya anda seorang penjawat awam ataupun kakitangan NGO berdaftar, anda boleh mendapatkan Canva Pro dengan percuma? Caranya mudah saja. Hanya daftar akaun Canva anda menggunakan emel rasmi kerajaan atau NGO anda dan pilih Canva for Non-profit. Dengan Canva Non-profit juga, anda boleh menambahkan rakan lain dalam organisasi anda untuk menaiktaraf Canva Pro kepada Canva Team. Juga dengan percuma!

Sayanglah kerajaan bayar ribuan ringgit setahun untuk emel setiap penjawat awam tapi penjawat awam sendiri tak reti menggunakan kemudahan yang disediakan. Kata nak negara maju, tapi nak Sign Up Canva pun tak reti.

Canva for Nonprofits: https://www.canva.com/canva-for-nonprofits/

Views: 39

Iklan Newspaper Inline

Google Play Beta: Main Permainan dari Google Play Store di PC

0

Mungkin ada di antara kita yang sudah mendapat Google Play Beta di Play Store. Saya antara yang bertuah dengan notifikasi Google Play Beta. Sekiranya anda terpilih, cuma perlu bersetuju di Play Store dan anda kemudiannya akan menerima emel dengan pautan untuk memasang Google Play Beta di PC. Google Play Beta nampak seperti sebuah launcher di desktop.

Walaupun dikatakan untuk permainan dari Play Store, hanya sedikit sahaja permainan yang dapat dimain di PC secara rasmi di Google Play Beta ini. Berbeza dengan emulator Android di PC seperti Bluestack yang membenarkan anda memasang semua aplikasi dan permainan dari Play Store dalam emulator tersebut.
Permainan besar seperti Genshin Impact dan Honkai nampaknya tidak menggunakan pelancar Google Play Beta. Walaupun disenaraikan dalam Google Play Beta, apabila saya klik untuk memasangnya saya kemudiannya didorong untuk memuat turun klien Genshin Impact berasingan.

Tidak dapat dipastikan sama ada versi Genshin Impact dalam Google Play Beta ini adalah versi sama dengan versi Play Store ataupun versi sama pada klien desktop. Melihatkan kepada saiz pemasangannya yang sebesar 52.6GB, saya teka ia adalah versi desktop. Dengan internet saya, hampir mustahil untuk saya selesai muat turun sampai habis dalam masa sehari untuk saya uji permainan ini. Saya memerlukan minima seminggu unutk selesai muat turun fail sebesar itu. Itu pun kalau kuota saya tak habis.

Apa pun, permainan lain seperti Horizon Chase berjalan dengan lancar. Saya membeli permainan ini di Play Store dan kelihatannya versi di Google Play Beta juga adalah versi berbayar dengan semua kemajuan saya juga diselaraskan bersama. Apa pun, bagi saya Google Play Beta nampak masih lagi terhad. Mungkin setelah pelancaran rasmi nanti kita akan dapat bermain semua permainan di Play Store menggunakan PC pula?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Unifi Mobile: Boleh Dicampak ke Dalam Longkang

1

Ingat lagi dulu saya dengan pelan menarik Unifi Mobile. Pelan Bebas Monthly menawarkan LTE unlimited pada harga RM35 sebulan tanpa kuota. Tanpa pengasingan kuota penggunaan biasa dan hotspot. Bagi saya, pelan ini sudah cukup adil bagi pengguna dan telco. Dengan kelajuan dihadkan pada 10mbps, pelan ini sudahpun memadai dan tidak membebankan telco mahupun poket pengguna.

Namun, perubahan bermula sejak Januari 2023 dengan pengenalan kuota hotspot 10GB pada pelan Bebas Monthly RM35. Hari ini, saya langgan semula pelan bulanan Unifi Mobile. Eh? Sudah tiada kata “Bebas”. Kuota hotspot pun dikurangkan lagi kepada 5GB sahaja dengan FUP penggunaan biasa 60GB!? Pelan BEBAS Monthly kini dijenamakan kepada Monthly Unlimited. Apa yang ‘unlimited’ pun tak tahulah. Unlimited bodoh?

Unifi Mobile kini sudah bebas sebebasnya. Bebas ke rahmatullah.

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Rogbid Tank S2: Jam Tangan Pintar Tahan Lasak!

0

Ketika ini, jam tangan pintar bukan lagi satu bentuk fesyen semata-mata. Ia adalah satu keperluan kepada mereka yang mahu memiliki penjejak (tracker) bagi kebanyakan aktiviti yang dilakukan, daripada sesuatu yang sekompleks sukan, hinggalah kepada aktiviti harian seringkas berjalan kaki.

Oleh itu, pemilihan dan pembelian jam tangan pintar ialah satu perkara yang menjadi norma dalam masyarakat kita. Namun, ia tetap perlu kepada panduan dari yang lebih arif agar pembelian dilakukan tidaklah disesali di kemudian hari.

Dalam artikel ulasan kali ini, suka untuk saya mengajak anda mengenali satu jenama yang mungkin agak kurang diperkatakan, tetapi kualiti produk mereka amat memuaskan hati. Saya sedang cuba membicarakan mengenai jenama Rogbid.

Jam pintar dari Rogbid iaitu Rogbid Tank S2, ialah peranti anggun dan bergaya yang menggabungkan teknologi jam tangan pintar terkini dengan reka bentuk klasik. Ia menampilkan paparan skrin sentuh warna penuh dan dikuasakan oleh pemproses empat teras, memberikan anda kuasa yang anda perlukan untuk terus berhubung dan sentiasa mengikuti tugas penting anda.

Tidak lupa juga, ia dapat dijadikan sebagai teman yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin kekal berhubung, kekal bermaklumat dan kekal aktif. Dengan skrin sentuh penuh IPS 1.83 inci, ia boleh digunakan untuk membuat dan menerima panggilan dengan Bluetooth, serta menjejaki sasaran kecergasan, memantau tahap oksigen darah dan mengukur tekanan darah.

Sebelum kita ke bahagian seterusnya, apa kata kita tonton dahulu video buka kotak:

Beserta dengan makluman pemberitahuan atau notifikasi, anda tidak akan terlepas sebarang mesej penting dan notifikasi. Jam tangan ini mempunyai semua ciri yang anda harapkan daripada peranti mewah, termasuk pemantau kadar jantung, GPS bersepadu, dan terdapat juga pembesar suara.

Anda nak tahu bagaimana ia melontarkan audio melalui pembesar suaranya? Sila dengarkan sendiri pada video di bawah:

Mantap bukan?

Selain itu, Rogbid Tank S2 mempunyai penarafan kalis air IP68, dengan rintangan air sehingga 50 meter, menjadikan ia sesuai untuk berenang dan aktiviti air lain. Oh ya, ia turut mempunyai berbilang mod sukan, membolehkan anda memilih aktiviti yang ingin anda jejaki dengan mudah seperti berlari, berbasikal atau berjalan.

Mari kita tonton video ujian ketahanan air terhadap jam ini:

Ia mempunyai hayat bateri yang panjang sehingga 15 hari penggunaan (dengan semua jenis fungsi dan notifikasi diaktifkan, semestinya), dan makluman pemberitahuan akan memastikan anda tidak terlepas mesej penting, manakala ia mampu bertahan selama 60 hari (standby time).

Sebagai tambahan kepada banyak cirinya itu, Rogbid Tank S2 dapat digunakan bersama berbagai watchfaces yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa anda.

Anda boleh memilih daripada pelbagai reka bentuk watchfaces melalui aplikasi DaFit untuk menjadikan jam tangan kelihatan unik atau profesional seperti yang anda inginkan.

Jam tangan pintar Rogbid Tank S2 ialah pilihan yang bagus untuk sesiapa sahaja yang mahukan peranti yang bergaya dan berfungsi. Ia sesuai untuk mengikuti kehidupan seharian anda dan dijadikan sebagai peneman dalam meneruskan pengembaraan.

Dengan ciri yang mengagumkan dan reka bentuk yang boleh disesuaikan, anda pasti akan menemui rupa dan fungsi yang sempurna mengikut gaya hidup kontemporari.

Anda boleh dapatkan jam pintar ini di pautan berikut:

Shopee: Rogbid Tank S2

Lazada: Rogbid Tank S2

Pautan ke stor jualan rasmi: Rogbid Official Site

Views: 1

Iklan Newspaper Inline