Rogbid Tank S2: Jam Tangan Pintar Tahan Lasak!

Ketika ini, jam tangan pintar bukan lagi satu bentuk fesyen semata-mata. Ia adalah satu keperluan kepada mereka yang mahu memiliki penjejak (tracker) bagi kebanyakan aktiviti yang dilakukan, daripada sesuatu yang sekompleks sukan, hinggalah kepada aktiviti harian seringkas berjalan kaki.

Oleh itu, pemilihan dan pembelian jam tangan pintar ialah satu perkara yang menjadi norma dalam masyarakat kita. Namun, ia tetap perlu kepada panduan dari yang lebih arif agar pembelian dilakukan tidaklah disesali di kemudian hari.

Dalam artikel ulasan kali ini, suka untuk saya mengajak anda mengenali satu jenama yang mungkin agak kurang diperkatakan, tetapi kualiti produk mereka amat memuaskan hati. Saya sedang cuba membicarakan mengenai jenama Rogbid.

Jam pintar dari Rogbid iaitu Rogbid Tank S2, ialah peranti anggun dan bergaya yang menggabungkan teknologi jam tangan pintar terkini dengan reka bentuk klasik. Ia menampilkan paparan skrin sentuh warna penuh dan dikuasakan oleh pemproses empat teras, memberikan anda kuasa yang anda perlukan untuk terus berhubung dan sentiasa mengikuti tugas penting anda.

Tidak lupa juga, ia dapat dijadikan sebagai teman yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin kekal berhubung, kekal bermaklumat dan kekal aktif. Dengan skrin sentuh penuh IPS 1.83 inci, ia boleh digunakan untuk membuat dan menerima panggilan dengan Bluetooth, serta menjejaki sasaran kecergasan, memantau tahap oksigen darah dan mengukur tekanan darah.

Sebelum kita ke bahagian seterusnya, apa kata kita tonton dahulu video buka kotak:

Beserta dengan makluman pemberitahuan atau notifikasi, anda tidak akan terlepas sebarang mesej penting dan notifikasi. Jam tangan ini mempunyai semua ciri yang anda harapkan daripada peranti mewah, termasuk pemantau kadar jantung, GPS bersepadu, dan terdapat juga pembesar suara.

Anda nak tahu bagaimana ia melontarkan audio melalui pembesar suaranya? Sila dengarkan sendiri pada video di bawah:

Mantap bukan?

Selain itu, Rogbid Tank S2 mempunyai penarafan kalis air IP68, dengan rintangan air sehingga 50 meter, menjadikan ia sesuai untuk berenang dan aktiviti air lain. Oh ya, ia turut mempunyai berbilang mod sukan, membolehkan anda memilih aktiviti yang ingin anda jejaki dengan mudah seperti berlari, berbasikal atau berjalan.

Mari kita tonton video ujian ketahanan air terhadap jam ini:

Ia mempunyai hayat bateri yang panjang sehingga 15 hari penggunaan (dengan semua jenis fungsi dan notifikasi diaktifkan, semestinya), dan makluman pemberitahuan akan memastikan anda tidak terlepas mesej penting, manakala ia mampu bertahan selama 60 hari (standby time).

Sebagai tambahan kepada banyak cirinya itu, Rogbid Tank S2 dapat digunakan bersama berbagai watchfaces yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa anda.

Anda boleh memilih daripada pelbagai reka bentuk watchfaces melalui aplikasi DaFit untuk menjadikan jam tangan kelihatan unik atau profesional seperti yang anda inginkan.

Jam tangan pintar Rogbid Tank S2 ialah pilihan yang bagus untuk sesiapa sahaja yang mahukan peranti yang bergaya dan berfungsi. Ia sesuai untuk mengikuti kehidupan seharian anda dan dijadikan sebagai peneman dalam meneruskan pengembaraan.

Dengan ciri yang mengagumkan dan reka bentuk yang boleh disesuaikan, anda pasti akan menemui rupa dan fungsi yang sempurna mengikut gaya hidup kontemporari.

Anda boleh dapatkan jam pintar ini di pautan berikut:

Shopee: Rogbid Tank S2

Lazada: Rogbid Tank S2

Pautan ke stor jualan rasmi: Rogbid Official Site

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x