Google Play Beta: Main Permainan dari Google Play Store di PC

Mungkin ada di antara kita yang sudah mendapat Google Play Beta di Play Store. Saya antara yang bertuah dengan notifikasi Google Play Beta. Sekiranya anda terpilih, cuma perlu bersetuju di Play Store dan anda kemudiannya akan menerima emel dengan pautan untuk memasang Google Play Beta di PC. Google Play Beta nampak seperti sebuah launcher di desktop.

Walaupun dikatakan untuk permainan dari Play Store, hanya sedikit sahaja permainan yang dapat dimain di PC secara rasmi di Google Play Beta ini. Berbeza dengan emulator Android di PC seperti Bluestack yang membenarkan anda memasang semua aplikasi dan permainan dari Play Store dalam emulator tersebut.
Permainan besar seperti Genshin Impact dan Honkai nampaknya tidak menggunakan pelancar Google Play Beta. Walaupun disenaraikan dalam Google Play Beta, apabila saya klik untuk memasangnya saya kemudiannya didorong untuk memuat turun klien Genshin Impact berasingan.

Tidak dapat dipastikan sama ada versi Genshin Impact dalam Google Play Beta ini adalah versi sama dengan versi Play Store ataupun versi sama pada klien desktop. Melihatkan kepada saiz pemasangannya yang sebesar 52.6GB, saya teka ia adalah versi desktop. Dengan internet saya, hampir mustahil untuk saya selesai muat turun sampai habis dalam masa sehari untuk saya uji permainan ini. Saya memerlukan minima seminggu unutk selesai muat turun fail sebesar itu. Itu pun kalau kuota saya tak habis.

Apa pun, permainan lain seperti Horizon Chase berjalan dengan lancar. Saya membeli permainan ini di Play Store dan kelihatannya versi di Google Play Beta juga adalah versi berbayar dengan semua kemajuan saya juga diselaraskan bersama. Apa pun, bagi saya Google Play Beta nampak masih lagi terhad. Mungkin setelah pelancaran rasmi nanti kita akan dapat bermain semua permainan di Play Store menggunakan PC pula?

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x