Monday, 10 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 41

Cadangan Gamepad Terbaik Untuk Mobile Gaming Bawah RM300 Tahun 2023

0

Permainan video mudah alih kini semakin rancak pada tahun 2023. Sejak kebelakangan ini, industri permainan video dilihat semakin fokus kepada peranti telefon bimbit terutama sekali peranti Android. Banyak nama-nama besar permainan video mula mengeluarkan permainan video mereka di platform Android. Tak kurang juga permainan video popular di PC kini tersedia dalam platform Android seperti COD: Mobile dan Need For Speed. Permainan video khas untuk telefon bimbit juga tak kurang hebatnya dengan seperti Genshin Impact dan Asphalt yang boleh dikatakan bertaraf AA dengan saiz permainan video hampir menyamai permainan video PC. Mana tidaknya, sekali kemaskini keluar, fail yang perlu dimuat turun sehingga lebih 10GB besarnya!

Untuk itu, ramai mencari gamepad untuk digunakan bersama telefon pintar mereka untuk lebih keselesaan dan kejituan kawalan dalam bermain. Ada juga yang mencari gamepad yang sesuai untuk telefon pintar mereka sebagai alat kawalan permainan video retro mereka yang kini boleh dimainkan di telefon pintar menggunakan emulator seperti RetroArch. Berikut adalah beberapa gamepad telefon cadangan saya lengkap dengan pautan untuk membelinya di Shopee. Pautan ini saya akan kemaskini setiap masa dengan penjual yang menjual paling murah di Shopee dengan reputasi tinggi supaya anda tidak tertipu di Shopee. Local seller diutamakan bagi memudahkan urusan waranti.

Razer Kishi V1

Razer Kishi V1 (RM229.00)

Razer Kishi V1 adalah pilihan selamat untuk telefon anda. Ia tak sempurna namun hadir dengan beberapa ciri utama seperti sokongan rasmi Xbox Xinput dan butang L2 dan R2 analog dengan suis tekanan. Harganya kini sudah berkurang dengan kehadiran Razer Kishi V2. Buat masa ini terdapat potongan harga di kedai rasmi Razer.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/20NcDZRGbO

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdaau

Gamesir X2 Pro

Gamesir X2 Pro (RM259.50)

Satu lagi gamepad yang boleh saya katakan mudah untuk dicadangkan. X2 Pro adalah versi naik taraf daripada X2. Kini dengan butang Dpad sebenar dan butang trigger dengan suis hall sensor yang sensitif dengan tekanan. Ia juga sudah mendapat pengiktirafan rasmi dari Xbox dan tersedia dalam 2 warna, putih dan hitam. Butang ABXY nya adalah jenis ‘clicky’ yang mungkin tidak digemari penggemar gamepad retro yang bergetah. X2 Pro juga hadir dengan dua butang tambahan di belakang yang boleh digunakan sebagai hotkey. Setelah versi baru X3 Pro, harganya menurun sedikit.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/6ADBBsPhWU

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdach

Gamesir X2 Type C

Gamesir X2 New 2021 Version (RM220)

Versi abang kepada X2 Pro. X2 berharga lebih murah tetapi ada beberapa kekurangan bagi saya. Port USB-C nya berada di sebelah kanan dan ia menjadikan penggunaannya agak kekok berbanding port di sebelah kiri. Butang trigger L2 dan R2 tiada suis tekanan. Tiada butang tambahan di belakang untuk digunakan sebagai hotkey seperti pada X2 Pro. Untuk beza harga hanya RM50 berbanding X2 Pro, saya cadangkan anda bersabar dan cuba dapatkan X2 Pro.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/6f9RnNHzCU

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdad1

Gamesir X3

Gamesir X3 (RM315 tanpa diskaun)

Gamepad paling inovasi tahun ini. Hadir dengan kipas penyejuk terbina bersama, ia memfokuskan kepada penggunaan gaming berspesifikasi tinggi dan untuk masa yang lama. Banyak aksesori disediakan dengan pilihan butang magnet yang boleh ditukar. Butang trigger L2 dan R2 menggunakan suiz Kailh dan tiada sensor tekanan. Boleh dapatkan di bawah RM300 dengan baucer dan ketika diskaun.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/2Ah2RLP0Bl

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdaf6

BSP-D3 Mobile Gamepad (RM46.00)

Raja gamepad bajet! Dengan sokongan Xbox Xinput, anda boleh menggunakan gamepad ini terus secara plug&play. Boleh digunakan terus dalam permainan yang menyokong controler seperti COD Mobile dan Asphalt. Deadzone joystick dan latency yang mengagumkan untuk harganya malah lebih baik berbanding pesaing gamepad bajet seperti iPega. Jika anda baru ingin mencuba gamepad atau hanya mahukan controler bajet untuk emulator retro anda, BSP-D3 dengan sokongan Xinput pastinya tidak akan merugikan anda. Dua butang di belakang M1 dan M2 juga boleh disetkan sebagai hotkey. Sangat berguna untuk emulator seperti RetroArch dan PPSSPP.

Ia juga menyokong input D3 untuk digunakan dengan aplikasi key mapping di Android. Tambahan lagi, anda boleh memilih mod sambungan 2.4Ghz untuk digunakan dengan PC dalam mod Xinput ataupun PS4 input. Kekurangannya, ia hanya menyokong sambugan tanpa wayar. Bawah RM50 di Shopee dan hadir dalam 6 skim warna. L2 dan R2 tiada suis tekanan tetapi ada klik yang tepat dan selesa ditekan. Sangat laku dan selalu kehabisan stok kerana banyak disyorkan di Reddit dan YouTube.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/408gdMamtE

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdah2

Mocute 060/M060/M6 (RM69.90)

Satu lagi gamepad OEM dari China. Bersaiz lebih besar dengan binaan plastik yang lebih kukuh berbanding BSP-D3. Harganya juga lebih mahal sedikit berbanding BSP-D3. Cabaran utama bagi Mocute 060 adalah kawalan kualiti. Lebih selesa berbanding BSP-D3 dan hanya menyokong sambungan tanpa wayar. Sekiranya anda bertuah, anda akan mendapat model yang menggunakan komponen analog joystick dan mungkin butang yang sama dengan Nintendo Switch. Sekiranya tidak bernasib baik, anda mungkin akan mendapat joystick yang melekat, butang trigger yang terlalu keras atau terlalu lembik, butang yang tidak sensitif dan sebagainya. Membeli Mocute 060 adalah satu perjudian dan permainan risiko. Butang L2 dan R2 juga tiada sensor tekanan. Untuk lebih ketenangan, saya cadangkan baik beli BSP-D3 sahaja. Sekiranya ingin mencuba nasib, boleh dapatkan dari local seller untuk memudahkan proses tukar ganti sekiranya gamepad ini tidak berfungsi dengan baik.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/30G9Ri4wu8

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdaji

Itu sahaja cadangan saya buat masa ini. Boleh cadangkan gamepad yang lain untuk digunakan bersama smartphone anda. Saya secara peribadi lebih sukakan gamepad dengan sistem teleskopik dan butang trigger yang dilengkapi suis hall sensor seperti pada Razer Kishi dan Gamesir X2 Pro.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Netflix Tak Jadi Hadkan Perkongsian Kata Laluan Untuk Akaun Kongsi

0

Netflix Gagal Sekali Lagi Dalam Langkah Ketamakan Mereka

Baru sehari Netflix melaksanakan kawalan baru bagi perkongsian kata laluan mereka, nampaknya Netflix sudah menarik balik sistem baru mereka ini. Sejak pengumuman baru mereka, Netflix dikatakan telah kehilangan hampir 30% jumlah pengguna. Tentangan di media sosial juga sangat hebat dan ternyata Netflix tidak boleh menidakkan fakta bahawa perkhidmatan mereka masih hidup sehingga kini kerana perkongsian akaun.

Belum pun sempat saya tulis habis apa mekanisme baru Netflix untuk mengawal perkongsian kata laluan, Netflix sudahpun menarik balik keputusan mereka. Ini menambahkan satu lagi episod kegagalan Netflix dalam ketamakan mereka untuk memaksa pengguna sedia ada mereka yang berkongsi akaun untuk melanggan akaun sendiri.

Antara mekanisme baru yang dibuat Netflix adalah kesemua 5 akaun kongsi perlu berkongsi alamat IP yang sama dari satu sumber internet yang sama seperti WiFi rumah. Akaun kongsi juga perlu mengesahkan akaun mereka setiap 3 hari melalui kod yang akan dihantar ke akaun utama. Selain itu, akaun Netflix juga akan disekat sekiranya ditonton dari lokasi dan alamat IP yang lain. Sekiranya anda ingin menonton Netflix anda di luar rumah contohnya ketika percutian, akaun anda akan dikunci dan hanya boleh dibuka setelah permohonan dibuat kepada Netflix.

Masalah utama yang saya lihat akan berlaku sekiranya langkah ini dilaksanakan adalah kesukaran menggunakan akaun kongsi. Tambahan lagi, tidak semua isi rumah mempunyai WiFi untuk dikongsikan. Kebanyakan dari kita menggunakan pelan internet mudah alih sendiri. Di mata Netflix, ini bermakna akaun ini telah dikongsi secara haram walaupun kesemua mereka tinggal serumah. Netflix juga boleh memilih untuk mengakses lokasi peranti sekiranya mereka benar-benar serius untuk mengharamkan perkongsian akaun namun perlu bersedia untuk menanggung lebih banyak kerugian dengan dakwaan pelanggaran privasi berbanding keuntungan langganan akaun baru.

 

Tak cukup dengan itu, Netflix dengan muka temboknya membuat kenyataan rasmi bahawa peraturan baru perkongsian kata laluan mereka sebenarnya satu kemalangan yang tidak disengajakan. Menurut Netflix lagi, peraturan tersebut telah dimuatnaik ke dalam halaman peraturan di laman sesawang mereka tanpa mereka sedari. Hmmm…iyalah Netflix, saya percaya. 😌😌😌

Sudah tiba masanya Netflix perlu sedar diri bahawasanya mereka untung kerana perkongsian akaun.

#OMGHNews #Netflix #NetflixBan #CutTheCord

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Unifi Mobile 5G Dengan 60GB FUP

0

Terima notifikasi dari aplikasi Unifi Mobile Prepaid, lalu bila diklik membawa ke pdf yang menerangkan mengenai FAQ terkini bagi plan Uni5G Prepaid.

Sudah pun masuk tahun 2023, nampaknya masih tiada apa yang berubah.
Perkataan ‘unlimited’ dilacurkan sewenangnya oleh telco demi secebis perhatian pengguna.
Tak perlu lihat kepada ‘unlimited data pass’ itu, tetapi lihatlah pada FUP yang dikenakan.

Tampak makin lama makin berkurangan, dan 60GB adalah termasuk penggunaan data 5G. Lihat satu spesifikasi plan pun sudah terasa jelak, yang lain anda bacalah sendiri.

Apa ni?

Satu soalan panas ingin ditanya, adakah ini mengukuhkan dakwaan bahawa telco berskala mega lebih berkuasa daripada kerajaan?
Hentikan pengiklanan palsu dengan istilah ‘unlimited.’
Kami sudah muak dan benci.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

RetroArch: Main Semua Video Game Konsol Lama di Telefon Anda

0

Perisian Percuma Untuk Mengimbau Kembali Nostalgia Kegemilangan Konsol Permainan Retro

Anda semua pasti merindui zaman kanak-kanak anda dahulu. Bagi generasi 80an dan 90an, pastinya masih ingat zaman peperangan konsol suatu ketika dulu. Peperangan konsol juga telah mencipta inovasi baru dalam permainan video dengan konsol bersaiz genggam tangan sepeti Gameboy, Gameboy Color dan Gameboy Advance.

Banyak projek komuniti telah disiapkan untuk memainkan permainan video lama ini di komputer. Namun, bermain di komputer pastinya memberi pengalaman berbeza berbanding bermain permainan video dengan peranti yang bersaiz mudah alih.

Dengan kemajuan pesat telefon pintar, SoC pada telefon pintar kini sudah cukup berkuasa untuk memainkan permainan video lama ataupun retro ini. Begitu banyak pemain ataupun emulator yang berada di internet ini agak menyukarkan komuniti permainan video retro. Dengan itu, tertubuhlah RetroArch.

RetroArch adalah satu platform yang mengumpulkan semua pemain permainan video retro dalam satu aplikasi. Ia juga tersedia dalam semua sistem operasi utama seperti iOS, Windows, Linux, Android malah untuk sistem operasi konsol mudah alih retro dari China seperti Miyoo dan RetroFW.

Anda hanya perlu memuat turun “Core” dalam aplikasi RetroArch dan gunakan Core ini untuk memainkan ROM permainan video anda. Contohnya, saya gunakan Core mGBA untuk memainkan ROM Gameboy Advance saya.

RetroArch mudah untuk digunakan tetapi menyediakan sangat banyak pilihan modifikasi seperti pilihan pemprosesan video tambahan, sokongan kayuria, simpanan kemajuan permainan video dan banyak lagi. Anda juga boleh mengubah antaramuka menunya sama ada seperti MS-DOS, PSP, Switch ataupun tetapan lalai RetroArch.

RetroArch menyokong kesemua permainan video retro seperti Sega Genesis, Super Famicom, SNES sehinggalah kepada Playstation 2 dan Nintendo 3DS. Ia juga menyokong permainan video Arcade seperti Initial D Arcade Stage yang menggunakan sistem Sega Naomi.

Saya baru menggunakan RetroArch selama sebulan dan masih banyak yang belum sempat saya terokai lagi. RetroArch tersedia di Playstore dan juga GitHub. Antara kelebihan utama RetroArch adalah ia berasaskan sumber terbuka dan diterajui oleh komuniti. Kod dan pemprogramannya sentiasa dipantau oleh komuniti, jadi ia memberikan saya lebih kelegaan dari segi keselamatan aplikasinya. Anda boleh memilih untuk memuat turun RetroArch terus di laman GitHub mereka atau di Google Play Store.

Muat turun RetroArch di Playstore

32-bit: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.retroarch

64-bit: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.retroarch.aarch64

Github: https://github.com/libretro/RetroArch

RetroArch hanyalah sebuah pemain bagi permainan video retro. Untuk bermain sendiri permainan, anda memerlukan fail ROM bagi permainan video yang anda mahukan. Perbuatan memuat turun fail ROM adalah menyalahi undang-undang hakcipta. Secara perundangan, saya perlu memberitahu anda semua untuk HANYA MUAT TURUN ROM YANG ANDA TELAH MILIKI SECARA SAH SAHAJA. Ada banyak sumber salinan ROM di internet dan pastikan anda muat turun ROM di tempat yang dipercayai. Saya secara peribadi memuat turun ROM di pautan yang dicadangkan di GitHub. Risiko muat turun adalah tanggungan sendiri.

ROM di GitHub: https://r-roms.github.io/

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Loklok: Aplikasi Lanun Filem Yang Terlepas Di Google Play Store

0

*Penafian: Kami tidak menggalakkan kegiatan lanun cetak rompak. Segala maklumat yang disampaikan adalah bentuk informasi dan berita semata-mata.

Sebelum ini pun, aplikasi Loklok pernah memasuki Google Play Store, tetapi kewujudannya itu ditarik balik dan digugurkan.

Entah bagaimana, baru-baru ini ia kembali, menduduki senarai aplikasi yang boleh dimuat turun secara bebas lagi percuma di gedung aplikasi tunggal Google itu.
Apa yang lucu, meskipun ia adalah sebuah aplikasi lanun, ia masih menjadikan ‘subscription base’ sebagai nadi untuk meneruskan operasi, manakala iklan pula dijadikan sebagai sandaran.

Langganan bermula semurah RM4.90 untuk bulan pertama, manakala terdapat diskaun di bulan hadapan dan pengguna akan dicaj sebanyak RM9.90.

Kalau ikut logikal minda, memang jauh lebih murah berbanding aplikasi penstriman lain. Namun, cetak rompak adalah pembunuh industri dan diingatkan bahawa ianya menyalahi undang-undang.

Ada kemungkinan sekali lagi Loklok akan dicantas oleh Google, sama ada lambat atau cepat sahaja.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Bekas Pekerja Mendakwa Aplikasi Facebook Secara Sengaja Boleh Mengurangi Bateri Telefon Anda

0

Jika anda pernah perasan bateri peranti cepat habis semasa menggunakan aplikasi Facebook atau Messenger pada telefon anda, ini mungkin bukanlah satu kebetulan.

Menurut bekas saintis data Meta, syarikat itu mempunyai keupayaan untuk mengurangi bateri Android dan iPhone pengguna secara rahsia sebagai sebahagian daripada ujian aplikasi dalamannya.

Dalam temu bual dengan The New York Post, George Hayward mendakwa dia dipecat November lalu kerana enggan mengambil bahagian dalam ‘ujian negatif’ semasa sedang menguji aplikasi Messenger.

Menurut QASource, ujian negatif membolehkan pembangun membandingkan output yang dijangkakan dengan output yang salah, dengan mendedahkan cara aplikasi bertindak balas kepada data yang tidak sah.

Dalam kes Facebook, ujian negatif boleh digunakan untuk melihat cara ciri tertentu berfungsi atau seberapa cepat mesej dapat dimuatkan apabila bateri habis lebih cepat daripada yang dijangka.

Hayward yang memfailkan saman – tetapi kemudian menarik balik kerana keperluan timbang tara, berkata amalan itu boleh membahayakan seseorang dengan menghabiskan bateri mereka tanpa amaran. Hayward tidak menyatakan berapa ramai pengguna yang mungkin telah terjejas oleh ujian negatif tersebut.

Dia mendakwa dipecat selepas tiga tahun dengan syarikat itu kerana enggan mengambil bahagian dalam ujian yang dijalankan. Aplikasi Facebook dan Messenger telah lama dikatakan sebagai penyebab kehabisan bateri peranti. Adakalanya ia menghabiskan bateri lebih cepat daripada permainan seperti PUBG Mobile.

Rujukan:

https://nypost.com/2023/01/28/facebook-fires-worker-who-refused-to-do-negative-testing-awsuit/

https://blog.qasource.com/a-complete-guide-to-negative-testing-in-software-testing

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

ViMusic: YouTube Music Client On Crack. I Mean.. On Steroid

0

ViMusic ialah sebuah aplikasi klien untuk YouTube Music. Bezanya, anda tidak perlu langganan. Hanya pasang dan mainkan lagu.

Saya tidak pasti bagaimana tanggapan anda, cuma memandangkan ada ‘tech YouTuber’ membuat video mengenainya, maka saya anggap ia sebagai ‘ok.’
ViMusic ada background dan offline playback, paparan lirik, dan pelbagai tetapan untuk dipilih-ubah.

Tetapi disebabkan ia tidak memberi sebarang ruang untuk log masuk ke akaun Google, maka anda tidak akan dapat memainkan lagu yang pernah anda muat naik sendiri ke YouTube Music.

Selain daripada kekurangan itu, ViMusic tiada cacat celanya. Bahkan jika anda sudah muak gunakan Spotify apatah lagi yang kerjanya hanya tahu mencari modded apk, ViMusic boleh dijadikan sebagai aplikasi ganti.

Dengan paparan antara muka yang ringkas tetapi bersih dan lancar, tidak dilupakan juga saiz apk yang kecil sekali iaitu sekitar 2MB, aplikasi ini boleh didapatkan di GitHub.

https://github.com/vfsfitvnm/ViMusic

Tangkap layar aplikasi ViMusic di telefon:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

KDN Perkenal Klasifikasi Filem 2023 Berkuatkuasa Hari Ini

0

Kementerian Dalam Negeri (KDN) @kementeriandalamnegeri telah meminda klasifikasi filem dengan piawaian baru untuk tahun 2023. Bagi saya, ini adalah langkah baik dalam usaha KDN memperbaharui piawaian lama kawalan filem. Kawalan filem terdahulu kali terakhir dipinda pada tahun 2002 dengan hanya 3 klasifikasi iaitu U, P13 dan 18.

Klasifikasi filem 2023 menyaksikan penambahan 3 kategori baru iaitu P12, 13, dan 16. Klasifikasi filem bimbingan ibubapa kini diturunkan kepada umur 12 tahun. Penonton juga diberi lebih kuasa memilih dengan filem kategori 13. Ini bermakna, penonton bukan dewasa yang berumur 13 tahun dan 16 tahun tidak lagi memerlukan bimbingan ibubapa atau orang dewasa untuk menonton. Klasifikasi 13 dan 16 juga saya lihat lebih fleksibel dan mampu merancakkan lagi tontonan filem di negara ini dengan memberi kuasa memilih filem walaupun mereka belum lagi dewasa secara perundangan.

Tidak banyak yang boleh saya ulas dengan klasifikasi filem 2023 ini kerana tiada perincian apakah maksud dan garis panduan penerapan klasifikasi filem ini. Diharapkan agar klasifikasi filem baru ini dibuat dengan garis panduan yang lebih menyeluruh, terperinci dan mudah dirujuk. Kita mahukan klasifikasi yang lebih tepat, bukannya lebih banyak logo.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Jemputan Muslim Termakan Sup Lemak Babi di Aktiviti Anjuran HP Malaysia

0

Sampai tersalah makan babi kawan tu. Ini yang dikatakan saja buat cerita? Saja dia yang cerewet? Adakah kerana hanya dia seorang yang perlukan makanan halal maka dia perlu ‘beralah’ dengan babi yang dihidangkan?

Saya fikir isu menu ini dah jadi isu kuno zaman jahiliyyah dulu saja. Tapi nampaknya macam tiap-tiap tahun ada isu. Kalau syarikat nak makan besar, nak buat makan sambutan perayaan keagamaan, buatlah majlis sendiri. Janganlah benak ubi sangat jemput orang Islam kalau nak makan babi. Nanti bila kita mengadu, kata kita perkauman pula.

Kenapa kami bising? Sebab komuniti teknologi di Malaysia ini kecil saja. Kita semua pasti akan berurusan dengan syarikat yang sama, vendor yang sama, malahan mungkin pegawai pemasaran yang sama. Mengucap panjang sajalah dengan majlis yang lepas-lepas. Entah halal ke tidak makanan yang masuk ke perut kami. Melihatkan isu kali ini, sampai termakan sup lemak babi, kami dah fobia dan trauma dengan majlis makan besar.

Lain kali, kalau tak reti buat majlis makan, hidang saja SSD atas meja. Makanan order saja KFC, McD, Texas Chicken dan lain-lain francais. Dah tentu halal. Hidangkan saja dalam kotak take-away tu. Ini nak buat majlis berlagak mewah, tapi menambah susah.

Ada lagi ke yang nak ‘backup’ HP? Bolehlah pergi hirup sup seafood lemak babi.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Satu Penghinaan! HP Malaysia Hidangkan Babi Kepada Tetamu Islam

0

Hantaran asal saudara Cerah tentang pengalamannya dihidangkan menu babi di majlis makan malam HP. Ini bukan syarikat kecil. HP sudah bertapak di Malaysia sekian lamanya. Majlisnya juga bukan majlis kecil. Pasti sudah tahu siapa senarai tetamu dan sudah banyak perbincangan dalaman dibuat. Majlis berskala besar begini sudah tentu banyak melalui perancangan dan kelulusan ramai penyelia.

Tak kan lah semua PIC HP ini buta perut, buta budaya, tak reti menghormati dan tak tahu norma hidup masyarakat majmuk Malaysia kan? Babi dalam nasi dan dihidangkan atas meja. Kalaupun dihidangkan dalam mangkuk asing pun saya tak kan sanggup makan. Kalau saya, memang say terus angkat kaki dari majlis. Baik saya pergi makan di kedai tomyam mek siam. Orang datang dari Kota Bharu terus lajak ke Sabak Bernam untuk menghadiri majlis makan malam. Sudah lapar, dihidangkan babi pula. Cerita dongeng Lebai Malang pun tak se-tragis ini.

Sudahlah buat masalah dengan Cerah. Dia pergi ganggu pula ayah saudara Cerah di telefon. Buat masalah dengan orang lain, tapi pergi kacau orang lain. Betul-betul kartun dan tindakan tak sekolah. Kalah kerja budak intern.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline