Thursday, 6 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 354

Melajukan Buffering Youtube

50

Salam..untuk entry ni Hac nak kongsikan benda mudah untuk dilakukan..
selalunya kita tengok video di Youtube, perlu pause dulu untuk menunggu ia ‘buffering’ sampai habis baru boleh tonton, betul tak?

Kali ni, Hac nak kongsikan dengan korang sebuah perisian kecil, yang mampu membantu korang untuk menonton video di Youtube tanpa pause..boleh terus menonton seperti biasa (bergantung kepada kelajuan internet korang juga)..
Caranya ialah dengan menggunakan perisian Bywifi..

Bywifi ni memang ternyata melajukan buffering video di Youtube tanpa perlu menunggu lebih lama..ia lebih bagus dari Speedbit Video Accelerator yang ternyata tidak banyak membantu..

Mari kita sama-sama mencuba..

Klik Di Sini —> Bywifi

Bywifi ni memang terbaik sebab streaming @ buffering video akan jadi betul-betul laju..

Untuk cara-cara penggunaan, pergi pada link dekat bawah ni:

Bywifi Help

Antara fungsi yang bagus ialah kita boleh setting proxy pada Bywifi..jadi ia sangat mesra dengan Ultrasurf..(sesiapa yang tak tahu Ultrasurf tu ape, sila cari entry Mr.Hac antara yang paling awal..ada Mr.Hac terangkan di situ)

Kredit : Silent Hackers (Forum Hackers Malaysia)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Safety Folder Version 1.1 (Upgraded) versi Juaratempur

6

Salam semua..The Hykerz ok? pembaca semua ok?

Jom tengok apa yang Mr.Hac nak kongsikan hari ni..
Semalam Hac ada kongsikan aplikasi Folder yang Selamat (Safety Folder) versi 1.0..
namun ada beberapa cadangan, jadi kami dah melakukan penambahbaikan dari segi coding..
jadi hari ni terimalah versi 1.1 dari My Hackers Are Here a.k.a MyHac..
Eh..biar betul Mr.Hac..baru semalam lancarkan versi 1.0, hari ni dah ada versi 1.1?
Yeee..betul..heheh..

Ada yang tanya Hac betul ke aplikasi ni guna coding ‘Mengunci folder tanpa menggunakan perisian’?..ya..betul..memang kami buahsuai…eh…silap..ubah suai dari code tersebut kepada satu aplikasi yang lebih memberi manfaat..sebab kalau coding asal, ia cuma menyorokkan folder..tapi untuk aplikasi ni, kami buat folder tersebut lebih selamat dengan menukarkan ia menjadi folder yang di-rename kepada ‘autorun.inf’..dan di dalamnya kami tambahkan dua lagi folder iaitu ‘setup.ini’ dan ‘setup.inf’..

Untuk penerangan lebih lanjut sila pergi sini —> Kenali Autorun

Untuk pengetahuan korang semua, ia tidak akan berfungsi sebagai sebuah folder untuk korang SOROKKAN fail-fail peribadi korang daripada dilihat oleh orang lain..ianya berfungsi untuk melindungi fail-fail korang yang penting dari dijangkiti oleh virus yang merebak melalui pendrive..

Kalau nak perisian seperti itu, pergi kat sini —> Folder Lock 6.5.5 Including Key

Ok..untuk aplikasi yang kitorang buat ni, apa yang baru dalam versi 1.1?

– Coding telah diubah suai menjadi lebih kemas dan baik
(coding tidak bertindan)
– ada pilihan untuk memasukkan semula kata laluan yang salah
– Folder MYHAC diubah kepada JUARATEMPUR
(kredit kat bro juaratempur)

Ok..semalam ada cadangan dari bro dgodam untuk pilihan mengubahsuai kata laluan..tapi setelah Team MyHac berbincang, kami rasa biarkan ia seperti itu..sebab? sebabnya dah jelas, aplikasi ini bukan untuk MENYOROKKAN folder korang..jadi letak password sendiri pun tak guna sebab masih boleh diakses dengan menggunakan ‘Folder Options…’..
heheheh..jangan kecik ati ye..benda ni kami reka untuk memudahkan korang sebenarnya..tak perlu mengulang perbuatan yang sama setiap kali nak hiddenkan folder, nak un-hide balik..
kemudian nak cipta fail-fail autorun, setup, dan
hidden-kannya, kemudian nak buat coding lagi untuk hilangkan ‘button’ untuk un-thick ‘Hidden’ tu lagi..ish..korang faham tak? heheh..

Ok-ok..jangan cakap panjang..muat turun aplikasi Safety Folder version 1.1 di bawah..

Klik Di Sini —> Safety Folder version 1.1 (juaratempur)

Cara penggunaannya sama sahaja dengan versi 1.0..cuma nama folder aje yang ditukar kepada JUARATEMPUR..kata laluannya masih sama iaitu: mrhac

Soalan cadangan penambahbaikan:

– Nama aplikasi ni yang sedap ape ye nak bagi?
– Korang rasa perlu kata laluan (password) ke? sebab kalau tak nak, versi seterusnya kami buang coding kata laluan tu..
– Kalau nak kata laluan peribadi, sila e-melkan kepada bro JT di juaratempur@yahoo.com

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Aplikasi Ringkas : Safety Folder Version 1.0 dari MYHAC

13

Salam semua pengunjung, pelawat, pembaca, khususnya kepada follower tegar blog Mr.Hac ni..

Hari ni Hac nak bagi korang semua sebuah application (aplikasi) yang telah direka, dan dibuat oleh 2nd Admin My Hackers Are Here a.k.a MyHac iaitu Bro juaratempur..
Mr.Hac cuma tolong ubah coding sikit-sikit untuk nampak lebih kemas dan Mr.Hac telah compilekan ia menjadi aplikasi exe.

Ok..aplikasi ni memang ringkas..mudah untuk digunakan..ianya berfungsi sebagai sebuah folder, yang selamat dari ancaman virus yang merebak melalui pendrive..

Cara menggunakannya:

1. Muat turun aplikasi Safety Folder di sini —>
Safety Folder Version 1.0 by MyHackersAreHere @ MyHac

2. Ekstrak fail rar tersebut dan korang akan jumpa satu fail exe yang bernama ‘Safety Folder’.

3. Klik dua kali pada fail Safety Folder.exe, dan sebuah folder bernama MYHAC akan muncul.

4. Masukkan semua fail penting korang ke dalam folder MYHAC.

5. Sekali lagi klik dua kali pada fail Safety Folder.exe

6. Korang akan diminta untuk memasukkan huruf ‘Y’ atau ‘y’..Jadi sila masukkan huruf Y atau y..

7. Folder MYHAC tadi akan di-hidden-kan. apabila ia telah hidden, secara automatik folder MYHAC tadi telah selamat dari ancaman virus yang cara perebakannya adalah melalui pendrive..jadi korang tak perlu risau lagi tentang fail-fail penting yang korang bimbang akan dijangkiti oleh virus..bagaimana cara ia berfungsi? itu jangan tanya..istimewa punya kitorang (Mr.Hac & juaratempur) cipta..hehehe..

8. Untuk menampilkan kembali folder MYHAC, klik dua kali pada Safety Folder.exe, dan korang akan diminta untuk memasukkan kata laluan iaitu : mrhac

9. Folder MYHAC tadi akan muncul kembali..

Ini ialah Give Away Mr.Hac dan Team MyHac yang pertama..korang tak payah la nak tayang banner ke, nak itu ini ke..tak payah..
PERCUMA aje kami bagi..cuma…(ada ‘cuma’ ye Mr.Hac?)..heheh..
cuma korang sebar-sebarkan la mengenai aplikasi ini kepada rakan-rakan yang lain..biar semua orang dapat manfaatnya..ok?
kalau nak copy entry ni pun boleh..takde masalah..

Sebarang komen dan cadangan, sila masukkan kat bawah..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Anti Office Blocking Software (Siri Kedua)

12

Assalamualaikum para pelawat, para pembaca dan The Hykerz sekalian..

Entry Anti Office Blocking Software dah masuk siri kedua kali ni..
Untuk kesekian kalinya Hac tak mahu menulis panjang-panjang..takut pembaca dan pelawat tak terbaca pula..biarla Hac ringkaskan entry hari ni..

Ok..entry kali ni Hac nak kenalkan korang semua dengan sebuah laman web pembangun Circumventor yang terkenal iaitu Peacefire.org.

Apa itu Circumventor?
Circumventor ialah sebuah halaman (page) yang berasaskan web (web-base) yang ‘mengambil’ sebuah laman web yang disekat dan ‘membawanya’ melalui sebuah laman yang tidak disekat untuk membolehkan pengguna melihat laman web tersebut..

Untuk mencuba halaman ini, korang boleh pergi ke sini —> Peacefire

Korang hanya perlu memasukkan URL halaman yang telah disekat oleh Websense untuk memasukinya..
(Penerangan lebih lanjut mengenai Circumventor hanya akan dibuat pada entry yang lain)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Silent Hackers : Forum Hackers Malaysia Yang Terbaik!

30

Yaaa..salam semua..Mr.Hac kembali lagi!

malam ni (ye la..masa Hac taip ni dah malam) Hac nak perkenalkan korang semua dengan satu FORUM HACKERS MALAYSIA yang terbaru (maksud Hac, Hac baru jumpa!) iaitu SILENT HACKERS..

Hac galakkan korang mendaftarkan diri di forum ni kalau nak belajar kaedah hacking yang lebih extreme sebab kalau korang belajar dari blog Hac ni, Hac ajarkan yang basic-basic je (merendah diri la pulak)..

Jadi..korang jangan buang masa la ye..jom kita sama-sama belajar hacking kat sana..benda menarik macam ni kena sebarkan!

Sila klik disini —> Silent Hackers Community

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Anti Office Blocking Software (Siri Pertama)

8
Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama Hac tak buat apa-apa post (lama ke?), hari ni Hac kembali lagi dengan entry terbaru yg lebih hangat daripada biasa (err..Hot FM marah tak aku guna tagline dorang?)
Hac datang kembali bersama entry baru yang penuh dengan kemarahan, yang kemuncak! Hac siap mintak tunjuk ajar dari otai iaitu dgodam untuk menyelesaikan masalah global yang dah mula menyerap masuk ke dalam negara Malaysia..Hac rasa betul-betul diperbodohkan..apakah masalah itu Hac? Hmm..masalahnya ialah, pejabat telah memakai blocking software yang lebih hebat dalam memerangi laman web yang tiada kaitan dengan pekerjaan!!
Semua laman seperti Facebook, Orkut, Myspace, Shoutmix, Nuffnang, semuanya telah disekat oleh pejabat..Hac berani cakap tiada apa cara yang Hac tak cuba..segala macam perisian, kaedah, tips dan helah, yang telah Hac gunakan namun kesemuanya menemui jalan buntu..Hac ada merujuk kepada beberapa pakar godam luar negara, namun masih belum dapat jawapan..
Buat masa ni, Hac belum jumpa lagi satu-satu kaedah yang paling mudah untuk seseorang yang hanya tahu asas pengkomputeran, untuk membenarkannya melayari laman yang telah disekat melainkan penggunaan perisian (software).
Sebelum ni Hac pernah membuat post tentang Ultrasurf dan Hotspot Shield..
tapi kali ni Hac nak tulis entry tentang Toonel pula..
Ok..perisian pertama yang akan Hac perkenalkan kat korang semua ialah Toonel.net..
Toonel.net telah ditulis sepenuhnya dengan menggunakan skrip/kod Java (sapa kata Java tak power tu?)
pada asalnya ia dicipta untuk menjimatkan penggunaan bandwidth bagi yang membayar untuknya (contohnya pengguna broadband, Streamix, P1 Wimax, dan lain-lain..).
Namun kaedah ia berfungsi telah menyebabkan ia menjadi perisian anti Blocking Software secara pasif..
Ia mengkompresi/memadatkan hampir kesemua lalu lintas (traffic) seperti HTTP, Email, FTP, dan data TCP/IP yang lain melalui satu ‘terowong’ (tunnel) dalam perisian Toonel.net. Ia mengurangkan sumber kuasa yang dipindahkan antara pelayan dan pelanggan (server and client) yang menjadikan kadar penggunaan bandwidth lebih menjimatkan..Data yang terenkrispsi melalui terowong Toonel.net ini telah menyebabkan sambungan internet menjadi lebih selamat..korang juga boleh gunakan ia untuk anonymous surfing..
Untuk web browser, korang perlu setting dahulu..
Proxy : 127.0.0.1
Port : 8080
Kat mana nak cari setting-setting ni? ada dalam web browser la~
Heheh..setiap browser tak sama..macam Hac, Hac menggunakan Maxthon 3.0..ia lebih mudah kerana sudah mempunyai ‘button’ untuk setting proxy..

Untuk Internet Explorer, klik Tools > Internet Options > Connections > LAN Settings > Use a proxy server for your LAN

Untuk Mozilla Firefox klik Tools > Options… > Advanced > Network > Connection > klik pada Settings…

Untuk Google Chrome klik button tools  (bentuk spanar) > Options > Change proxy settings > LAN Settings > Use a proxy server for your LAN

Untuk Maxthon klik Menu > Proxy > Settings > Use custom Proxy Setting

Jadi dah jumpa setting browser masing-masing? Mari kita muat turun perisian ni..

Sila klik di sini —> Toonel.net

Kelebihan Tool.net :

– Tidak perlukan pemasangan (installation)
– Saiz yang sangat kecil (117KB)
– Mudah alih (portable)

Kekurangan Tool.net:

– Versi lama yang sudah tidak dikemaskini lagi
– kelajuan internet yang berkurangan/perlahan
– Nak tonton Youtube? – tidak digalakkan kerana video loading agak lambat

Sebarang pandangan, komen, cadangan, sila lontarkan suara minda anda yang bernas di bawah..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tips Memilih Kata Laluan Yang Selamat

6

Salam semua..Ok la..malas dah nak tulis intro panjang-panjang ni..seperti yang dijanjikan, Hac nak bagi korang entry dari blog dgodam..Entry ni la yang paling mudah Hac nak ambil sebab yang pertama, Hac tak perlu nak terjemah, yang kedua Hac tak perlu nak tulis panjang-panjang, sebab ianya adalah sebuah video..oleh itu, sila la tonton video dibawah dalam TV FULL HD..sebab ape? saje je buat ayat camtu..gempak sikit..hahaha..kredit kepada dgodam atas ehsan beliau untuk entry Hac kali ini..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mematikan Proses ‘Not Responding’ Dengan Trik Mudah

5

Assalamualaikum semua..The Hykerz dan pembaca sekalian, Mr.Hac harap korang semua ok-ok la hendaknya..

Orait..entry ni, Hac nak berikan kredit kepada Devil-404 kerana entry ni Hac ambil dari blog dia..Hac dah lama bertegur sapa dengan Devil-404 ni..cuma yang buat Hac agak terkejut, umurnya baru belasan tahun (dah lupa berapa belas tahun) tapi dah jadi seorang yang pakar dalam bidang pengkomputeran (lebih tepat lagi seorang hacker)..

Oleh itu Hac nak kenalkan korang semua dengan beliau melalui entry Hac kali ni..

Kaedah yang beliau ajarkan sangat mudah..mulakan dengan klik kanan pada desktop dan pilih
New > Shortcut
Isikan pada kotak tetingkap shortcut itu dengan baris perintah berikut:

Taskkill /F /FI “NOT RESPONDING”

kemudian klik Next..namakan shortcut ini dengan nama Kill Not Responding dan klik Finish..
Korang akan mendapati ada satu shortcut baru telah berada pada desktop..
Setiap kali apa-apa program mengalami crash, cukup sekadar klik dua kali pada shorcut ini untuk mengakhiri proses tersebut..

Untuk lebih faham, sila klik di sini —> Kill Not Responding

P/S: Entry akan datang Hac akan ambil entry dari blog dgodam pula..tungguuuuuu…(Hac nak merapatkan silaturrahim sesama hackers aje..)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Hack Akaun Administrator Daripada Akaun Guest

10

Salam semua The Hykerz dan pembaca-pembaca sekalian..

Pada entry hari ni, Hac akan ceritakan kaedah mudah untuk menggodam akaun administrator hanya dari akaun guest..
Sebelum ni Hac pernah menulis kaedah hacking akaun administrator
di sini —> Tips Hacking Untuk Permulaan

Itu la antara artikel/entry terawal Mr.Hac di arena blogging ini..Kali ni Hac nak berkongsi satu lagi cara mudah untuk kita godam akaun administrator ni supaya kita mendapat kesemua hak-hak istimewa yang hanya boleh digunakan oleh akaun administrator..

Konsep Kaedah Godam:

Tekan kekunci shift 5 kali dan komputer akan menunjukkan kekotak dialog sticky key.Ia berfungsi biarpun pada skrin logon. Tetapi jika kita mengganti sethc.exe yang bertanggungjawab untuk Kotak dialog sticky key, dengan cmd.exe, dan kemudian kita ‘keluarkan’ sethc.exe dengan menekan butang shift 5 kali pada paparan logon, kita akan mendapatkan command prompt dengan hak istimewa administrator kerana tiada pengguna yang telah log masuk. Dari sini kita boleh godam kata laluan administrator, bahkan dari sebuah akaun Guest.

Berikut adalah kaedah untuk melakukannya:

Anda harus berada dalam akaun tetamu (Guest) dengan write access ke system32.

* Pergi ke C: / windows/system32
* Cari Cmd.exe, salin dan tampal (copy and paste) pada desktop.
* Cmd.exe rename menjadi sethc.exe
* Salin (copy) sethc.exe kepada folder sistem 32 tadi, dan ketika ketika tetingkap meminta untuk overwrite file tersebut, klik ‘Yes’.

Kemudian log out dari akaun Guest, dan ketika tetingkap untuk memilih akaun pengguna (user account) ditampilkan, tekan kekunci Shift 5 kali..

Kekotak dialog sticky key, yang sepatutnya terbuka ketika kekunci shift ditekan sebanyak 5 kali, telah digantikan dengan Tetingkap Command Prompt dengan hak penuh akaun Administrator akan terbuka..

Setelah itu, taip ‘net user administrator 12345’ (tanpa pembuka dan penutup kata) dimana 12345 adalah kata laluan yang akan digunakan..sekiranya ada ‘error’, sila tukar 12345 kepada kata laluan yang lebih kompleks/sukar untuk diteka..habis taip, tekan enter..

Korang akan nampak “The Command completed successfully”..tutup tetingkap Command Prompt tadi dan login dengan akaun administrator beserta kata laluan yang baru tadi..Selesai!

Tips Ekstra:

Selanjutnya korang juga boleh mencipta lebih akaun pengguna dari Command Prompt dengan menaip ‘net user namauser/add’ dimana namauser ialah nama akaun pengguna baru yang ingin korang cipta..(nama tu boleh letak apa-apa aje)

Seterusnya korang sorokkan akaun tersebut dengan cara:

pergi ke registry editor dan cari key berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindows NTCurrentVersionWinlogonSpecialAccountsUserList

 
(untuk pergi ke registry editor, pergi ke butang start, run… dan taip regedit)

Buat satu DWORD value yang baru, dan rename ia kepada nama akaun pengguna yang korang dah cipta tadi..valuenya tukarkan kepada 0..selesai! akaun tu dah disorok bersama dengan akaun administrator..
kalau nak tukarkan ia supaya tidak disorok (un-hide), hanya ubah valuenya kepada 1..

Seperti biasa jangan lupa tinggalkan komen dan pandangan korang yang membina kat bawah ya.. 🙂

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

E-Book Hacking Percuma Dari Mr.Hac (Siri 2)

4

Salam semua The Hykerz dan para pembaca yang dikasihi..

Kali ni Hac nak bagi korang semua muat turun sebuah e-buku (e-book) yang Hac dapat..dapat dari mana? Tu jangan tanya..heheh..yang penting korang boleh muat turun secara percuma sahaja..nama E-book tersebut ialah:
The Hacker’s Underground Handbook..

E-book ni pada asalnya boleh dibeli di sini — > The Hacker’s Underground Handbook dengan harga USD24.95..korang darab la dengan 3.5, baru dapat harga Ringgit Malaysia (kalau tak silap Hac 3.5 atau 3 laa..)

Tetapi di blog Hac, korang boleh muat turun secara percuma aje..nak bayar jugak? boleh..korang klik aje button follow kat bawah tu..Hac dah cukup berterima kasih dah..hehehe..

Ok..jangan buang masa ye..jom sama-sama kita sedut e-book ni! (Hac letakkan dalam akaun 4shared Hac sebab akaun mediafire mengalami masalah)

Klik Di Sini —> The Hacker’s Underground Handbook

Views: 0

Iklan Newspaper Inline