Cara Menggunakan Perisian Versi Trial Untuk Selama-lamanya

Salam semua..entry ni Hac tulis setelah beberapa hari ni Hac sibuk dengan kursus..bila dah jumpa bahan untuk ditulis, Hac cepat-cepat capai netbook..hari ni Hac nak bagi tahu cara untuk menggunakan perisian versi trial untuk selama-lamanya! ya..memang seronok kerana kita tidak lagi perlu bersusah-payah mencari keygen ataupun patch..

KONSEP

Apabila kita memasang (install) sesuatu perisian, ia akan membuat entry di Windows Registry dengan perincian pemasangan seperti tarikh dan masa pemasangan, direktori dan lain-lain. setiap kali kita menjalankan perisian itu, ia akan membandingkan antara tarikh dan waktu sistem dengan tarikh dan waktu pemasangan. jadi dengan ini ia akan dapat mengesan sama ada perisian tersebut sudah tamat tempoh percubaannya atau tidak. jadi, sekiranya kita dapat membuatkan perisian itu ‘berfikir’ bahawa tempoh percubaannya tidak tamat lagi, oleh itu kita akan dapat menggunakan ia untuk selama-lamanya.

Bagaimana Kaedahnya Menggunakan Perisian Versi Trial Untuk Selama-lamanya:

Pertamanya muat turun terlebih dahulu perisian Crack Lock di sini dan ikuti langkah-langkah yang diberikan di bawah.

1. Sentiasa tuliskan tarikh dan masa pemasangan perisian versi trial untuk pertama kalinya.

2. Apabila tarikh percubaanya sudah tamat, jangan sekali-kali buka perisian itu.

3. Sekarang buka Crack Lock yang telah dipasang pada PC korang dan pilih ‘add program’.

4. Kemudian, pergi dan cari perisian versi trial yang ingin korang gunakan untuk selama-lamanya di direktori ia dipasangkan dan ‘suntik’ tarikh terakhir ia luput.

CONTOH: Jika tarikh tamat tempoh percubaan perisian itu ialah 30 Disember, sentiasa masukkan tarikh 29 Disember.

5. Ulang langkah diatas untuk semua perisian trial yang ingin digunakan untuk selama-lamanya.

Nota: Apabila tarikh tempoh percubaan telah tamat, jangan buka ia terus begitu sahaja. sentiasa buka dengan perisian Crack Lock terlebih dahulu.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

15 Comments

15 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
eszol raar

sbb tu makin byk trial version kurang feature

sbb dah ramai sgt hack log file

blog-tips-kurus

oooooo… byk ilmu mrhack ni. 🙂

Anonymous

menarik!!

Faris

Wow! Menarik jugak entri ni…so, tak payah lagi gunakan software trial yang menyusahkan orang ni…

Arya Putra

@ Faris yup..senang..tak payah lagi dah nak pening2 cari patch atau crack..

Ayie

tapi kebanyakan trial, dia tak provide full function.. tensen sikit~

Arya Putra

sebab dorang tau ada cara nak crack software tu..hehehe..

Anonymous

mr.HAc, law untuk OS leyh dak? kalau untuk OS xleyh, ada cara len dak?

Arya Putra

OS apa tu?

asmid

Ohh bagus lah. Nak cuba juga. Boleh buat koleksi. Sebelum ni pernah jugak guna Time Stopper. Tq hacker…

Anonymous

link ni dh rosak la…
bagi la link baru..

Anonymous

padam saje n tri ni wokk..,link utk download da gagal..,.naya..

Arya Putra

Aku download ok je..

Cikgu mie

Betul tu Arya Putra masih boleh download.. tapi kena guna ip samaran … ultrasurf bebbb

Anonymous

xphm yg tntang tarikh

spot_imgspot_img