Utama Blog Laman 331

Pale Moon : Browser Yang Laju!

0

Salam..dah baca tajuk? kali ni Hac nak memperkenalkan kepada anda semua sebuah browser yang laju, yang berasaskan Mozilla Firefox, iaitu Pale Moon..

Anda tentu tahu sebelum ini Hac pernah membuat ulasan mengenai web browser Lunascape, SRWare Iron, Maxthon, dan juga Senarai 10 Web Browser Yang Jarang Didengari..kali ini, Hac nak beritahu ada sebuah lagi web browser yang mendapat perhatian dari Hac iaitu Pale Moon..kali pertama menggunakannya, Hac langsung tidak teruja..masakan tidak, lihat sahaja screenshot di bawah ini, sama saja seperti Mozilla Firefox, tiada apa yang lain dari segi paparan antaramuka penggunanya..

Namun setelah menjalanankan ia beberapa kali, apa yang boleh Hac katakan ia agak laju, malah lebih laju dari Firefox..ini adalah kerana beberapa setting yang optional (pilihan) telah ‘dimansuhkan’ atau ditiadakan..tambahan pula, ia sememangnya dicipta untuk dioptimalkan penggunaannya pada sistem operasi Windows sama ada Windows 7 mahupun XP..dengan mengoptimalkan sepenuhnya penggunaan ciri ‘internet browsing’, Pale Moon mampu menambat hati para pengguna Firefox kerana ianya lebih stabil dan dinamik..ia juga menyokong Firefox Add-On, Theme, dan Personas..pendek kata, ia telah dicipta untuk pelayaran internet yang lebih pantas, stabil dan efisien dengan hanya memilih setting yang betul-betul diperlukan sahaja..

Yang paling menarik, anda boleh dapatkan Pale Moon versi mudah alih (portable) dari laman web rasminya berbanding Firefox, yang mana versi portablenya hanya boleh didapati dari laman-laman lain yang tidak rasmi dan ini boleh menyebabkan anda, para pengguna terdedah dengan Malware seperti Keylogger, Virus dan lain-lain..Pale Moon menggunakan memori yang sedikit kerana fungsi-fungsi yang jarang digunakan telah ditiadakan dalam pilihannya (Options)..

Jadi..apa kata anda semua? mahu mencuba Pale Moon?
anda boleh memuat turun Pale Moon dari laman web rasminya iaitu —> Pale Moon

Iklan Newspaper Inline

KEPADA PEMPLAGIAT, COPY-PASTE, BLOGGER HACKER WANNABE!!!!!

0

Aku memang panas hati..sungguh aku PANAS!!!
Masuk ni aja dah beberapa blog aku jumpa duk COPY-PASTE artikel dalam blog aku ni tanpa menyatakan sumber asal, kemudian dengan selamba buat macam entry tuh BAPAK KAU YANG TAIP!!! yang dah ubah balik bagi kredit ke, hape ke, takpe jugak, ni tak..kau main-main dengan aku ya??

Aku taip penat-penat, seluruh ilmu, idea, dan hasil kajian aku curahkan kat dalam setiap entry aku tapi kau sedap-sedap bapak kau aje duk copy paste kan???
Apsal?? bengang ayat aku kasar sangat?? abeh perbuatan ko duk copy paste entry aku, tanpa menolong aku walau dengan satu backlink, dah tu 100% entry tu ko tak ubah, kalau ubah pun tang nama MR.HAC ko ubah bagi jadi nama ko, ko fikir aku tak boleh detect la??? sedap je ko tumpang SEO dari entry aku, lepas tuh nama followers blog aku ni pun ko tak tukar?? (The Hykerz)

Wei nama-nama yang aku nyatakan kat bawah ni, sama ada ko nak link balik entry-entry yang ko dah copy paste tuh ke blog aku, ataupun delete balik semua entry-entry tu, sila berbuat sedemikian sebelum aku bertindak kurang waras!!

BANGSAT PERTAMA!!

BANGSAT KEDUA!!! (REMOVED : dia dah minta maaf..)

Kat blog dorang ni korang boleh tengok sendiri apa yang aku katakan..berapa banyak dah entry aku yang dorang dah copy..then tengok sendiri, berapa peratus persamaan dengan entry yang asal..aku tak kisah kau orang nak copy paste 360% sekalipun tapi tolonglah!! give me back my right and that is my backlink you idiot!!! dah la main copy paste aje, dah tu plak buat macam entry tu bapak ko sendiri yang taip plak! seronok nampak???

Iklan Newspaper Inline

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

0

Klik sini —> BLOG PILIHAN MALAYSIA

Salam..hari ni masa berjalan-jalan, jumpa la blog ni..jadi Hac nak buat entry ringkas sikit mengenai Blog Pilihan Malaysia ni..hmm..

Blog My Hackers Are Here telah dibangunkan, ditulis, direkabentuk (aiceh..) pada hari Ahad, 16/01/2011. Blog ini tergolong dalam kategori Blog Tutorial Pilihan..Hac membuat blog ini dengan tujuan untuk berkongsi segala maklumat yang ada mengenai dunia Hackers dan Crackers dengan harapan para pengikut dan pembaca blog ini dapat mengambil manfaat dan mengetahui keadaan yang sebenar tentang dunia underground hackers mahupun crackers.

Tanpa IT, dunia ini tidak akan lengkap dan kemajuan tidak dapat dicapai..besarlah harapan Hac agar blog ini menjadi pusat rujukan untuk ilmu-ilmu berkaitan bidang IT..lagi pula, sejak kebelakangan ini dunia kerap dikejutkan dengan akaun-akaun FB YANG TELAH DIGODAM oleh para hackers sama ada dari dalam mahupun luar negara..tidak kurang juga dengan Sony Playstation Network yang juga telah digodam dan ini memberi ancaman besar kepada para penggunanya..

Hac berharap agar semua kawan-kawan menyokong blog Hac serta niat murni Hac untuk memperjuangkan ilmu IT..semoga anda semua semakin terbuka mata dan hati untuk mendalami ilmu IT yang sangat menarik ini! jadi tolong la undi blog Hac ni ya!
(skema gila lah ayat aku)

Kawan-kawan yang Hac ingin tag ialah:

1. Abgteror

2. Freaky

3. Kak Pah

(Dorang ni mesra alam sikit..jadi tak takut la nak tag..hehehe..)

Iklan Newspaper Inline

Gunakan Pendrive Sebagai RAM : Tingkatkan Prestasi Komputer Anda!

0

Jom sama-sama kita lajukan prestasi PC dengan beberapa tweak yang mudah!
Kaedah yang pertama Hac akan terangkan dengan cara manual..yes..manual is hacker!
Kaedah kedua barulah Hac akan berikan kepada anda perisian yang bersaiz kecil namun mampu membantu untuk meningkatkan prestasi PC anda!

1. Masukkan pendrive pada port USB..
(Pendrive mestilah bersaiz 1GB..kalau 4GB lebih baik)

2. Klik kanan pada ‘My Computer’..

3. Klik ‘Properties’..

4. Klik ‘Advanced’..

5. Klik ‘Settings’ pada bahagian ‘Performance’

6. Klik ‘Advanced’..

7. Klik ‘Change’ pada ‘Virtual Memory’..

8. Pilih memori yang ada pada pendrive anda..

9. Tetapkan nilai yang anda ingini dan klik ‘OK’..

10. Restart PC anda..selesai!

11. Untuk pengguna Windows 7, anda boleh terus memilih fungsi ‘ReadyBoost‘ yang terletak pada ‘My Computer’ juga..

Menggunakan perisian eBoostr untuk menambahkan RAM

Tak payah cakap banyak..terus muat turun perisian ini dibawah dan gunakannya!

eBoostr+Crack: v4.5.0 (*Update download link 19 April 2013*)

Mudahkan? pada waktu mula-mula installation, memang bahasa yang terpapar bukan bahasa Inggeris..Hac pun tak tahu bahasa apa jadi jangan tanya ya..tengok pada gambar dibawah untuk panduan menukar bahasa..

Iklan Newspaper Inline

Angry Birds For PC Portable 2011

0

Hahaha..perlu ke Hac terangkan lagi pasal game Angry Birds ni?
Hac ada Angry Birds For PC Portable dan ia dah pun dimuat naik ke akaun mediafire Hac..apa lagi? sedut la jangan tak sedut!

Sedikit Penerangan:

Angry Birds, merupakan puzzle video games yang dibangunkan oleh Finland, Rovio Mobile. Seperti yang saya ketahui lagi, games Angry Birds ini sekarang, games yang paling diminati sekarang dan banyak memerlukan kekuatan mentaliti untuk melepasi semua halangan yang terdapat pada setiap peringkat dalam games tersebut.

Karakter kartun yang ditampilkan dalam games ini adalah burung dan babi (makhluk warna hijau). Cara permainannya hanya melepaskan tembakan burung kepada binaan kawasan babi tersebut. (macam berani mati lak burung-burung ni). Pada awalnya permainan ini hanya tersedia bagi pengguna Smartphone, tapi untuk versi PC pun sudah ada.

Untuk pengetahuan korang semua, game ni memang menarik dimana pemain memiliki beberapa “burung gila” untuk target “binatang hijau” itu dalam memusnahkan bangunan binatang terbabit. Terdapat banyak hints dalam Youtube sekiranya korang gagal menggunakan kreativiti anda dalam menyelesaikan, bagaimana nak meruntuhkan struktur bangunan yang berlainan apabila semakin meningkat tahap (stage) tersebut.

Sumber artikel diambil dari sini —> Angry Birds: Game Popular Pada Masa Kini

Klik di sini —> Angry Birds For PC Portable 2011

Klik di sini —> Angry Birds For PC Portable 2011 (MacOSX)

Iklan Newspaper Inline

Facebook Dislike Button – Hati-Hati Dengan Penipuan Ini!

0

Nampaknya penipuan pada laman sosial ternama iaitu Facebook dah menjadi semakin berleluasa selepas penyebaran video ‘Dad Catches Daughter on Webcam’ (palsu)..
Kini ia hadir lagi dengan penipuan terbaru iaitu pengaktifan Facebook Dislike Button!

Facebook now has a dislike button! Click ‘Enable Dislike Button’ to turn on the new feature!

Jangan sesekali percaya dengan kata-kata seperti diatas!

Jangan terpedaya dengan helah sebegini!! ia nampak seperti asli tetapi setelah sasaran klik pada button tersebut, mereka akan dibawa ke halaman seperti dibawah:

Mereka akan diminta untuk menyalin JavaScript dan meletakkannya pada URL/Address bar browser..apabila mereka telah melakukannya, mesej yang sama akan di-post pada wall mereka!

Bagaimana Cara Ia Dilakukan?

Hanya dengan JavaScript, semuanya boleh terjadi..’Activate Dislike Button’ ini muncul di tempat ‘Share’ button berada..ini semua dilakukan oleh JavaScript yang telah di copy-paste oleh sasaran/mangsa itu tadi..JavaScript itu hanya menamakan semula (rename) ‘Share’ kepada ‘Activate Dislike Button’ tetapi fungsinya kekal sama..

Adakah Ianya Adalah Virus?

Jawapannya, YA..

Ianya dikesan sebagai ‘Social Engineering(Security)type 1710′ oleh antivirus AVG..ianya kelihatan seperti Russian Malware, yang apabila ianya dijalankan dengan sempurna ia pasti akan membocorkan maklumat peribadi anda seperti Facebook, Yahoo, hotmail, Ebay, Paypal dan lain-lain kepada penggodam..

Salah Faham Mengenai Virus Virtox

Terdapat sesetengah laman web yang melabelkannya sebagai Virus Virtox tetapi perkara sebenarnya tiada virus bernama ‘Virtox’ setakat ini dan berkemungkinan maklumat tersebut disebarkan oleh pembuat asal virus SE ini..

Pengesanan Antivirus Yang Rendah

Anda boleh lihat hanya 5/42 keputusan menunjukkan ia adalah virus (VirusTotal) dari URL scanning yang telah dibuat..

Pesanan Dari Mr.Hac:

Hati-hati dengan kaedah penipuan yang semakin licik..teknik Social Engineering telah lama dipraktikkan dari satu masa dahulu dan nampaknya ia telah merebak kembali..

SEBENARNYA Facebook Dislike Button sememangnya ada..ia ada dalam bentuk add-on untuk Firefox (dan bakal terdapat pada IE juga)..anda boleh mencubanya di sini —> The Spinmod Dislike Button Sumber

Iklan Newspaper Inline

Cara Bypass Survey Sharecash

0

Salam..atas permintaan yang hangat dari pembaca blog ini, maka Hac nak tunjuk satu video tentang cara bypass survey Sharecash dan untuk tahun 2011 ini, nampaknya ia masih berkesan! cara bypass survey ini kalau tak silap Hac sememangnya dikhususkan untuk Sharecash tapi kalau survey yang menggunakan servis lain, itu kena cuba sendiri la ya..

Muat turun J-Downloader di sini —> J-Downloader

Buat masa ini add-on/extension integration untuk browser hanya terdapat pada Google Chrome sahaja..untuk masa akan datang, mereka sedang mengusahakan satu extension unversal yang bermaksud kesemua browser pun boleh menggunakannya..
Apa kata anda cuba dahulu dan kemudian berikan review anda di dalam ruang komen..ok?

P/S: buat masa ini, hanya cara ini sahaja yang betul-betul berkesan..cara yang lain telah banyak yang Hac cuba tetapi tidak berjaya..sekiranya ada penambahan cara yang lain, maka tunggu entry akan datang, akan Hac masukkan kemudian..

Iklan Newspaper Inline

Jom Lajukan Internet dan Browser Anda!

0

Salam..setelah Mr.Hac berpuas hati apabila menguji perisian ini, Hac ingin kongsi dengan semua orang..dengannya, semua browser seperti Chrome, Firefox, Internet Explorer, Safari, Opera, pasti akan laju! Tips melajukan internet kali ini adalah dengan menggunakan perisian yang dinamakan sebagai Versis Full Speed Boost..

Apa yang pasti, anda tidak perlu fikirkan apa-apa lagi..anda hanya perlu apply sahaja setting yang anda inginkan dan, wal-lah! Internet anda sudahpun berkelajuan tinggi!
Sistem Operasi Windows anda sudahpun menetapkan setting yang tidak optimal untuk kesemua setting internet. jadi dengan perisian ini, anda akan dapat rasakan bezanya yang jelas ketara selepas menggunakannya. Hanya klik pada mana-mana kelajuan yang anda mahukan dan kemudian restart PC anda..siap! walaupun hanya 2 jenis browser sahaja yang diberikan untuk anda uji, tetapi ia merangkumi semua browser yang anda gunakan..tidak kiralah browser apapun, yang pasti perisian ini sangat-sangat membantu!

Hac menyarankan anda mencuba browser Lunascape, SRWare Iron, Google Chrome, dan juga Mozilla Firefox untuk merasai kelajuannya!

Klik di sini —> Full Speed Pro Boost 3.3

Buat masa ini, hanya versi 3.3 yang dapat Hac berikan (versi terkini buat masa ini ialah 3.6)..sekiranya Hac dah dapat yang terkini, Hac pasti akan update!
Silalah mencuba dan rasakan perbezaan kelajuan internet anda sekarang!

Iklan Newspaper Inline

E-Book Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam

0

Assalamualaikum..setelah berhempas pulas, akhirnya siaplah sebuah e-book yang telah dikarang sendiri oleh Mr.Hac, e-book yang bertajuk Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam..

E-book ini telah ditulis oleh Mr.Hac bermula pada pagi tadi, dan reka bentuk kulit muka hadapannya (e-cover) juga dibuat setelah siap Mr.Hac menulis..letih juga la rasanya! jadi kalau e-cover tak cantik, jangan marah aaaaa…


E-Book cover updated:

E-Book cover by Togi Tan

Bukan niat Hac nak siapkan secara terburu-buru tetapi Hac mengejar masa..rugi rasanya kalau ia siap lambat..tetapi yang paling penting sekali ialah, e-book ini Hac nak berikan secara PERCUMA sahaja kepada anda semua!

Sekiranya ada KESILAPAN EJAAN, atau sebarang bentuk kesilapan yang lain, Hac nak minta maaf banyak-banyak (biasa la..taip nak laju!)..Hac harap anda semua suka dengan ‘hasil tangan’ pertama Hac ini!

E-book yang Hac tulis ini merangkumi kesemua penerangan mengenai kepentingan melayari laman-laman web secara anonymous (tanpa nama @ IP palsu)..segala yang perlu Hac terangkan, sudahpun ditulis..namun sekiranya ada penambahan, Hac tidak akan teragak-agak untuk menulis e-book buat kali kedua (sebenarnya ketiga kerana sebelum ini Hac pernah menulis sebuah e-book untuk blog lama Hac..namun tak jadi untuk dijual kerana market yang rendah)

Ok..jangan bertangguh! jom sama-sama kita baca hasil karya Mr.Hac!
Sebarang komen dan cadangan adalah amat dihargai dan dialu-alukan!

Muat turun di sini —> Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam

UPDATED!

Mr.Hac ada betulkan sikit-sikit kesalahan ejaan dan juga ralat perkataan dalam e-book Mr.Hac tu..
maaf la ya..

muat turun di sini —> Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam

Iklan Newspaper Inline

Tab Nabbing : Kaedah Phishing Yang Unik

0

Salam semua pembaca..setelah beberapa hari Hac tak update blog, hari ni Hac nak update satu tutorial yang berguna untuk kita semua tahu, bahawa ada satu lagi kaedah phishing iaitu kaedah Tab Nabbing/Tab Jacking/Tab Napping..semua nama ini merujuk kepada teknik yang sama..

Kaedah ini telah lama berada dalam dunia IT iaitu bulan Mei 2010 lagi dan telah dipelopori oleh Aza Raskin..

Bagaimana kaedah ini berfungsi?

Dalam kaedah-kaedah phishing sebelum ini, seorang penggodam menghoskan laman phishing dalam laman web hosting seperti T35.com, atau 0Fees.net dan kemudian menghantarkan pautan laman log masuk palsu itu kepada mangsa melalui e-mel dan lain-lain saluran maklumat..

Tetapi dengan berkembangnya evolusi pelayar (web browser) yang semakin canggih dengan sistem sekuriti yang mantap, ditambah pula dengan sesetengah laman hosting yang menjengkelkan (sukar untuk digunakan, tidak menerima laman phishing, dll), maka kaedah ini adakalanya menjadi agak sukar..

Disebabkan itulah Aza Raskin (pekerja mozilla) telah mendapat idea untuk mengasaskan teknik Tab Nabbing ini, dimana sasarannya ialah pengguna web browser dengan fungsi ‘tab’..apabila seseorang pengguna itu membuka laman yang telah dimasukkan code oleh si penggodam tadi, sekiranya dia meninggalkan laman tersebut untuk beberapa tempoh waktu tertentu iaitu pengguna tersebut beralih ke tab lain, maka tab laman asal tadi akan dihalakan kepada laman log masuk palsu..jadi setelah pengguna tadi beralih kembali kepada tab laman asal yang dibuka, ia kelihatan seperti telah log keluar dan kemudian memasukkan nama pengguna berserta kata laluan..nahh..disitu silapnya..kerana dari awal sememangnya dia tidak log keluar, jadi dia dihalakan kembali kepada laman asal dengan kesilapan ‘menyerahkan secara rela’ nama pengguna dan kata laluannya kepada penggodam, dan ia kelihatan seperti ‘log masuk secara normal’..

Anda boleh melihat demostrasi Tab Napping dalam video dibawah:

Disebabkan Hac sedang malas nak menaip, maka sila tonton video dibawah untuk tutorial yang lengkap:

Nak kan code tab nabbing? sila klik pada pautan dibawah:

Klik di sini —> Tab Nabbing Code

P/S: Pada video tutorial itu pun ada source code yang boleh dimuat turun..untuk melengkapkan lagi code yang perlu digunakan, sila muat turun dari video tersebut atau sila klik pada pautan dibawah:

Sila klik di sini —> Tabnabbing Code

Iklan Newspaper Inline