Facebook Dislike Button – Hati-Hati Dengan Penipuan Ini!

Nampaknya penipuan pada laman sosial ternama iaitu Facebook dah menjadi semakin berleluasa selepas penyebaran video ‘Dad Catches Daughter on Webcam’ (palsu)..
Kini ia hadir lagi dengan penipuan terbaru iaitu pengaktifan Facebook Dislike Button!

Facebook now has a dislike button! Click ‘Enable Dislike Button’ to turn on the new feature!

Jangan sesekali percaya dengan kata-kata seperti diatas!

Jangan terpedaya dengan helah sebegini!! ia nampak seperti asli tetapi setelah sasaran klik pada button tersebut, mereka akan dibawa ke halaman seperti dibawah:

Mereka akan diminta untuk menyalin JavaScript dan meletakkannya pada URL/Address bar browser..apabila mereka telah melakukannya, mesej yang sama akan di-post pada wall mereka!

Bagaimana Cara Ia Dilakukan?

Hanya dengan JavaScript, semuanya boleh terjadi..’Activate Dislike Button’ ini muncul di tempat ‘Share’ button berada..ini semua dilakukan oleh JavaScript yang telah di copy-paste oleh sasaran/mangsa itu tadi..JavaScript itu hanya menamakan semula (rename) ‘Share’ kepada ‘Activate Dislike Button’ tetapi fungsinya kekal sama..

Adakah Ianya Adalah Virus?

Jawapannya, YA..

Ianya dikesan sebagai ‘Social Engineering(Security)type 1710′ oleh antivirus AVG..ianya kelihatan seperti Russian Malware, yang apabila ianya dijalankan dengan sempurna ia pasti akan membocorkan maklumat peribadi anda seperti Facebook, Yahoo, hotmail, Ebay, Paypal dan lain-lain kepada penggodam..

Salah Faham Mengenai Virus Virtox

Terdapat sesetengah laman web yang melabelkannya sebagai Virus Virtox tetapi perkara sebenarnya tiada virus bernama ‘Virtox’ setakat ini dan berkemungkinan maklumat tersebut disebarkan oleh pembuat asal virus SE ini..

Pengesanan Antivirus Yang Rendah

Anda boleh lihat hanya 5/42 keputusan menunjukkan ia adalah virus (VirusTotal) dari URL scanning yang telah dibuat..

Pesanan Dari Mr.Hac:

Hati-hati dengan kaedah penipuan yang semakin licik..teknik Social Engineering telah lama dipraktikkan dari satu masa dahulu dan nampaknya ia telah merebak kembali..

SEBENARNYA Facebook Dislike Button sememangnya ada..ia ada dalam bentuk add-on untuk Firefox (dan bakal terdapat pada IE juga)..anda boleh mencubanya di sini —> The Spinmod Dislike Button Sumber

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img