Utama Blog Laman 330

iStealer – Curi Kata Laluan Yang Dikehendaki

0

Assalamualaikum semua. Dah lama sebenarnya Mr.Hac nak keluarkan entri ni. Tapi pada masa tu Mr.Hac masih lagi ‘kinda blur’ dengan iStealer (noob la katakan). Lalu beberapa ujian telah dilakukan pada PC yang dikuasakan dengan Windows XP dan Ubuntu-Linux. Ujian yang dilakukan pada PC dengan Windows XP berjalan dengan baik, namun pada Ubuntu ia tidak berjaya dilakukan kerana perisian Wine seolah-olah tidak memberikan ‘permit’ untuk membukanya.

Jadi apa itu iStealer? iStealer ialah sebuah tool untuk mencuri kata laluan dari sasaran yang kita kehendaki. Ia sangat berbeza dengan Keylogger, di mana ia hanya berfungsi sekali sahaja dan hanya ‘mencuri’ kata laluan yang tersimpan pada pelayar web, berbanding keylogger yang bersifat lebih menyeluruh dan lebih efisien. Ini bermakna jika tiada kata laluan yang tersimpan pada pelayar web sasaran, maka hasil yang anda perolehi juga adalah zero, nada, zilch a.k.a kosong. Tetapi jika ada kata laluan, maka anda akan tersenyum lebar kerana anda telah berhasil mendapatkan maklumat sulit sasaran.

Mari kita cuba lihat tutorial lengkap cara-cara menggunakan iStealer pada video di bawah:

Baiklah. Mari kita lihat pula pada kesimpulan dari video di atas. Apa yang anda perlu ada untuk menjayakan iStealer ialah:

1. Muat turun iStealer terlebih dahulu di laman web rasminya: iStealer

2. Akaun FTP. Anda boleh mendapatkan akaun FTP percuma di drivehq atau di eSmartStart. Boleh juga didapati di 000webhost tetapi baru-baru ini dengarnya kena lakukan ‘survey’ terlebih dahulu. Terpulang kepada anda, ikutlah mana yang mudah bagi anda, ok?

3. Sebaik-baiknya anda perlukan Crypter untuk bypass pengesanan antivirus terhadap server yang telah dibuat. Jika anda tidak mahu membeli Crypter komersial, seeloknya cubalah dapatkan Public/Home Crypter yang terkini kerana kebiasaanya versi ini cepat dapat dikesan oleh antivirus yang kerap dikemaskini.

Mr.Hac berharap anda akan mencuba tool ini kerana ianya mudah digunakan. Akan tetapi, TIADA JAMINAN dari Mr.Hac bahawa ini ialah satu tool yang bersih dari unsur-unsur yang tidak baik!
Walaupun anda memuat turunnya dari pautan Mediafire yang rasmi dari laman web pembangunnya!
Oleh itu sebaiknya anda gunakan Sandboxie ketika menjalankan iStealer supaya PC anda selamat dari trojan mahupun virus-virus yang lain. Silakan mencuba!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

OpenVPN GUI Untuk Ubuntu : Kaedah Membuat Tetapan

0

Atas permintaan dari seorang pembaca, Mr.Hac membikin entri ini, dengan harapan para pengguna komputer dengan sistem operasi Linux khususnya Ubuntu akan dapat menggunakan servis VPN terutamanya OpenVPN secara menyeluruh dan berkesan.

Mr.Hac sarankan agar pembaca menggunakan servis OpenVPN sama ada dari RealVPN atau Your Free VPN. Tahukah anda, menggunakan OpenVPN pada Ubuntu adalah jauh lebih mudah berbanding Windows? Anda tidak perlu memasang sebarang perisian khusus sebaliknya hanya perlu memasang OpenVPN plugin pada network manager. Caranya pula adalah sangat mudah. Buka Ubuntu Software Center, taipkan pada kotak carian ‘network-manager-openvpn’ (tanpa pembuka dan penutup kata) dan klik pada Install. Lihat pada gambar di bawah:

P/S: Disebabkan Mr.Hac sudah memasangnya, maka butang ‘Install’ digantikan dengan ‘Remove’.

Setelah anda muat turun fail konfigurasi OpenVPN dari laman web pembangunnya, klik pada ikon network manager, pergi kepada VPN Connections -> Configure VPN…

Anda akan dapat lihat pilihan ‘OpenVPN’ berbanding ‘PPTP’ sebelum anda memasang plugin tersebut. Klik pada butang ‘Create…‘ untuk meneruskan proses tetapan.

Klik pada butang ‘Import

Cari fail tetapan OpenVPN dengan extension ‘ovpn‘. Sebagai contoh lihat gambar di bawah:

Wallah! Seterusnya semua tetapan tersedia secara automatik! Klik pada ‘Save’, kemudian ‘Close’ dan anda kini boleh klik pada VPN yang sudah pun siap. Jika ia tidak kelihatan pada network manager, restart komputer anda. Itu sahaja.

Tetapi bagaimana pula halnya dengan fail konfigurasi Your Free VPN yang menggabungkan fail ‘certificate’ (.crt) dalam satu fail ‘ovpn’ yang sama? Bagaimana cara untuk menggunakan fail certificate itu?
Sebenarnya tak susah pun. Mr.Hac menemui sendiri cara ini (godek sana sini, akhirnya berjaya)

Anda cuma perlu memilih tetapan yang sama dengan RealVPN iaitu di bawah menu ‘Authentication’ terdapat pilihan ‘Type’. Pilih ‘Password’ dan masukkan nama pengguna (username) serta kata laluan anda yang diperolehi melalui e-mel. Kemudian klik pada tetapan ‘CA Certificate’, cari fail .ovpn untuk Your Free VPN. Tidak dapat dilihat bukan? Ini kerana pengurus tetingkap hanya mengesan fail dengan extension .crt dan yang ‘seangkatan’ dengannya untuk kategori certificate. Jadi, apa yang perlu anda lakukan hanyalah seret dan lepas (drag and drop) fail .ovpn itu ke pengurus tetingkap dan ia akan kelihatan. Selebihnya kaedahnya adalah sama dengan RealVPN! Lihat pada gambar berikut dan anda akan faham!

Selamat mencuba dan selamat berjaya! Nak lagi best?
Anda boleh memeriksa alamat IP anda sama ada sudah bertukar atau tidak
di sini -> Apakah IP Saya?

NOTA: Sekiranya anda diminta untuk memasukkan kata laluan semasa proses sambungan VPN sedang dijalankan (Proses validasi), sila masukkan KATA LALUAN AKAUN VPN ANDA.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Your Free VPN : Satu Lagi Servis OpenVPN Percuma

0

Apa lagi yang boleh dikata. OpenVPN adalah servis VPN yang terbaik setakat ini. Ia menawarkan tahap sekuriti yang tinggi dan berbaloi untuk digunakan. Oleh itu pencarian Mr.Hac terhadap servis OpenVPN percuma masih belum berakhir. Lagipun, siapa yang tak sukakan freebies, kan?

Pendaftaran untuk servis percuma ini adalah sangat ringkas dan mudah. Anda hanya perlu memasukkan e-mel dan captcha, seterusnya maklumat akaun anda akan dihantarkan ke e-mel. Anda perlu log masuk pada laman webnya dan mengaktifkan akaun SETIAP KALI ingin digunakan. Ingat tu!

Apabila anda ingin membuat tetapan, anda perlu memuat turun terlebih dahulu fail konfigurasi OpenVPN setelah log masuk. Klik pada ‘Download OpenVPN Config’.

Seterusnya bagi pengguna Windows, anda boleh mengikuti langkah-langkah membuat tetapan OpenVPN pada entri ini -> Hostizzle
Untuk pengguna Ubuntu, sabar ya. Tunggu entri yang bakal ditulis untuk anda!
Apa yang boleh Mr.Hac katakan, walaupun kadangkala leceh untuk mengaktifkan servis ini setiap kali ingin digunakan, namun ianya lebih laju dari beberapa servis OpenVPN yang pernah Mr.Hac gunakan sebelum ini. Kelajuan muat turun juga stabil serta IP yang digunakan adalah dari US. Jadi adakah anda teringin nak menonton di Hulu.com? Jangan ragu-ragu untuk gunakannya!

Klik -> Your Free VPN

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

RealVPN – OpenVPN Percuma Yang Laju

0

Mr.Hac menerima cadangan dari seorang pembaca yang bernama WancuiX (Err..Bro WancuiX dari Jieazz ke??) untuk mencuba dan membuat ulasan mengenai servis VPN yang bernama RealVPN dan Mr.Hac menerima dengan baik cadangan tersebut.

Buat masa ini RealVPN memberikan akaun percuma versi beta dan setakat ini, sudah ada 12000++ pengguna dari 15000 had yang diberikan. Mr.Hac tidak pasti apakah ia akan kekal percuma atau pada versi akhir nanti ia akan mengenakan bayaran. Namun apa yang pasti, buat masa ini ia masih lagi percuma dan servis VPN yang diberikan adalah PPTP dan OpenVPN.

Pendaftarannya amat ringkas dan mudah. Anda hanya perlu memasukkan nama pengguna (Username) pilihan anda, e-mel serta masukkan captcha. Kemudian, kata laluan akan dihantarkan kepada e-mel anda. Fail konfigurasi OpenVPN sudah siap tersedia untuk dimuat turun pada laman webnya. Untuk pengguna Windows, anda boleh mengikut tutorial menggunakan OpenVPN dalam entri -> Hostizzle. Untuk pengguna Ubuntu, tutorial akan menyusul nanti! OK. Jangan buang masa. Sila klik pada pautan di bawah untuk mencuba RealVPN sekarang!

Klik -> RealVPN

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Download Official Windows 8 Developer Preview ISO

0

Cemburu betul melihat rakan blog, Eins yang dapat mengemaskini blognya dengan kerap. Kali ini barulah Mr.Hac ada masa lapang untuk menulis. Itupun dapat sedikit semangat setelah lama tak menulis. Entri ini juga Mr.Hac dapat dari Eins, so credits to you bro.

Dah lama juga rasanya Mr.Hac tak menulis pasal Windows. Jadi kali entri kali ini ibarat ‘pintu’ kepada Windows semula, yang mana agak lama juga Mr.Hac ‘tinggalkan’, hanya untuk kerja-kerja pejabat sahaja. Itupun Windows XP Dark Edition. Melihat kepada Windows 8 ini, Mr.Hac tergerak hati untuk mencuba. Malangnya meskipun fail ISO sudah berhasil dimuat turun, namun masa yang Mr.Hac ada agak terbatas, lalu niat untuk mencubanya terbatal begitu saja. Pada e-mel yang belum berjawab, pada blog yang belum dimasukkan ke dalam ruangan ‘Exchange Link’, maaf. Nanti Mr.Hac rearrange ok!

Menurut Windows Dev Center, Windows 8 Developer Preview ini mengandungi beberapa perisian pra-lepasan (yang boleh ditukarkan tanpa sebarang notis). Terdapat 3 versi untuk Windows 8 Developer Preview, oleh itu sila muat turun mengikut kesesuaian. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun. Jangan bimbang. Kelajuan pelayannnya amat stabil dan tinggi. Pada mereka yang dah mencuba, jangan lupa mengulas pada ruangan komen di bawah ok!

Windows 8 Developer Preview (64-bit) With Developer Tools

Windows 8 Developer Preview (64-bit) Without The Developer Tools

Windows 8 Developer Preview (32-bit)

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

By Pass Countdown Downloading Dengan Skip Screen

0
Salam semua…
Sorry semua sebab lama tidak menjenguk disini sebab banyak urusan perlu diselesaikan..hehe..
Dalam post kali ini Analyzer nak kongsi sesuatu yang berguna pada “kaki-kaki” download disini.
Skip Screen membantu anda untuk melepaskan sekatan masa muat turun yang perlu anda tunggu.
Add-on ini dibangunkan pada Mozilla Firefox dan juga Google Chrome.Lihat video dibawah untuk maklumat lanjut
Skip Screen disokong di beberapa files hosting seperti :
RapidShared
Megaupload
Mediafire
Uploaded.to
zShare
Sharebee
DepositFiles
Sendspace
Divshare
Linkbucks
Link-protector
                                              Screen shot ketika Skip Screen berfungsi
Ni link untuk Add-on pada Google Chrome
Ini pula link untuk Firefox
Kemungkinan Skip Screen ini tidak berfungsi diatas sebab-sebab tertentu seperti version Firefox.Atau kemunkinan juga pembangun file hosting sudah menyekat Skip Screen dari “By Pass” countdown time.
Pihak Developer Skip Screen sentiasa menaik taraf dan memperbaiki kelemahan dan kegagalan yang dialami pengguna.Cuma kita sebagai pengguna kena sabar menunggu la sementara pihak Developer Skip Screen upgrade Add-on ni
Ape lagi,try la ye…

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

The Google Hacking Database

0

Bagi sesiapa yang setiap hari menggunakan Google, anda pasti tidak akan menyangka bahawa enjin carian yang anda gunakan itu sebenarnya adalah sahabat terbaik kepada para penggodam! Seperti yang dijanjikan, Mr.Hac akan menulis serba sedikit mengenai enjin carian yang ‘disayangi’ oleh penggodam ini!

Google Hacking

Google Hacking merujuk kepada sebuah terma yang digunapakai untuk menggambarkan dimana penggodam menggunakan enjin carian Google untuk mencari kelemahan-kelemahan pada sesebuah pelayan mahupun laman web. Google Hacking menggunakan ‘kaedah carian lanjutan’ untuk mengesan pelayan atau laman web yang beroperasi dengan sistem sekuriti yang lemah mahupun yang langsung tiada sekuriti.

Anda boleh muat turun sebuah buku yang ditulis oleh Johnny Long, pengasas Google Hacking,
iaitu Google Hacking for Penetration Testers (vol 2) (digalakkan 100% untuk membacanya)

The Google Hacking Database

The Google Hacking Database (GHDB) ialah sebuah terma atau istilah yang digunakan untuk kaedah carian lanjutan Google Hacking. GHDB telah diasaskan oleh Johnny Long, pakar dalam kaedah Google Hacking. Anda boleh mengkaji dengan lebih lanjut mengenai GHDB di dua laman web rasminya iaitu Hackers For Charity dan Exploit Database. Pengkalan data (database) dari GHDB digunakan oleh sebuah ‘automated tool’ yang dikenali ramai, iaitu Acunetix Web Vulnerability Scanner (Thanks Analyzer for the entry). GHDB juga dikenali sebagai GOOGLE DORKS. Di dalam pengkalan data GHDB, terdapat pelbagai kategori yang boleh dilihat, dipelajari serta diexplorasi oleh anda sendiri. Antara ialah Error Message, Footholds, Sensitive Directories dan lain-lain.

Sebelum ini Mr.Hac ada membuat sedikit penerangan mengenai 7 Kaedah Popular Menggunakan Google Untuk Menggodam, yang mana entri ini menerangkan serba sedikit peranan GHDB atau Google Dorks dalam membantu penggodam mencari lubang-lubang kelemahan pada pelayan, laman web ataupun blog.

Terdapat juga entri yang telah ditulis oleh Janjang iaitu Apakah Google Dork (Thanks Janjang). Semoga dengan penerangan lanjutan dari entri ini, anda sudah mula dapat memahami kegunaan dan potensi sebenar enjin carian Google dan tidak lagi hanya membuat carian yang sia-sia. Maksud Mr.Hac, sebagai contoh anda mahu mencari fail mp3 dari Lambada dengan tajuk Kaoma dalam laman perkongsian fail mediafire, anda hanya perlu menaip dalam kotak carian Google ‘site:mediafire.com lambada kaoma‘ (tanpa pembuka dan penutup kata). Kan mudah tu? Tak perlu lagi mencari dalam laman-laman yang mungkin menipu anda! Kerana itu Mr.Hac kata, jangan lagi membuat carian yang sia-sia!

Tak percaya? Cuba sendiri la! Ok. Cukup setakat ini dahulu. Jumpa lagi di lain entri.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kaedah Umum Untuk Menggodam Laman Web

0

Hari ni kita akan telusuri beberapa kaedah umum yang biasa digunakan untuk menggodam sesebuah laman web. Mr.Hac tidak akan mengeluarkan tutorial untuk melakukannya buat masa ini, tetapi Mr.Hac akan terangkan secara umum maksud beberapa kaedah yang digunapakai. Antara kaedah-kaedah tersebut adalah:

1. Remote File Inclusion (RFI)
Lubang-lubang kelemahan (vulnerabilities) seperti ini adalah yang biasa dijumpai pada sesebuah laman web. Ia membenarkan seseorang penyerang untuk memasukkan atau memuatnaik ‘remote file’ (malicious file/code) yang diingini kebiasaannya melalui skrip pada pelayan (server) web tersebut atau laman web itu sendiri. Kelemahan itu berlaku disebabkan oleh penggunaan input pengguna yang dibekalkan tanpa pengesahan yang betul. Dengan kaedah ini anda juga boleh mengubah tampilan sesebuah laman web (deface), mendapatkan akses kepada server serta melakukan apa jua yang diingini. Anda boleh mencari kelemahan biasa ini dengan mengggunakan Google Dork seperti yang telah ditunjuk ajar oleh Janjang atau anda boleh rujuk 7 Kaedah Popular Menggunakan Google Untuk Menggodam.

Susah nak faham?

RUJUK:

1. freetechexams.com

2. imperva.com

2. Local File Inclusion (LFI)
Ia adalah sebuah proses memasukkan/memuatnaik fail ke dalam pelayan melalui pelayar web.
RUJUK:

1. Hakipedia

2. r00tsecurity

Video Tutorial -> LFI

3. Directory Traversal Attack
Kaedah ini adalah satu bentuk exploit HTTP yang membenarkan penyerang untuk mendapatkan akses kepada direktori terlarang. Biasanya serangan dilancarkan melalui pelayar web. Kaedah ini juga dikenali sebagai ../ atau .. (do not slash) attack. Matlamat serangan ini adalah untuk mendapatkan akses kepada fail sulit yang terletak pada pelayan web dengan cara keluar dari direktori ‘root’ menggunakan –do not slash-. Tak susah pun nak faham kan? err.. kan?

RUJUK -> Wikipedia

4. SQL Injection
Tutorial dan penerangan lengkap mengenai SQL Injection telah dikeluarkan oleh Janjang. Anda boleh rujuk beberapa siri mengenai SQL Injection dalam blog ini.
Rujuk Siri Pertama -> Asas SQLi – Tutorial S1

5. Cross Site Scripting (XSS)
Rujuk definisi Cross Site Scripting (XSS) di sini -> Apa Itu Cross Site Scripting (XSS)?

Diharap anda mendapat sedikit gambaran cara kerja bagaimana sesebuah laman web itu digodam. Kaedah-kaedah umum ini masih lagi relevan untuk digunakan sehingga hari ini dan pelbagai ‘automated tools’ telah dicipta untuk memudahkan ia untuk digunakan. Sebagai contoh Havij untuk SQL Injection dan Acunetix untuk kelengkapan pengimbas kelemahan pada laman web.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Penetration Testing Distribution : Distro Untuk Penggodam

0

Ujian penembusan/penegangan atau dalam bahasa Inggerisnya – Penetration Testing @ pentest adalah kaedah menilai sistem keselamatan sesuatu komputer atau rangkaian (network) dengan melakukan simulasi serangan dari luar, yang mana penyerang tidak mempunyai kuasa atau kebenaran untuk mengakses sistem-sistem pada organisasi tersebut.

Proses ini melibatkan analisis-analisis terhadap sistem untuk mencari potensi kelemahan-kelemahan (vulnerabilities) yang terhasil dari konfigurasi sistem yang tidak dibuat dengan baik, kelemahan perkakasan mahupun perisian ataupun kelemahan pada operasi.

RUJUKAN: Wikipedia

Terdapat beberapa distribusi Linux (Linux Distribution atau Distro) yang dicipta dengan tujuan untuk melakukan ujian penembusan ini. Antara yang dikenali ramai ialah BackTrack, Blackbuntu dan GnackTrack. Namun tahukah anda terdapat beberapa lagi distro untuk Penetration Testing? Berikut disenaraikan beberapa distro yang mungkin kurang popular, malah ada diantaranya yang sudah tidak lagi dikemaskini dan ‘ketinggalan’ (outdated). Sekadar untuk pengetahuan sahaja, mari kita lihat beberapa distro tersebut:

1. BackBox Linux : Distro yang menjadi perhatian Mr.Hac selepas diperkenalkan oleh Mr.Citeje. Sebuah distro berasaskan Ubuntu, ia menyediakan pelbagai tools yang digemari untuk melakukan kerja-kerja pentest dengan berkesan. Anda boleh lihat senarai tools di sini -> Tools list
Meskipun tak banyak, anda boleh muat turun dan pasang pelbagai lagi perisian popular yang lain.

2. Damn Vulnerable Linux : Tak banyak pula yang dapat diperkatakan kerana kalau anda lihat pada laman webnya, ia sedang dinaiktaraf. Mungkin ia bakal dikemaskini dan dinaiktaraf kepada versi baharu, mungkin juga tidak. Jadi, sama-sama kita tunggu..

3. Arudius : Live CD, portable, light weight. Lihat pada saiznya, kecil sahaja, tetapi ia menyediakan seberapa banyak tools yang begitu memudahkan, sekaligus membantu sesiapa sahaja yang mahu menggunakannya. Cuma, tidak pasti pula adakah ia masih dikemaskini atau…

4. NodeZero Linux : Bentuk laman webnya macam sebuah blog, nampak kelakar, tetapi distro berasaskan Ubuntu ini mempunyai lebih kurang 300 jenis tools! Sebuah distro yang mungkin kurang dikenali, tetapi perlu diberi perhatian. Lihat saja pada ruangan screenshot, sangat cantik! Sila pertimbangkan ia jika anda mahu melakukan kerja-kerja forensik komputer!

5. Katana : Tools yang dikenali umum, GUI tidak beberapa menarik dan saiz yang agak besar (4.3GB). Titik noktah (kerana Katana membawakan kepada anda apa yang sudah sedia orang tahu dan kenali, oleh itu apa lagi yang boleh diperkatakan?)

Untuk melihat dan mengenali beberapa lagi distro-distro seumpama ini, anda boleh rujuk Security Distro atau membuat carian Google dengan kata kunci ‘penetration testing distribution‘.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Linux Jauh Lebih Bagus?

0

Pada ketika mula-mula menaip entri ini, sebenarnya agak ‘seram’ nak menyampaikan sesuatu mengenai Linux, kerana ia bukan sistem operasi ‘anak-anakan’. Ia adalah sistem operasi dari komuniti seantero dunia yang mahukan kebebasan, bermakna sebaik-baik penyampaian adalah dengan cara berhemah dan ilmiah. Memang, Mr.Hac akan cuba menyampaikan dengan ‘seilmiah’ mungkin. Cuma sebarang kekurangan dalam penulisan dangkal ini, haraplah dimaafkan. Ada juga yang meminta untuk ulasan (review) sistem operasi lain seperti Fedora, Backbox dan Mac OS X. Percayalah, Mr.Hac juga sangat ingin mencuba kesemuanya namun belum berkesempatan!

Mr.Hac telah pun melakukan beberapa pembacaan yang agresif sebelum menulis entri ini. Kebanyakan penulisan mengenai Linux amnya dan Ubuntu khususnya, Mr.Hac lihat agak banyak menyinggung perasaan para pengguna sistem operasi Windows (khususnya). Namun jika dilihat dari satu sudut ‘positif’, pengguna Windows adalah mewakili MAJORITI pengguna sistem operasi di dunia. Tidak hairanlah jika suara mereka kerapkali kedengaran lebih lantang menghentam Linux, walaupun penulisan mengenai ‘kenapa Linux lebih bagus berbanding Windows‘ adalah tidak seberapa jumlahnya (ye ke tak seberapa? ntah! haha!). Lihat statistik di bawah:

Itu adalah statistik pelawat blog ini. Pokoknya, ramai kan pengguna Windows? Oleh itu Mr.Hac berharap para pengguna Windows TIDAK BERKECIL HATI dengan entri ini, tetapi menganggap ia sebagai satu pendapat peribadi dari Mr.Hac (walaupun sebenarnya semua pengguna Linux mengatakan perkara yang sama..)

Panjang tak intro? Heh.. Berbalik kepada tajuk, jika ada yang bertanya kepada Mr.Hac, buntu hendak mula dari yang mana satu. Cuba kita telusuri satu demi satu point di bawah..

Benarkah Linux Kebal Dari Virus?

Susah nak cakap ni. Bagi mereka yang suka ‘jump to the conclusion’, memang akan cepat-cepat kata ‘betul!’. Ya. Memang betul. CUMA bukan tiada virus yang pernah ditulis untuk sistem operasi Linux. ADA. Tetapi peratus peluang untuk ia dapat dijalankan adalah berada dalam julat yang sangat-sangat-sangat kecil. Jika sebentar lagi satu virus untuk Linux telah berjaya ditulis dan dicipta, ia hanya memerlukan masa selama beberapa jam atau paling lama beberapa hari sahaja untuk dihapuskan, kerana disebabkan Linux, sebagai contoh Ubuntu, adalah sistem operasi yang disokong oleh komuniti, maka tampalan (patch), pengemaskinian sekuriti (security update) adalah menjadi sangat-sangat pantas. Tambahan pula Linux mempunyai Kernel, yang ‘memerhati’ dari setiap sudut. Adalah sangat sukar sesuatu virus untuk dapat dijalankan dalam Linux! Kerana itu ia sering digelar bebas virus!
Benar bagai dikata : 6 years of Ubuntu, 13 versions released, 0 worries!

RUJUK:

1. Technews.in

2. SecurityFocus

3. Free Republic

4. Sina Salek

5. Yahoo! Answers

Sistem Linux Adalah Lebih Pintar Dan Lebih Maju

Cuba lihat komputer yang dipasang dengan sistem operasi Windows, apakah yang perlu kerapkali penggunanya lakukan?

1. Mencari perisian antivirus terbaik. Sudahlah begitu, yang ‘cracked’ pula. Selamat ke?

2. Mengimbas cakera keras dari ralat (error) sekurang-kurangnya sebulan sekali.

3. Melakukan defragment kepada cakera keras sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau lebih kerap mengikut kekerapan penggunaan komputer.

4. Melakukan registry defrag dan mengimbas registry untuk sebarang ralat.

5. Melakukan ‘full tweaking’ —> untuk kaki-kaki game dan internet berkelajuan tinggi

6. Komputer lama dengan spesifikasi rendah kini tidak mampu lagi ‘hidup’ dengan Windows 7. Spesifikasi untuk Windows 7 adalah tinggi yang mana selain graphic card, sesebuah komputer memerlukan sekurang-kurangnya 1GB RAM.

7. Mencari perisian-perisian crack untuk melakukan kesemua kerja di atas!

Apa? Baru terasa betapa banyaknya ‘kerja’ anda selama ini? Windows ibarat rumah tanpa orang gaji, semua kerja kena buat sendiri manakala Linux adalah sistem operasi yang sudah tersedia semuanya. Semua ini bukan lagi satu masalah jika anda mencuba Linux, kerana anda tidak perlu menjaga registry, defrag cakera keras, cari perisian ‘cracked’, dan lain-lain lagi lah! Nak tahu kenapa? Ambil contoh kenapa Linux tidak perlukan disk defragment, RUJUK -> OneAndOneIs2

Jika anda selalu menggunakan Revo Uninstaller, maka anda akan faham bahawa penyahpasang lalai (default uninstaller) yang berada dalam control panel itu tidak membuang registry serta fail-fail yang tertinggal semasa menyahpasang sesuatu program atau perisian. Tidak hairanlah jika registry boleh jadi berserabut dan penuh dengan ralat.

Linux Bosan, Tak Boleh Main Game?

Ni baru betul kenyataan dangkal. Siapa kata ni? Dengan adanya Wine, PlayonLinux, Crossover (Pro), bermain permainan (game) bukan lagi satu perkara yang mustahil. Jika anda berkata pada waktu mula-mula Linux dilancarkan, maka perkara ini memanglah benar. Tetapi sekarang sudah semakin ramai pembangun bebas yang giat mencipta permainan baharu untuk Linux. Mr.Hac sedang bermain Hedgewars, dan beberapa permainan lain dalam Ubuntu. Anda bila lagi?

Komputer Dengan Sistem Operasi Linux Sentiasa Laju

Mudah sahaja, disebabkan tiada registry yang berserabut dan penuh dengan ralat-ralat, tiada bahagian dalam cakera yang perlukan kepada defrag (penyusunan) kerana ia telah ‘disusun’ dengan teratur sejak dari mula digunakan lagi, kerana itulah komputer dengan sistem operasi Linux akan sentiasa laju, bagaikan baru lepas format! <— Best kan?

Sentiasa Menerima Pembaharuan Ke Arah Kesempurnaan

Meskipun tiada dalam dunia ini bersifat sempurna kerana yang sempurna hanya Dia (ayat orang baru balik Al-Azhar), bagi Mr.Hac menggunakan Ubuntu menyebabkan anda akan sentiasa berasa bersama-sama dengan seluruh komunitinya kerana Ubuntu akan dikemaskini setiap 6 bulan. Ubuntu is driven for perfection! RUJUK -> Apa Itu Ubuntu?

Ubuntu Untuk Semua, Bukan Hackers Sahaja!

Memang kelakar la kenyataan ni. Kalau anda rasa anda bukan geek ataupun hackers, tak perlu bimbang untuk mencuba Ubuntu! Ia bukan direka untuk menyusahkan, bahkan ia direka untuk membantu kerja-kerja seharian anda, sama ada untuk pejabat mahupun menonton video atau mendengar lagu! Jangan takut untuk mencuba Terminal (dalam Windows Terminal bolehlah ‘disamakan’ dengan Command Prompt walau hakikatnya tak sama) kerana tak susah pun untuk menggunakannya. Hanya perlu rajin Google setiap persoalan, setiap apa yang anda mahu tahu, semua sudah tersedia.
Ubuntu dah 6 tahun kan? Agak-agak berapa ribu artikel mengenai Ubuntu ya?
RUJUK -> ‘Jatuh Cinta’ Dengan Linux Kerana Terminal!

Cukuplah setakat ni.. Err.. Rasanya.. Sebab kalau nak diikutkan panjang lagi yang Mr.Hac nak tulis. Tapi takut anda muak dan tak terbaca, jadi sekian saja. Chow sin cii aaa!

LAMAN-LAMAN INSPIRASI:

1. whylinuxisbetter.net

2. jomlinux.com

3. fossmaniac.hubpages.com

4. deensokmo : Soal Jawab Ubuntu

5. deensokmo : Kenapa Saya Pasang Ubuntu

Views: 0

Iklan Newspaper Inline