Anda tidak puas dengan fungsi pemain video lalai (default video/movie player) dalam Ubuntu?
Mahukan pemain pelbagai fungsi, serta menyokong lebih banyak codec tanpa perlu memuat turun codecnya melalui internet? Ya.. Mr.Hac ada jawapan untuk soalan itu..
Namun sila ambil perhatian bahawa ini merupakan pendapat peribadi Mr.Hac. Ini bukan ‘universal opinion’ atau pendapat kebanyakan orang. Kerana Mr.Hac telah pun membuat kajian dan pemerhatian sendiri, dalam pelbagai blog, tak lupa juga forum, tidak ada satu pun yang menyebut UMPlayer adalah yang terbaik!
Mr.Hac telah menggunakan UMPlayer sejak dari dalam Windows lagi dan boleh dikatakan ia sememangnya terbaik! Kerana apa? Kerana ia bersaiz kompak, padat dengan codec yang menyokong pelbagai jenis format video, malahan pemain video lalai Ubuntu, Totem Movie Player juga kadangkala perlu memuat turun codec dari internet untuk memainkan video yang mempunyai codec yang ‘aneh’. Tetapi UMPlayer dapat memainkannya dengan cemerlang tanpa perlukan codec tambahan.
Selain itu ia juga akan ‘mengingati’ apa yang telah dimainkan oleh anda. Sekiranya anda tertutup secara tidak sengaja, anda cuma perlu buka kembali. Ia akan mengingati masa video tersebut dimainkan, sarikatanya, had bunyi (volume) dan lain-lain lagi! Tak cukup dengan itu, ia sangat pantas. Maka ia amat sesuai dijadikan pemain video lalai dalam Ubuntu menggantikan Totem Movie Player.
Anda hanya perlu klik dua kali pada fail .deb dan ia akan dipasang oleh Ubuntu Software Center.
Cubalah dan berikan pendapat anda pula!
P/S: Dalam entri ini Mr.Hac mampu berikan ulasan satu pemain video sahaja. Kalau buat banyak-banyak nanti hilang tumpuan pula! Jangan nyahpasang (uninstall) Totem Movie Player kerana mungkin ada sesetengah video yang tidak dapat dimainkan dengan baik oleh UMPlayer, sebaliknya pula yang berlaku kepada Totem Movie Player! Biarkan kedua-duanya ada dalam komputer anda, itu lebih baik. Sekurang-kurangnya anda ada alternatif apabila salah satu nanti ‘buat hal’.
Hari ini Analyzer nak buat 1 entri pendek untuk perkongsian bersama.Lagi pun raya da nak dekatkan?Dikesempatan ini Analyzer ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan terutama Mr.Hac dan Janjang.Analyzer juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada silap kan salah pada kalian semua.Berhati-hatilah semasa pulang ke kampung halaman.
Ini adalah senarai Tools dan Virus yang paling digemari pada tahun 2011.Ada juga virus dan tools yang Analyzer sendiri tidak pernah dengar.Insyallah Analyzer akan mengulas lebih lanjut tentang tools-tools dan virus di bawah…
1. deensokmo: 3 helai (M). Bayaran RM90
2. nik mohd nazri: 1 helai (XL) Bayaran RM42
3. william92: 6 helai (S, M, M, M, L, XL) Bayaran RM192
4. Mohd Aidy: 1 helai (M)
5. suhaimi hashim: 1 helai (M)
6. Mat Yamin Ismail: 2 helai (XL, XL)
7. khai a 9000khai: 1 helai (M)
8. Mohd Nazmi: 1 helai (M atau XXL), sila emel kepada saya mana 1 saiz?
9. Ahmad Nasir: 2 helai (XXL, XXL
10. Syareez: 1 helai (M)
11. Mohamad Suhaimi: 1 Helai (XL)
12. Shim: 1 helai (M) Bayaran RM36
13 Mohamad Syafiq Shairan: 2 helai (S, XL)
14. Fadhil Hussin: 2 helai (S, M) Bayaran RM66
15. Sazli: 1 helai (XXL) Bayaran RM30
16. Redhudeen?
Jumlah: 26 helai
Kita kena kumpul sehingga 30 helai utk dapatkan harga RM30 sehelai.. (Pembetulan: bukan 20 helai seperti yang diwar-warkan baru-baru ini)
Sila semak betul-betul alamat anda supaya barang yang di hantar tidak tiba ke tempat lain dan butiran lain seperti nama penuh, nombor telefon, kuantiti serta saiz baju S, M, L, XL, XXL.
Tempahan masih dibuka dan dilanjutkan sehingga 8/9/2011 atau sehingga diberitahu kemudian. Harga RM30 per helai tidak termasuk kos penghantaran. Baju akan dicetak selepas Raya ini, harap maklum! Kena bersabar sikit.
Pengumuman!
Kepada mereka yang telah membuat tempahan bolehlah menjelaskan bayaran sepenuhnya seperti jumlah berikut:
Kuantiti 1 helai = RM30
Kos ambil sendiri (self collect) = tiada cas
Kos penghantaran Semenanjung = RM6
Kos Penghantaran Sabah/Sarawak = RM12
Pengiraan jumlah bayaran di mana X adalah jumlahnya:
X = (Kuantiti X RM30) + Kos penghantaran
Bayaran hendaklah dibuat ke akaun:
Nama Bank: Maybank Berhad
Nama pemilik akaun: Kamarudin bin Mahmood
No akaun: 112473071991
Setelah bayaran penuh dibuat, sila emelkan kepada deensokmo@gmail.com
Resit/pengesahan maklumat transaksi tersebut seperti No. rujukan resit, nama anda, Nombor telefon, jumlah bayaran, tarikh dan masa. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan kesukaran untuk dikemaskini status pembayaran anda dan kelewatan mencetak baju.
Sebarang pertanyaan berhubung pembayaran dan lain-lain boleh hubungi saya 019-2263574 atau sila emelkan kepada saya deensokmo@gmail.com
Pernahkah anda (yang menggunakan Ubuntu) mengalami masalah untuk mengemaskini versi Firefox? Pelbagai cara telah dicuba seperti melalui terminal dengan sumber yang sah lagi diyakini iaitu PPA (Personal Package Archive, thanks to fikri.my), atau melalui Ubuntu Software Center tetapi semuanya menjadi jalan buntu apabila versinya masih sama, tidak berubah. Pernahkah anda mengalaminya?
Untuk mengetahui kenapa, rujuk -> maketecheasier.com
Tapi bagaimana pula jika anda menggunakan versi Ubuntu terkini, yang sepatutnya digandingkan bersama versi Firefox terkini, agak menjengkelkan bukan apabila anda masih lagi ‘tersangkut’ pada versi lama..
Jangan dilema! Jom tengok cara Mr.Hac mengatasi masalah ini dengan mudah. Cara Mr.Hac ni tak perlu banyak bermain dengan Terminal. Cukup sekadar buka sekali sahaja. Oh.. Ok.. Sebelum terlupa, buat sesiapa yang masih belum mencuba Ubuntu, atau buat mereka yang masih tertanya-tanya apa itu Ubuntu, anda boleh baca entri Mr.Hac tentang Ubuntu di sini -> Apa Itu Ubuntu?
Mengatasi Masalah Kemaskini Versi Firefox Dalam Ubuntu
1. Pertama sekali, muat turun fail Firefox versi terkini di sini -> mozilla.org
2. Klik kanan pada fail firefox-6.0.tar.bz2, pilih Extract Here dan akan terlihat satu folder berjudul ‘firefox’. Namakan semula (rename) ia kepada firefox-6.0
Sebelum Mr.Hac terlupa, anda hanya akan dapat memuat turun fail Firefox versi tar.bz2 hanya apabila anda berada dalam Ubuntu. Kalau anda berada dalam Windows, tak pasti pula bagaimana caranya.
Boleh Google lah kalau rajin!
3. Buka Terminal, taipkan baris perintah sudo nautilus untuk membuka file browser anda dengan keintiman ‘keistimewaan’ root atau ‘super user’ dan masukkan kata laluan apabila diminta. Dalam Windows, root juga dikenali sebagai ‘Administrator’. Anda mahu Terminal anda kelihatan Transparent seperti di bawah?
Rujuk -> Modifikasi : Jadikan Terminal Ubuntu Anda Transparent
4. Salin folder firefox-6.0 tadi ke dalam direktori File System -> usr -> lib
5. Buka folder firefox-6.0 dan cari satu fail bernama ‘firefox’. Klik kanan padanya dan pilih ‘Make Link‘. Ia akan mencipta satu fail pintas dengan nama ‘Link to firefox‘.
6. Potong dan tampal (cut and paste) fail ini ke dalam direktori File System -> usr -> bin
7. Terdapat satu fail dengan nama ‘firefox’. Namakan semula ia kepada ‘firefox-old’. Sekiranya tiada, biarkan.
8. Selepas itu, namakan semula fail ‘Link to firefox’ kepada ‘firefox’.
9. Tutup semua tetingkap yang berkaitan dengan Firefox. Cuba buka semula Firefox anda. Wal-lah! Sudah update!
10. Cuba lakukan navigasi ke laman-laman web yang digemari. Sekiranya tiada masalah, maka anda boleh terus gunakan Firefox versi terkini anda itu!
ATAU
Anda boleh cuba dengan cara menempatkan folder firefox-6.0.tar.bz2 ke dalam ‘Home Folder’ anda, salin dan tampal baris perintah berikut ke dalam Terminal, tekan Enter lalu masukkan kata laluan apabila diminta:
if [[ ! -f /usr/bin/firefox ]]; then sudo apt-get update && sudo apt-get install firefox; fi && if [[ -e ~/.mozilla ]]; then cp -R ~/.mozilla ~/.mozilla.backup; fi && sudo tar -jxvf firefox-6.0.tar.bz2 -C /opt && rm firefox-6.0.tar.bz2 && sudo mv /opt/firefox/plugins /opt/firefox/plugins.backup && sudo ln -s /usr/lib/xulrunner-addons/plugins /opt/firefox/plugins && sudo dpkg-divert –divert /usr/bin/firefox.ubuntu –rename /usr/bin/firefox && sudo ln -s /opt/firefox/firefox /usr/bin/firefox
Cara yang ini Mr.Hac belum pernah cuba lagi kerana cara yang pertama dah cukup sempurna! Kalau nak cuba juga boleh rujuk -> yomahol.blogspot.com
Nampak tak dalam baris perintah tu ada nombor versi Firefox (6.0), maka untuk mengemaskini versi seterusnya hanya perlu tukarkan nombor versi itu dengan syarat anda perlu memuat turun fail versi terkini terlebih dahulu. Jika anda mahu mencuba nasib, anda boleh cuba kemaskini versi Firefox kepada yang terkini melalui ‘Update Manager’, melalui Terminal atau boleh juga melalui Ubuntu Software Center. Apabila semua cara menemui jalan buntu, maka eloklah ikut cara Mr.Hac ni. Ok.. Good luck! Selamat mencuba!
Alhamdulillah. Segala puji bagi Tuhan Rabbul Izzati, kerana dengan limpah rahmatnya, masih lagi saya, Arya Putra a.k.a Mr.Hac menulis lagi di sini. Sekembalinya Mr.Hac, tidak lain dan tidak bukan Mr.Hac nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Mungkin ada yang sudah pulang ke kampung halaman, mungkin ada juga yang masih menunggu ‘jualan raya’ untuk membeli-belah dengan keluarga masing-masing. Apapun, satu saja pesanan Mr.Hac, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. Perghhhh.. Syahdunya ayat ni!
Yup. Malam tu memang pantas. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Bukan salah sesiapa, tetapi lumpur di jalan menjadi punca. Motorsikal yang ditunggangi Mr.Hac tergelincir dan terbabas, manakala Mr.Hac sendiri jatuh tersembam dan bergolek. Sakit tu!
Hampir saja ia meragut kesucian semangat Mr.Hac daripada menulis kembali di blog ini!
Paling menyakitkan, bila kesemua anggota-anggota WUDHUK terlibat dengan LUKA. Meskipun tak parah, tapi dari mulut (bibir) hingga ke kaki, ada saja anggota yang mengalami luka-luka. Ini menyukarkan Mr.Hac untuk mandi dan mengambil wudhuk! Sakit peritnya Tuhan sahaja yang lebih mengetahui. Sebab tu Mr.Hac harap, kepada mereka yang ingin pulang beraya di kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati dan kalau boleh, ELAKKAN KEMALANGAN.
Kepada mereka yang mendoakan Mr.Hac, Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.
Berkat doa anda, luka ini semakin pulih (pantas sekali!)
Sekali lagi Mr.Hac ingin mengucapkan selamat berbuka tengahari
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Kalau Mr.Hac ada terkasar bahasa, ampun maaf jualah yang dipinta!
Hasta pronto evelibody! Em koi sai aaa!! Haha!
Mulai sekarang anda boleh melakukan pencarian Google dengan menggunakan Encrypted Google Search bagi mengelak segala data anda dicuri didalam network dengan menggunakan SSL session(Secure Socket Layer).
Anda juga boleh membuat default secure search ni pada setiap web browser.Setiap web browser mempunyai cara yang berlainan jika mahu menetapkan default secure search ini.
Cara nak membuatnya pada Mozilla Firefox :
1.Anda perlu download dan install firefox addon Add to Search Bar dahulu.
2. Selepas install,restart firefox.
3. Sekarang buka https://www.google.com di browser.Klik kanan dimana-mana search box dan pilih Add to Search Bar.
4. Satu tetingkap kecil akan muncul,klik key word dan taip Secure Google.klik ok.
5. Sekarang encrypted secure google telah ditambah di browser.Untuk menjadikan ia sebagai default,klik pada anak panah kebawah di browser search bar diatas dan pilh Manage Search Engine…
6. Pilih Secure Google di list dan klik button Move Up.klik sehingga ia berada di kedudukan teratas.kemudian klik ok.Selesai…
Cara nak membuatnya pada Google Chrome :(Lebih mudah dan tidak perlu download apa-apa.)
1. klik pada Tool menu dihujung kanan atas browser(gambar spanar),pilih Options.
2. klik Basic tab,klik pada Manage button di Default Search Section.
3.Pada Serch Engine windows klik Add,masukkan butiran ini :
4. klik OK,sekarang pilih Secure Google pada list dan klik Make Default.Selesai sudah…
Pada Browse Tab,anda akan lihat address anda akan bertukar kepada “https” seperti ini :
Kemungkinan ada diantara pengguna tidak berjaya menjadikan default search engine ini pada firefox diatas sebab-sebab tertentu seperti version firefox dan juga addon-addon yang telah di install.
Apa-apa pun di harap cuba dulu dan kemudian jika ada soalan dan pandangan bolehlah di tulis diruang komen dibawah.Kita kongsi bersama tentang ini ok.
Salam. Buat sementara waktu ni Mr.Hac tak dapat nak update blog. Mr.Hac baru pulang dari hospital kerana kemalangan. Doakan Mr.Hac sembuh. Terima kasih kepada semua.
Mungkin Mr.Hac akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Kepada para penulis jemputan, teruskan menulis. Gantilah saya semasa ketiadaan saya. Apa boleh buat. Nasib malang tidak berbau.
Entri ini merupakan panduan asas untuk sesiapa yang tertanya-tanya tentang apa itu Ubuntu?
Mr.Hac tampilkan entri ini kerana pada entri-entri yang lepas, yang berkaitan dengan Ubuntu khususnya dan Linux amnya tidak mendapat sambutan dari para pembaca (tengok dari stats dan komen, sangat sedikit!)
Lagi pula sudah ada pembaca yang bertanya “Mr.Hac, Ubuntu ni sebenarnya apa??“ Apakah yang dimaksudkan dengan Ubuntu? Sebutannya ooo-boon-too bukan youuu-boon-too..
Tak percaya? Rujuk -> How To Pronounce “Ubuntu”
Perisian Bebas atau Sumber Terbuka
Pada lewat tahun 1980-an, menjadi kebiasaan bagi peminat atau pengatur cara program komputer untuk berkongsi perisian serta kod sumbernya. Ketika itu, sistem operasi (OS) Unix banyak diguna pakai oleh industri dan akademik. Bagaimanapun, OS ini menjadi terlalu ketat dengan paten sehingga menghalang pengguna komputer bebas untuk menukar kod-kod programnya.
Richard Stallman, seorang saintis komputer melahirkan projek untuk mencipta klon kepada
OS Unix yang dipanggil GNU – akronim bagi “GNU’s Not Unix” yang mana mengamalkan dasar “kebebasan perisian”. Falsafah Perisian Bebas (Free software) atau Sumber Terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod sumber, berkongsi dan melakukan perubahan tanpa sebarang halangan. Richard percaya konsep ini lebih menyihatkan serta lebih natural dengan sifat manusia. Perisian Bebas juga lebih fleksibel untuk disesuaikan mengikut kehendak dan keadaan pengguna.
Apa Itu Linux dan Apa Itu Kernel?
Apabila GNU berkembang, banyak aplikasi UNIX telah pun diklon dan secara praktikalnya
boleh dikatakan terdapat jumlah perisian yang mencukupi untuk dijadikan suatu OS yang
baru akan tetapi GNU kekurangan satu item penting yang dipanggil kernel.
Kernel merupakan jantung kepada mana-mana OS yang melakukan fungsi asas seperti
menjadi “orang tengah” dalam komunikasi antara perisian dan perkakasan.
Pada tahun 1991, seorang pelajar Universiti Helsinki, Linus Benedict Torvalds melakukan
projek peribadi untuk menghasilkan kernel. Kernel ini pada asalnya ingin dinamakan Freax
oleh Linus walau bagaimanapun, rakannya, Ari Lemmke yang menjaga server untuk
memuat turun kernel ini menamakan direktori Linus sebagai Linux. Sejak itu, Linux diguna
sebagai nama rasmi kernel ini. Keadaan bertambah rancak apabila Linus mengeluarkan versi kernelnya sebagai Perisian Bebas yang mana mendorong lebih banyak penyumbang kod menyertai projek ini dan seterusnya mematangkan kernel ini untuk digunakan secara massa.
Akhirnya, Linux digabungkan dengan aplikasi-aplikasi GNU menjadikannya sebuah OS
yang lengkap yang dipanggil GNU/Linux. Tetapi ramai pengguna komputer berasa
janggal memanggilnya GNU/Linux kerana tulisannya yang panjang serta pelik dari segi
bunyi. Maka kebanyakkan orang hanya menyebutnya Linux.
Apa Itu Distribution?
Oleh sebab, Linux bersifat bebas maka sesiapa sahaja boleh menyunting kod-kodnya dan menghasilkan OS baru berasaskan Linux. Ini menyebabkan pelbagai variasi Linux wujud diluar sana. Variasi-variasi inilah yang disebut sebagai distribution atau dalam singkatannya sebagai distro. Antara distro Linux yang terkenal termasuklah Ubuntu, Debian, Red Hat, Fedora, openSUSE dan pelbagai lagi.
Apa Itu Ubuntu?
Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi Linux yang paling popular di kalangan pengguna desktop. Pertama kali dikeluarkan pada 20 Oktober 2004. Ia menekankan pada kepenggunaan dan keselamatan. Ubuntu diasaskan oleh Mark Shuttleworth, seorang ahli perniagaan dari Afrika Selatan. Perkataan Ubuntu berasal dari puak Zulu, Afrika yang bermaksud “kemanusiaan kepada yang lain” atau “humanity towards others”.
Sokongan
Ubuntu mendapat sokongan pembangunannya dari syarikat Canonical Ltd. dan juga ahli komunitinya yang ramai. Ubuntu juga akan mengeluarkan versi baru setiap enam (6) bulan iaitu pada bulan April dan Oktober tiap-tiap tahun. Kemaskini dan naik taraf Ubuntu adalah percuma. Terdapat dua jenis sokongan bagi versi Ubuntu iaitu versi Long Term Support (LTS) dan bukan LTS.
Versi dan Tempoh Sokongan
Long Term Support (LTS) —> Tiga (3) tahun untuk Desktop Edition, Lima (5) tahun untuk Server Edition.
Biasa atau bukan LTS —> 18 bulan untuk Desktop Edition dan Server Edition.
Versi Keluaran
Ubuntu versi baru akan dikeluarkan pada setiap enam (6) bulan yang mana nombor versi itu dipilih mengikut tahun dan bulan ia dikeluarkan. Ia juga akan menggunakan nama kod (codename) bagi setiap versinya. Nama ini dipilih dalam dua perkataan dan menggunakan huruf permulaan yang serupa pada kedua-dua perkataan.
Keperluan Minimum Ubuntu
Sebelum anda melakukan proses pemasangan Ubuntu, pastikan komputer anda mempunyai spesifikasi minimum seperti :
Bosan dengan skema warna Terminal anda yang mengikut kepada tema Ubuntu? Mahu melakukan sedikit modifikasi ringkas yang dapat menjadikannya lebih ‘ceria’? Atau sekurang-kurangnya lain dari yang lain, tak sama dengan ‘standard setting’? (dah macam budak motor pulak main modification ni)
Kalau jawapan anda ya, jom kita tengok contoh gambar Terminal Ubuntu Mr.Hac di bawah:
Cara Menjadikan Terminal Ubuntu Kepada Transparent (Ubuntu 11.04):
1. Mula-mula sekali, buka Terminal dahulu.
2. Lihat pada bahagian atas tu, ada senarai menu kan? Klik pada Edit -> Profiles… -> Edit
atau klik Edit -> Profile Preferences
3. Selepas itu pergi kepada tab Colors dan hilangkan tanda (un-tick) Use colors from system theme.
4. Klik Text color dan ubah kepada warna putih, kod warnanya ialah #FFFFFF
5. Klik Background color dan ubah kepada warna hitam, kod warnanya ialah #000000 atau #111111
4. Kemudian pergi ke tab Background dan tandakan (tick) pada Transparent background. Anda boleh gerakkan slider dan ubah transparency ikut kemahuan anda sama ada mahu betul-betul transparent atau sedikit gelap.
5. Dah selesai. Anda boleh close untuk menggunakan tetapan baharu untuk Terminal anda! Perlu diingatkan jika anda menggunakan Ubuntu versi terdahulu, maka nama tetapan dalam Terminal ini mungkin berlainan, tetapi ‘isinya’ serupa sahaja.
Tips: Sebenarnya skema warna Terminal ni anda boleh ubah ikut sesuka hati. Tidak semestinya nak kena ikut tutorial ni 100%. Maknanya ikut kreativiti masing-masing la. Amacam? Dah cun kan Terminal Ubuntu bila buat macam ni? Nak belajar command pun senang, tak perlu minimize Terminal. Boleh terus baca command di belakangnya!
Berita baik kepada semua peminat-peminat Ubuntu, anda boleh menempah baju t Ubuntu yang akan dicetak tidak lama lagi. Buat permulaan, baju t tersebut akan dibuka kepada 10 tempahan sahaja!
Anggaran harga baju dalam RM25-35. Nanti Mr.Hac update lagi dengan bro deensokmo. Tempah dulu, bayar kemudian sebab bro deensokmo nak kira berapa jumlah anggaran tempahan sehingga 20 helai kalau boleh untuk permulaan. Cukup 10 atau lebih (hingga 20 helai tempahan), design baju akan dihantar untuk dicetak. Setakat ni dah ada orang volunteer untuk jadi pencetak baju dengan harga yang murah iaitu bawah RM25! Menarik bukan? Jadi cepat-cepat buat tempahan melalui e-mel deensokmo@gmail.com
Sila e-melkan nama penuh, alamat, no telefon, saiz baju dan kuantiti.
Design baju (asas, belum final lagi) adalah seperti di bawah: