Pale Moon : Browser Yang Laju!

Salam..dah baca tajuk? kali ni Hac nak memperkenalkan kepada anda semua sebuah browser yang laju, yang berasaskan Mozilla Firefox, iaitu Pale Moon..

Anda tentu tahu sebelum ini Hac pernah membuat ulasan mengenai web browser Lunascape, SRWare Iron, Maxthon, dan juga Senarai 10 Web Browser Yang Jarang Didengari..kali ini, Hac nak beritahu ada sebuah lagi web browser yang mendapat perhatian dari Hac iaitu Pale Moon..kali pertama menggunakannya, Hac langsung tidak teruja..masakan tidak, lihat sahaja screenshot di bawah ini, sama saja seperti Mozilla Firefox, tiada apa yang lain dari segi paparan antaramuka penggunanya..

Namun setelah menjalanankan ia beberapa kali, apa yang boleh Hac katakan ia agak laju, malah lebih laju dari Firefox..ini adalah kerana beberapa setting yang optional (pilihan) telah ‘dimansuhkan’ atau ditiadakan..tambahan pula, ia sememangnya dicipta untuk dioptimalkan penggunaannya pada sistem operasi Windows sama ada Windows 7 mahupun XP..dengan mengoptimalkan sepenuhnya penggunaan ciri ‘internet browsing’, Pale Moon mampu menambat hati para pengguna Firefox kerana ianya lebih stabil dan dinamik..ia juga menyokong Firefox Add-On, Theme, dan Personas..pendek kata, ia telah dicipta untuk pelayaran internet yang lebih pantas, stabil dan efisien dengan hanya memilih setting yang betul-betul diperlukan sahaja..

Yang paling menarik, anda boleh dapatkan Pale Moon versi mudah alih (portable) dari laman web rasminya berbanding Firefox, yang mana versi portablenya hanya boleh didapati dari laman-laman lain yang tidak rasmi dan ini boleh menyebabkan anda, para pengguna terdedah dengan Malware seperti Keylogger, Virus dan lain-lain..Pale Moon menggunakan memori yang sedikit kerana fungsi-fungsi yang jarang digunakan telah ditiadakan dalam pilihannya (Options)..

Jadi..apa kata anda semua? mahu mencuba Pale Moon?
anda boleh memuat turun Pale Moon dari laman web rasminya iaitu —> Pale Moon

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img