Perkhidmatan Kesihatan di India Lumpuh: Protes Besar-besaran Para Doktor Menuntut Keadilan Rakan Doktor Yang Dirogol dan Dibunuh dalam Kawasan Hospital
Mendiang merupakan seorang doktor pelatih berusia 31 tahun. Mayatnya telah ditemui pada 9 Ogos lalu dalam hospital di Bengal Barat, sebuah hospital yang diuruskan oleh kerajaan tempatan. Sebelum kejadian, mangsa telah menghabiskan syif selama 36 jam dan telah tidur sebentar di dalam kawasan hospital.
Mendiang
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan kedua-dua kaki terpulas ke belakang 90 darjah, tulang pelvis patah, kesan gigitan di seluruh tubuh, darah terpercik keluar dari mata kerana ditoreh, 120 kesan luka lain di seluruh tubuh dan kesan cekik di leher. Ketika ditemui, mayat mangsa sudah berada dalam keadaan separa kaku, menunjukkan mangsa telah meninggal dunia dalam satu tempoh yang agak lama.
Lebih menyedihkan, hospital telah menahan mayat mendiang selama 3 jam dan kemudiannya mengumumkan mangsa telah meninggal kerana membunuh diri!
Protes kali ini bukan sahaja disertai oleh doktor, malah daripada kumpulan kesihatan lain, dan orang awam. Para selebriti dan ahli politik India juga turut sama menyatakan sokongan mereka secara terbuka.
Laporan kematian mangsa menunjukkan terdapat 150mg air mani dalam tubuh mangsa. Seorang manusia hanya boleh menghasilkan 9-10mg air mani sehari. Hanya seorang sahaja suspek ditangkap dan didakwa untuk jenayah ini; seorang sukarelawan polis yang berkhidmat di hospital tersebut.
Jenayah ke atas kaum wanita di India seperti tidak berkesudahan. Lebih teruk lagi, pengalaman para keluarga mangsa yang ingin menuntut keadilan selalunya malah dipulaukan, tidak dilayan, dan dipandang jelik oleh masyarakat di sana. Kes di mahkamah pula hanya sekadar berpusing-pusing tanpa keadilan buat mangsa jenayah rogol dan bunuh.
Pasukan polis anti rusuhan yang dihantar ke hadapan hospital bagi menghalang sebarang perhimpunan tunjuk perasaan. Ketua polis bahagian telah mengeluarkan arahan bagi melarang sesiapa membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap kes ini.
India berhasrat ingin menjadi kuasa besar dunia menjelang tahun 2047 dengan inovasi teknologi yang berterusan. Perdana Menteri India, Nahendra Modi secara terbuka menyuarakan matlamatnya untuk menyaingi China sebagai kuasa besar teknologi dunia. Pembangunan bakat tempatan dan penerokaan sumber membolehkan India melonjak dengan cepat dalam bidang inovasi dan teknologi sehingga membawa kepada kejayaan ISRO, agensi angkasa milik penuh India.
Perdana Menteri India, Nahendra ModiFILE PHOTO: Indian Space Research Organization logo is seen in this illustration taken May 1, 2023. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo
Alami Permainan Bertaraf Tinggi dengan Harga Hebat melalui Tawaran Karnival POCO
Kuala Lumpur, MALAYSIA, 19 Ogos 2024 – POCO, jenama teknologi terkemuka dalam kalangan peminat teknologi muda, dengan sukacitanya mengumumkan kembalinya Karnival POCO, meraikan satu lagi ulang tahun dengan tawaran eksklusif untuk peminat dan pelanggan di Malaysia. Kempen eksklusif dalam talian ini menampilkan diskaun luar biasa pada pelbagai telefon pintar POCO, berlangsung dari 19 Ogos hingga 31 Ogos 2024.
POCO komited untuk memastikan produknya bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan pelanggan. Terus mengujakan peminatnya, POCO tahun ini telah bekerjasama dengan PUBG Mobile, dengan siri POCO F6 terbaharu menjadi rakan telefon gaming rasmi untuk PUBG Mobile Super League Southeast Asia (PMSL SEA) musim ini. Kerjasama ini menonjolkan prestasi hebat dan peningkatan ketara siri flagship ini, menawarkan pengalaman permainan yang lebih tinggi.
Karnival POCO
Sebagai jenama telefon pintar yang memahami sepenuhnya pengguna muda yang celik teknologi, POCO terus komited untuk menyediakan produk yang menawarkan “Semua yang Anda Perlukan, Tiada yang Tidak Anda Perlukan,” dengan prestasi luar biasa dalam fotografi, permainan, hiburan, dan banyak lagi. Bermula sekarang hingga 31 Ogos, Karnival POCO menampilkan tawaran hebat pada telefon pintar kegemaran peminat termasuk Siri POCO F6 yang merupakan flagship, siri pertengahan POCO X6 dan M6, serta telefon peringkat permulaan POCO C65. Pembeli boleh menikmati tawaran Karnival POCO yang terhad ini secara eksklusif di kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada, selagi stok masih ada.
Semak tawaran hebat sepanjang Karnival POCO. Klik harga untuk dapatkan diskaun hebat POCO Carnival:
Sebuah syarikat di China tular di Weibo kerana memberi cuti kepada staf mereka untuk bermain permainan video baru “Black Myth: Wukong”.
Black Myth: Wukong mendapat reaksi sangat positif di kalangan peminat dan gamers sejati di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, beberapa media arus perdana di US memberi markah rendah dalam review mereka kerana permainan video ini tidak memiliki “diversity” dan “inclusion”.
Black Myth: Wukong adalah permainan RPG yang dilancarkan pada 20 Ogos 2024 untuk konsol PS5 dan Windows PC. Ia menampilkan mekanik permainan yang mantap dan grafik yang sangat memukau pemain.
Notis Cuti untuk staf yang telah diterjemah menggunakan Google Lens TranslateNotis asal dalam bahasa China
Kemaskini terbaru CIMB OCTO hadir dengan kemampuan pengesanan malware pada telefon.
Sama seperti aplikasi perbankan lain, inisiatif ini dilihat senada dengan perbankan lain di Malaysia. Masing-masing telah mengemaskini aplikasi perbankan dengan kemampuan mengesan malware pada peranti yang dipasang.
Kemampuan mengesan malwarenya mungkin belum terbukti. Apa yang pasti, kemaskini Octo baru ini telah berjaya menewaskan Magisk secara “total”. Magisk Stable, Beta dan Canary semuanya tidak lagi boleh menyorok root daripada aplikasi perbankan.
Dengan ini, tidak keterlaluan juga untuk saya katakan ROOTING IS DEAD.
Qualcomm hadir dengan SoC kelas pertengahan baru, Snapdragon 7S Gen 3. Peranti mid-range akan lebih berkuasa selepas ini. Hampir menyamai prestasi Snapdragon 888, SoC kelas flagship lama Qualcomm.
Berikut adalah bahan rasmi yang diberikan oleh Qualcomm kepada media:
Kali ini, Qualcomm masih lagi meneruskan usahasama bersama pemain industri utama mereka yang terdiri daripada para pengeluar telefon pintar. Ini memastikan produk mereka seiring dengan kehendak industri dan juga pelanggan utama mereka.
Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak khabar angin dan klu diberikan berhubung satu peranti baru dari Microsoft untuk permainan desktop mudah alih. Peranti yang dijuluk dengan nama “XBOX Mobile” itu disimpan kemas sebagai rahsia oleh Microsoft. Tiada langsung gambar tiris setakat ini.
Khabar angin ini bertiup kencang semula setelah Microsoft dilihat semakin giat memperbaiki sistem perisiannya untuk menyokong cipset dengan binaan ARM. Memberi gambaran bahawa Microsoft benar-benar serius ingin menggunakan dan menyertai perlumbaan peranti mudah alih.
ARM adalah binaan yang digunakan oleh cipset mudah alih seperti Snapdragon dan MediaTek pada telefon pintar. Cipset konvensional pada desktop seperti Intel i9 dan AMD Ryzen 5 pula menggunakan binaan X86. Binaan ARM kini sedang giat dihasilkan di Intel dan juga AMD sebagai cipset generasi baru yang lebih jimat tenaga dan berkuasa.
Dengan pengumuman Valve yang akan menyokong SteamOS pada peranti PC mudah alih lain seperti ROG Ally minggu lalu, ramai pemerhati teknologi mengatakan ini akan ‘memaksa’ Microsoft untuk mempercepatkan pelancaran “XBOX Mobile” mereka.
Macam mana? Adakah anda berminat dengan peranti seperti SteamDeck tapi dengan sistem operasi Windows?
Platform Mudah Alih Snapdragon 7s Gen 3 ialah penambahan terkini kepada segmen “s”, yang memanfaatkan ciri-ciri terpilih dari siri 7 untuk menjadikan teknologi canggih Qualcomm lebih mudah diakses oleh semua, termasuk AI generatif, permainan mudah alih, kamera dan video, dan banyak lagi.
Platform ini mencapai prestasi baru yang lebih tinggi, dengan peningkatan prestasi CPU hampir 20% berkat CPU Qualcomm® Kryo™ terkini, sehingga 40% pecutan GPU, lebih 30% peningkatan prestasi AI dan penjimatan kuasa keseluruhan 12%.¹
Pengeluar peralatan asal terkemuka, termasuk Realme, Samsung, Sharp, dan Xiaomi dijangka mengumumkan penggunaan Snapdragon 7s Gen 3 dalam beberapa bulan akan datang.
SAN DIEGO, CA – 20 Ogos 2024 – Qualcomm Technologies, Inc., hari ini memperkenalkan Platform Mudah Alih Snapdragon® 7s Gen 3, yang dibina berdasarkan momentum siri 7 untuk membawa keupayaan yang dipertingkatkan kepada lebih ramai pengguna. Platform baharu ini menawarkan keupayaan AI generatif pada peranti dengan sokongan LLM termasuk Baichuan-7B, Llama 2 pada 1B parameter dan lain-lain. Ia juga menampilkan pengalaman permainan mudah alih penuh pengembaraan yang dipacu oleh GPU Qualcomm® Adreno™ yang berkuasa, serta ciri rakaman kamera dan video gred profesional seperti ISP tiga 12-bit dan 4K sHDR.
Snapdragon 7s Gen 3 akan membawa yang terbaik daripada siri 7 ke lebih banyak peranti kelas pertengahan dengan memilih ciri-ciri terbaik siri 7 termasuk sokongan AI pada peranti,” kata Chris Patrick, naib presiden kanan dan pengurus besar telefon mudah alih, Qualcomm Technologies, Inc. “Platform ini merupakan satu lagi bukti komitmen kami untuk menyampaikan pengalaman mudah alih terbaik dalam kelasnya kepada pengguna pada setiap harga.
Snapdragon 7s Gen 3 akan mula diadaptasi Xiaomi, dengan peranti pertama dijangka diumumkan bulan depan. Untuk mendengar lebih lanjut tentang rakan kongsi yang menyokong platform ini, lawati helaian sebut harga rakan kongsi.
Untuk maklumat lanjut mengenai platform baharu ini, lawati ringkasan produk atau laman web kami.
¹Berbanding dengan Platform Mudah Alih Snapdragon 7s Gen 2 generasi sebelumnya.
Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan inovasi dan kemajuan teknologi. Selain daripada itu, Jepun juga terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pengaruh besar dalam pop culture dan industri kreatif. Kejayaan siri anime dan permainan video mereka membolehkan Jepun “mendunia” di peringkat global.
Namun begitu, tidak bermakna negara matahari terbit ini tidak dilanda masalah dan budaya buruk. Selain daripada masalah populasi yang semakin menua, golongan muda Jepun banyak terjebak dengan budaya “hikikikomori”.
Hikikikomori adalah keadaan di mana seseorang itu hanya tinggal di dalam bilik dan tidak berinteraksi dengan dunia luar dan manusia lain. Mereka hanya berinteraksi dengan telefon, komputer ataupun permainan video mereka sahaja. Ia adalah satu penyakit mental yang serius melanda Jepun.
Situasi ini berubah apabila Nintendo memperkenalkan permainan Pokemon GO. Melalui permainan ini, ramai orang mula keluar dan bersosial bagi menyelesaikan misi dalam permainan dan menaikkan status karakter mereka. Ia jadi satu contoh di mana permainan video boleh menyelesaikan masalah sosial di dunia sebenar.
Begitu juga dengan masalah populasi mereka yang tidak cukup tidur. Nintendo sekali lagi mengeluarkan permainan video Pokemon Sleep, yang memberikan pemain insentif dan kelebihan apabila tidur mereka cukup dan berkualiti. Pemain dapat mengumpul mata dan pokemon apabila menggunakan telefon untuk menjejak kualiti tidur. Dalam Pokemon Sleep anda tidak hanya bermain, malah dapat melihat maklumat kualiti tidur anda secara saintifik.
Masalah lain yang melanda populasi Jepun sekarang adalah populasi yang semakin menua. Jepun memiliki 30% populasi 65 tahun ke atas dengan 10% dari populasi keseluruhan berusia lebih 80 tahun! Banyak langkah telah diambil kerajaan Jepun bagi menggalakkan kelahiran dan perkahwinan pasangan muda termasuklah kelonggaran syarat visa dan insentif perkahwinan.
Nampak gayanya, Nintendo kena buat permainan lain pula untuk selesaikan masalah ini…
Tecno, jenama telefon pintar yang semakin mendapat perhatian di pasaran, telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Tecno Spark 20C. Telefon pintar ini merupakan sebahagian daripada siri Spark yang terkenal dengan harga berpatutan dan spesifikasi yang menarik. Mari kita terokai ciri-ciri dan prestasi Tecno Spark 20C secara terperinci.
Spesifikasi Tecno Spark 20C
Model
SPARK 20C
Pemproses
MediaTek G36
Storan
256GB ROM + 12GB* RAM (4+8GB)
Kamera Depan
8M+ Dual Flash
Kamera Belakang
50M+AI Cam + Dual Flash
Skrin
6.56 HD+H 90Hz Kadar Segar Semula
Bateri/Pengecasan
5000mAh/18W
Dimensi (mm)
163.6 x 75.6 x 8.55 (8.75)mm
Pengimbas Cap Jari
Cap Jari Sisi
Keterhubungan
Type-C
Pembesar Suara
Dual speakers, Stereo Effect
Sistem Operasi
Android T
Huraian Spesifikasi Telefon:
Reka Bentuk dan Paparan
Tecno Spark 20c hadir dengan reka bentuk yang moden dan bergaya. Bahagian belakang peranti ini mempunyai corak yang menarik, memberikan sentuhan premium walaupun pada harga yang berpatutan. Peranti ini tersedia dalam beberapa pilihan warna, membolehkan pengguna memilih warna yang sesuai dengan gaya mereka.
Paparan telefon pintar ini merupakan skrin IPS LCD berukuran 6.6 inci (6.56 inci secara lebih tepatnya) dengan resolusi HD+ (720 x 1612 piksel). Walaupun resolusi telefon ini bukan tertinggi dalam kelasnya, ia masih mampu memberikan pengalaman visual yang memuaskan untuk kebanyakan pengguna. Skrin ini juga dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz, memberikan pengalaman menatal lebih lancar berbanding dengan skrin 60Hz yang biasa.
Prestasi dan Perkakasan
Jantung Tecno Spark 20C ialah cip MediaTek G36, pemproses octa-core yang memberikan prestasi mencukupi untuk penggunaan harian. Walaupun ia mungkin bukan pilihan terbaik untuk permainan berat atau tugas yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi, ia masih mampu mengendalikan kebanyakan aplikasi dengan lancar.
Peranti ini hadir dengan pilihan RAM 4GB atau 8GB, memberikan fleksibiliti kepada –pengguna untuk memilih mengikut keperluan masing-masing. Storan dalaman pula tersedia dalam kapasiti 128GB, yang boleh diperluaskan lagi menggunakan kad microSD (sehingga 1TB).
Kamera
Sistem kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera kedalaman/tambahan 0.08MP di bahagian belakang. Spesifikasi ini mungkin tidak setanding dengan peranti kelas tinggi, pun begitu ia masih mampu menghasilkan gambar memuaskan dalam keadaan pencahayaan yang baik. Kamera hadapan pula ialah 8MP, sesuai untuk swafoto dan panggilan video.
Cantik atau tidak, itu subjektif. Apa pun, jangan terlalu berharap untuk peranti berharga di bawah RM500.
Seterusnya, peranti ini juga dilengkapi dengan pelbagai mod fotografi dan ciri-ciri pemprosesan imej dipertingkatkan oleh AI, membantu pengguna menghasilkan gambar lebih menarik tanpa memerlukan kemahiran fotografi yang tinggi.
Bateri dan Pengecasan
Salah satu kelebihan utama Tecno Spark 20C ialah bateri berkapasiti besar iaitu 5,000mAh. Kapasiti ini membolehkan peranti ini bertahan sehingga dua hari dengan penggunaan sederhana. Walau bagaimanapun, kelajuan pengecasan bukanlah yang terpantas, dengan sokongan pengecasan 18W sahaja.
Masihkah anda ingat peranti terakhir yang anda gunakan, dengan kelajuan pengecasan seperti ini?
Perisian dan Antara Muka Pengguna
Telefon pintar ini menjalankan sistem operasi Android 13 dengan antara muka pengguna HIOS 13 yang dibangunkan oleh Tecno. Antara muka ini menawarkan pelbagai ciri penyesuaian dan pengoptimuman yang membantu meningkatkan pengalaman pengguna. Walau bagaimanapun, sesetengah pengguna mungkin mendapati terdapat aplikasi prapasang yang tidak diperlukan (bloatwares).
Keselamatan dan Ciri Tambahan
Untuk keselamatan, ia dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi peranti. Ia juga menyokong pembukaan kekunci muka, walaupun kaedah ini agak kurang selamat berbanding pengimbas cap jari.
Peranti ini juga menyokong dual SIM, membolehkan pengguna menggunakan dua nombor telefon secara serentak. Ia juga mempunyai sokongan untuk rangkaian 4G, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, dan port USB Type-C untuk pengecasan dan pemindahan data.
Konklusi
Tecno Spark 20C merupakan pilihan menarik bagi pengguna yang mencari telefon pintar berpatutan dengan spesifikasi mencukupi untuk penggunaan harian. Kelebihan utamanya termasuk reka bentuk yang menarik, bateri yang tahan lama, dan skrin dengan kadar segar semula 90Hz.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang perlu dipertimbangkan. Resolusi skrin lebih rendah mungkin kurang memuaskan bagi sesetengah pengguna, terutamanya jika anda sering menonton video atau bermain permainan. Prestasi kamera juga tidak setanding dengan peranti kelas tinggi, terutamanya dalam keadaan pencahayaan kurang baik.
Secara keseluruhan, peranti ini merupakan pilihan baik bagi pengguna yang mementingkan bateri tahan lama, reka bentuk menarik, dan pengalaman Android yang lancar pada harga berpatutan. Ia sesuai untuk pelajar, pengguna pertama telefon pintar, atau sesiapa sahaja yang mencari peranti kedua untuk kegunaan harian.
Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang memerlukan prestasi tinggi untuk permainan atau fotografi profesional, mereka mungkin perlu mempertimbangkan pilihan lain dalam kategori harga lebih tinggi.
Akhir kata, Tecno Spark 20C membuktikan bahawa telefon pintar berpatutan tidak semestinya membosankan atau ketinggalan zaman. Dengan gabungan ciri-ciri moden seperti kadar segar semula 90Hz dan reka bentuk menarik, ia menawarkan nilai yang baik bagi wang anda.
Untuk pembelian bolehlah dilakukan melalui pautan:
Jeffrey J. Piccolo telah membuat tuntutan undang-undang ke atas Disney setelah isterinya, Dr. Kanokporn Tangsuan, meninggal dunia selepas menjamu selera di restoran Disney World.
Disney dalam kenyataan balas terhadap tuntutan ini bagaimanapun berkata, Jeffrey J. Piccolo tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap Disney kerana beliau pernah mendaftar untuk akaun percubaan percuma langganan Disney+. Menurut wakil Disney, apabila seseorang mendaftar untuk akaun Disney+, ia bermakna setiap individu tersebut telah bersetuju dengan terma dan syarat Disney bahawasanya mereka tidak akan membuat sebarang tuntutan dengan Disney melainkan tuntutan kecil. Sekiranya ada tuntutan lain, maka ia termaktub di bawah tuntutan dengan individu terlibat dan bukan dengan pihak Disney.
Walt Disney World di Orlando, Florida
Tambah peguam Disney lagi, persetujuan terma dan syarat kali kedua juga telah berlaku apabila individu tersebut membeli tiket ke Disney World di atas talian melalui laman web rasmi mereka. Yang mana, mereka akan diberikan kotak semak dengan pautan URL ke dokumen terma dan syarat mereka. Dalam terma dan syarat tiket Disney World itu juga menggariskan isi yang sama di mana pembeli bersetuju untuk tidak membuat apa-apa tuntutan ke atas Disney. Pengguna tidak boleh meneruskan pembelian melainkan mereka memilih untuk “Setuju” di kotak semak pembelian tiket berkenaan.
Jeffrey J. Piccolo dalam aduan asalnya menyatakan beliau dan isteri telah mengunjungi restoran di Raglan Road Irish Pub and Restaurant di resort yang berada di Orlando, Florida, pada 5 Oktober lalu. Pasangan suami isteri berkenaan telah berkali-kali bertanya sama ada restoran tersebut boleh mematuhi kekangan diet mereka. Pelayan restoran tersebut juga telah berkali-kali meyakinkan pasangan ini yang restoran boleh menuruti permintaan dan keperluan diet mereka. Bagaimana pun, Tangsuan akhirnya mendapat reaksi alergik setelah menjamu selera di restoran berkenaan dan kemudiannya meninggal dunia di hospital tempatan.
Mendiang Dr. Kanokporn Tangsuan
Peguam Jeffery J. Piccolo juga telah membuat kenyataan balas dengan mengatakan tidak ada bahagian dalam terma pengguna Disney+ yang menyatakan anak guamnya bersetuju untuk tidak membuat tuntutan ke atas sebarang kecederaan di sebarang premis Disney. Dalam kes anak guamnya, kecederaan ini seterusnya telah meragut nyawa isterinya.
Tambahnya lagi, anak guamnya hanya membuat akaun percubaan Disney+ pada Playstation miliknya dan tidak meneruskan langganan setelah tempoh percubaan tamat. Oleh itu, sebarang terma dan syarat Disney+ tidak terpakai ke atas anak guamnya.
Setakat ini, tiada lagi kenyataan balas oleh peguam Disney.