Keterbukaan Internet dan Kebebasan Bersuara Jadi Tanda Tanya Dengan Langkah Penapisan DNS Internet Malaysia
Antara laman yang disekat SKMM adalah laman pasaran gelap seperti RaidForums. Ia dipenuhi dengan iklan menjual data bocor yang digodam daripada laman kerajaan. Walaupun terdapat aktiviti haram, ia adalah antara tempat rujukan bagi kes kebocoran data.
Laman RaidForums. Tempat berkumpulnya penjual data peribadi dan jadi tempat rujukan utama bagi kes-kes kebocoran data Malaysia.
Apabila ia disekat, maka tindakan pelaporan jadi semakin lambat kerana tidak boleh diakses secara awam. Agensi yang terlibat pula dah tentu akan tutup kes jika ada. Mana tidaknya, bila dah kantoi pun dia boleh buat tak nampak. Apatah lagi bila dah siap-siap ditutup.
Laman RaidForums juga dilihat menjadi sasaran banyak agensi keselamatan negara-negara lain dan sudah banyak kali ditutup.
Tapi itulah. Gaya bercakap orang otak biru ni, bila bercerita tentang laman disekat ni, itu sajalah yang dia tahu. Orang bercakap tentang kebebasan internet, dia tak habis-habis ungkit tentang “nak tengok laman biru” dia tu. Kita ni akan suka bercakap benda yang kita suka buat. Jadi, kalau boleh, janganlah menyampuk di luar topik.
Malaysia walaupun sebuah negara yang kecil, tetap menjadi tumpuan utama di peringkat global. Tidak hanya terkenal kerana kejayaan kita seperti kejayaan Petronas dan Sime Darby. Kita juga terkenal dengan beberapa berita yang tidak sedap didengar seperti skandal jenayah 1MDB, tragedi MH370 dan juga kawalan kebebasan bersuara. Indeks Kebebasan Media kita juga telah merudum 34 anak tangga dan tidak lagi jadi yang terbaik ASEAN.
Oh ya, laman media MalaysiaKini pun pernah disekat oleh SKMM juga dulu. Agak ironi apabila orang yang dulu bising-bising tentang kebebasan internet, tapi hari ini bukan main berlagak holier than thou tentang sekatan internet. Sampaikan kritikan pun dipadamkan. 🤭
Ujian Mendapati Banyak Laman Yang Disekat Kini Tidak Boleh Diakses Walau Dengan Menggunakan DNS Google dan Cloudflare
Sambungan Dengan DNS Dihala Semula ke Alamat Telco
Awal tahun ini, kami ada menulis tentang ura-ura telco di Malaysia akan melaksanakan transparent DNS proxy. Transparent DNS Proxy adalah satu teknologi yang boleh digunakan telco untuk menapis semua DNS ‘terbuka’ dan memaksa pengguna untuk menggunakan DNS mereka sendiri. Caranya, mereka akan memintas semua permintaan DNS pada protokol TCP/UDP dan seterusnya menapis permintaan DNS ke arah DNS mereka.
[Kemaskini 9/8/2024@1:30PM] Laporan daripada iMAP dan beberapa media tempatan seperti SoyaCincau dan MalayMail juga turut mengesahkan berita ini. Bagi kami di OMG Hackers, langkah ini ada kelebihan dan kekurangannya.
Kelebihan Transparent DNS Proxy
Kerajaan, melalui telco boleh memantau aktiviti dalam ruang internet negara.
Pengesanan ancaman keselamatan dan keganasan yang lebih mudah.
Penapisan kandungan internet yang lebih menyeluruh bagi kandungan yang disekat kerajaan.
Menyekat penyalahgunaan trafik telco, sekaligus meningkatkan prestasi rangkaian telco.
Telco sebagai pertahanan pertama terhadap sebarang serangan siber dan DDoS.
Kekurangan Transparent DNS Proxy
Satu bentuk kawalan kerajaan ke atas kebebasan internet.
Masalah dengan sambungan internet sekiranya telco gagal untuk meyediakan tetapan yang terbaik.
Kebocoran data sekiranya penggodam berjaya masuk ke dalam sistem DNS telco.
Menyukarkan aktiviti pelaporan jenayah dan keselamatan data apabila orang awam tidak lagi dibenarkan mengakses laman pasaran penjualan data.
Gambarajah menerangkan tentang Transparent DNS Proxy.
Apa Itu Transparent DNS?
Dalam bahasa mudahnya, apa itu transparent DNS? Bayangkan anda menaiki motosikal. Walaupun ada jalan utama, anda memilih untuk melalui jalan alternatif. Jalan alternatif ini anda pilih mungkin kerana ia lebih sunyi, lebih healing, ada pemandangan menarik, lebih laju sampai ke destinasi, ataupun memang anda tak nak melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Dengan transparent DNS, bayangkan semua laluan alternatif ini telah disekat dan anda kemudiannya dipaksa untuk melalui jalan utama sahaja. Jadi, sekarang anda terpaksa melalui satu jalan sahaja dan tidak boleh menikmati jalan lain yang anda suka.
Adakah anda terjejas? Boleh cuba sendiri ujian DNS anda di sini.
Bagaimana Caranya Untuk Mengelakkan Tapisan DNS Malaysia?
Kebiasaanya, banyak cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan diri daripada tapisan DNS seperti menukar sendiri alamat DNS di tetapan sistem operasi, menukar tetapan DNS di router, dan juga menggunakan DNS awam di tetapan pelayar web anda secara terus menggunakan DNS over HTTPS (DoH). Ini dipanggil DNS Spoofing. Namun begitu, kesemua cara ini SUDAH TIDAK BERKESAN.
Sebaliknya, anda kini terpaksa menggunakan VPN yang bagus untuk menghadapi tapisan DNS ini. Saya secara peribadi sudah menggunakan SurfShark selama 4 tahun dan ia berfungsi baik dengan telco CelcomDigi dan Unifi saya. Boleh dapatkan akaun percubaan SurfShark selama sebulan di sini.
*Siaran akhbar asal adalah dalam bahasa Inggeris. Maaf jika ada terjemahan yang terlampau ‘lurus’. Abam cuba sedaya-upaya untuk ‘memanusiakan’ terjemahan tersebut agar tidak terlalu ‘robotik’.
Generasi Z telah menentukan era kesaksamaan dan kesetaraan yang tertanam dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. Sebagai generasi terbuka, yang mewakili kuasa kolektif, ideal mereka bergema dengan etos Samsung iaitu “Keterbukaan Sentiasa Menang”, di mana pengalaman baharu membuka jalan kepada pencapaian bermakna yang membuka perspektif baharu dan kemungkinan tak terhingga untuk manfaat semua.
Bukan sekadar demonstrasi kebolehan atletik, Sukan ini mewakili kepelbagaian dan keterhubungan komuniti global kita, semangat terbuka kerjasama untuk masa depan yang lebih baik. Dengan situasi ideal ini, Samsung menjadikan “Sukan Terbuka Luas”, menghubungkan pelbagai komuniti bersama, di mana semua orang boleh berinteraksi dengan atlet dan antara satu sama lain, mengubah Olimpik dan Paralimpik menjadi saat budaya terbuka.
Dengan kemasukan luncur papan dalam Olimpik, sukan ini telah melonjakkan budaya luncur papan dan pengaruh Generasi Z terhadap sukan ke dalam tumpuan. Sebagai penghargaan kepada budaya dan Generasi Z yang mendefinisikannya, Flip It Up di Booth Pengalaman Galaxy AI, dikuasakan oleh Galaxy Z Flip6 dan Z Fold6, akan diadakan di Urban Skate Plaza, MRT Ampang Park, pada 10 Ogos 2024, dari 4 petang hingga 11 malam.
Flip It Up menjelmakan falsafah peluncur papan untuk menolak sempadan dan membalikkan jangkaan. Ia merupakan sambutan ideal peluncur papan untuk menjadi versi diri yang lebih yakin, kreatif dan berani. Ia adalah cahaya yang menyinari kuasa transformatif Generasi Z yang membolehkan semua orang mengekspresikan pelbagai facet identiti dan personaliti mereka, membalikkan siapa mereka pada asasnya. Semua perkara adalah mungkin dan potensi dalam diri sendiri tidak terbatas, sambil mereka membalik, menyongsang jangkaan dan mencabar diri mereka dengan cara yang bermakna.
Flip It Up akan menampilkan siri aktiviti terpilih:
∙ Booth Pengalaman Galaxy AI
∙ Permainan Luncur
∙ Bengkel kreatif
∙ Pasar Komuniti
Untuk maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, sila layari:
Pada masa kini, di mana setiap tweet atau siaran Facebook diteliti dan diperbesarkan, apa yang dilakukan oleh orang terkenal pasti akan menimbulkan spekulasi dan ‘misteri’.
Hal ini berlaku kepada Jin Fan, yang dikenali oleh industri sebagai pemimpin inovatif Xiaomi dalam pembangunan perisian, terutamanya MIUI – antara muka pengguna tersuai yang telah digunakan oleh peranti Xiaomi selama ini dan kini berkembang menjadi HyperOS.
Siapa Jin Fan?
Doktor? Majistret?
.. Apa dia? Ahli muzik?
Salah seorang individu penting di sebalik kehebatan perisian Xiaomi ialah Jin Fan, Naib Presiden Jabatan Telefon Pintar di Kumpulan Xiaomi dan ketua MIUI (kini HyperOS). Beliau menyertai Xiaomi pada tahun 2011 dan profil dirinya menaik dengan cepat, setelah memimpin beberapa modul utama dan reka bentuk ciri dalam pengoptimuman MIUI.
Menjelang tahun 2019, beliau memegang jawatan pengurus besar Jabatan Internet 1 Xiaomi dan menjadi ahli penting projek AIOT untuk merancang strategi bagi merealisasikan pengalaman pengguna pelbagai senario yang lancar.
Sumbangannya begitu besar sehingga pada tahun 2020 beliau dianugerahkan sebagai salah seorang penyumbang cemerlang sepanjang dekad yang lalu.
TETAPI..
Baru-baru ini, satu tindakan menarik perhatian di akaun Weibo Jin Fan ialah penghapusan besar-besaran semua kandunganya yang bersejarah.
Ini sesuatu yang agak dramatik, memandangkan jawatan-jawatannya seperti ‘Pengarah Produk Xiaomi’ dan ‘Pengurus Pengalaman MIUI (MIUI Experience)’ tidak kelihatan pula seperti mengalami nasib yang sama.
Ramai peminat teknologi dan pengkritik Xiaomi telah mula membuat spekulasi mengenai perkembangan ini.
Mengapa seseorang yang penting dalam strategi awam dan produk Xiaomi menghapuskan jejak digitalnya?
Sesetengah pihak mengandaikan ia mungkin petanda kepada perubahan strategik atau pengumuman produk baharu, manakala yang lain tertanya-tanya jika ia mungkin keputusan peribadi untuk memulakan semula profil dirinya di media sosial.
Menurut laman Smartphone Magazine, eksekutif Xiaomi itu akan kekal menerajui HyperOS. Pengurus PR Xiaomi, Wang Hua, menggunakan media sosial untuk menepis khabar angin itu – meyakinkan pengikut bahawa Jin Fan hanya berehat.
Oleh itu, dengan Jin Fan mengekalkan kehadirannya dalam struktur organisasi Xiaomi, kepimpinan berterusannya akan terus membentuk masa depan HyperOS dan menyumbang kepada trajektori pertumbuhan syarikat.
Abam cakap terus-terang ya, yang abam baru saja menggunakan Ubuntu versi ini. Nak diceritakan panjang lebar, pertamanya agak kebuntuan sedikit sementelah sudah lama tidak menulis tentang Linux.
Juga tak lupa, bimbang jika tiada orang hendak membacanya. Buat penat saja tulis panjang lebar, kan?
Tetapi, rasa ralat pula jika tidak ditulis dan diterbitkan di laman web ini. Kerana apa? Kerana Ubuntu 24.04 LTS ini amatlah berbaloi untuk digunakan. Bukan abam minta kalian tinggalkan Windows 10 atau 11. Cuma sekali-sekala, jenguklah ke ‘dunia lain’ ini. Dunia atau alam sebalik mata Windows.
Ubuntu 24.04 LTS, dengan nama kod ‘Noble Numbat‘, merupakan versi terbaru dalam siri Long Term Support (LTS) dari Canonical. Dilancarkan pada April 2024, sistem operasi ini membawa pelbagai pembaharuan dan peningkatan yang menjanjikan pengalaman pengguna lebih baik dan kecekapan sistem dipertingkatkan.
Oleh itu tanpa melengahkan masa, mari kita cuba selidiki, teliti, lihati, beleki (huh?), dan renungi serba sedikit apalah benda yang menarik sangat pada versi Ubuntu LTS kali ini.
Antara Muka Pengguna dan Reka Bentuk
Ubuntu 24.04 LTS mengekalkan antara muka GNOME sebagai pilihan utama, dinaiktaraf ke versi terkini. Reka bentuk keseluruhan telah diperhalusi, lalu memberi tampilan segar dan moden. Tema gelap telah dioptimumkan, memberikan pilihan lebih baik untuk pengguna yang bekerja dalam persekitaran cahaya rendah atau sekadar memilih estetik berbeza.
Biasalah, tema gelap dikira ‘wajib ada’ untuk sistem operasi masa kini, memandangkan Windows dan MacOS juga sudah mempunyainya. Cuma abam lebih berharap, tema gelap ditambah baik menjadi tema HITAM, kerana siapa saja yang tidak sukakan kegelapan maksimum? Kenalah dengan hati tu.
Ehh.
Seterusnya, ikon dan palet warna dikemaskini, memberikan keseluruhan sistem rasa yang lebih kohesif. Animasi sistem juga telah diperhalusi, menghasilkan interaksi dengan antara muka lebih lancar dan responsif.
Prestasi dan Pengoptimuman
Salah satu aspek paling menonjol dalam Ubuntu 24.04 LTS adalah peningkatan prestasi yang ketara. Masa boot lebih pantas dan penggunaan memori yang lebih efisien menjadikan sistem ini pilihan menarik untuk pelbagai jenis perkakasan, dari komputer riba lama hingga stesen kerja moden yang berkuasa tinggi.
Kernel Linux terkini yang digunakan dalam versi ini membawa sokongan perkakasan lebih baik, terutamanya untuk komponen terkini seperti CPU dan GPU generasi terbaru. Ini memastikan keserasian yang lebih mantap dan prestasi dioptimumkan untuk pengguna dengan perkakasan moden.
Pun begitu, nampaknya cita-cita dan harapan abam untuk melihat jabatan dalam kerajaan menggunakan Linux, mungkin hanya tinggal cita-cita. Biasalah, bukan mudah nak mengajar orang perkara baharu, apatah lagi bila usia sudah meningkat lanjut.
Ahh, memang ralat sungguh rasa. Apa pun, kita jengah pula ke ciri berikutnya.
Keselamatan dan Kestabilan
Sebagai versi LTS, Ubuntu 24.04 memberi penekanan khusus terhadap keselamatan dan kestabilan. Pembaharuan keselamatan dan sokongan akan disediakan selama 5 tahun, justeru menyebabkan ia sebagai pilihan ideal untuk persekitaran enterprise dan pengguna yang mengutamakan kestabilan jangka panjang.
Ciri-ciri keselamatan baru termasuk pembaharuan pada sistem kriptografi, peningkatan dalam pengurusan kata laluan, dan integrasi yang lebih kukuh dengan perkhidmatan keselamatan pihak ketiga. Firewall atau dinding api bawaan (built-in) juga telah dipertingkatkan, mencipta sebuah perlindungan lebih komprehensif terhadap ancaman siber.
Perisian dan Aplikasi
Ubuntu Software Center telah direka semula. Ini nampaknya serba-sedikit menambah baik lagi pengalaman pencarian dan pemasangan aplikasi bertukar lebih intuitif. Koleksi aplikasi tersedia telah diperluas, termasuk lebih banyak perisian produktiviti dan kreatif.
LibreOffice, suite pejabat ini telah dikemaskini ke versi terbaru, menawar keserasian yang lebih baik dengan format dokumen Microsoft Office. Cuma, abam syorkan anda semua cubalah perisian OnlyOffice juga ya, kerana perisian ini pada pendapat peribadi abam sendiri adalah jauh lebih serasi bersama format dokumen Microsoft Office. Tak percaya? Cuba try test orang Ipoh kata.
GIMP dan Inkscape juga telah dinaiktaraf. Hmmm, tak banyak dapat abam ceritakan mengenai dua aplikasi ini kerana abam amatlah jarang membuka keduanya.
Untuk pembangun pula, Ubuntu 24.04 LTS menyediakan pelbagai alat pembangunan terkini. Sokongan bahasa pengaturcaraan dan rangka kerja popular sudah pun dipertingkatkan, menyebabkan ia sesuai dijadikan sebagai platform ideal untuk pembangunan perisian. Tapi cakap banyak tak guna, kalau anda sendiri tidak mencuba. Cubalah, bukan kena bayar pun.
Pengurusan Pakej dan Pembaharuan Sistem
Sistem pengurusan pakej APT telah dioptimumkan untuk kelajuan dan kecekapan yang lebih baik. Proses pembaharuan sistem kini lebih lancar dan kurang mengganggu, dengan pilihan untuk menjalankan pembaharuan latar belakang tanpa memerlukan boot (ejaan bahasa Melayunya ‘but’ ke?) semula dalam kebanyakan kes.
Snap, sistem pengedaran perisian universal dari Canonical, terus diintegrasikan dengan lebih mendalam. Ini membolehkan pemasangan dan pengemaskinian aplikasi lebih mudah dan selamat, terutamanya untuk perisian pihak ketiga.
Itu, kalau menurut pihak Canonical-lah. Abam no comment bab ini, sebab pada kebanyakan masa untuk para pengguna kebanyakan, mereka tidak terlalu fikirkan hal ‘Snap vs Flatpak‘. Apa yang paling penting, the operating system works, bruh. Kadang-kala abam terfikir akibat terlalu banyak perbahasan mengenai dua hal – Snap dan Flatpak, pembangunan dan populariti Ubuntu menjadi terencat. Masing-masing hendak menunjuk dialah yang TERPALING LINUX. Pffffttt.
Sokongan Perkakasan dan Pemacu
Ubuntu 24.04 LTS menawarkan sokongan lebih menyeluruh untuk pelbagai jenis perkakasan. Pemancu grafik terkini untuk AMD dan NVIDIA telah disertakan, memastikan prestasi optimum bagi tugas-tugas intensif grafik seperti permainan dan rendering 3D.
Sokongan peranti input seperti pen tablet dan skrin sentuh telah dipertingkatkan, lalu membuat Ubuntu pilihan menarik para artis digital dan pengguna peranti hibrid.
Abam pasangkan di laptop lama sahaja. Cerita sembang-gegar sokong itu ini pun bukannya beri kesan apa-apa kepada abam. Anda sendirilah menjadi penilainya, ya?
Pengoptimuman Bateri dan Pengurusan Kuasa
Bagi pengguna komputer riba, Ubuntu 24.04 LTS membawa peningkatan ketara dalam pengurusan kuasa. Algoritma pengoptimuman bateri lebih pintar membantu memanjangkan hayat bateri, manakala mod jimat kuasa yang dipertingkatkan membolehkan pengguna menyesuaikan penggunaan tenaga mengikut keperluan masing-masing.
Diulangi, abam pakai di laptop lama.
Jadi, bab bateri ni, tak boleh nak ulas secara adil sangatlah. Cuma, antara Windows 11 dan Ubuntu 24.04, Ubuntu nampaknya lebih lama sedikit jangka hayat baterinya. Signifikankah? Entahlah. Mungkin perkataan paling sesuai – ‘kira bolehlah!’.
Integrasi Perkhidmatan Awan
Setakat ini abam paling banyak menggunakan aplikasi Photos oleh Google, Drive, dan OneDrive oleh Microsoft. Integrasi? Pun sama juga perkataannya – kira bolehlah. Lebih baik ada daripada tiada.
Kesimpulan
Ubuntu 24.04 LTS merupakan langkah besar ke hadapan dalam evolusi sistem operasi sumber terbuka ini. Dengan gabungan prestasi dipertingkatkan, ciri-ciri keselamatan diperkukuh, dan pengalaman pengguna yang diperhalusi, ia menawarkan alternatif menarik kepada sistem operasi proprietari.
Sama ada anda seorang pengguna di rumah, profesional kreatif, pembangun perisian, atau pentadbir sistem enterprise, Ubuntu 24.04 LTS menyediakan platform yang stabil, selamat, dan berkuasa untuk memenuhi keperluan pengkomputeran anda. Dengan sokongan jangka panjang selama 5 tahun, ia merupakan pilihan paling sesuai untuk mereka yang mencari sistem operasi boleh dipercayai serta berdaya tahan bagi tahun-tahun akan datang.
Walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam beberapa aspek, seperti keserasian dengan perisian tertentu yang masih mengutamakan platform Windows, Ubuntu 24.04 LTS secara keseluruhan merupakan peningkatan ketara berbanding versi sebelumnya. Ia mencerminkan komitmen berterusan komuniti sumber terbuka dalam menyediakan alternatif berdaya saing dan berkualiti tinggi dalam dunia sistem operasi.
Apa pun, abam amat berharap suatu hari nanti kesemua jabatan kerajaan boleh mula mencuba Ubuntu secara perlahan-lahan. Betul, tidak mungkin ia dapat diserapkan ‘sederap’, atau dalam satu malam. Tetapi sesuatu yang diterap secara perlahan-lahan lama-kelamaan ia akan meresap jua. Betul?
Doakan semoga kita semua akan menjadi individu mahir Linux dalam menuju Wawasan 2030 (Ehh, sudah tukar ka? – Sathiya sebagai Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu).
Kebiasaannya abam akan sunting video menggunakan aplikasi Openshot atau Davinci Resolve. Tapi untuk anda yang dah biasa gunakan Filmora dan inginkan sesuatu yang lebih kurang sama mudahnya seperti aplikasi itu, VideoProc Vlogger merupakan jawapannya.
Dalam era digital yang semakin berkembang ini, kemahiran menyunting video telah menjadi satu keperluan bagi kebanyakan pembuat kandungan, vlogger, dan pemasar digital. Dengan pelbagai pilihan perisian penyuntingan video di pasaran, VideoProc Vlogger muncul sebagai salah satu pilihan yang menarik untuk dipertimbangkan. Mari kita terokai ciri-ciri, kelebihan, dan kekurangan aplikasi ini dalam ulasan terperinci ini.
Pengenalan kepada VideoProc Vlogger
VideoProc Vlogger adalah aplikasi penyuntingan video yang dibangunkan oleh Digiarty Software, Inc. Ia direka khas untuk memenuhi keperluan vlogger, pembuat kandungan YouTube, dan pengguna biasa yang ingin menghasilkan video berkualiti tinggi dengan mudah. Aplikasi ini menawarkan gabungan antara kemudahan penggunaan dan ciri-ciri lanjutan, menjadikannya sesuai untuk pengguna pemula dan pakar.
Terus terang cakap, abam sendiri pun bukannya pandai sangat buat video editing. Secara jujurnya masih lagi terus-menerus belajar untuk menambah baik kemahiran ini. Tetapi aplikasi VideoProc Vlogger amatlah ‘user friendly‘. Tak perlu menjadi seorang genius pun dah boleh gunakan ia dengan mudah sekali.
Antara Muka Pengguna dan Kebolehgunaan
Salah satu kelebihan utama VideoProc Vlogger adalah antara muka penggunanya yang mesra pengguna. Apabila anda membuka aplikasi ini, anda akan disambut dengan susun atur yang bersih dan mudah difahami. Panel-panel utama seperti penyunting garis masa, pratonton video, dan pilihan alat disusun dengan baik, memudahkan pengguna untuk mengemudi dan mengakses fungsi-fungsi yang diperlukan.
Antara muka yang intuitif ini menjadikan VideoProc Vlogger sangat sesuai untuk pemula yang baru mula meneroka dunia penyuntingan video. Pada masa yang sama, pengguna berpengalaman akan menghargai kemudahan akses kepada ciri-ciri lanjutan tanpa perlu mengorbankan kecekapan aliran kerja.
Cuba lihat kepada paparan tangkap layar yang abam ambil dari aplikasi ini, ditangkap layar dari laptop murahan ThinkPad hutang. Isk.. isk.. (ada sesiapa nak sponsor laptop elok sikit tak? Huhuhu).
Ciri-ciri Penyuntingan Asas dan Lanjutan
VideoProc Vlogger dilengkapi dengan pelbagai alat penyuntingan yang komprehensif. Untuk penyuntingan asas, pengguna boleh dengan mudah memotong, menggabungkan, dan menyusun semula klip video.
Fungsi pemangkasan dan pemisahan yang tepat membolehkan anda menghaluskan video anda dengan mudah. Bagi mereka yang ingin menghasilkan kandungan lebih canggih, VideoProc Vlogger menawarkan pelbagai ciri lanjutan. Ini termasuk:
Penyuntingan berbilang trek: Membolehkan anda menyusun lapisan video, audio, dan teks dengan mudah.
Pelarasan warna: Alat pewarnaan yang mendalam untuk menyesuaikan kecerahan, kontras, kepekatan, dan banyak lagi.
Kesan khas: Pelbagai pilihan kesan visual dan peralihan untuk menambah daya tarikan kepada video anda.
Penyuntingan audio: Alat untuk meningkatkan kualiti audio, menambah muzik latar, dan mengawal tahap bunyi.
Penstabilan video: Fungsi untuk mengurangkan goncangan kamera dan menghasilkan rakaman yang lebih lancar.
Pembetulan kanta: Alat untuk membetulkan herotan kanta yang biasa berlaku dalam rakaman sudut lebar.
Memang banyak sungguh kesan (effects) yang diberikan.
Prestasi dan Kelajuan Pemprosesan
Satu aspek yang menonjol bagi VideoProc Vlogger adalah kecekapan pemprosesan videonya. Aplikasi ini menggunakan teknologi pemecut perkakasan yang membolehkannya memanfaatkan sepenuhnya keupayaan GPU komputer anda. Hasilnya, proses penyuntingan dan pengeksportan video menjadi lebih pantas berbanding dengan beberapa perisian pesaing.
Kelebihan ini sangat berguna terutamanya apabila bekerja dengan fail video resolusi tinggi atau projek yang kompleks. Pengguna boleh menikmati aliran kerja yang lancar tanpa lag atau kelembapan yang ketara, walaupun pada komputer dengan spesifikasi sederhana.
NAMUN…
Jika anda menggunakan laptop berspesifikasi ‘biasa’ bersama GPU bersepadu (integrated GPU) seperti abam sendiri, maka anda tidaklah boleh merungut seandainya waktu untuk render video terutamanya dengan resolusi 4K mengambil masa yang agak lama.
Abam siap sempat pergi mandi, mandikan kucing jiran, main lempar cakera dekat padang taman sebelah, kemudian bila balik barulah siap video tersebut. Jadi, sokonglah saluran YouTube kami ya. Bukan senang nak buat video dengan kelengkapan apa yang ada pada kami ni!
Sokongan Format dan Keserasian
VideoProc Vlogger menawarkan sokongan yang meluas untuk pelbagai format video, audio, dan imej. Ia boleh mengendalikan format popular seperti MP4, AVI, MOV, MKV, dan banyak lagi. Keupayaan ini membolehkan pengguna mengimport dan mengedit fail dari pelbagai sumber tanpa perlu menukar format terlebih dahulu.
Selain itu, aplikasi ini juga menyokong pelbagai resolusi video, termasuk 4K dan bahkan 8K. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk pembuat kandungan yang ingin menghasilkan video berkualiti tinggi untuk platform seperti YouTube atau Vimeo.
Alat Kreatif dan Templat
Untuk membantu pengguna menghasilkan kandungan yang menarik, VideoProc Vlogger menyediakan pelbagai alat kreatif dan templat. Ini termasuklah kesemua ciri berikut:
Koleksi tajuk dan sarikata: Pelbagai gaya teks yang boleh disesuaikan untuk menambah dimensi kepada video anda.
Templat pembukaan dan penutup: Pilihan reka bentuk profesional untuk memulakan dan mengakhiri video anda dengan gaya.
Pelekat (sticker) dan elemen grafik: Pilihan pelbagai elemen visual untuk menghiasi video anda.
Kesan green screen: Alat chroma key untuk menggantikan latar belakang hijau dengan imej atau video pilihan anda.
Pembetulan lensa fisheye: Fungsi untuk membetulkan herotan yang disebabkan oleh lensa fisheye, sering digunakan dalam kamera aksi.
Templat dan alat ini sangat membantu terutamanya bagi pembuat kandungan yang ingin menjimatkan masa atau mereka yang mungkin kekurangan kemahiran reka bentuk grafik.
Pembelajaran dan Sokongan
Bagi pengguna baru, VideoProc Vlogger menyediakan pelbagai sumber pembelajaran. Ini termasuk tutorial dalam aplikasi, panduan pengguna yang terperinci, dan video panduan di laman web rasmi mereka. Sumber-sumber ini membantu pengguna untuk membiasakan diri dengan ciri-ciri aplikasi dan teknik penyuntingan video dengan cepat.
Selain itu, syarikat ini menawarkan sokongan pelanggan melalui e-mel dan forum dalam talian. Walau bagaimanapun, berbanding dengan beberapa pesaing yang lebih besar, sokongan secara langsung mungkin agak terhad.
Antara contoh tutorial atau video pembelajaran yang dikongsikan oleh pihak pembangun dalam emel.
Kekurangan dan Ruang untuk Penambahbaikan
Walaupun VideoProc Vlogger mempunyai banyak kelebihan, terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik iaitu:
Pilihan kesan dan peralihan: Walaupun mencukupi untuk kebanyakan keperluan, pilihan kesan khas dan peralihan mungkin tidak seluas yang ditawarkan oleh beberapa perisian pesaing yang lebih mantap.
Alat kolaborasi: Aplikasi ini kekurangan ciri-ciri kolaborasi dalam talian yang mungkin penting bagi pasukan yang bekerja pada projek video bersama.
Integrasi media sosial: Walaupun anda boleh mengeksport video dalam format yang sesuai untuk media sosial, integrasi langsung dengan platform seperti YouTube atau Facebook masih boleh ditambah baik.
Perpustakaan aset: Koleksi aset bawaan seperti muzik bebas royalti atau stok video mungkin boleh diperluaskan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Konklusi Hasil Penggunaan Abam Selama Beberapa Bulan
Secara keseluruhan, VideoProc Vlogger adalah alat penyuntingan video yang sangat berdaya saing, terutamanya bagi vlogger dan pembuat kandungan yang mencari keseimbangan antara kemudahan penggunaan dan ciri-ciri lanjutan. Kekuatan utamanya terletak pada antara muka yang mesra pengguna, prestasi yang pantas, dan set ciri-ciri yang komprehensif.
Aplikasi ini sangat sesuai untuk pengguna yang ingin menghasilkan video berkualiti tinggi tanpa kerumitan perisian penyuntingan profesional yang lebih kompleks. Ia menawarkan aliran kerja yang cekap dan hasil yang memuaskan, menjadikannya pilihan yang baik untuk pelbagai projek video, dari vlog peribadi hingga ke kandungan pemasaran digital.
Walaupun terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik, kelebihan VideoProc Vlogger melebihi kekurangannya. Ia menawarkan nilai yang baik untuk wang anda, terutamanya bagi mereka yang mencari penyelesaian penyuntingan video yang boleh dipercayai dan mesra pengguna.
Sama ada anda seorang pemula yang baru menceburi dunia penyuntingan video atau seorang pembuat kandungan berpengalaman yang mencari alat yang lebih mudah digunakan, VideoProc Vlogger patut dipertimbangkan. Dengan gabungan kecekapan, kebolehgunaan, dan ciri-ciri yang berkuasa, ia merupakan tambahan yang berharga kepada alat mana-mana pembuat kandungan digital.
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2024 – Memperkenalkan realme C61, tambahan terbaru kepada barisan siri C daripada realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia. Berharga RM499 dengan 18GB RAM dinamik dan 128GB ROM, keluaran ini menetapkan penanda aras baharu dalam ketahanan dan prestasi dalam segmen harganya. realme Malaysia dengan bangganya menawarkan waranti selama 730 hari (atau 2 tahun) yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk pengguna realme. Tawaran ini menandakan kali pertama telefon pintar datang dengan jaminan lanjutan sedemikian, menetapkan piawaian industri yang baharu.
Menyedari kos pembaikan yang tinggi untuk isu seperti skrin retak atau kamera rosak, waranti 730 hari realme C61 menyediakan perlindungan menyeluruh, memastikan jaminan untuk tahun-tahun akan datang. Dengan teknologi canggih dan rekaan yang tahan lama, realme C61 memberikan pengalaman multitugas yang lancar sambil menampilkan reka bentuk yang bergaya dan berfungsi. Tersedia di seluruh negara, dapatkan telefon pintar realme C61 di kedai berdekatan dengan anda.
Reka Bentuk Yang Lebih ‘Tahan Lasak’ daripada Yang Lain
realme C61 direka untuk persekitaran yang lasak dengan lapan peningkatan struktur utama untuk penyerapan hentakan yang boleh dipercayai. Selain itu, realme menyediakan 730 hari waranti dan penggantian 1-ke-1 untuk telefon siri ini. realme C61 juga direka dengan elemen piawaian IP54 yang diperakui, memberikan perlindungan daripada habuk dan percikan air. Reka bentuk ini menjadikannya ideal untuk kegunaan harian dalam persekitaran anda, memastikan kebolehpercayaan dalam menghadapi cabaran harian dan memberikan rasa selamat dalam apa jua keadaan.
Hayat Bateri yang Tahan Lama dan Storan Besar
realme menetapkan piawaian baharu untuk bateri dalam segmen ini. Dengan jaminan kesihatan bateri selama 4 tahun, realme C61 memastikan prestasi bateri yang tahan lama. Ini mencerminkan keyakinan realme terhadap bateri C61, yang menjanjikan untuk mengekalkan kapasiti bateri walaupun selepas empat tahun penggunaan normal, serta memberikan prestasi yang boleh dipercayai dengan satu pengecasan yang mampu bertahan sehingga dua hari. realme C61 juga mentakrifkan semula prestasi dengan sehingga 18GB RAM Dinamik, dikuasakan oleh teknologi inovatif DRE (Dynamic RAM Expansion) realme. DRE yang diaktifkan membolehkan akses dan penukaran aplikasi yang lancar, dengan peranti menyokong sehingga 18 aplikasi berjalan di latar belakang, mengatasi pesaing untuk tugas berbilang yang lancar tanpa memuatkan semula aplikasi secara berterusan.
Paparan 90Hz untuk Keselesaan Mata dan Cipset Octa-Core yang Berprestasi
realme C61 memaparkan skrin 6.74 inci dengan kadar penyegaran sehingga 90Hz, menawarkan pengalaman visual yang menarik. Menampilkan reka bentuk yang serupa dengan iPhone, dengan ketebalan 7.84mm, realme C61 telah menjadi salah satu telefon pintar paling tipis dalam segmennya. Dari segi prestasi, realme C61 dilengkapi dengan cipset Octa-Core yang mempunyai dua teras A75 berprestasi tinggi dan enam teras A55, kesemuanya beroperasi pada 1.8GHz. Ini menunjukkan keupayaan realme C61 untuk mengendalikan pelbagai aplikasi latar tanpa sebarang kelembapan. Di luar perkakasan, realme C61 menampilkan ciri-ciri seperti telefon pintar segmen andalan (flagship), termasuk Fluency Guarantee selama 48 bulan, Gerak Isyarat Angin (Air Gesture), Rainwater Smart Touch, Butang Dinamik, AI Boost Engine, Face ID, dan Fingerprint Unlock.
Sila rujuk di bawah untuk ketersediaan pembelian realme C61:
Peranti
RRP
Platform
realme C61
(Sinaran Emas, Hijau Tua)
RM499 (6GB+128GB)
Kedai rasmi realme, Pengedar sah realme, Shopee, Lazada dan TikTok Shop
*Penggantian tertakluk kepada keputusan pemeriksaan pusat servis realme Malaysia.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2024 – Rakyat Malaysia kini boleh menikmati hiburan rumah termaju dengan pelancaran barisan TV pintar yang baharu daripada jenama peralatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG): LG OLED evo AI TV, LG QNED Mini-LED AI TV, dan LG QNED AI TV. Menampilkan teknologi AI yang canggih, TV OLED dan QNED ini direka untuk mentakrifkan semula pengalaman tontonan anda dengan visual yang lebih mantap dengan ciri-ciri yang diperibadikan.
Untuk tahun ke-11 berturut-turut, LG terus mendominasi pasaran global OLED, dan TV terbaharunya yang terintegrasi dengan teknologi kecerdasan buatan AI tidak terkecuali. TV OLED dan QNED terbaharu LG dilengkapi dengan Pemproses AI α11 4K dan Pemproses AI α8 4K. Penambahbaikan ketara ini meningkatkan kualiti gambar, audio, dan kelajuan pemprosesan. Pemproses AI α11 menyediakan pengguna TV OLED dengan peningkatan 70 peratus dalam prestasi grafik dan peningkatan 30 peratus dalam kelajuan pemprosesan. Sementara itu, Pemproses AI α8 TV QNED memberikan peningkatan 1.3 kali ganda dalam prestasi AI, peningkatan 2.3 kali ganda dalam prestasi grafik dan kelajuan pemprosesan 1.6 kali lebih pantas.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, menyatakan keyakinannya dalam membawa teknologi terkini ini ke rumah pelanggan, menetapkan paiwai baru untuk kemampuan televisyen.
“Barisan TV terbaharu kami mewakili lonjakan ketara dalam teknologi hiburan rumah. Dengan mengintegrasikan keupayaan AI, kami menawarkan pengalaman menonton yang bukan sahaja lebih pintar malahan lebih peribadi dan lebih mengasyikkan. Di LG, kami komited untuk memastikan ‘Life’s Good’ untuk pelanggan kami, dan barisan produk yang dikeluarkan tahun ini adalah bukti dedikasi kami terhadap inovasi berterusan untuk kehidupan yang lebih baik,” kata Justin.
Kemuncak pelancaran ini ialah pengenalan LG OLED evo AI TV G4 terbesar di dunia bersaiz 97 inci. Tingkatkan pengalaman menonton yang tiada tandingannya dengan televisyen perintis ini yang menggabungkan teknologi OLED evo yang menakjubkan dengan keupayaan AI termaju, memberikan visual yang menakjubkan dan ciri pintar yang menyesuaikan diri dengan pilihan tontonan anda. Skrin 97inci yang luas memastikan setiap perincian dihidupkan dengan kejelasan yang luar biasa dan warna-warna terang, meningkatkan hiburan rumah anda ke tahap yang lebih tinggi.
Barisan TV LG Yang Dipertingkatkan Dengan AI
1 daripada 5
LG OLED evo AI G4 terbaru tersedia dalam saiz terbesar di dunia pada 97 inci, menampilkan Pemproses AI α11.
Alami kualiti gambar dan bunyi yang luar biasa dengan LG QNED Mini-LED AI TV, dikuasakan oleh Pemproses AI α8, yang secara automatik mengoptimumkan kedua-dua tetapan audio dan visual.
LG OLED evo AI G4.
LG QNED Mini-LED AI TV.
LG QNED AI TV.
TV AI LG terkini memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti berikut:
AI Picture Pro untuk kualiti imej yang tiada tandingan – AI Super Scaling dan AI Director Processing membezakan dan memperkayakan objek dan latar belakang untuk kualiti imej yang unggul.
AI Sound Pro untuk audio yang mantap – AI Surround Sound, AI Voice Remastering, dan AI Clear Sound mempertingkatkan vokal untuk kejelasan yang lebih tinggi sambil memanfaatkan sistem bunyi sekeliling maya 11.1.2 yang terbina dalam TV untuk audio yang lebih kaya.
Penyesuaian AI untuk pemperibadian yang mudah – Nikmati ciri AI Picture Wizard, AI Acoustic Tuning, dan AI Brightness Control yang akan menganalisis persekitaran tontonan pengguna untuk memperhalusi imej dan audio berdasarkan pilihan pengguna secara automatik.
Versi webOS terkini untuk pengalaman yang dipertingkatkan – Nikmati navigasi yang mudah dan pengesyoran kandungan dengan sistem sistem webOS 24 yang dipertingkatkan dengan teknologi AI. Kekal dikemas kini dengan ciri terbaharu dengan webOS Re: New Program yang menawarkan kemas kini tahunan selama lima tahun bermula pada 2024.
TV 144Hz G-SYNC Pertama di Dunia – LG OLED G4 dan siri C4 dilengkapi dengan kadar penyegaran 4K 144Hz dan ciri HDMI 2.1 yang komprehensif, Barisan TV ini menampilkan Game Optimiser untuk menukar antara pratetap paparan dengan mudah yang juga serasi dengan teknologi AMD FreeSync dan NVIDIA G-SYNC®
TV OLED dan QNED LG tersedia dalam pelbagai saiz, pada harga:
Siri
Model
TV Inci
MSRP (RM)
LG OLED evo AI
G4
97”
182,999
77”
36,499
65”
19,599
C4
83”
36,499
77”
32,599
65”
16,999
55”
10,399
48”
6,499
LG OLED AI
B4
65”
12,399
55”
9,099
LG QNED
LG QNED91 Mini-LED AI TV
86”
22,199
65”
10,399
LG QNED89 AI TV
98”
36,499
LG QNED86 AI TV
86”
16,199
75”
10,399
65”
7,459
55”
5,869
Pada musim sukan Olimpik, tingkatkan pengalaman anda dalam salah satu acara sukan yang paling dinantikan dan rayakan semangat kecemerlangan dengan “Let’s Gold Promotion 2024” dari LG, yang sedang berlangsung sehingga Ahad, 11 Ogos 2024. Promosi istimewa ini menawarkan peluang luar biasa kepada pelanggan untuk meningkatkan pengalaman hiburan mereka dengan model TV OLED terkini dari LG. Sepanjang tempoh promosi, pelanggan boleh menikmati sehingga RM2,500 kredit e-dompet TNG dan menerima jaminan tambahan percuma selama 1 tahun untuk model LG OLED TV terpilih. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menaik taraf sistem hiburan rumah anda dan alami kualiti gambar yang tiada tandingan serta ciri-ciri inovatif yang hanya LG boleh berikan.
Untuk maklumat lanjut tentang LG dan TV OLED LG, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita, and promosi terkini.
KUALA LUMPUR, Malaysia, Ogos, 2024 – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Xiaomi Malaysia akan mengadakan Pertandingan Fotografi Mudah Alih. Dengan tema ‘Jiwa Merdeka’, ia sejajar tema rasmi negara untuk ‘Hari Kebangsaan’ dan ‘Hari Merdeka’ tahun ini. Xiaomi Malaysia mengalu-alukan penyertaan semua rakyat Malaysia untuk berkongsi gambar yang diambil menggunakan telefon pintar bersamaan maksud ‘Jiwa Merdeka’ kepada mereka.
Jadilah Bintang Imej Xiaomi dengan menyertai Pertandingan Fotografi Mudah Alih Merdeka Xiaomi. Para peserta boleh menyertai pertandingan ini dengan mengambil dan menghantar gambar interpretasi paling kreatif mereka tentang tema tersebut, yang diambil menggunakan telefon pintar. Penyerahan penyertaan sedang berlangsung sekarang sehingga 14 Ogos 2024.
Cara untuk menyertai:
Ambil gambar menggunakan telefon pintar anda dengan interpretasi paling kreatif tentang ‘Jiwa Merdeka’.
Kongsikan perenggan ringkas untuk menerangkan kisah di sebalik gambar anda.
Peserta boleh menghantar sehingga 9 penyertaan. Semua penyertaan mesti dihantar sebelum 11.59 malam pada 14 Ogos 2024.
Gambar boleh diambil menggunakan MANA-MANA jenama telefon pintar.
Pertandingan terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia.
Pemenang terpilih pertandingan ini berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk:
Sebuah Telefon Pintar Xiaomi Baharu;
Peluang untuk gambar dipaparkan di papan iklan; dan
Jemputan eksklusif ke Acara Xiaomi.
Pemenang beserta gambar terpilih mereka akan diumumkan di laman Facebook Xiaomi Malaysia pada 16 Ogos 2024.
Tentang Xiaomi Corporation:
Xiaomi Corporation ditubuhkan pada April 2010 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 9 Julai 2018 (1810.HK). Xiaomi adalah syarikat elektronik pengguna dan pembuatan pintar dengan telefon pintar dan perkakasan pintar yang dihubungkan melalui platform IoT sebagai teras.
Menghayati visi kami “Menjadi rakan kepada pengguna dan menjadi syarikat paling hebat di hati pengguna”, Xiaomi sentiasa mengejar inovasi, pengalaman pengguna berkualiti tinggi dan kecekapan operasi. Syarikat ini tanpa henti membina produk yang menakjubkan dengan harga berpatutan untuk membolehkan semua orang di dunia menikmati kehidupan yang lebih baik melalui teknologi inovatif.
Xiaomi adalah salah satu syarikat telefon pintar terkemuka dunia, dengan penghantaran telefon pintar globalnya berada dalam kedudukan tiga teratas dan MAU global (termasuk telefon pintar dan tablet) mencapai 641.2 juta pada Disember 2023.
Syarikat ini juga telah mewujudkan platform AIoT (AI+IoT) pengguna terkemuka dunia, mencapai kira-kira 739.7 juta peranti pintar yang disambungkan ke platformnya (tidak termasuk telefon pintar, komputer riba dan tablet) setakat 31 Disember 2023.
Pada Oktober 2023, Xiaomi menaik taraf strateginya kepada ekosistem pintar “Manusia × Kereta × Rumah”, menggabungkan peranti peribadi, produk rumah pintar, dan kereta dengan lancar. Xiaomi sentiasa berpusatkan kemanusiaan dan komited untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik dan menyeluruh.
Produk Xiaomi telah berada di lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. Pada Ogos 2023, Xiaomi disenaraikan dalam senarai Fortune Global 500 untuk tahun kelima berturut-turut, menduduki tempat ke-360.
Xiaomi adalah komponen Indeks Hang Seng, Indeks Hang Seng China Enterprises, Indeks Hang Seng TECH dan Indeks Hang Seng China 50.
Garmin Forerunner 165 merupakan jam sukan pintar terbaharu yang direka khusus untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan lasak. Dibekalkan dengan pelbagai ciri menarik dan prestasinya yang mantap, jam ini memberikan pengalaman pengguna yang hebat kepada penggemar sukan.
Forerunner 165 mempunyai reka bentuk padat dan ringkas yang selesa untuk dipakai sepanjang hari. Badannya diperbuat daripada polimer fiber kaca yang ringan tetapi tahan lasak. Bobinnya dari bahan silikon lentur yang memberikan kemasan selesa walaupun semasa aktiviti lasak. Skrin Garmin Chroma Display bersaiz 1.3 inci memaparkan maklumat dengan jelas dalam pelbagai cahaya. Jam ini tahan air hingga 50 meter untuk aktiviti seperti berenang.
Pengesanan GPS dan Aktiviti Tepat
Ciri utama Forerunner 165 adalah kemampuannya untuk mengesan aktiviti dengan tepat menggunakan GPS dan sensor terbenam. Ia mempunyai penerima GPS GLONASS yang menghasilkan pengesanan lokasi tepat untuk perakaman jarak, halaju dan laluan perjalanan. Sensor termasuk monitor denyut jantung Elevate, altimeter barometrik, kompas dan penganalisis langkah untuk pengukuran metrik latihan yang terperinci.
Pemantauan Kesihatan dan Keberkesanan
Jam pintar ini bukan sahaja merakam aktiviti anda, tetapi juga bertindak sebagai pemantau kesihatan yang komprehensif. Ia menyediakan analisis keadaan tidur, tahap aktiviti seharian, tahap keberkesanan kebolehan berlari, pemantauan denyut jantung sepanjang masa dan pengukur pengambilan oksigen maksimum. Anda dapat memantau kesihatan dan kecergasan dengan lebih teliti untuk peningkatan gaya hidup sihat.
Sambungan Pintar dan Aplikasi Connect IQ
Forerunner 165 boleh disambungkan ke telefon pintar anda untuk menerima pemberitahuan pintar seperti panggilan, mesej teks dan aplikasi media sosial. Anda juga boleh mengakses dan memuat naik data aktiviti ke akaun Garmin Connect melalui aplikasi Connect. Selain itu, terdapat banyak aplikasi Connect IQ percuma lain boleh dimuat turun untuk menambah fungsi jam ini.
Ciri Sukan dan Latihan Khusus
Jam ini mempunyai profil aktiviti prakhas untuk pelbagai sukan seperti larian, berbasikal gunung, renang terbuka, kayak, mendaki gunung dan banyak lagi. Terdapat jadual dan program latihan tersedia, selain fungsi Auto Run untuk mengesan bermulanya latihan secara automatik. Terdapat ciri-ciri seperti Program Berlari Adaptif dan PacePro untuk membantu anda mencapai sasaran latihan.
Visualisasi Data dan Analisis Latihan
Data aktiviti anda dipaparkan dalam bentuk peta dan grafikyang menarik pada jam dan aplikasi Connect. Anda dapat melihat prestasi dan kemajuan dengan lebih jelas. Analisis latihan seperti Keupayaan Berlari, Status Pulih Semula dan Beban Latihan disediakan untuk pemantauan lebih mendalam dan penilaian latihan yang lebih baik.
Jangka Hayat Bateri Tahan Lama
Garmin Forerunner 165 dilengkapi bateri lithium-ion 245mAh berkuasa tinggi. Dalam penggunaan biasa, ia memberikan jangka hayat bateri yang lama iaitu kira-kira 11 hari selepas caj penuh. Dalam mod GPS penuh, ia masih mampu bertahan sehingga 20 jam.
Kesimpulannya, Garmin Forerunner 165 merupakan jam sukan pintar yang hebat dengan pelbagai ciri canggih dan prestasi cemerlang. Ia bukan sahaja mengesan aktiviti anda dengan tepat tetapi memberikan analisis latihan mendalam serta pemantauan kesihatan yang komprehensif. Reka bentuknya pula selesa dan tahan lasak untuk dijadikan jam seharian. Inilah jam sukan pintar idaman untuk mereka yang mencari-cari pendamping latihan yang kompeten.