Utama Blog Laman 200

Cicak Man 3 : Sebuah Filem Yang Epik, Dengan Kegagalan

0

Pada mulanya saya enggan lagi untuk menulis tentang filem ini. Ianya sudah lama berlalu. Ia juga sudah lama mengutip hasil yang berjuta-juta. Errr.. ye ke? Walaupun tidak kedengaran lagi seperti filem-filem sebelumnya (Cicak Man, Cicak Man 2) yang berjaya dengan kutipan jutaan Ringgit, saya yakin filem ini tidak kurang hebat kutipannya.

Namun, bukan berkenaan hasil kutipan yang ingin saya kupaskan. Tetapi ia adalah berkenaan dengan pengarah-pengarah filem berstatus jutawan, yang mengarah filem berstatus syok sendiri. Biarpun ia telah ditayangkan beberapa minggu sebelum, tetapi apabila melihat ia ditayang semula melalui Astro First, ia menyebabkan saya terpanggil jua untuk menulis.

Oh, ia adalah hakikat, jadi mohon terima dengan penuh lapang dada. Ia adalah sebuah filem gagal, dari setiap sudut.

Cicak Man 3 dikatakan ‘lebih dekat dengan realiti’. Jadi apa yang mereka lakukan untuk membuktikan ia? Mereka tukar kostumnya. Lihat saja perbezaan kostum yang digunakan oleh Saiful Apek (atau stunt double beliau). Lihat pula pada kostum yang dipakai oleh Zizan Razak. Hmmm.. realitinya kostum yang digunapakai oleh Zizan kelihatan sangat… murah, dan mungkin pada tafsiran pengarah, ‘murah itu lebih dekat dengan realiti’.

Saya tidak pasti apakah bentuk realiti yang cuba ditonjolkan sebenarnya dalam filem ini. Semuanya tampak samar-samar belaka. Khususnya untuk reka bentuk ‘Super Bro’ yang nampak terlalu bodoh dan tidak matang. Meskipun filem ini bergenre superhero komedi, tetapi watak jahat tidak semestinya perlu nampak sebegitu rupa. Dengan kemasan kepala yang terlalu besar, terdapat butang On/Off di tengah dada. selain bentuk fizikal yang nampak terlalu tidak kena pada tempatnya.

Mungkin pengarah hendak tonjolkan ‘realiti’ itu adalah dalam bentuk jalan cerita kehidupan, namun mereka terlupa tidak ada apa yang salahnya dengan jalan cerita Cicak Man dan Cicak Man 2, walaupun ia agak cliche akan bagaimana Hairi mendapatkan kuasa luar biasanya, iaitu melalui seekor cicak yang telah dilakukan eksperiman terhadapnya, di dalam sebuah makmal. Hmmm, lebih kurang macam SpiderMan.

Sebut tentang cliche, babak-babak pertempuran antara Cicak Man dengan kumpulan Belalang Kunyit (betul kot) disebabkan mereka mengganggu seorang wanita adalah babak yang sudah terlalu kerap digunakan dalam filem-filem. Tak boleh fikirkan babak yang lain ke macam mana? Kalau geng yang jahat, mesti kacau perempuan, kemudian mesti datang superhero untuk selamatkan, gitu..
Itu belum sebut mengenai Super Bro yang entah-hapa-hapa-entah. Dari awal lagi saya sudah dapat mengagak siapakah dalang disebalik kostum tersebut, dan ini ialah kegagalan yang paling nyata. 

Beralih kepada CGI/animasi, sebenarnya inilah ‘selling point’ untuk filem ini, selain genre komedi yang sepertimana kita semua sedia maklum, sangat digemari oleh sekalian rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, ‘selling point’ ini juga salah satu perkara yang paling gagal, kerana boleh dikatakan semua CGI dalam filem ini tampak seperti ‘tak siap’. Tengok babak penampilan Mahkamah Metrofulus cukuplah. Waktu pertama kali melihatnya, perkara yang terlintas dalam fikiran ialah “Adakah aku sedang menonton filem animasi Keluang Man?”.

Tidak, kita semua sepatutnya memang tidak boleh nak berbangga dengan hasil akhir filem ini oleh kerana CGI-nya. Ia menjadi bahan ketawa orang luar negara, dan ia sememangnya dinanti untuk diketawakan sejak keluarnya filem Vikingdom lagi. Apabila Vikingdom keluar, ia dikatakan sebagai ‘rip-off’ filem Thor yang paling teruk pernah diarahkan.

KRU sebenarnya berharap Cicak Man 3 boleh jadi seperti filem Adnan Sempit. Adnan Sempit adalah filem yang berjaya kerana pada waktu itu eksperimen Ahmad Idham dengan menyuntik elemen komedi rempit yang ternyata lebih dekat dengan realiti masyarakat marhaen telah pun berjaya menambat hati penonton untuk datang ke panggung wayang.

Adnan Sempit adalah sebuah eksperimen aksi komedi, manakala Cicak Man 3 juga dalam genre yang sama, namun dengan suntikan elemen CGI sebagai penambah perisa. Malangnya ia tidak berjaya seperti Adnan Sempit, kerana meskipun Adnan Sempit itu filem santai, ia tidak bersembunyi dalam ‘harapan’ bahawa masyarakat akan datang menonton kerana CGI atau yang seumpama dengannya. Mereka datang kerana ingin dihiburkan. Pada saya Cicak Man 3 pula hanyalah bergantung harap kepada CGI untuk menghiburkan penonton, dan kita tahu CGI bukan ciri paling hebat dalam filem ini.

Hendak ulas mengenai jalan cerita pula? Oh tak perlulah. Satu perkataan sahaja yang sesuai untuknya, iaitu ‘muak’.

Views: 26

Iklan Newspaper Inline

Tower Dwellers : Tower Defense Yang Menawan

0
Ahhh.. anda tahu saya memang dari dulu merupakan kipas-susah-mati permainan bergenre Tower Defense (TD). Sebut saja apa namanya, sudah pasti saya akan cepat-cepat memasangnya untuk dicuba.

Baru-baru ini saya telah cuba dua lagi permainan TD, dan salah satunya ialah Tower Dwellers. Satu lagi biar saya tulis dan sebutkan dalam artikel yang berasingan.

Pada asalnya saya tidak yakin yang permainan ini boleh buat saya duduk berjam-jam bermain dengannya. Ini adalah kerana saya telah pun ‘melekat’ dengan Kingdom Rush Origins sebelum ini, dan berharap jika ada permainan lain yang menggantikan ia, eloklah jika ia lebih baik.

Perkara ini boleh dikatakan benar pada Tower Dwellers. Cuma pada saya ianya agak susah sedikit, walaupun dimainkan pada mode ‘Easy’. Ia tidak seperti Tower Defense yang lainnya, kerana ia agak mirip dengan Kingdom Rush, cuma bezanya adalah dari segi jalan cerita dan watak.

Jika Kingdom Rush memerlukan pemain untuk membina ‘tower’ yang ‘berbentuk’ pemanah, tukang sihir, mahupun askar pertahanan, Tower Dwellers pula bermula dengan watak ‘Farmer’, dan kemudian dinaik taraf kemahirannya berbeza-beza mengikut kepada bangunan sokongan yang anda pilih.

Berikut saya muat naik beberapa paparan skrin permainan Tower Dwellers ini:

Ya, ia memang menarik dan berbaloi sekali untuk dibeli seterusnya dimainkan. Tapi ingin saya ingatkan ianya tidak semudah yang anda sangkakan, walaupun grafiknya tampak seperti ‘kartun biasa’ saja. Paling penting sekali, ia tidak mengandungi sebarang In-App Purchases, dan bermakna anda bergantung sepenuhnya kepada kemahiran anda dalam permainan ini.

Ia berharga RM11.64 dan boleh dibeli secara terus melalui Google Play Store pada pautan di bawah:

—> Tower Dwellers

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OnePlus One Menerima Kemasan Android 5.0.2 Melalui OxygenOS

0
“You should be grateful and thankful because you’re still alive and have a chance to flash OxygenOS!”

Tiba-tiba ada suara bergema di dasar otak kanan saya. Suara itu mengatakan begitu setelah saya membaca berita bahawa OnePlus One telah pun mendapat naik taraf sistem operasi kepada versi Lollipop 5.0.2.

Ada juga suara-suara sumbang yang bersungut. Ahhh, mengapa bukan 5.1? Ahhh, ia sama saja macam custom ROM yang lain, tapi kurang features lah.. dan bermacam-macam lagi rungutan dan sungutan yang saya baca di Facebook serta forum.

Apabila saya juga teringin hendak bersungut, maka suara dari dasar otak kanan itu kembali bergema. Maka mulakan bacaan anda dari atas semula ya. Hahaha..

Jadi apa yang menarik tentang OxygenOS? Dapatkah ia menandingi CyanogenMod 12 (CM12) dari segi ciri-ciri, kepenggunaan dan jumlah bugs yang tinggal? Mari kita lihat apa yang boleh kita teliti dan selidiki.

CM12S vs OxygenOS

Oh ya, jangan salah faham. CM12S masih belum dilepaskan. Cuma apabila diperhatikan ‘pattern’ OxygenOS, ia telah ‘mengambil kembali’ beberapa ciri yang ada pada CM11S seperti gestures, iaitu lakaran jari pada skrin ketika ia sedang tertutup untuk mengaktifkan sesuatu aplikasi.

Jadi apabila CM12S dilepaskan, saya dapat merasakan yang ia juga akan mengekalkan ciri yang sama, disamping menambahbaik ciri yang ada ataupun yang baru. Namun yang selalu menjadi persoalan pengguna, sudah tentulah yang mana satu lebih baik?

Terpulanglah kepada pilihan masing-masing. CyanogenMod masih mempunyai kontrak yang membuatkan mereka perlu memberikan sokongan penambahbaikan kepada sistem operasi dan juga sokongan untuk naik taraf, manakala OxygenOS pula merupakan sistem operasi yang dibina sendiri oleh Team OnePlus. Saranan saya apabila CM12S telah dilepaskan, anda cuba kedua-duanya.

Apapun cuba tonton dahulu video pendek OxygenOS di bawah:

Pendapat Peribadi

Pendapat saya sendiri, setelah menggunakan OxygenOS, hidup saya kembali ceria. GST 6% terasa seperti hanya 3% sahaja. Malam-malam menjadi lebih cerah berbanding selalu. Kucing-kucing yang saya bela sudah menjadi semakin gemuk. Errr..

Hurm.. kesimpulannya, OxygenOS ini adalah Android Lollipop versi 5.0.2 yang boleh dikatakan lebih hampir kepada ‘stock’. Tidak terlalu banyak ciri tambahan seperti custom ROM yang lain. Ia menggunakan launcher Google Now yang standard, dan juga gapps penuh, dari Google Keep, Google Search, sehinggalah kepada YouTube, semuanya ada dalam OxygenOS, dan kerana itu juga saiznya agak besar iaitu sekitar 700MB+.

Mungkin pada pendapat sesetengah ‘power users’, adalah tidak berbaloi untuk flash OxygenOS ini dek kerana dalam forum XDA sendiri sudah terdapat pelbagai pilihan custom ROM untuk Android versi 5.1. Ya, OnePlus One sudah ada banyak pilihan custom ROM, custom kernel, dan pelbagai mods di bahagian ‘Themes and Apps’. Tetapi pada saya, terdapat banyak peranti lain yang masih belum mendapat kemaskini Android versi 5.0, apatah lagi 5.0.2 mahupun 5.1. Pengguna perlu memberi peluang kepada Team OxygenOS yang masih baru untuk menambahbaik lagi sistem operasi ini, jika mereka tidak mahu untuk kekal bersama CyanogenMod yang telah banyak menimbulkan kekacauan kepada syarikat setahun jagung ini (maaf, ia hakikat dan ia benar).

Berikut adalah beberapa paparan skrin OxygenOS:

Buat anda yang ini memasang OxygenOS pada peranti OnePlus One anda, anda bolehlah berbuat demikian dengan mengikuti panduan yang terdapat pada pautan di bawah:

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Panggilan Suara Untuk WhatsApp Kini Dibuka Dalam Versi 2.12.19

0
Kini tanpa panggilan jemputan dari rakan-rakan yang terlebih dahulu mempunyai ciri tersebut, anda sudah boleh menggunakan panggilan suara dalam aplikasi WhatsApp.

Anda tidak perlu gunakan apa-apa lagi trik atau panggilan jemputan, sebaliknya hanya perlu memasang versi terbaru iaitu 2.12.19 yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi WhatsApp di sini : WhatsApp
Jangan lupa untuk tanda pada pilihan ‘Unknown Sources’ untuk memasang fail apk tersebut. Sebaik saja ia dibuka dan anda telah melepasi pengesahan, paparan antaramuka aplikasi WhatsApp akan berubah sepertimana paparan skrin di atas.
Jadi, anda sudah boleh mula menggunakan ciri panggilan suara ini dengan syarat pihak yang ingin dipanggil hendaklah juga menaiktaraf versi aplikasi kepada 2.12.19. Jika tidak, panggilan mungkin tidak dapat dilakukan dan akan keluar tanda amaran mengatakan ketidakserasian versi aplikasi.

Buat sementara waktu ini masih tidak dapat dipastikan sama ada ianya adalah tindakan sengaja atau tidak sengaja dari pihak WhatsApp. Apapun, sementara peluang sedang terbuka, tidak salah untuk kita mencuba.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Flynx : Pelayar Web Untuk Multitasking Yang Lebih Baik

0
Dulu, saya adalah peminat nombor satu cikebom-cikebom untuk pelayar web multitasking yang bernama Link Bubble. Bagi saya ianya adalah sangat ohsem, dan berbaloi untuk dibeli dek kerana ia memudahkan kerja saya seharian. Tak perlu paksa diri untuk terus membaca kandungan di laman-laman web. Kita boleh ‘simpan’ di tepi sehinggalah kita punya masa untuk membuka dan membacanya. Tapi, itu dulu.

Itu sebelum saya mengenali pelayar web ini. Ia dinamakan sebagai ‘Flynx‘. Apabila mula mengenainya, saya kesal tak sudah. Kerana selain ianya berfungsi lebih kurang sama dengan Link Bubble, ia juga mempunya ciri yang jauh lebih baik. Apa yang lebih penting lagi, ianya adalah PERCUMA. Arggghhhhhhh.. (tekanan perasaan).

Ok, saya tak jumpa lagi fungsi untuk membuat carian Google seperti Javelin, tetapi untuk ciri lain, Flynx adalah tersangat ohsemmm. Ia jauh lebih baik dari Link Bubble kerana ia mempunyai ciri penyekat iklan, dan boleh membantu mengurangkan penggunaan data, selain fungsi multitasking seperti Link Bubble yang membantu menjimatkan masa anda. Pfffffttttttt.. cuba tengok pada paparan-paparan skrin di bawah:

Anda boleh ‘simpan’ artikel yang anda hendak baca kemudian:

Boleh ‘Pull to refresh’ seperti Google Chrome (versi 41 ke atas):

Ada fungsi Reading Mode serta boleh tukar warna latar belakang kepada coklat, kelabu atau hitam. Wow..

Jika Flynx menyertakan sekali enjin carian Google atau alamat bar seperti Javelin, saya rasa pelayar web multitasking lain boleh simpan tikar, gulung baik-baik dan pergi kod jauh-jauh sana. Tak ramai yang boleh buat seperti pembangun aplikasi ini, iaitu mengekod ia dengan baik, sepertimana aplikasi premium lain, lalu memberinya secara percuma pula.
Ehh, kalau dia letakkan harga USD0.99 pun saya belilah! Hehehe..
Muat turun Flynx di sini : Flynx – Read the web smartly

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Akhirnya, Google Chrome Versi Desktop Memperoleh Data Saver Melalui Extension

0
Sesiapa yang biasa menggunakan Chrome untuk Android pasti akan tahu bahawa Google telah mengimplementasikan fungsi Data Saver terbina dalaman. Seperti biasalah, terdapat pro dan kontranya untuk fungsi tersebut.

Saya sendiri amat sukakan ia, namun apabila kita ‘melalukan’ rangkaian internet kepada Data Saver tersebut, ia secara automatik mematikan AdBlock yang telah dipasang (AdAway sebagai contoh, yang menggunakan fail host untuk menyahaktif semua iklan-iklan). Jadi apabila menggunakan Data Saver, secara automatik iklan-iklan yang ada pada mana-mana laman web akan kembali terpapar, dan lebih teruk iklan jenis pop-out. Asal klik dia keluar, asal klik dia….. ahhh.. malas nak cerita.

Sekarang, fungsi yang sama dah pun ada pada Chrome untuk desktop. Cuma bezanya, ia hadir dalam bentuk extension, dan bukan terbina dalam seperti pada Android.

Jika diklik pada butang extension tersebut, ia akan memaparkan graf jumlah penjimatan data, sebelum dan selepas penggunaan extention Data Saver. Extension ini masih lagi dalam fasa beta, bermakna ia masih mengandungi bugs, cuma setakat ini ia agak stabil dan tidak menunjukkan apa-apa tentangan kepada extension yang lain.

Fungsinya mungkin agak ‘kecil’ kepada sesetengah orang, tetapi situasi di Malaysia ini, jika dapat berjimat dalam apa jua cara sekalipun, itu adalah satu kelebihan yang tidak dapat ditolak, tak gitu?

Jumlah penjimatan yang terperinci boleh diteliti melalui pautan seperti di bawah:

chrome://net-internals/#bandwidth




Anda boleh cuba extension ini dengan memasang ia melalui pautan berikut:

Chrome Data Saver (Beta)

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Aktifkan Facebook Built-In Chat/Messenger [Rooted Device]

0
Mereka yang kerap menggunakan Facebook, pasti sekali-sekala akan menggunakan juga Facebook Messenger. Untuk mereka yang kerap pula menggunakan aplikasi tersebut, ada sesetengah suara yang mengatakan mereka tidak sukakan Facebook Messenger disebabkan ia juga salah satu penyumbang kepada penurunan kuasa bateri, selain bersaiz besar, mewakili satu aplikasi lain untuk satu fungsi asal yang mana ianya sememangnya siap terbina dalam Facebook itu sendiri.

Buat mereka yang tidak senang dengan keadaan ini, terdapat dua pilihan untuk anda iaitu:

a) Untuk mereka yang perantinya tidak root, gunakan saja aplikasi Facebook versi 27 (ke bawah) bersama-sama dengan Facebook Chat Re-Enabler, yang mana kedua-dua aplikasi itu boleh dmuat turun di sini : [APP][2.3+] Facebook Chat Re-Enabler

Aplikasi ini sebenarnya adalah aplikasi ‘kosong’, sepertimana kata-kata pembangunnya:

“It is an empty App with the same package name as FB messenger, FB just checks if the package exists to activate the hidden tab.”

Ceh. Boleh tahan bijak kau ye.

Atau,

b) Untuk mereka yang enggan terkena ‘amaran lembut’ dari Facebook seperti paparan skrin di bawah:

Anda perlu:

1. Root terlebih dahulu peranti anda.

2. Muat turun aplikasi Facebook Messenger versi 1.0.011. Jangan bimbang, aplikasi ini hanya bersaiz kecil sekitar 2.2MB sahaja. Muat turun ia di sini : Facebook Messenger 1.0.011

Kenapa kena pasang versi ini? Sebab ianya bersaiz kecil lah! Kalau pasang versi paling baru di Google Play Store, rasanya nak dekat 20MB juga kan? Hmmm.. logik kan..

3. Naik taraf aplikasi Facebook anda kepada versi terakhir melalui Google Play Store.

4. Pasang dan buka aplikasi Titanium Backup.

5. FREEZE aplikasi Facebook Messenger 1.0.011 itu tadi. Selesai. (Ada juga yang cakap tak perlu freeze, tapi pada saya, freeze je lah kalau dah root!)

Sekarang anda sudah boleh menggunakan Facebook Chat terbina dalam yang sudah diaktifkan.

Suka? Gembira? Bila lagi nak belanja saya makan Cendol Bakar? Ok 1,2,3, JOM..
Apa yang penting, selagi Facebook Chat (Built In) ini masih lagi boleh digunakan, kita gunakan ia sampailah ia ‘ditutup’ oleh pihak Facebook sendiri. Saya tak tau macam mana mereka yang paksa kita gunakan Facebook Messenger yang ‘berat’ dan ‘nanang’ itu (berat nanang!) tapi yang saya tau, saya tak ingin bateri saya dijamah dengan lazat oleh aplikasi yang saya tidak sukai, tetapi dipaksai, untuk digunai (aih, ada ke ayat cam gini?).

Ada satu lagi cara, cuma caranya agak sedikit teknikal bak kata Drippler. Itu anda boleh lihat sendiri di sini : #541

Baiklah. Sebarkan tutorial ini kepada semua. Terima kasih. All credit goes to XDA Developers.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

WhatsMapp : Pengganti WhatsApp+

0
Sejak WhatsApp melakukan sekatan terhadap para penggunanya yang ‘setia’ dengan aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp+, WhatsApp Reborn dan lain-lain, ramai yang saya lihat telah beralih semula kepada aplikasi rasmi meskipun tidak berminat dengannya.

Apapun baru-baru ini, satu aplikasi yang dikenali sebagai WhatsMapp mula mendapat perhatian di kalangan peminat WhatsApp+. Walaupun tidak mempunyai emoji ‘troll’ atau ‘meme’, ia mempunyai beberapa ciri WhatsApp+ seperti:

– Last seen hide
– Blue tick hide
– Double tick hide
– Hide typing..
– Change Icon
– ActionBar color changing
– Navigationbar color changing (Lollipop Only)
– StatusBar color changing (Lollipop only)
– Fastest Moded whatsapp
– AntiBan code added

Berikut saya muat naik beberapa paparan skrin aplikasi ini. BESAR punya. Hahah..

Amacam? Anda rasa ingin menggunakannya dan sedia dengan risiko sekatan dari pihak WhatsApp? Jika anda mahu, klik pada pautan berikut untuk muat turun WhatsMapp :

—> WhatsMapp 1.0.1

Kalau dah cuba jangan lupa lontarkan komen anda!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Memasang Custom Codec Pada MX Player

0
Buat mereka yang masih tak tahu, MX Player ialah sebuah pemain video untuk Android yang telah lama menjadi antara salah satu pemain video terbaik untuk sistem operasi ini. Antara kelebihan MX Player yang menyerlah berbanding pemain video yang lain, pada saya ialah kekemasan antaramuka penggunanya yang jika ingin dibezakan sebelah-menyebelah antara pemain video yang lain, nampak ketara tahap mudah faham dan mudah gunanya.

Selain itu, ia juga menyokong fungsi Multi-Core Decoding, yang mana ia banyak membantu dalam meningkatkan prestasi pemain video ini. Kalau nak ditulis mengenai kelebihan dan lain-lain tips, saya rasa ia perlukan satu artikel berasingan kerana ianya ‘cerita yang panjang’. Namun apa yang lebih membezakan antara MX Player dan lain-lain pemain video ialah kebolehan untuk ia memainkan apa jua jenis video yang anda lontarkan kepadanya, sehinggalah baru-baru ini sokongan untuk audio codec DTS & DOLBY dibuang/dikeluarkan dari MX Player.

Ini telah menyebabkan mana-mana video yang mempunyai audio dts/dtshd/ac3/eac3/mlp telah menjadi ‘senyap’ dan hanya video sahaja yang dimainkan. Oleh itu, satu langkah ‘workaround’ perlu dibuat untuk memastikan MX Player kekal cemerlang. Apa yang perlu anda buat?

Anda perlukan custom codec yang memuatkan codec untuk audio-audio ini. Ia boleh anda dapati di pautan berikut : MX Player Custom Codec

Sila muat turun codec yang bersesuaian dengan peranti anda atau gunakan sahaja custom codec versi AIO (jika anda tidak tahu mana yang sesuai atau malas nak fikir panjang).

1. Langkah pertama, jika anda meletakkan codec tersebut dalam mana-mana folder, sila buka menu Settings > Decoder > Custom Codec. Lakukan navigasi ke folder di mana anda letakkan codec tersebut dan klik padanya. Jika tiada masalah, MX Player anda mula semula dan terus memuatkan codec tersebut.

2. Langkah alternatif, letakkan codec tersebut pada root internal memory/sdcard anda. Jika ianya dapat dikesan oleh MX Player (rujuk gambar di bawah), klik OK. MX Player akan mula semula dan memuatkan codec tersebut.

Selesai. Sekarang anda sudah boleh nyahpasang pemain video yang lain kerana MX Player boleh lakukan tugas tersebut tanpa perlu bantuan sandaran dari pemain video yang lain.

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

Xtreme Download Manager: Perisian Pengurus Muat Turun Menyerupai Internet Download Manager

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah terlalu banyak ulasan tentang perisian pengurus muat turun yang dikarang pada blog ini. Namun begitu, perisian Internet Download Manager (IDM) masih agung pada pandangan sekalian manusia dan mendominasi carta pengurus muat turun semenjak berkurun lamanya. Sehinggakan terbit artikel perisian alternatif kepada IDM seperti artikel ini. Sudah menjadi kewajipan pengguna-pengguna sistem pengoperasian Linux mencari pilihan lain bagi perisian IDM kerana perisian ini tidak dapat dijalankan secara mutlaknya pada sistem pengoperasian Linux.

Perisian pengurus muat turun Xtreme Download Manager (XDM atau XDMAN) dibangunkan oleh saudara Subhra Das Gupta. Perisian ini direka khusus untuk platform Linux dan Microsoft Windows. Perisian ini juga dikuasakan oleh Java. Jadi, sekiranya anda ingin menggunakan perisian ini, pastikan anda telah memasang aplikasi Java pada komputer anda terlebih dahulu. Perisian ini juga memiliki antara muka yang hampir menyerupai perisian IDM, hal ini sekali gus tidak memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran perisian ini. Pada hemat saya, perisian ini bekerja setaraf dengan apa yang dikatakan oleh pembangun pada laman web rasmi perisian ini. Mari kita lihat ciri-ciri perisian ini. 

  • Extreme download acceleration. (up to 32 segments per download, connection re-use, data compression)  
  • Integration with almost every browser available, including Google
    Chrome,Firefox, Internet explorer, Opera, Safari, SeaMonkey or any other
    browser/application using advanced browser integration.  
  • Capture flv,webm(html5),mp4,avi and many other video formats from
    numerous sites like YouTube, Metacafe, Dailymotion, Vimeo etc with XDM
    media grabber.  Ability to refresh dead/broken/invalid download links (caused by session-expiration) using refresh link option.  
  • Scheduling, virus scanning, auto shutdown, batch download, clipboard monitoring,drag and drop etc.   
  • Ability to run within corporate firewall as XDM supports automatic proxy
    configuration scripts, proxy authentication
    (NTLM,Digest,Kerberos,Spengo), installation without admin rights.
    Currently only one commercial download manager supports these features.
  • Supports HTTP, HTTPS, FTP, redirection, cookies, authentication (including Windows ISA ), password management etc. 

Selain mendakwa perisian ini mampu menawarkan kelajuan muat turun yang meningkat sehingga 5-6 kali daripada kelajuan biasa. Perisian ini juga menyediakan pemalam atau sambungan bagi pelayar web Firefox, Google Chrome dan pelayar web yang lainnya. Ketersediaan pemalam ini bagi pelayar web yang popular mampu memudahkan urusan memuat turun sesuatu dokumen ataupun fail-fail tertentu. Namun pada penggunaan saya, pemalam ini kadangkala gagal berfungsi dengan baik pada beberapa laman web. Jadi, langkah pencegahan dan penambahbaikan telah saya jalankan dengan memasang pemalam FlashGot pada pelayar web Firefox.

Dimuat turun dengan menggunakan kelajuan sambungan internet 5Mb/s (Unifi)

Kaedah Pemasangan Perisian XDMAN.
Masukkan baris perintah di bawah satu per satu.

1. Memuat turun XDMAN.

mkdir xdman 

cd xdman

wget -c http://sourceforge.net/projects/xdman/files/xdman.zip/download

Anda juga boleh memuat turun fail xdman.zip secara manual terus daripada laman web rasmi XDMAM [di sini] dan simpan di dalam direktori xdman.

2. Sari (Extract) XDMAN.

unzip download.zip

Anda juga boleh menyari secara manual. Anda hanya perlu mengakses direktori XDMAN dan klik kanan, pilih Extract, seperti mana yang biasa anda lakukan.

3. Memasang XDMAN.

chmod +x xdman.sh atau chmod +x xdman

./xdman.sh atau ./xdman

4. Memasang pemalam XDMAN pada pelayar web Firefox.

Terlebih dahulu, jalankan perisian pengurus muat turun XDMAN dan jalankan pelayar web Firefox. Masukkan pautan di bawah pada ruangan pelayaran.

http://localhost:9614/xdmff.xpi

Selesai sudah artikel tentang pengurus muat turun XDMAN ini.

Pautan Rujukan.
1. http://xdman.sourceforge.net/
2. http://linuxg.net/xtreme-download-manager-how-to-install-xdman-on-ubuntu-13-04-12-10-12-04-linux-mint-15-14-13/
3. http://www.noobslab.com/2014/02/xtreme-download-manager-updated-and.html

Sekian, Assalamualaikum.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline