Flynx : Pelayar Web Untuk Multitasking Yang Lebih Baik

Dulu, saya adalah peminat nombor satu cikebom-cikebom untuk pelayar web multitasking yang bernama Link Bubble. Bagi saya ianya adalah sangat ohsem, dan berbaloi untuk dibeli dek kerana ia memudahkan kerja saya seharian. Tak perlu paksa diri untuk terus membaca kandungan di laman-laman web. Kita boleh ‘simpan’ di tepi sehinggalah kita punya masa untuk membuka dan membacanya. Tapi, itu dulu.

Itu sebelum saya mengenali pelayar web ini. Ia dinamakan sebagai ‘Flynx‘. Apabila mula mengenainya, saya kesal tak sudah. Kerana selain ianya berfungsi lebih kurang sama dengan Link Bubble, ia juga mempunya ciri yang jauh lebih baik. Apa yang lebih penting lagi, ianya adalah PERCUMA. Arggghhhhhhh.. (tekanan perasaan).

Ok, saya tak jumpa lagi fungsi untuk membuat carian Google seperti Javelin, tetapi untuk ciri lain, Flynx adalah tersangat ohsemmm. Ia jauh lebih baik dari Link Bubble kerana ia mempunyai ciri penyekat iklan, dan boleh membantu mengurangkan penggunaan data, selain fungsi multitasking seperti Link Bubble yang membantu menjimatkan masa anda. Pfffffttttttt.. cuba tengok pada paparan-paparan skrin di bawah:

Anda boleh ‘simpan’ artikel yang anda hendak baca kemudian:

Boleh ‘Pull to refresh’ seperti Google Chrome (versi 41 ke atas):

Ada fungsi Reading Mode serta boleh tukar warna latar belakang kepada coklat, kelabu atau hitam. Wow..

Jika Flynx menyertakan sekali enjin carian Google atau alamat bar seperti Javelin, saya rasa pelayar web multitasking lain boleh simpan tikar, gulung baik-baik dan pergi kod jauh-jauh sana. Tak ramai yang boleh buat seperti pembangun aplikasi ini, iaitu mengekod ia dengan baik, sepertimana aplikasi premium lain, lalu memberinya secara percuma pula.
Ehh, kalau dia letakkan harga USD0.99 pun saya belilah! Hehehe..
Muat turun Flynx di sini : Flynx – Read the web smartly
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img