Utama Blog Laman 199

IFlix Penstriman Video Bakal Hadir Di Malaysia

0

Pernah Dengar NetFlix ? penat menggunakan VPN untuk penstriman video ? penat memuat turun video yang kita minat ?

Kini tidak perlu lagi VPN atau memuat turun versi cetak rompak . IFlix adalah versi tonton.my , astro dan hyptv yang bakal hadir Di Malaysia tidak lama lagi. Yang mempunyai beribu-ribu tayangan hollywood , jepun , china dan korea . Menarik untuk disaksikan. ia juga bakal hadir di peranti Android , ios , windows dan versi web dan versi androidBox Tv

Dan , selamat tinggal astro dan Netflix.

Menarik untuk disaksikan.




 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

uGet Untuk Tetingkap 8

0

Sebagai Pemuat turun tegar  dan juga pelajar yang kekurangan bajet untuk membeli IDM mahupun aplikasi muat turun yang len, sesungguhnya sakit tuhh disini sekirannya nak beli aplikasi tersebut.

Walaupun Uget dahulu kala hanya mengemas kini versi Ubuntu tetapi sekarang ia sudah datang kepada versi Tetingkap 7,8 . fungsi sama seperti Uget dan IDM tetapi beza nya adalah ia mampu memuat turun torrent tanpa perlu menggunakan aplikasi torrent sedia ada.Terbaik bukan ?

Cara mudah untuk memasang Aria2 dan uGet sangat mudah.

1.)Muat Turun uGet disini

2.)

Ekstrak zip uget-2.0-win32+gtk3

3.)

Salin fail uget-2.0-win32+gtk3 ke laluan C:Program Files (x86) atau C:Program Files (untuk 32bit) dan tukar kan nama fail uget-2.0-win32+gtk3 kepada GTK3

4.)

 Tekan kekunci “Windows+ R” dan taip CMD

5.)

gunakan baris perintah ini set PATH=%PATH%;C:Program Files (x86)GTK3bin [ENTER]
dan taip semula baris perintah PATH untuk mengesahkan sama ada perintah tadi diterima atau tidak

6.)Pergi semula ke fail C:Program Files (x86)GTK3 dan klik uget-path-x86 / uget-path (32bit) dan pilih MERGE.

7.) Masuk Semula ke fail C:Program Files (x86)GTK3bin dan pilih uGet.exe

8.)

Setelah siap anda boleh la mengunakan aplikasi uGet

9.)Sekirannya anda ingin menggunakan batch command , tekan kekunci “Windows+R” dan taip cmd.

dan masukkan baris perintah aria2c “url muat turun”
p/s:sekirannya torrent tidak berganjak , tukar port kepada  angka  6881-6889 atau sebagainya,
sekian dan selamat mencuba

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

WonderFox Mother’s Day Special Giveaway 2015

0
Anda semua sedia maklum bahawa WonderFox adalah antara syarikat utama yang kerap memberikan perisian-perisian secara percuma dalam bentuk giveaway melalui blog OMG! Hackers?. Untuk Hari Ibu pada tahun ini, WonderFox berbesar hati memberikan lagi giveaway of the year pada semua mereka yang bergelar (atau bakal bergelar) ibu.

Jadi apa yang WonderFox berikan kepada anda kali ini?

Persembahkan kepada anda, WonderFox DVD Video Converter “Senior Version”. Ahahaha.. jangan tanya saya kenapa mereka menamakannya begitu. Saya pasti ada sebab yang munasabah, munasarawak, munakahat, munaniyandi, dan macam-macam muna-sebab lagi. Saya belum mencubanya dek kesuntukan masa, tetapi anda boleh menonton video di bawah untuk memahami serba-sedikit mengenai perisian ini.

Hey, nampak macam boleh tahan ‘advance’ juga walaupun ianya ‘Senior Mode’ bukan? Hmmm.. apapun semoga perisian ini memberi manfaat kepada anda, tidak kiralah anda menggunakan ia ataupun tidak, terima kasih tetap diucapkan kepada syarikat WonderFox atas hadiah Hari Ibu ini.
Buat anda yang sudah tidak sabar untuk mencuba, apa kata anda terus kepada pautan di bawah untuk memuat turun hadiah anda:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[How To Fix] Unknown error code during application install: “-505”

0
Unknown error code during application install: "-505" ialah ralat yang seringkali didapati oleh mereka yang menggunakan Android versi Lollipop 5.0+.
Menurut laporan logcat yang diterima, ia merupakan ralat 'permission', yang saya cuba quote sedikit dari laman INI:
logcat tells me there's a conflict with redeclaring permissions during installation (in my case, Amazon is trying to redeclare getui.permission.GetuiService, which is already owned by Camera 360).
Ini adalah contohnya:
Apakah cara mudah untuk mengesan mana-mana aplikasi yang berkongsi permission seperti ini? Oh, saya ada caranya. Ya, ia cara saya, sebab saya suka kaedah yang mudah-mudah. Senang nak berkongsi. Anda perlukan: 1. Root dulu, semestinya. 2. Lucky Patcher Kemudian, buka Lucky Patcher, klik 'Rebuild & Install', hala ke direktori tempat anda menyimpan failk apk yang mempunyai konflik. Sekiranya anda mempunyai konflik dengan aplikasi yang anda muat turun dari Google Play Store, cuba Google dan dapatkan terlebih dahulu apk-nya supaya dapat kita gunakan ia melalui Lucky Patcher ini. Saya gunakan contoh permainan Brothers In Arms 3 ini, entah kenapa ralatnya, maka saya pun cuba memasang ia menggunakan Lucky Patcher. Selesai klik 'Install', ini ralat yang keluar:
Dapatlah diketahui bahawa ia mempunyai konflik permission dengan permainan Dungeon Hunter 5. Tidak dapat tidak, jalan penyelesaiannya hanya satu, iaitu perlu pilih salah satu aplikasi/permainan yang hendak digunakan/dimainkan, dan hapuskan yang lainnya. Itu saja. Mudah bukan? Ya nampak macam mudah tapi kalau dah dua-dua aplikasi atau permainan itu kita suka, boleh jadi sukar juga. Sukar untuk membuat pilihan. Tak mengalah, kalau ada jalan lain nanti saya kongsikan semula. How-ley-huuuuu.. jumpa lagi!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

uGet for Android : Download Manager Terbaik Linux Kini Terdapat Versi Untuk Android

0
Kita memang sentiasa memerlukan alternatif yang lebih baik kepada sesuatu yang telah pun ada. Sama ada alternatif itu diperlukan kerana kita perlukan sesuatu yang percuma, atau bahkan saja sesuatu yang menepati cita rasa selaku seorang pengguna. Untuk Android, pengguna sedia maklum akan pengurus muat turun Advance Download Manager atau ADM.

ADM sudah cukup untuk memenuhi keperluan seorang pemuat turun yang tegar. Namun disebalik kesempurnaannya itu, mungkin ia agak ‘serabut’ untuk sesetengah orang, tambahan pula versi percumanya disediakan dengan iklan. Versi berbayar pula adalah RM7.49. Bagaimana kalau saya katakan terdapat alternatif baginya yang lebih baik, dan ianya dibina oleh pembangun pemuat turun terbaik untuk Linux (antara yang terbaik) iaitu uGet.

Buat masa ini, uGet tidak terdapat di Google Play Store. Anda perlu muat turun fail apk di laman web rasminya di sini. Berikut saya quote sedikit dari forum uGet:

uGet for Android comes with a lot of the great features that you know and love from the desktop version such as Advanced Categories, Pause & Resume, Clipboard Monitor, Default Folders per Category, Speed Limits, Download Priorities, AutoStarting Downloads, Mirrors (Multi-Source), Multiple Connections, Proxy Support, Username & Password Server Authentication, Custom Filenames, Total Active Downloads Control and more. 

There are also new features that are specific to the Android App based on the needs and flow of the system like: Open Item & Choose Application directly from uGet, Android Notifications Integration, Sorting Downloads in the App, AutoSaving, Plugin Order Control (will also be available in uGet 2.0, which allows you to choose to use aria2 or curl in whatever priority you prefer).

Pendek kata segala ciri uGet yang ada pada versi desktop, ada juga pada versi Android, dan salah satunya ialah integrasi dengan Aria2.

Cara mudah untuk memasang Aria2 ialah dengan menggunakan Root Explorer, atau mana-mana pengurus fail yang boleh menggunakan akses root.

1. Muat turun Aria2 di sini : Aria2 @ Sourceforge

2. Ekstrak dan salin fail executable Aria2 ke direktori /data/local/tmp

3. Buka Android Terminal Emulator. Gunakan baris perintah ini untuk mengubah permission:

chmod 755 /data/local/tmp/aria2c

4. Selesai di situ. Buka pula uGet, hala ke pilihan Menu -> Settings

5. Pilih .Aria2 plug-in options’.

6. Centang pilihan ‘Run aria2 in this device’.

7. Halakan ‘Path’ kepada /data/local/tmp/aria2c, seperti paparan skrin di bawah:

Selesai sudah. Maka anda boleh gunakan pemuat turun yang ohsem ini pada Android, dan paling penting ianya percuma tanpa iklan. Ini contoh ketika saya menggunakan Wi-Fi percuma 1Mbps di pejabat. Hehe..

Sumber : uGet for Android goes Stable with the Release of Version 1.0.12

Muat turun fail APK uGet : uGet 1.0.12

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Servicely : Android Sleeping Beauty

0
Ada dua pecahan cara untuk menjimatkan bateri pada peranti Android, iaitu ketika skrin sedang menyala (on) dan ketika ia sedang terpadam (off). Untuk waktu ketika ia sedang menyala, pelbagai kaedah boleh digunakan, dan salah satunya ialah melalui tetapan kernel.

Pada waktu ia sedang terpadam pula, di sinilah pelbagai kaedah tercipta. Ada yang bagus, ada yang tidak. Apa yang tidak itu salah satunya ialah penggunaan ‘Task Killer’.

Saya pernah menulis tentang Android Task Killer yang sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan kepada sistem operasi. Namun, apabila Francisco Franco mencipta Servicely, saya tertanya-tanya apakah bezanya dengan yang sudah sedia ada ini. Beliau selaku pembangun yang tersohor tentunya mempunyai sebab kukuh.

Kenapa tiba-tiba beliau mencipta sesuatu yang seakan ‘task killer’ tetapi katanya ‘cuma seakan namun versi pintar’. Saya cuba salin dan quote tulisan beliau di forum XDA:

The point of Servicely is kinda emulate how iOS deals with background services, it just closes the apps after a while, that’s why idle power consumption is so amazing. 

I guess you can say that this is kind of a task killer – sure I accept that. But normal task killers either are too dumb and start killing all your apps, or you can’t select which apps/services you want killed. And they are generally pretty heavy. 

Here you can have the best of both worlds, you can choose what to kill and when, it’s lightweight, it’s free, has good design etc. 

I know how the ServiceManager and ActivityManager and how the whole process->binder->userspace thingy works, and I can usually be against force closing all apps that you don’t need running, but at least have some granular control over the ones that you absolutely do not want to run unless they’re running on the Foreground.

 Ok cukup dengan pengenalan itu. Jom lihat pula beberapa paparan skrin yang saya ambil:

Saya telah pun cuba mengkaji serba sedikit mengenai aplikasi ini. Biarpun saya masih agak samar tentang jelas bezanya dengan task killer yang ‘biasa’, tetapi Servicely nampaknya bertindak dengan cara yang berbeza apabila selain menutup mana-mana aplikasi yang telah ‘menyalahgunakan’ wakelock pada sistem Android untuk ‘kekal berjaga dan bekerja’ apabila anda sebenarnya tidak memerlukan ia, Servicely juga boleh menyahaktif mana-mana service yang anda rasa juga tidak diperlukan. Oh ya, itu ada dalam versi Pro dan aplikasi ini juga memerlukan akses root.

Ini pula saya salin dan quote dari salah satu pos rakan forum XDA di thread Servicely tersebut:

Android/Linux kernel know how to handle most “APPS”. If your system needs memory it will kill some apps running in the background, although it could be slow at doing this… some of these apps could be rogue apps (apps that forcefully stay running) get to know them using your wakelock stats dectector or any other app that can do this… Better Batter stats is what I use. If you are app is not rogue, e.g Gmail, Chrome, Whatsapp, leave the alone, they won use your battery. For example, open Chrome once, leave it open for a day in the background, you willl not see it on the battery stats top apps, might not even show at all! 

Now, where this app is useful, an app like Google Now, or a service like Google Play Service, etc, they keep your phone away by creating applications/kernel wakelock. This is where this app comes handy…Those services/apps might keep your phone away for over 10% to 100% of the time (Google play service, i am talking about you b**ch) and this app might help you kill them. Therefore, releasing the wakelock and your phone going to sleep because there is no need to keep the CPU running. 

So in short. There is no point in killing messaging apps, browsers and apps you use all the time, etc. When you kill them, and you open them, they will reload. if you dont kill them and leave them open, they will resume were you left them. Its more convenient/quicker… how it was intended IMO. Apps that depends on the location services, such as Google Now, and Google Play services, can be battery hoggers. Those are the ones you want to kill. Linux/Android knows when an app is in the background and remove its resources. Now, if you have a phone with say 1GB of memory, you might benefit by killing everything. You cant multitask much anyway with such low memory.

Baiklah. Saya rasa cukuplah setakat ini sahaja penerangan mengenai aplikasi ini. Walaupun saya tetap tidak bersetuju dengan task killer, tetapi saya akan beri peluang kepada pembangun Servicely ini untuk buktikan bahawa ia bukan task killer seperti yang lainnya. Kerana pada saya, masih ada ruang yang lompong pada sistem Android yang masih boleh diperbaiki, contohnya aplikasi Recently yang telah dicipta oleh Chainfire.

Anda boleh muat turun Servicely di sini : [root] Servicely

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Rimas Dengan IDM? Jom Cuba EagleGet

0
Saya sudah puas menulis mengenai perisian pemuat turun untuk Linux yang pelbagai. Dari jenis baris perintah hinggalah yang mempunyai antaramuka pengguna. Xtreme Download Manager, FlareGet, uGet adalah antara darinya. Apa yang penting ialah kesemuanya boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma. Tiada iklan, tiada virus!

Perkara yang sama saya cuba ‘carikan’ untuk sistem operasi Windows. Ini adalah kerana saya tidak mampu untuk membeli lesen Internet Download Manager (IDM) bagi kesemua PC dan laptop yang saya gunakan. Satu mungkin ok, tetapi kalau dah masuk dua, tiga, boleh melarat juga bajet poket yang sedikit tebal (ehem, tebal dengan habuk) ini.

Jadi saya pun mulalah mencarinya, satu perkara yang tidak pernah saya lakukan (serius!) kerana terlalu asyik dengan IDM. Apabila IDM kerap mengemaskini perisiannya, saya juga kerap mencari *ehem*cracked*ehem* kerana PC di pejabat bukan perisian yang asli. Hehe..

Kerana rimas, saya cuba mencari alternatif terbaik yang percuma. Siapa yang tak suka makan nasi minyak kenduri, kan? Errr.. ok kan analogi tu.

Jadi dipendekkan cerita maka saya pun cubalah menggunakan perisian ini , iaitu EagleGet. Ianya dah lama, cuma waktu dulu saya tak minat nak menggunakannnya kerana IDM tidak terlalu merimaskan seperti sekarang. Nak guna versi *ehem*cracked*ehem* atau *ehem*patched*ehem* takut kepada virus pula. Heh.. mohon jangan ketawa!

Jadi cuba punya cuba, terus melekat sampailah sekarang. Apabila lama difikirkan ada baik juga saya kongsikan di sini, sementelah lama juga saya tidak menulis. Maaflah, kerja di pejabat amat merunsingkan. Tambahan pula di pejabat saya sudah menggunakan firewall sendiri, hingga blog ini pun disekat! W$5#&888@@@$%*&^!!

Ya, EagleGet bukan perisian percuma yang biasa-biasa. Perkara paling penting selain percuma ialah ia tidak meniru reka bentuk IDM seperti kebanyakan perisian lain. Ia ada ‘identiti’ sendiri. Malas nak tulis panjang, tengok sendiri pada paparan skrin di bawah:

Selain menjadi pengurus muat turun fail-fail secara terus pada mana-mana pautan seperti lazim yang dilakukan oleh IDM, ia juga boleh membancuh kopi. Ehhh, tak, ia boleh juga memuat turun video dari YouTube, dan lain-lain laman penstriman video melalui ‘Media Grabber’.

Mungkin sedikit leceh la, sebab kena melalui Media Grabber dahulu, tapi benda percuma bro. Kan..

Ehhh bosan la tulis panjang-panjang takde orang baca. Nah, klik pautan di bawah untuk muat turun dan terus mencuba. Tak rugi apa-apa kerana ia tidak mengenakan caj untuk lesen. Sebab, memang tiada lesen pun. Ye lah, percuma bro.

Klik —> EagleGet – EG Download Accelerator, Free Video Downloader

Buat masa ini ia tiada versi untuk Linux, jadi, pengguna Linux boleh cari alternatif lain lah ya.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

FinchVPN Kembalikan Musim ‘Unlimited Bandwidth’ Melalui Hotlink?

0
Dalam Malaysia ni, bahkan di negara luar sekalipun, cuba katakan pada saya siapa yang tidak mahu bandwidth internet tanpa had? Kalau ada mungkin CGPA beliau tak sampai 3.85. Errr..

Waktu telco ‘burung’ sedang hangat dengan jualan kad sim ‘data tanpa had’ (ehem.. tidak rasmi..) dulu, telco tersebut dan para ‘ejen penjual’ membuat untung besar, dek kerana apa? Kerana bandwidth tanpa had ini sudah menjadi satu keperluan asasi pada zaman sekarang. Ia bukan lagi hak golongan berada yang mampu membayar harga kuota besar. Ia kini sudah menjadi perkara basi untuk dibincangkan tetapi kekal relevan sepanjang zaman selagi bandwidth atau data tanpa had ini tidak atau belum diimplementasi.

Terbaru, penawar servis OpenVPN popular iaitu FinchVPN menawarkan pakej ‘tidak rasmi’ untuk ‘unlimited data/bandwidth’ melalui kad sim prabayar Hotlink, dan ‘pakej rahsia’ yang mana anda perlu hantar pesanan peribadi kepada page rasmi FinchVPN atau e-mel kepada support@finchvpn.com untuk mendapatkan perincian maklumat mengenainya.
Harus diingatkan, ia adalah pakej ‘tidak rasmi’, jadi sebarang risiko adalah ditanggung sendiri oleh pengguna. Sama seperti ‘waktu dulu’ dengan kad sim data tanpa had telco burung patah sayap terbang berganti-ganti. Jadi untuk mereka yang tegar seperti Daredevil, anda bolehlah cuba hantar pesanan peribadi kepada page FinchVPN.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Implosion : Permainan Berkualiti Konsol Yang Percuma, Tetapi IAP Boleh Buat Anda Menangis

0
Kita seringkali dikejutkan dengan kemunculan pelbagai nama permainan baru untuk Android yang mana kualitinya boleh dikatakan sangat membanggakan, setanding permainan konsol, kebiasaannya dari segi grafik.

Kalau nak dikatakan dari segi kepermainan (gameplay) atau adaptasi butang untuk keselesaan bermain pada skrin sentuh, mungkin ia tidaklah begitu baik, namun jika dari segi grafik kebanyakannya telah mula menunjukkan bahawa pembangun mengikuti perkembangan rilisan CPU dan GPU terbaru untuk peranti telefon pintar yang semakin canggih dan berprestasi tinggi.

Antara permainan yang saya katakan itu ialah Implosion. Dengan hanya menonton intronya sahaja sudah cukup membuatkan hati teruja lalu tidak sabar untuk bermain secepat mungkin. Tak percaya? Anda boleh cuba tonton dahulu trailer di bawah:

Bagaimana? Menarik kan?

Ia mempunyai jalan cerita yang bagus disamping kepermainan yang agak selesa dimainkan pada skrin sentuh. Cerita bermula apabila makhluk bernama XADA telah melancarkan serangan ke atas manusia. Apabila manusia mengalami kepupusan, sut perang War-Mech series III adalah satu-satunya penyelamat.

Untuk gambaran lain, anda boleh lihat beberapa paparan skrin di bawah:

Oh, lupa nak sebutkan tadi, yang permainan ini adalah percuma, untuk 6 tahap pertama, manakala baki tahap-tahap lainnya boleh dibeli melalui IAP berharga USD9.99, iaitu kalau mengikut paparan skrin bawah ini, adalah sebanyak RM36.95. Hmmm.. kalau dah bagus, menarik, cun melecun, mahal sedikit pun, apa salahnya. Errr.. kena kumpul modal la jawabnya ni.

Implosion boleh dipasang melalui pautan ke Google Play Store di sini : Implosion

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Android : Kemas Kini OnePlus Anda Kepada CM12S

0
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Pembaca OMG!Hackers..

Pengguna OnePlus boleh mengemas kini sistem peranti mereka kepada CM12s bermula hari ini .

Mengikut Sumber dari Cyanogen , peranti OnePlus akan menerima Kemas kini Android Lolipop ( 5.0.2) bermula hari ini..

Pengguna STOCK ROM boleh muat turun (CM-12.0-YNG1TAS0YL-bacon-signed.zip) dan flash menggunakan STOCK RECOVERY dan pilih “update from file”.

*Pastikan anda sadarkan data-data penting kerana peranti akan ke tetapan semula data kilang (Factory reset)*

Untuk Pengguna ROOT , boleh tunggu dalam beberapa jam untuk custom ROM versi tersebut.

Ciri-Ciri Tambahan

  • E-mail Cyanogen yang dibawa khas oleh Boxer
  • Tema Aplikasi
  •  Keupayaan untuk tema aplikasi individu 

Sekian dari saya ,

Wassalam

Views: 0

Iklan Newspaper Inline