Pemain Muzik Android Terbaik [Versi 2015]

Seperti yang anda tahu (yang dah ikut blog ini sejak namanya masih My Hackers Are Here), saya adalah seorang audiophile. Cakaplah apa saja yang saya tidak lakukan untuk mendapatkan kepuasan dalam menikmati lagu, semuanya saya cuba dan saya buat.

Dari menguji cuba equalizer, sehinggalah kepada pemain muzik, in-ear headphone, speaker, dan pelbagai lagi yang menyebabkan apa yang kita panggil sebagai ‘eargasm’ keluar dari telinga saya. Huh!
Percayalah, bila sebut tentang pemain muzik terbaik untuk Android, telah banyak yang saya cuba, hingga muak dibuatnya.
Muak bukan kerana apa. Apabila mencuba sesuatu aplikasi dalam skop fungsi yang sama, kita berharapkan ada satu ‘boom factor’ kepada sesuatu aplikasi tersebut, yang mampu menonjolkan kelainan padanya. Tetapi apabila dicuba saja, antara satu dengan yang lainnya lebih kurang sama sahaja. Tiada yang benar-benar memberikan ‘boom factor’ atau ‘woahhh’ kepada diri saya.
Bila disebut berkenaan pemain muzik, kita kena ingat, selain fungsi utamanya iaitu untuk memainkan semula muzik yang disimpan, ia juga perlu mempunyai ciri untuk menjadikan kualiti bunyi yang dihasilkan lebih baik, sama ada melalui equalizer terbina dalaman atau lain-lain cara.
Jadi dalam hal ini, setelah mencuba, meneliti, lebih 15 aplikasi pemain muzik, antaranya XenoAmp, Pixel Player, Jair Music Player, jetAudio, AIMP, MAVEN, NRG, Shuttle+, Rocket Player, Equalizer music player booster, doubleTwist, FlipBeats, Phonograph, dan beberapa lagi yang tidak popular tetapi ada di Google Play Store, saya telah membuat kesimpulan jitu akan pemain muzik yang sepatutnya menduduki carta nombor satu sebagai pemain muzik pilihan untuk para Audiophiles khusunya dan pengguna ‘power users’ amnya.
Ya, saya tahu. Pemain muzik ini, antaramuka penggunanya sudah agak ‘ketinggalan’ dan kelihatan ‘out-of-place’ dalam Android 5.0 yang rata-rata aplikasi sudah beralih kepada Material Design. Tetapi, meskipun begitu, pemain muzik ini menduduki carta teratas pada saya, kerana cirinya.
Pemproses audionya merupakan pemproses terbaik bagi sebuah aplikasi pemain muzik, dan ini dapat dirasakan bezanya apabila anda kerap mencuba dari satu aplikasi beralih ke aplikasi yang lainnya.
Berikut disenaraikan ciri-ciri Neutron Music Player:
* 32/64-bit audio processing (high quality HD audio).
* OS independent decoding and audio processing.
* Audio formats: MP1, MP2, MP3, OGG (Vorbis), FLAC, WMA, WMA Lossless (16-bit), AC3, AAC, M4A, M4B, M4R, MP4, 3GP, 3G2, MOV, ALAC, APE (Monkey’s Audio), WV (WavPack), MPC (MusePack), WAV, AU, AIFF, MPG/MPEG (audio), AVI (audio), iTunes/Windows Media (non DRM), OPUS, DSD.
* Module music formats: MOD, IM, XM, S3M.
* Voice audio format: SPEEX.
* Playlists: CUE, M3U, PLS, ASX, RAM, XSPF, WPL.
* CUE Sheet (.CUE files, metadata).
* Lyrics (.LRC files, metadata).
* Streaming audio (plays Internet Radio streams, supports metadata).
* Use Network device (NAS, PC, …) with SMB/CIFS as music source.
* Use FTP server as music source.
* Use UPnP/DLNA® compatible device as music source.
* Manage files of a music source via local FTP server.
* Output audio to UPnP/DLNA® compatible devices at up to 24-bit/192 kHz resolution.
* 32-bit output on Android 5.0+.
* Parametric equalizer DSP (4 bands).
* Surround sound DSP (Ambiophonic R.A.C.E.).
* Crossfeed DSP (for better stereo in headphones).
* Rumble Filter DSP (speaker overloading protection).
* Dithering DSP (minimize quantization).
* Pitch and Tempo DSP (playback speed and pitch correction).
* Normalization (best Preamp gain calculation after DSP effects).
* Replay Gain.
* Gapless playback.
* Hardware and Preamp volume controls.
* Crossfading.
* Phase inversion.
* High quality real-time resampling (when required): quality, audiophile.
* Balance.
* Mixing to Mono.
* Playback modes: shuffle, looped, single track, queue.
* Playlist management.
* Media library grouping by: album, artist, composer, genre, year, rating, folder.
* Artist grouping by ‘Album Artist’ category.
* Folder mode.
* Unicode metadata support.
* Real-time spectrum and RMS analyzers.
* Clock mode.
* Sleep timer.
* Wake timer.
Ya, harganya juga agak mahal, tetapi jika anda benar-benar seorang audiophile, maka harga bukan menjadi satu ukuran lagi. Kualiti bunyi yang dihasilkan adalah amat memuaskan hati. Kalau anda tidak percayakan saya, ianya tidak menjadi masalah kerana ada versi percubaan di Google Play Store. Anda boleh cuba dulu selama 5 hari. Muat turun versi percubaan di sini : Neutron Music Player (Eval)
Saya yakin dan pasti, anda tidak akan menyesal.
Sebenarnya saya agak sukar untuk memilih antara dua pemain muzik ini. Tetapi jika ada satu lagi pemain muzik yang layak dikatakan untuk pilihan para penggemar muzik sejati, penggemar kualiti bunyi yang terbaik, maka Poweramp adalah pilihan kedua.
Saya tahu, banyak blog-blog IT ‘di luar’ sana yang sudah kerap kali menulis mengenai aplikasi ini. Dalam setiap ‘Top 10 Best Android Music Player’ artikel tulisan ‘mereka’, pasti akan ada Poweramp. Seperti sudah tidak perlu disebutkan lagi. Namun pada saya mereka menulis artikel yang terlalu ringkas untuk Poweramp ini sedangkan ianya layak untuk ‘better recognition’.
Kenapa? Kerana selain pemproses dan codec yang bagus, Poweramp juga mempunyai ciri untuk pengubahsuaian (customizations) tahap ‘power user’. Ia ada 10 band equalizer terbina dalaman, dan tak lupa juga bass booster, treble booster, stereo booster, dan juga ciri-ciri di bawah ini:
  • – plays mp3, mp4/m4a (incl. alac), ogg, wma*, flac, wav, ape, wv, tta, mpc, aiff (* some wma pro files may require NEON support)
  • – 10 band optimized graphical equalizer for all supported formats, presets, custom presets
  • – separate powerful Bass and Treble adjustment
  • stereo eXpansion, mono mixing, balance
  • – crossfade
  • – gapless 
  • – replay gain
  • – plays songs from folders and from own library
  • – dynamic queue
  • lyrics support, including lyrics search via musiXmatch plugin
  • – embed and standalone .cue files support
  • – support for m3u, m3u8, pls, wpl playlists
  • – OpenGL based cover art animation
  • downloads missing album art
  • – custom visual themes, lot of skins available on Play
  • – 4 widget types with many selectable styles, advanced customization; Android 4.2 lock screen widgets
  • – configurable lock screen
  • – headset support, automatic Resume on headset and/or BT connection (can be disabled in settings)
  • – scrobbling
  • – tag editor
  • – fast library scan
  • – high level of customization via settings
Untuk versi percubaan anda diberikan masa selama 15 hari bagi merasai kehebatan Poweramp. Ia boleh dimuat turun di sini : Poweramp Music Player (Trial)
Sebutan Terhormat (Honorable Mention)
3. USB Audio Player PRO <— Ini pun terbaik juga! Kalau ada masa saya akan cuba lebih lanjut dan tuliskan reviu mengenainya!
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img