Utama Blog Laman 196

Poltergeist (2015): Hantu?

0
Waktu dulu ketika kecil saya menonton filem Poltergeist di rumah Mak Ngah saya (arwah) bersama-sama dengan saudara saya, di depan televisyen petak-gemuk, digabungkan bersama tape player. Duduk lah di depan tv petak-gemuk itu ramai-ramai. Paling kelakar, apabila ia tiba-tiba ‘rosak’, gambar yang keluar cuma ‘semut-semut’ kecil. Maka Mak Ngah akan mengarahkan budak yang paling depan untuk ‘hempuk’ atau ‘lempang’ ‘pipi tv’ itu. Hahahah.. kenangan paling indah waktu dulu. Budak zaman sekarang tak tahu pun apa itu tape player agaknya.

Ok, cukup dengan nostalgia. Kita beralih kepada filem Poltergeist versi remake tahun 2015.

Waktu saya menonton filem ini, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, kerana saya seakan pasti, bahawa filem-filem bergenre seram yang terbaru semuanya sama. Terlalu banyak dengan ‘jump scares’ yang keterlaluan dan membosankan.

Namun saya silap. Walaupun ada jump scares yang adakalanya saya rasa seperti tidak kena pada tempatnya, tetapi filem remake atau reboot ini pada saya ianya tidak gagal, walaupun tidak memenuhi kepuasan hati saya yang sememangnya menggemari filem asal (Poltergeist – 1982).

Saya tidak mahu mengulas panjang, kerana apa yang ingin saya tulis sudah pun ditulis di ‘luar sana’. Apapun filem Poltergeist 2015 ini tidaklah begitu mengecewakan. Terdapat beberapa babak yang saya tunggu, antaranya ialah babak Griffin ditarik keluar oleh pokok, babak kolam mayat, dan juga rumah yang runtuh.

Ianya menerima sentuhan moden, dan ada juga beberapa babak lain yang dicipta baru untuk memberi nafas segar, contohnya penggunaan Drone berkamera untuk masuk dan mencari Madison yang hilang ditarik ke dalam alam roh.

Di dalam ‘alam’ tersebut juga digambarkan bagaimana keadaan roh-roh yang tidak tenang, dan ini saya boleh katakan sebagai gambaran yang berjaya kerana kesan visual dan CGI yang dibuat adalah tampak begitu realistik dan mudah difahami keadaan sekitarnya meskipun tampak agak sedikit kucar-kacir.

Apapun saya berpuas hati dan saya boleh katakan Poltergeist 2015 ini adalah lebih sesuai dengan golongan Generasi Y, dan mungkin peminat filem Poltergeist tahun 1982 tidak beberapa menghargainya dek kerana ia seakan ‘half-baked’, tiada jiwa, tetapi bagi Generasi Y saya rasa ianya boleh diterima dan ‘cukup seram’.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Solid Explorer File Manager Versi Stabil 2.0.0 Dilepaskan

0
Solid Explorer ialah pengurus fail untuk Android yang mempunyai pelbagai ciri (ayat tipikal lah). Setakat ini rating dari Google Play Store untuk Solid Explorer ialah 4.9. Akan datang mungkin akan turun sedikit, namun saya boleh jamin rating ini akan kekal tinggi untuk tempoh masa yang lama.

Apa yang menjadikan Solid Explorer menyerlah berbanding yang lain? Selain Material Design, Solid Explorer juga kaya dengan ciri pengubahsuaian (customization) yang sememangnya ‘kena’ dengan jiwa para pengguna termaju.

Ia mempunyai 2 panel bebas yang masing-masing bertindak sebagai pengurus fail sebelah-menyebelah. Juga punyai ciri Root, plugin, sokongan simpanan awan, dan pelbagai lagi ciri yang tak mampu ditulis ringkas.

Kini Solid Explorer telah mencapai versi stabil 2.0 setelah sekian lama berada dalam fasa beta. Ia dilepaskan kepada pengguna secara rasmi melalui Google Play Store semalam dan menerima reviu positif dari pengguna.

Kalau ada satu aplikasi pengurus fail yang berbaloi untuk dibeli, tak usah pandang kepada aplikasi lain lagi. Inilah satu-satunya pengurus fail yang lancar, pantas, mempunyai reka bentuk yang ‘sedap mata memandang’, boleh diubahsuai paparan antaramukanya melalui tema, terdapat ikon yang boleh dimuat turun dan…

Apa kata anda cuba sendiri : Solid Explorer File Manager

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Repost: Tips Mengelakkan Daripada Pemacu USB Dijangkiti Virus Shortcut Dan Lain-Lain Virus Geli-Geli

0
Anda teringin nak memiliki pemacu USB yang paling kebal dalam dunia, yang tidak akan dapat dijangkiti sebarang virus? Tambahan lagi virus-virus ‘common’ yang selalu sangat menjangkiti pemacu USB seperti virus shortcut, yang nampaknya enggan ‘meninggalkan dunia maya’.

Sangat.. menjengkelkan..

Oleh itu apa yang anda perlukan?

Oh ya, anda perlukan sebuah PC yang bebas dari virus terlebih dahulu. Kemudian masukkan pemacu USB ke mana-mana port yang anda suka. Tunggu sehingga label/nama pemacu anda keluar, dan kemudian namakan ia semula dengan menggunakan Segitiga Ajaib Sangat ini : Δ

Sebagai contoh:

ΔMr. Hac KacakΔ

Apakah logika di sebalik perbuatan ini?

Sebenarnya awal pemilihan kaedah ini, adalah didapati melalui ‘perbuatan’ Antivirus dari Indonesia iaitu SMADAV. SMADAV mempunyai satu ciri yang mewujudkan perbahasan panjan iaitu ‘folder ajaib’ yang bernama SmadLock.

Sebaik anda menggunakan SmadLock ini, akan tercipta satu folder dengan nama Δ Smad-Lock (Brankas Smadav) Δ. Ya, segitiga itu juga adalah lambang SMADAV, tetapi jangan silap. Di situlah terletaknya rahsia SMADAV. Segitiga tersebut adalah punca mengapa virus tidak dapat ‘masuk’ ke dalam pemacu USB anda kerana ianya termasuk dalam golongan orang baik-baik kategori Extended ASCII Codes, iaitu karakter-karakter yang tidak dapat dimengerti oleh virus lalu ‘difahami’ olehnya sebagai tanda tanya (?).

Wow. Mudah bukan?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Repost: Shortcut Virus Remover (Belajar Cara Menghapuskan Virus Shortcut Melalui Command Prompt)

0
Tahun 2015, virus shortcut masih berleluasa lagi. Serius? yeah.. serius.. -_-Tak pasti sejak tahun bila ia dicipta, tapi yang pasti ianya adalah kod asas, namun yang ‘asas’ inilah yang telah menyusahkan ramai orang bertahun lamanya.

Apa yang pasti ia amat menjengkelkan. Saya sudah bosan melihat komputer dan pemacu USB yang dijangkiti dengan virus ‘mudah’ ini.

Jadi untuk memudahkan cara, apa kata anda hafal baris perintah di bawah supaya apabila kena di esok hari, anda tidak gelabah puyuh, berpeluh dahi dan menangis di tepi dinding menyalahkan takdir. Huh..

1. Tekan butang Windows + R, taipkan cmd, dan tekan Enter.
2. Halakan cmd ke pemacu USB anda.
3. Taipkan baris perintah ini : del *.lnk dan tekan Enter.
4. Taipkan : attrib -h -r -s /s /d F:*.* (Huruf F tersebut adalah label untuk pemacu anda. Tukarkan ia jika hurufnya berlainan)
5. Tekan Enter dan tunggu sehingga selesai.

Berikut adalah contohnya. Saya demokan pada pemacu USB saya yang jelasnya tiada virus tersebut. -_-

Anda jenis pening kepala? Tak tahu ‘bermain’ dengan command prompt? Ahhh.. download je lah app di bawah ini:

Klik pautan muat turun untuk orang yang malas menghafal baris perintah : Shortcut Virus Remover

Har har har.. <— gelak jahat

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Clash Of Clans Free Bots

0
junk-koyoe

OMG! CLASH OF CLANS FREE BOTS

Well its been a long time since I have gone now I’m back with another cool stuff for those who addicted to the number one ranked game on mobile phone (I guess) Clash Of Clans.

As the title say today I will present to you a FREE Clash Of Clans Bot, yes it is free. The only thing you need is a computer with 2 GB of RAM, the reason is this bot will use an application called Bluestack that enable you to play COC on your computer and this application is quite heavy for any wood computer out there.

All the information you need about this bot are all in their site, just do a few click and you will have it.

Download link below are all safe there is no ads or GST attached, enjoy:

why waste your money to buy COC Bot when there is a Free Bot

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

ZPN VPN : Bandwidth Percuma 10GB Setiap Bulan

0

Ahhh, artikel VPN, lagi.. untuk adik-adik abang yang ajet-ajet hejes, gunakan VPN atau SSH untuk bypass kuota DiGi, Celcom, Maxis, U Mobile tu, errr.. artikel ini bukan untuk anda.

Tapi jika anda berminat dengan servis VPN yang sesuai dengan kocek anda, maka anda boleh teruskan membaca. Buat sementara ini, jika diikutkan kepada pelan, masih belum ada lagi servis VPN/OpenVPN yang boleh menandingi FinchVPN. FinchVPN, selain dari murah, ia juga menawarkan beberapa ciri yang boleh ‘mengikat’, contohnya SSH Over VPN, dan juga Anti DPI.

Namun tidak dapat tidak perlu juga cari alternatif, sekadar untuk dijadikan sandaran kepada servis yang ada. Maka dengan itu saya perkenalkan ZPN VPN, satu servis VPN yang memberikan secara percuma 10GB bandwidth kepada mana-mana penggunanya.

Apa yang saya suka mengenai ZPN ialah klien untuk Android yang mempunyai ciri-ciri menarik, seperti port yang boleh ditukar, dan jenis sambungan (TCP/UDP). Kebanyakan servis percuma yang lain, kliennya terlalu ringkas. Kebiasaannya port dan jenis sambungan adalah dibiarkan apa yang diberi oleh servis. Tetapi ZPN memberikan anda pilihan ini.

Lihat paparan-paparan skrin aplikasi ZPN VPN di bawah:

Dari segi harga, boleh lah dikatakan tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah. Ianya adalah sederhana, dan sesuai digunakan jika pilihan-pilihan servis yang lain mengecewakan anda. Buat sementara waktu ini, jika servis FinchVPN tidak sempat untuk saya ‘renew’ (atas apa jua alasan), maka ZPN adalah pilihan paling hampir untuk bersambung kepada rangkaian VPN.

Anda boleh klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:

ZPN @ Google Play Store

ZPN Official Website

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

F-Secure VPN Freedome for Windows : 3 Bulan Premium, Percuma

0

Ada sesetengah orang tidak boleh benar-benar memahami penerangan teknikal IT, tidak kiralah betapa bagus cara ia diterangkan. Sama lah halnya dengan VPN. Istilah yang satu ini pada sesetengah orang ianya agak jauh terkedepan dan agak sukar untuk difahami.

Jadi mungkin sesetengah orang ingin menggunakan ia, namun tidak mahu bergelumang dengan istilah yang rumit. Oleh itu pelbagai servis yang menyediakan kemudahan untuk bersambung dengan rangkaian VPN wujud dan salah satunya ialah VPN dari F-Secure iaitu Freedome.

Terkini F-Secure memberikan peluang kepada orang ramai untuk mencuba servis ini selama 3 bulan secara percuma. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan mendaftar melalui pautan di bawah dan kemudian gunakan kod yang diberikan melalui e-mel untuk melanjutkan tempoh percubaan:

Freedome F-Secure Exclusive 3 Month

Anda boleh lihat bagaimana tampilan paparan antaramukanya seperti di bawah ini:

Servis seperti ini sesuai untuk mereka yang ingin ‘klik ON dan jalan’. Buat sementara waktu ini, pada saya ianya bagus dijadikan sebagai ‘servis sandaran’ atau ‘backup’ kerana pada waktu-waktu anda agak sukar untuk ‘renew’ servis premium VPN yang sedang anda gunakan sekarang, oh ya, ini amat membantu.

Cuma satu sahaja kekurangannya, ia tidak menyokong P2P, atau kata lainnya Torrent. Huh..

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Giliran WhatsMapp Menghentikan Pembangunan

0
Lambat laun, ia akan tiba jua. Dulu, pengguna ‘berbahagia’ dengan WhatsApp+, pelbagai ciri menarik boleh digunakan seperti theming dan hide online status. Tetapi akhirnya ia dikuburkan oleh WhatsApp setelah menerima amaran ‘cease and desist’.

Terkini WhatsMapp pula menerima nasib yang sama. Selamat tinggal WhatsMapp. Melalui pautan ke post Google+ beliau, katanya:

We have received a Cease and desist letter against WhatsMapp from WhatsApp.  

WhatsApp have blocked us out to use Facebook, Instagram and WhatsApp and have let us known that if we keep developing and distributing WhatsMapp, it can be really bad for us. 

We really don’t want to say this but yes, this is where WhatsMapp comes to an end 

We know it is really hard to believe but we are forced to do so and we hope you all understand how risky this can be. I would disclose more information about it but I am not allowed to disclose more than this. 

Nampaknya Mark kurang bijak dalam hal ini. Beliau tidak mengambil pendekatan Google atau Apple yang mengambil penggodam/pembangun bekerja dengan mereka, sebaliknya Mark ‘menghalau’ mereka yang berbakat ini.
Kali ini pengguna sekali lagi terpaksa menggunakan klien asli dari WhatsApp, yang sememangnya kurang ciri berbanding versi ‘modded’ dari WhatsApp+ atau WhatsMapp.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ramadan With Google (My Ramadan Companion)

0
Dalam banyak-banyak perkara, saya paling tidak sangka.. yang Google akan buat satu laman khas yang didekasikan untuk Ramadan. Bukan Ramadan bin Hamdan, rakan anda di sekolah dulu. Bukan.. ini adalah laman khas untuk bulan Ramadan nan mulia ini.

Apa yang menariknya?

Ohhh.. laman ini mempunyai pelbagai perkara dari resepi makanan-makanan khusus untuk tatapan para ibu (dan juga bapa serta anak-anak yang mahu menempel di dapur juga), ada video-video menarik dari YouTube, tak lupa juga senarai restoran-restoran halal di sekitar kawasan anda.

Jika anda menggunakan Google Now, ia akan menyarankan beberapa aplikasi yang berguna untuk anda yang dapat dimanfaatkan pada bulan Ramadan ini.

Walaupun video-video yang disyorkan oleh My Ramadan Companion ini tidak menarik pada pandangan saya, dan juga resepi makanan yang diberikan kepada saya cuma satu iaitu resepi Samosa (huh, sedih!), tetapi usaha Google ini bolehlah dipuji.

Nah, pergi ke pautan ini untuk membukanya : My Ramadan Companion

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Radsone Quality Sound Player / DCT Music Player Review

0
Pada awalnya saya hanya mencuba Radsone DCT Music Player. Pemain muzik ini berpaparan seakan Holo, dan tidak mempunyai ciri Material Design seperti kebanyakan pemain muzik yang lain (sama kesnya dengan pemain muzik Neutron dan PowerAmp). Namun dek kerana reviu-reviu dalam Google Play Store yang agak ‘hangat’ saya tertarik untuk memuat turun dan mencubanya. Oh ya, saya dapat tahu mengenai pemain muzik ini pun dari ‘signature’ seorang ahli forum XDA. Ahahaha.. terima kasih kepada beliau.

Namun selepas puas mencuba dan menggodek DCT Music Player, saya dapat tahu juga dari reviu di Google Play Store tersebut bahawa Radsone mempunyai satu lagi pemain muzik khusus untuk ‘power user’ dan ia juga mempunyai sound engine yang lebih baik. Maka dari situlah ‘perjalanan’ uji cuba saya bermula.

Radsone adalah sebuah syarikat yang berasaskan teknologi audio. Ia juga adalah singkatan dari perkataan ‘Radical Sound‘. Saya quote dari laman web Radsone:

RADSONE stands for Radical Sound (SONE).
RADSONE was founded in 2010 and it has a specialty in sound signal processing. Main members are audio specialists in algorithm, software, system design, and evaluation. Sheer Listening Pleasure is the value that we seek. Via a proprietary algorithm Digital Noise Suppression™ (formerly Museflow) which minimizes digital noise in digital sound itself, we derive the original sound, that is, the sound that makes you feel the sense of realism on the live music scene during live performance from digital sound sources.

President  Jay (Chul-Jae) Yoo
Jay studied acoustics, digital audio signal prosseing in Seoul National University (BS) and KAIST (MS), have developed various kinds of audio decoders and post processing algorithms for over 15 years. He received an LG R&D award from LG Electronics by developing a commercial DMB audio decoder for the first time in the world 2006. Afterwards, he managed developing sound systems for Hyundai-Kia cars in Hyundai Mobis. Especially, in Hyundai Mobis, he developed hi-fi sound quality integrated amplifiers. He founded RADSONE 2010 and developed a unique high-end audio algorithm Digital Noise Suppression™ based on last 15 years R & D experiences. Jay invented numerous patents and has published papers related to digital audio. Jay is a member of Audio Engineering Society.

Setelah diselidiki latar belakang syarikat ini maka jelaslah pada saya mereka mempunyai biodata yang kukuh dalam bidang teknologi audio. Jadi dengan itu tidak bertangguh lagi saya mencuba aplikasi Radsone DCT Music Player. Anda boleh lihat ia pada paparan skrin di bawah:

Apa yang menarik ialah aplikasi ini tidak mempunyai sebarang bentuk Equalizer. Ia hanya bergantung sepenuhnya kepada pemproses audio atau enjin audio terbina dalamannya yang dipanggil sebagai DCT atau nama penuhnya Distinctive Clear Technology. Apa yang dilakukan oleh DCT ialah ia akan menganalisa audio yang dimainkan, seterusnya mengasingkan audio yang kurang memuaskan (noise), memproses dan menghasilkan output audio yang lebih berkualiti untuk halwa telinga.

Namun enjin audio DCT ini hanya boleh digunakan selama 20 minit sahaja. Jika anda ingin menggunakan ia tanpa batasan waktu, ia perlu dibeli melalui IAP sebanyak RM3.50. Buat anda yang mahukan pemain muzik ringkas tetapi dalam masa yang sama berkualiti, saya sarankan anda beli.

Seterusnya apabila sudah puas mencuba DCT Music Player, saya beli pula Radsone Quality Sound Player. Pemain muzik ini bukan percuma, dan ianya berharga RM16.22 (pada waktu saya membelinya). Antara sebab utama yang menyebabkan saya tidak teragak-agak untuk mendapatkan ia adalah kerana keterujaan setelah mencuba enjin audio DCT. Tetapi Radsone Quality Sound Player mempunyai lebih dari itu. Ia ada equalizer 10 band, selain enjin audio yang lebih terkedepan.

Lihat ia pada paparan skrin di bawah:

Meskipun paparan antaramuka penggunanya tidak diadaptasi dan dikemaskini mengikut spesifikasi Material Design, akan tetapi ternyatalah ‘rupa bukan segala-galanya’, walaupun rupa kadangkala boleh buat manusia ‘berselera’, tetapi dalam kes ini kualiti mengatasi penampilan rupa.

Buat sementara waktu ini saya masih lagi ‘jumping’ antara Radsone Quality Sound Player dengan Neutron, PowerAmp serta Sony Music (dulu dikenali dengan nama Sony Walkman).

Kesemuanya seolah-olah mempunyai kualiti yang hampir sama, namun jika saya perlu memilih satu, maka Radsone Quality Sound Player adalah yang akan dikekalkan. Enjin audionya sangat mengujakan justeru dengan penambahbaikan sound mods dari forum XDA, saya kini boleh tertidur dengan lena tanpa menghiraukan poltergeist yang sering berlegar di ruangan rumah jiran sebelah atas.

Muat turun : RADSONE quality sound player (RM16.22)

Muat turun : Radsone DCT music player (Percuma)

Views: 3

Iklan Newspaper Inline