Pada ketika ini majoriti dari kita mendedikasikan telefon bimbit pintar sebagai pemain muzik. Sama ada sedar atau tidak, adalah lebih mudah menggunakan telefon bimbit dek kerana ia sentiasa hampir dengan kita. Tambahan pula terdapat banyak pilihan servis penstriman audio Seperti Spotify, Deezer, Google Play Music, dan lain-sebagainya. Pada waktu dulu saya lebih memilih untuk memainkan audio melalui pemain mp3 kerana pada saya ia dicipta khusus untuk itu, jadi seharusnya kualiti audio yang dihasilkan adalah terbaik. Namun seiring perkembangan zaman, telefon bimbit juga telah berevolusi sedikit demi sedikit lalu memuatkan pelbagai ciri untuk menjadikan kualiti audio lebih baik dari sebelumnya
Pengeluar-pengeluar telefon bimbit pintar sememangnya telah mencuba untuk mencipta telefon bimbit pintar dengan ciri-ciri yang paling hebat melalui flagship masing-masing. Baik kamera mahupun pemproses, seakan ada yang tidak terlepas dari penambahbaikan, akan tetapi kebanyakan darinya terlepas pandang kepada kualiti audio/muzik. Kalau ada pun, mungkin HTC tampak ‘serius’ dalam bab ini apabila menampilkan Beats Audio pada HTC Sensation XE buat pertama kalinya, kemudian disusuli dengan penampilan pembesar suara bercirikan ‘BoomSound’. Ada juga pengeluar lain seperti Lenovo dengan Dolby Mobile dan Dolby Atmos, Alcatel dan OnePlus dengan pembesar suara JBL/Yamaha, dan beberapa lagi pengeluar lain yang ingin bersaing dalam ciri muzik ini.
Namun DAC yang dimuatkan dalam telefon bimbit pintar berprestasi seperti ‘pertengahan’ sahaja. Tidak terlalu bagus, tidak pula terlalu teruk. Cuma jika tidak dibuat apa-apa usaha dari diri sendiri (optimization/flash mods), maka kualiti audio ketika dimainkan khususnya melalui headphone atau earphone/in-ear headphone adalah agak teruk.
Ini baru diambil kira dari segi perkakas telefon. Dari segi sistem operasi pula, selain dari telefon yang dimuatkan dengan Beats Audio, Sony Clear Audio, Sony xLoud, Dolby Mobile/Dolby Atmos, Harmon Kardon, MaxxAudio, dan lain-lain contoh lagi, kebiasaannya ia hanya bergantung kepada apa yang ada pada stock Android atau apa yang disediakan oleh pengeluar, dan seperti yang kita tahu, stock Android tidak mengandungi kesemua jenis ‘optimization’ ini. Kualiti audio yang dihasilkan adalah tidak beberapa memuaskan. Oleh itu adalah bagus sekiranya jika anda serius dengan kualiti muzik, carilah jenama telefon yang sudah sedia memuatkan ciri-ciri audio ini, atau boleh dimuatkan melalui custom recovery jika ia terdapat dipos di forum-forum terutamanya XDA-Developers.
Setelah mengambil kira kesemua perkara ini, anda perlu meneliti pula fail-fail muzik yang anda telah muat turun. Anda perlu tahu, semakin kecil kualiti yang anda pilih, semakin hilang perincian kualiti audio. Spotify melalui langganan Premiumnya boleh membenarkan pengguna untuk strim muzik pada kualiti 320kbps. Samalah juga halnya dengan Deezer dan Google Play Music. Dalam pilihan tetapan pemain-pemain muzik ini, terdapat pilihan untuk strim dengan ‘kualiti normal’. Melalui kualiti ini anda perlu tahu berkemungkinan ianya adalah serendah 128kbps sahaja, dan apa-apa fail muzik dengan kualiti di bawah 256kbps akan hilang lebih banyak perincian bunyinya. Sama juga halnya jika anda muat turun fail-fail muzik, adalah disarankan untuk muat turun fail dengan format FLAC. Apapun anda perlu tahu semakin tinggi kualiti fail, semakin besar pula saiznya. Satu album dengan format FLAC boleh mencecah sehingga 2GB. Jika anda audiophile sejati, maka ruang storan anda juga adalah perlu sama besar dengan minat anda.
Dari telefon bimbit, beralih kepada perkakasnya, hinggalah kepada firmware dan kualiti audio. Kini kita lihat pula pada kualiti alat yang anda gunakan untuk mendengar muzik. Saya sarankan jika anda pendengar muzik yang tegar, adalah berbaloi untuk melaburkan sedikit lebih modal anda dan membeli headphone atau in-ear headphone yang berkualiti. Tiadalah gunanya ada telefon bimbit pintar paling canggih tetapi headphone yang anda gunakan adalah Beats by Dr. Dre ‘celup’ berharga RM15 dari pasar malam. Ia adalah perbuatan yang sia-sia. Buatlah sedikit ‘research’ anda sendiri akan headphone yang anda minat, perbezaan harga dan spesifikasi lalu sambarlah ia laju-laju setelah modal berkepuk dalam beg dompet.
Baiklah, kalau adapun lagi yang boleh membantu anda menikmati muzik ke tahap paling maksima ialah DAC, aplikasi pemain muzik terbaik untuk para audiophile, dan juga ‘sound mods’ yang biasanya terdapat dalam forum XDA. Untuk DAC anda boleh cuba berjinak-jinak dengan jenama Fiio, kerana ia mudah didapati di negara ini, manakala pemain muzik pula saya sudah buat beberapa reviu. Anda boleh gunakan butang carian di atas blog ini untuk mencari artikel berkaitan. ‘Sound Mods’ pula meskipun bukan semua telefon bimbit serasi dengannya, ini adalah terpulang kepada kegigihan anda untuk mencari yang terbaik. Apabila semua ciri ini telah ‘bertemu’, maka saya harapkan agar anda tidak mendengar lagu melalui headphone semasa memandu kerana sumber pendengaran anda untuk pemanduan adalah lebih penting dari mendengar lagu. Huh..
Sebelum ini Kodi dikenali sebagai XBMC. Ia merupakan pemain media dan sebuah hub hiburan yang sangat terkenal terutamanya kepada penggemar aplikasi/perisian sumber terbuka. Saya sudah menulis beberapa reviu mengenai aplikasi ini.
Kini XBMC dijenamakan semula kepada Kodi. Hanya nama yang berubah namun paparan antaramuka pengguna dan fungsinya adalah sama. Apa yang menarik anda sudah boleh memuat turun dan mengemaskini versi Kodi melalui Google Play Store.
Saya antara orang terawal yang menjadikan aplikasi Internet Speed Meter (DynamicApps) menjadi viral dek kerana pada waktu itu semua pengguna pakat-pakat gilakan sim internet *cough*ghost*cough*. Jadi disebabkan kuota yang pada waktu itu meluak-luak tanpa dapat ditahan, pengguna memerlukan aplikasi untuk melihat kelajuan internet dan juga berapakah jumlah bandwidth yang telah digunakan.
Seiring berjalannya masa, maka begitulah jua aplikasi-aplikasi yang telah tercipta. Kini aplikasi Internet Speed Meter Prime (oleh AmniX Apps) telah menjadi satu penanda aras baru kepada aplikasi jenis pengukur kelajuan internet pada peranti Android ini.
Dikemaskini dengan spesifikasi Material Design, Internet Speed Meter Prime mempunyai pelbagai lagi ciri selain dari hanya menunjukkan kelajuan internet dan jumlah bandwidth yang telah digunakan.
Lihat ia beraksi! Heheh..
Aplikasi ini juga mempunyai Speed Test terbina dalaman:
Antara tetapan notifikasi:
Sejarah penggunaan bandwidth yang dipaparkan sepanjang 30 hari:
Sejarah penggunaan bandwidth oleh aplikasi:
Lain-lain tetapan:
Paparan masa sebenar kelajuan internet:
Dashboard dalam Bahasa Melayu apa haa? Papan pemuka eh?
Ia beraksi bersama-sama Internet Speed Meter Pro (DynamicApps)
Ehhh senang cerita tak payah cakap banyak. Kalau anda minat, beli terus versi Prime. Hanya RM4.06 sahaja. Kalau anda sudi bergelumang dengan iklan-iklan, maka bolehlah gunakan versi percuma itu ya..
Buat mereka yang masih belum menonton filem The Truman Show, saya sarankan anda tontonlah sekarang. Kerana apa yang saya cuba coretkan di sini ada kaitannya sedikit-sebanyak dengan filem tersebut. Sedikit intro, The Truman Show adalah berkisar mengenai Truman Burbank, seorang lelaki yang hidupnya dari permulaan janin sehinggalah kepada lahirnya beliau, dituruti kepada bermula persekolahan, dan juga waktu perkahwinan, semuanya adalah di bawah kawalan sebuah rancangan realiti televisyen iaitu ‘The Truman Show’.
Dalam filem ini media memainkan peranan teliti, dari radio, televisyen hinggalah kepada surat khabar, semuanya adalah pembohongan terancang. Truman sejak dari kecil, sejak dari belum lahirnya, dia sudahpun dimiliki oleh media. Dia bukan ‘anak sesiapa’. Dilahirkan tanpa mengenal siapa ibu dan bapa sebenarnya. Semuanya sudah diatur, dan Truman hanya mengikuti arus hidupnya secara terus-menerus (loop) hinggalah pada suatu hari ‘looping’ itu diganggu oleh ‘bugs’.
Apa yang berlaku seterusnya anda perlu tonton sendiri. Tetapi pokok-pangkal kesimpulan kepada artikel ini ialah bagaimana kita pada hari ini dijajah oleh media. Tak kiralah media cetak, hingga media sosial sekalipun, kita tidak lagi bebas seperti dulu.
Anda tidak percaya? Anda perlu hati-hati kerana di depan mata anda mungkin boleh kenal siapa kawan siapa lawan anda. Tetapi dalam dunia internet yang serba luas ini anda tidak nampak pun siapa mereka di sana. Hari ini anda pos sesuatu di Facebook, kalau tidak kena pada mata mereka serta-merta anda boleh jadi viral di seantero media sosial baik Facebook itu sendiri, mahupun Instagram atau Tweeter.
Tak lupa juga anda dipaksa untuk percaya semua yang media katakan adalah benar belaka. Semua orang yang berada di pihak media adalah berkata benar dan tiada langsung pembohongan. Setiap hari surat khabar yang anda baca, televisyen yang anda tonton, bahkan radio yang anda dengar adalah seperti The Truman Show, minda anda dijajah dengan kawalan apa yang benar dan apa yang tidak.
Hadapilah kenyataannya hari ini. Anda tidak bebas. Anda bukan individu yang boleh mengubah apa-apa lagi di sini. Ehhh.. benarkah begitu? Kalau tidak benar masakan anda sendiri dan seluruh dari kita ini berada dalam ‘loop’. Terus-menerus disimbah dan disaji dengan rancangan yang sama tanpa ada perubahan. Jangan pandang dari sudut politik semata, kalau anda pandang dari sudut teknologi, ekonomi, cara berfikir bangsa kita, semuanya serupa. Tiada perubahan.
Generasi Y kini cuba menyesuaikan diri dengan ‘The Truman Show’ versi Malaysia. Namun malangnya penyesuaian diri yang cuba dilakukan telah menyebabkan implikasi jiwa. Semua perkara hendak dijadikan viral. Mereka gila popular. Tidak lagi memikirkan apakah ia akan menyebabkan kehidupan orang ‘di sebelah sana’ menjadi lebih buruk lagi, asalkan blog mereka trafik mencanak naik, likers beribu-ribu, dan followers page bertambah-tambah. Pada mereka tiada apa yang aib, yang ada hanyalah kebenaran.
‘The Truman Show’ versi Malaysia adalah benar (real). Akibat dari itu Generasi Y kini berkiblatkan ‘viral’, populariti, dan nama yang gah meskipun wajah yang mengendalikan page-page itu tidak dikenali.
Kehidupan anda kini berputar dan bergelintar di sekitar telefon bimbit pintar.
Kalau anda pembuka tegar forum-forum, anda pasti seringkali dapat melihat gambar-gambar bergerak di bawah signature para forumer. Gambar-gambar ini dalam format GIF, dan ada sesetengahnya nampak ‘cool’ serta kelakar.
Ada cara mudah untuk membuat gambar GIF ini jika anda mahu. Aoao Video to GIF Converter boleh membantu anda melakukannya tanpa perlukan kepada pengetahuan IT yang jitu. Cukup sekadar tahu buka perisian, klik pilihan-pilihan yang ada kemudian diakhiri dengan satu klik pada butang ‘Convert’ sudah memadai.
Ya, cara nak menggunakannya memang senang. Sebagaimana mudahnya membuka plastik aiskrim lalu memakannya, begitulah perumpamaan perisian ini. Tidak banyak yang boleh saya bicarakan mengenainya. Cuma ada satu perkara yang saya tidak beberapa gemari iaitu jika anda menggunakan perisian ini versi percuma, anda tidak boleh menggunakan ia tanpa hasil yang diletakkan dengan watermark.
Jika anda mahu hasil bebas watermark, tidak dapat tidak anda perlu membeli lesen perisian ini. Saya dapati perisian ini sememangnya memudahkan hobi anda, namun jika anda tidak ‘serius’ dengan perkara ini, saya sarankan banyak lagi versi percuma ‘di luar’ sana. Hanya perlu rajin Google sahaja. Maaf Allen, kali ini saya tidak dapat ‘tolong’ perisian anda ini.
Apapun saya akhiri entri ini dengan contoh yang saya cuba. Hehe..
Untuk anda yang lebih gemar menggunakan aplikasi ‘lanun’ seperti Showbox ataupun HD Cinema, maka aplikasi ini tidak sesuai untuk anda.
Tetapi jika anda gemar mencuba perkara baru, dan bahkan sudah berasa agak bosan dengan aplikasi ‘lanun’ sama ada dari segi kepenggunaan mahupun ciri, contohnya reka bentuk yang ketinggalan ataupun popup iklan yang berderu-deru, maka iflix adalah jawapannya.
Buat sementara waktu ini, saya masih tidak dapat mengetahui berapakah jumlah sebenar bayaran yang bakal dikenakan kepada pengguna sebaik sahaja tamat tempoh percubaan. Apa yang pasti ianya adalah suatu permulaan, dan walaupun ianya agak tampak lopong di sana-sini, boleh dikatakan ianya agak bagus.
Apa yang saya sukakan mengenai iflix dan aplikasnya ialah ia ‘straight forward’. Tiada sebarang tetapan yang terlalu kompleks, tiada sebarang tampilan yang terlalu menjengkelkan. Semuanya seperti ‘disampaikan secara terus’. Anda bolehlah melihat paparan skrin aplikasi ini di bawah:
Kalaupun ada kontra mengenai aplikasinya, apa yang saya tidak beberapa gemar ialah ia tiada pilihan paparan berdefinisi tinggi (High Definition) buat masa ini, dan filem-filem atau drama-drama yang dipaparkan tidak mempunyai sarikata. Tidak lupa juga ia tidak boleh di-strim menggunakan aplikasi alternatif seperti MX Player atau VLC, dan juga kebanyakan filem-filem dalam katalog iflix adalah dari filem-filem lama.
Ada lagi yan saya terlepas pandang? Tidak ada? Kalau tidak ada bagus. Anda bolehlah mendaftarkan satu akaun, dan kemudian boleh terus memuat turun aplikasinya di Google Play Store.
Awalnya saya terfikir, “Apa benda aku nak cerita pasal Snapseed ni..”. Ini adalah dek kerana Snapseed adalah satu aplikasi yang dari luarnya nampak ringkas, tetapi apabila diteliti dan diselidiki ia mempunyai pelbagai jenis suntingan yang boleh menjadikan gambar anda kelihatan lebih profesional.
Terlalu banyak perkara yang boleh ‘diceritakan’ mengenai Snapseed. Dari awal kemunculannya sehinggalah ia dibeli oleh Google, sejak itu pelbagai penambahbaikan dapat dilihat. Walaupun penggunanya masih belum dapat menandingi pengguna Instagram, namun untuk mereka yang lebih gemar dengan ‘serious mobile photography’, maka Instagram boleh diabaikan dan hanya perlu menggabungkan penggunaan Snapseed bersama dengan aplikasi EyeEm (‘Instagram untuk serious mobile photographer’).
Apabila anda membuka Snapseed, anda akan disambut dengan paparan seperti ini:
Setelah itu, apabila anda telah memilih gambar yang hendak disunting, dan tekan pada FAB, anda akan diperlihatkan dengan pelbagai pilihan-pilihan suntingan, filters, yang boleh buat anda rambang mata.
Untuk pemula saya sarankan anda belajar menggunakan ‘Tune Image’ terlebih dahulu. Biasakan diri memahami bagaimana cara menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat padanya kemudian barulah beralih kepada jenis suntingan ataupun filter yang lain.
Apa yang saya biasa gunakan selain Tune Image ialah HDR Scape, Lens Blur, Tonal Contrast, Details, dan Crop. Manakala fungsi yang sekali-sekala disentuh pula adalah ‘Selective’. Fungsi yang lain jarang sekali saya gunakan kerana saya lebih gemar menumpu kepada fungsi HDR, tetapi untuk anda yang lebih sukakan Black & White atau Vintage, fungsi-fungsi ini terdapat dalam Snapseed untuk anda.
Ini adalah contohnya. Gambar di atas ialah gambar asal tanpa suntingan, manakala gambar di bawahnya ialah gambar yang telah dikenakan filter HDR Scape – Nature.
Ahhh.. kalau nak dibuatkan tutorial boleh makan Panadol Actifast dibuatnya. Intro ini anda cubalah jadikan sebagai sandara semangat untuk mengenali dan mengkaji Snapseed dengan lebih lanjut.
Dalam banyak-banyak perkara, menjadi Penguji Beta (Beta Tester) bagi sesebuah aplikasi atau custom ROM adalah sesuatu yang amat saya minati, kerana meskipun setiap aplikasi versi beta sudah pasti dipenuhi dengan ralat, tetapi menjadi antara orang pertama yang mendapat tahu terlebih dahulu akan apakah ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan dalam versi seterusnya.
Kali ini giliran Spotify pula membuka ruang untuk para penggunanya menjadi Penguji Beta dan ini dapat dilakukan melalui pautan berikut ini : AndroidBetaApplication201505
Oh ya, buat anda yang kepingin benar untuk menggunakan Spotify Premium, kali ini ada promosi untuk anda. Daftar sekarang dan dapatkan 3 bulan Spotify Premium hanya dengan membayar sebanyak USD0.99 sahaja! Jangan lepaskan peluang yang jarang datang ini.
Anda boleh daftar menggunakan akaun Google+ ataupun Facebook di pautan ini : Spotify Premium
Ada sesiapa yang dah mula mengigau nak menggunakan Hound? Jangan bimbang. Saya faham naluri anda itu. Cuma saya tidaklah sampai mengigau.. kah kah kah.
Hound ni memang menarik. Walaupun masih beta, tetapi setakat ini ianya tidaklah teruk sangat. Adakalanya lain yang ditanya lain yang dijawab. Tetapi pada saya itulah lumrah aplikasi yang berada dalam fasa beta. Masih ber-pepijat di sana sini.
Apapun untuk anda yang kepingin hendak menggunakan ia tanpa menunggu kod jemputan, anda bolehlah menonton video di bawah ini untuk tutorialnya:
Jadi apa yang anda perlukan?
1. Aplikasi Hound. Muat turun di sini : Hound Beta
3. Root Explorer. Saya sarankan ES File Explorer kerana saya dah cuba guna file manager yang lain. Entah kenapa tutorial ini serasi dengan ES File Explorer sahaja. Cis..
Bagaimana Kaedahnya?
1. Pasang dan buka aplikasi Hound, tetapi cukup sampai kepada paparan seperti di bawah ini, kemudian tutupkan ia:
2. Gunakan Root Explorer iaitu ES File Explorer itu tadi untuk ekstrak fail com.hound.android.app_preferences.xml.zip. Setelah itu, salin fail .xml tersebut ke direktori /data/data/com.hound.android.app/shared_prefs/
3. Buka aplikasi Hound dan tanyalah apa-apa soalan yang anda mahu.
Baru sahaja kita bicara mengenai Komposisi Dalam Fotografi. Tetapi apalah gunanya kepandaian memanipulasi ilmu komposisi andai aplikasi kamera yang digunakan pada peranti telefon pintar anda itu adalah tidak memuaskan hati (kita kecualikan DSLR dalam artikel ini okeh).
Kalau anda sememangnya fanatik dengan kamera dan mempunyai hobi menangkap gambar menggunakan telefon pintar (Mobile Photography bro!), anda wajib dan memang patut mencuba aplikasi yang dinamakan sebagai UCam Ultra Camera ini.
Apa yang menarik?
Apa yang menarik ialah UCam Ultra Camera mempunyai segala-galanya yang anda perlukan pada sebuah aplikasi kamera. Ia mempunyai beberapa tetapan ‘di hujung jari’ ala-ala Camera FV-5, yang pada saya lebih daripada cukup untuk seseorang yang lebih gemar bermain dengan mode auto. Hehe..
Tak lupa juga ia mempunyai ciri-ciri lain yang lebih mengujakan seperti Smart Scene, Monster, Beauty (kaki selfie mesti suka punya lah!), Scenery, perakam video, kolaj dan juga mode Panorama.
Selain itu ada juga penyunting gambar terbina dalaman yang agak terkedepan juga, walaupun tidak semaju Snapseed, tetapi cukup untuk suntingan pantas dan segera dimuat naik ke Instagram atau Facebook.
Cuba lihat dahulu paparan-paparan skrin di bawah:
Ok.. lihat gambar ini, ia diambil dengan aspect ratio 16:9, dan menggunakan mode auto tanpa ‘Smart Scene’:
Ini pula adalah gambar dengan kedudukan yang sama, tetapan yang sama, tetapi ‘Smart Scene’ dihidupkan:
Apabila dilihat dengan teliti, ia seperti mode ‘HDR’ pada sesetengah aplikasi lain, namun ianya lebih pantas dan tampak lebih natural. Cuma gambar di atas ini saya ambil tanpa menggunakan tripod jadi sebarang cela itu haraplah dimaafkan ya.
Apa lagi yang lebih bagus? Oh ya, aplikasi ini tidak mempunyai In-App Purchase, dan ia juga adalah 100% percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Apa lagi yang anda mahu?
Kalau ada yang boleh saya inginkan pada aplikasi ini ialah kebolehan untuk menukar resolusi (walaupun kebiasaannya saya akan biarkan ia pada ‘max’).
Cukuplah sembang kencang bikin bimbang di sini. Muat turun dan serlahkan bakat anda dalam seni fotografi sekarang : UCam Ultra Camera