Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam OMG! Hackers?
Kali ini tinjauan saya mengenai OnePlus 2 atau OnePlus Two.
Syarikat OnePlus telah memasarkan produk mereka yang kedua, iaitu OP2/OPT (saya guna OP2 lebih senang)
Saya ceritakan sedikit latar belakang mengenai OnePlus.
Apa itu OnePlus? OnePlus ni merupakan salah satu syarikat telefon pintar China yang diketuai oleh Pete Lau dan Carl Pei.
Siapakah dua orang tersebut? Mereka merupakan VP syarikat telefon pintar yang terkenal, iaitu OPPO.
Senarai produk yang dikeluarkan oleh 1+
OnePlus One
OnePlus Two
OnePlus X
OnePlus Mini
OnePlus Power Bank
Masa untuk ceritakan OnePlus 2. Disini saya cerita sedikit spec phone ini.
Info Secara Am
Warna : Sandstone Black (Anda boleh tukar dengan StyleSwap Cover, rujuk StyleSwap Cover)
Ukuran : 151.8 x 74.9 x 9.85 mm
Berat : 175g
Operation System (OS) : OxygenOS v2.0.1 (latest version v2.1.1) 5.1 Lollipop
Sensor : Fingerprint, Accelerometer, Gyroscope, Proximity and Ambient Light
Bateri : 3,300 mAh, LiPo battery.
Info Penghubungan
Rangkaian : GSM: 850, 900, 1800, 1900MHz, WCDMA: Bands 1/2/5/8, FDD-LTE: Bands 1/3/5/7/8/20, dan TDD-LTE: Bands 38/40/41
Wifi : Dual-band Wi-Fi: 2.4GHz 802.11b/g/n and 5GHz 802.11a/n/ac
Bluetooth : 4.1
Positioning : Internal GPS antenna + GLONASS, Digital Compass.
Audio dan Paparan
Speaker : Speaker bawah (Satu saja bunyi, mungkin satu lagi mic macam iPhone :3)
Microphones : Dual mic dengan Noise Cancellation
Saiz paparan : 5.5 inci
Resolution : 1080p Full HD (1920 x 1080 pixels), 401 PPI. Jenis screen LCD in-cell.
Kamera dan Lain-lain.
Sensor : 13MP, dengan 1.3um pixel, dan f/2.0 aperture.
Lenses : 6 lenses untuk halang distortion dan color aberration. Terdapat OIS (Optical Image Stabilization) dan Laser Focus.
Flash : Dual-LED
Kamera depan : 5MP,distortion free.
Video : Support 4K video, dan Slow Motion, 720p video / 120fs.
Port : Data dan Cas, USB Type-C dan 3.5mm jack Audio.
Button : Power button dan volume serta Alert Slider
Sim : Dual sim, kedua-duanya Nano-sim.
Indicators : 1 LED notification light, support multicolor 😀
Itu sahaja spesifikasi, boleh rujuk website OnePlus ataupun sumber2 lain seperti GSM Arena atau macam2 lagi. 😀
Macam mana nak dapatkan OnePlus 2 ini?
OnePlus ni pakai sistem Invite, dimana anda kena sign up dan tunggu invite code sampai, melalui email anda. Sign up >Sini
Saya pernah dapat invite, untuk model OnePlus 1, tetapi sayang sekali kerana tak reti beli untuk luar negara. 🙁
Untuk model OnePlus, terima kasih kepada Brightstar Distribution Snd. Bhd. dan Maxis kerana bawak masuk OnePlus 2 🙂
Mengenai harga, masa saya beli dekat Maxis, harganya RM1,788.20 termasuk GST. (terima kasih GST) Jika anda ada Invite Code, boleh beli phone tanpa plan Maxis.
Jika mahu beli tanpa invite, boleh rujuk1Gadget dan Direct-Dtetapi kedua2 kedai tersebut jual China Set (kalau tak silap saya, Seven Mobile ada jual Asia Set)
Tiada masalah jika OP2 tersebut China set ataupun Asia set. Yang bezakan antara model2 tersebut ialah Network Band. 😀
OnePlus 2 terdapat 3 set.A2001 merupakan China Set. A2003 merupakan Eropah dan Asia Set dan yang ke-3 ialah A2005 iaitu US Set.
Dalam tinjauan ini, saya akan menyentuh isu bateri,, performance, kamera, speaker, dan OS.
Mari lihat, apa dia la OnePlus 2 ni serta sedikit perbandingan dengan OnePlus 1.
Bateri OnePlus 2
klik untuk lebih jelas
Bateri OP2 ni seperti saya tulis diatas, 3,300 mAh, ya ada peningkatan dari segi bateri sebab OnePlus 13,100 mAh. Bateri OP1 dan OP2 built in, tak boleh buka melainkan anda kena buka casing dia untuk keluarkan bateri. Hahaha.
Mengenai jangka hayat bateri OP2, boleh tahan hingga ke malam. Berbeza dengan iPhone 5S, saya kena standby power bank takut2 dia mati. OP1 juga sama tahan, tapi elok saya habis kerja, dia pun habis. hahaha.
Ketahanan bateri ni bergantung pada kegunaan kita dan Kernel (bagi phone yang boleh tukar Kernel). Sedikit tips untuk nak jimat bateri, sila tutup function yang jarang guna. Seperti Connection Wifi/Data (kalau guna Data atau sebaliknya), NFC, GPS (tapi bahaya pulak kalau phone hilang :3), kecerahan screen tu kurangkan sikit, dan lain2 hehehe.
Saya cuba main game Clumsy Ninja. Permainan tersebut merupakan pertama sekali dilancarkan pada iOS sahaja. Kemudian, mereka lancarkan untuk Android.
Permainan tersebut saya cuba main dekat OP1, ternyata sedikit lagging, ada sikit smooth manakala dekat Xperia Z3, game ni sikit lagging tapi smooth. OP2? Ya game ni smooth seolah2 seperti main dekat iOS 😀
Isu panas? Dikatakan Snapdragon 810 mengatasi isu tersebut. Tetapi masih ada juga isu overheating ini lalu mereka mengeluarkan generasi ke-2 untuk baiki masalah tersebut. Bagi telefon yang menggunakan generasi pertama processorSnapdragon 810, akan dapat software update untuk mengawal processor. Sekiranya ia hampir sampai suhu panas, ia akan berhenti (bukan phone anda tutup macam laptop overheating, dia perlahankan processor tu, rasanya la :3)
OP2? Yes tetap ada isu panas tersebut, mungkin perlukan software update. huhuhu
Kamera OnePlus 2.
klik untuk lebih jelas
Seperti saya tulis diatas, kamera belakang OP2 ialah 13MP manakala kamera depan, 5MP.
Kamera belakang OP2 ada OIS. Apa itu OIS? OIS ialah Optical Image Stabilization (yang mana terdapat pada iPhone 6 Plus dan 6S Plus) dan Laser Focus.
Kamera OP2 terbaik juga, kerana terdapat manual setting seakan2 DSLR. :3.
Saya ada ambil gambar sebagai contoh, tetapi lupa nak tulis yang mana HDR, Clear Images dan biasa. hahaha. Biasa la pelupa sikit -_-
Ini contoh mode camera yang terdapat dalam OP2.
klik untuk lebih jelas
Terdapat 6 mode dalam aplikasi kamera OP2 iaitu Time-lapse, Slow motion, Photo, Video, Manual dan Panorama.
Eh macam pernah lihat mode ni, kecuali Manual. Ya, kamera iPhone. Aduh rindu pulak dengan 5S 🙁
Slow motion OP2 dalam kualiti 720p dan 120f/s manakala kualiti Video pulak 720p, 1080p dan 4K.
Mode Photo terdapat 3 pilihan, iaitu Clear Image, HDR dan Beauty. Beauty? -_-
Manual pulak terdapat 4 pilihan yang mana boleh anda edit. Iaitu ISO, Brightness, Shutter Speed dan Focus.
ISO OP2 support sehingga 1600 manakala Shutter Speed pulak support sehingga 1/8000.
Saya rasa ROM HydrogenOS punya aplikasi kamera lebih baik daripada OxygenOS.
OxygenOS punya aplikasi kamera dia sedikit lembap dan tidak selaju HydrogenOS. Hmm.
Dibawah ni sedikit gambar menggunakan kamera OP2, ROM HydrogenOS.
klik untuk lebih jelas
Seperti saya bagitau awal2 tadi, saya lupa nak edit yang mana satu Normal, Clear Image dan HDR. Maka anda tengok dan komen dibawah yang mana satu. 🙁
So far bagi saya kualiti gambar cantik tapi yang saya pelik, saiz gambar ni tak berat mana pun. Berbanding dengan OP1 (OP1 pakai Snapdragon Camera) punya la besar saiz gambar. Huhuhu.
Macam mana gambar dia? Ok tak? Tapi masa gambar ni diambil, OP2 ROM HydrogenOS. Huhuhu.
Ini contoh gambar dari laman web OnePlus. Boleh buat wallpaper nih 😛
klik untuk lebih jelas
klik untuk lebih jelas
Ini lak contoh video Slow Motion
klik untuk mainkan video
Maaf tiada objek lain yang bergerak, bantai bendera ni. Huhuhu. Lokasi saya ambil gambar sekitar Menara Condong, Teluk Intan, Perak.
Kualiti 720p, dan 120f/s. Tetapi tidak sebaik iOS dimana anda boleh edit kat mana nak slow motion tu.
Ini pulak contoh Time-lapse.
klik untuk mainkan video
Maaf jika angle saya ambil tidak kena. Sebenarnya saya tak biasa ambil gambar sorang2, kalau ada teman, kurang sikit segan tu. Tambah2 ketika ini ramai orang, segan la sikit. Al maklum la, saya ni pemalu sikit. Hahaha.
Speaker OnePlus 2
klik untuk lebih jelas. Pinjam gambar ya 😛
Speaker OP2 ni agak mengecewakan. Kenapa? Sebab sebelah ja bunyi. Hahaha. Tak macam speaker OP1, dua2 bunyi. Bersangka baik, mungkin seperti iPhone yang mana kiri tu mic, kanan tu loudspeaker. -_-. Speaker OP2 ni sebenarnya merdu jika buka volume perlahan. Jika kuat ada bunyi bingit sedikit tetapi terima kasih kepada Audio Tuner menjadikan speaker lebih sedap. Belum pasang ViPER4Android sudah sedap, kalau pasang V4A tu meletup speaker tu. Huhuhu.
Operation Sistem OnePlus 2
pinjam gambar ya? hahaha
Secara official, dua ROM yang terbaik, dan semua function OnePlus 2 berfungsi ialah OxygenOS dan Hydrogen OS.
Untuk maklumat anda, Jika anda pakai China Set (A2001), maka OP2 memang siap2 ROMHydrogenOS. Jika anda pakai Europe / Asia Set (A2003) dan US Set (A2005), maka OP2 siap2 ROM OxygenOS.
Bagi saya, kedua2 ROM tersebut adalah terbaik. Ini perbezaan kedua2 ROM tersebut.
HydrogenOS
Shuttle button, snap lagi laju dan aplikasi kamera lagi baik dari OxygenOS
Smooth dari OxygenOS
Base on 5.1.1 Lollipop
Manfaatkan 100% function OP2 daripada OxygenOS
Quick setting dan Notification hampir serupa dengan iOS
Terdapat mode lock button (tak silap la. huhuhu lupa dah) dimana anda boleh lock button tersebut, dan main game, tengok movie atau apa2 saja dengan tenang. Bila anda pasang mode tu, maka button home, back or recent app tidak dapat tekan. Bagus kan?
Audio Tuner dia, memang awesome gila. Kalah OxygenOS. Equalizer dia jika tanpa headphone memang tak function tapi speaker memang dah kuat tanpa Equalizer. Bila cucuk headphone, kalah ViPER4Android dan Audio Tuner OxygenOS. Serius sedap, kuat dan merdu 😀
Tapi lama2 pakai sedikit lagging
Launcher seakan2 iOS, tiada widget dan berterabur. Anda kena susun sendiri, dan support folder. Nasib baik ada folder. Hahaha.
Battery life? Not bad sama macam OxygenOS.
Alert Slider lawa, ada animation. hohoho
Fingerprint response cepat. 😀
OxygenOS
Shuttle button, snap slow sedikit daripada HydrogenOS, dan aplikasi kamera dia slow sikit.
Base on 5.1.1 Lollipop
Manfaatkan function OP2, tapi ada kekurangan sedikit.
Dark Mode, function ni tiada dalam HydrogenOS. Gelap, lawa 😀
Audio Tuner, Equalizer dia berfungsi loudspeaker dan headphone. Sedap, merdu dan kuat jugak 😀
UI dia seakan2 CM12.1 hehehe
Launcher pun sama, seem like Trebuchet, CyanogenMod.
Battery life? Not bad. Tapi rata2 orang kata OxygenOS kill this beast ==”.
Fingerprint sedikit lambat response.
OP2 juga support ROM lain seperti CM12.1 dan AOSP ROM. Paling gembira sekali, OP2 tersenarai telefon yang bakal menerima update 6.0 Marshmallow 🙂
OnePlus 2 ni merupakan telefon yang power, tetapi kerana software dia yang kelaut membuatkan OP2 ni phone biasa2 saja. Serius, OxygenOS perlu banyak peningkatan dan kamera app dia perlu diperbaiki. Power dah kamera OP2 ni. Huhuhu.
Disini saya sertakan kelebihan dan kekurangan OnePlus 2 ni.
Kelebihan
RAM 4GB (bagi model 64GB la) dan 2nd Generation 64-bit Snapdragon™ 810 processor with 1.8GHz, Octa-core.
Latest USB Type-C
Kamera ada OIS dan Laser Focus
Battery 3,300 mAh.
Fingerprint dan ada Alert Slider.
Support latest Android (jika mengikut spec dia la)
Pure Android OS.
StyleSwap Cover (jika pakai HydrogenOS, anda tukar cover, contoh bamboo maka tema phone anda turut berubah berdasarkan cover apa anda pakai. Gempakkan? HydrogenOS sahaja. OxygenOS? Menangislah ditepi dinding tu -_-)
Telefon premium, harga murah (ye ke murah -_-)
Kekurangan
Tiada NFC (jika anda jarang guna atau tak pernah guna NFC ni tiada masalah)
Tiada Fast Charging (Qualcomm Quick Charge).
Tiada Ambient display (fungsi benda ni kalau kita pegang phone screen kita on. OnePlus 1 sahaja ada -_-)
OxygenOS, perlu banyak perubahan dan aplikasi kamera juga perlu update.
Design tidak macam OP1, OP1 bila tukar cover, satu set tukar 😛
OP2 lagi berat daripada OP1
Itu pendapat saya. Biasa la lain orang lain pendapat. Bagi saya tiada NFC, Fast Charging tiada masalah. Sebab saya bukan pakai sangat pun NFC.OnePlus 1 ada, Xperia Z3 ada, tak pakai pun sentiasa off. Fast Charging lak, charging time OP2 1 jam setengah lebih. Jadi ok rasanya tanpa fast charging.
Paling saya sedih bila depa buang Ambient Display. Why? Kenapa? Ok dah function tu. huhuhu.
Jadi, setakat ini tinjauan penuh mengenai OnePlus 2. Maaf jika ada salah dan silap sepanjang penulisan saya. Rasa janggal lama tak post :(. Mungkin ini tinjauan penuh, dan ringkas. hahaha
Apa pendapat anda mengenai OnePlus 2? Flagship Killer kah? Ataupun hanya sekadar indah dari khabar rupa?
Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh tinggal dekat komen bawah tu.
* Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Rasanya banyak yang merapu -_-. Bagi saya, saya amat puas hati dengan OnePlus 1 dan OnePlus 2. Maaf kebanyakkan gambar terpaksa pinjam dari sumber yang lain :(.
Never Settle, patut la tak settle2 problem. Hahaha. Gurau2 ja 😛
Mula2 kita akan sambung ke server menggunakan ssh connection(tak kisah server mana pun, bagus guna server yg ada ram minima 2 gb dan hdd minima 200 gb)
bukak command line dan guna command ni jika anda guna linux base OS ataupun anda guna openssh di windows(anda perlu pergi ke folder dimana anda install openssh tersebut) :
ssh -i “<nama private key anda>.pem” <username server anda>@<ip server anda>
ssh -l <username server anda>@<ip server anda>
dan jika anda menggunakan putty anda boleh guna cara berikut untuk sambung ke server anda:
tekan open setelah anda memasukkan alamat server serta port ssh server anda.
Setelah kita login sebagai root, kita akan tambah lagi satu user:
Root (akaun sedia ada untuk update dan uruskan server)
Freenet(terpulanglah nak letak nama apa pun) (bukan root ataupun dalam list visudo)
Kita akan guna arahan :
adduser freenet
dan membuat kata laluan utk user tersebut:
passwd freenet
anda letak la apa2 password yg anda senang ingat
setelah siap membuat user.
kemudian kita akan update serta upgrade OS kita ke latest version dengan command berikut :
dan guna command berikut untuk install freenet menggunakan java
java –jar New_installer_offline.jar
Setelah siap install semua benda2 penting diatas,
Seterusnya anda perlu menutup putty ataupun openssh(terminate connection tersebut)
Jika anda install di server Anda perlu sambung ataupun tunnel ke server anda dan gunakan teknik port forwarding,
Jika anda guna putty,
Anda hanya perlu tetapkan seperti berikut
Pilih local port 8888
Dan destination port 127.0.0.1:8888
Dan sambung semula ke server anda dengan menggunakan username dan password yang baru tadi kita buat (bukan user root)
Dan untuk pengguna openssh pula,
Anda perlu sambung guna command berikut:
ssh -L 8888:localhost:8888 <ip server anda>
ataupun
ssh -i “<nama key anda>.pem” <nama user yg anda buat tadi>@<ip server anda>
dan login menggunakan username dan password user baru yg anda buat sebentar tadi.
Dan anda boleh guna apa2 browser kegemaran anda dan pergi ke
127.0.0.1:8888
Dan selamat menyelam di dasar laut dalam :3
berhati2 ketika membuka apa2 pautan ke Clearnet :v
my Web Of Trust id … leh add >>>Request URI: USK@IucFgDJyLkoZGZGiRMj8SrRB6Ke8ilFMHA3AdfQgrGs,qUZ59SnQ5zNSXk4oEYx6Gtd5dZ74Ho1C6pxFNmyXlpU,AQACAAE/WebOfTrust/30
connect as friends, tekan section friends dan add nota bawah ni sebijik-sebijik sama 🙂
iPhone mungkin terkenal dengan kamera yang cantik, dan interface (paparan muka) yang mesra pengguna. selain dari memiliki teknologi yang canggih, kualiti dari bahan pembuatannya juga sangat dititik beratkan oleh pihak apple supaya lebih kuat, tidak mudah rosak , bengkok ataupun patah!
Sebuah video dibuat naik di youtube oleh Unbox Therapy menunjukan iphone 6s plus ini betul betul kuat! video dibawah menunjukan bagaimana iPhone 6s plus ini mampu menampung beban sehingga 90kg! wow..
Mungkin video ini adalah alasan kenapa anda perlu bertukar kepada iPhone.
setelah menonton video ini, mana ada rasa lebih kuat antara Iphone 6s plus atau Lagenda Nokia 3310?
Apa kata anda lakukan test pada handphone yang anda guna sekarang seperti video diatas dan kongsikan dengan kami hasilnya!
Kenapa saya cakap antivirus avast ini sangat terbaik dan sangat disyorkan! Jangan buang masa anda untuk baca panjang panjang. biar saya ringkaskan kenapa avast adalah antivirus terbaik dan percuma! betul!.
Pening nak cari antvirus untuk komputer? ya betul tu. saya pun dulu rasa macam apa yang anda rasa, saya nak antivirus yang bagus tapi nak percuma! biasalah tu. jimat! hahaha. Dengan apa yang ditawarkan oleh avast kali ini betul betul buat saya teruja.
kenapa?
Avast antivirus free edition ini menawarkan banyak fungsi yang tidak ditawarkan oleh antivirus percuma yang lain.ciri ciri yang ditawarkan adalah seperti Antivirus,Anti-Spyware, Anti-Rootkit, perlindungan file, email, web, peer-to-peer, script, jaringan, dan banyak lagi.
Screenshot website/blog yang disekat oleh antivirus avast:
Avast antivirus bukan sahaja memberikan anda perkhidmatan percuma, tapi anda juga mendapat lesen antivirus premium percuma selama satu tahun! serius… tapi dengan syarat anda mendaftar sebagai pengguna avast.
Jangan risau, cara mendaftar sebagai pengguna avast sangat mudah! selepas install perisian avast antivirus ini pada komputer anda, klik pada dashboard avast, dan masukan email anda. untuk pengesahan bukak email anda dan klik link yang diberikan.
pendafaran anda telah berjaya dan nikmati lesen premium percuma selama 1 tahun.
Apa Itu Deep Packet Inspection, Kenapa Perlu Ambil Tahu
Komputer memungut dan mengumpul informasi yang anda hantar dan terima dalam bentuk ‘paket-paket’, yang mempunyai label padanya dipanggil sebagai ‘header’, yang menerangkan siapakah diri mereka, dari mana asalnya dan ke mana arah tuju. Bolehlah diibaratkan sekeping sampul surat yang dihantar kepada pejabat pos untuk dikirimkan pada penerima.
Deep Packet Inspection (DPI) ialah suatu bentuk proses tapisan paket rangkaian komputer yang memeriksa bahagian-bahagian data pada suatu paket (dan bahkan juga pada header) apabila ia melepasi titik pemeriksaan bagi mencari protokol ketidakpatuhan, virus-virus, spam-spam, pencerobohan, atau mana-mana kriteria yang telah didefinisikan untuk membuat keputusan sama ada sesuatu paket boleh masuk melepasi atau jika ia perlu dihalakan ke destinasi yang berbeza, atau, bagi tujuan mengumpulkan maklumat-maklumat statistik.
Sebenarnya DPI jika digunakan dengan betul, ISP dapat membantu untuk mengurangkan potensi daripada pengguna dijangkiti dengan virus-virus, ataupun mencegah pencerobohan data. Tetapi kebiasaannya ISP menggunakan DPI bagi tujuan sekatan terhadap laman-laman web tertentu.
Sepertimana yang diterangkan, teknologi ini membolehkan ISP atau mana-mana pihak yang berkepentingan memantau setiap ‘pergerakan’ internet pengguna. Setiap apa yang dilakukan, laman web yang dibuka, video yang ditonton, dan apa jua post-post di Facebook yang telah di-Like (contoh), semua info jatuh ke tangan-tangan mereka yang ‘memerhati’. Ia diibaratkan perbuatan pekerja pejabat pos yang membuka terlebih dahulu sampul surat dan melihat isi kandungannya sebelum menghantar ia kepada penerima.
Perkara ini sememangnya akan membimbangkan ‘power users’ yang amat memetingkan privasi.
Penyelesaian
Menggunakan Anti-DPI VPN adalah satu-satunya jalan yang paling terdekat dan mudah. Sepertimana namanya, Anti-DPI VPN akan dapat memberhentikan data-data anda daripada dipantau, direkod, dan dilog oleh pihak ISP mahupun kerajaan. Mahukah anda kalau anda muat turun video-video dari internet pun ianya direkodkan oleh ISP? Tak selesa bukan?
Enkripsi dari terowong yang dicipta oleh sambungan VPN biasa sama ada TCP atau UDP sebenarnya sudah cukup untuk tujuan tersebut. Cuma dengan Anti-DPI, ianya ibarat anda tambahkan lagi bilangan pengawal keselamatan pada sesebuah operasi di bank-bank. Hmmm.. boleh faham dengan metafora tersebut?
Pada sesetengah keadaan, Anti-DPI mampu membantu meningkatkan kelajuan internet daripada sambungan VPN yang biasa. Ini saya telah pun cuba sendiri yang mana dengan sambungan TCP ataupun UDP, kelajuan muat turun adalah amat mengecewakan (rangkaian apa saya terpaksa rahsiakan). Tetapi dengan Anti-DPI, kelajuan telah meningkat lebih dari yang diharapkan.
Cuma bukan semua rangkaian/ISP adalah serasi dan optimum dengan penggunaan Anti-DPI ini, sebagai contoh Maxis Fibre Internet. Saya pun tak beberapa nak pasti kenapa, tetapi setiap sambungan setakat ini masih belum cukup stabil dan kerap terputus.
Pengesyoran
Setakat ini, servis VPN dengan Anti-DPI yang paling puas hati pernah saya gunakan adalah dari FinchVPN. Kalau anda rajin mencari servis ini, terdapat juga pelbagai lagi servis dengan pelbagai nama, tetapi setakat ini FinchVPN amat stabil dan boleh ‘diharap’. Harga langganan juga adalah amat mampu untuk dibayar dan pakej yang ditawarkan adalah pelbagai sesuai dengan kemampuan individu tertentu.
Servis VPN DelanVPN juga dikhabarkan oleh pembangunnya akan mempunyai Anti-DPI. Tetapi buat masa ini dek kerana kekangan masa dan modal, DelanVPN masih belum dapat dilancarkan, jadi bersabarlah semua ya.
Apapun saya harap artikel kali ini mampu membuka mata anda terhadap suatu perkara baru dalam hidup anda mengenai rangkaian internet. Kita akan bersua lagi di artikel lain dengan topik-topik yang lebih menarik dan lebih berat lagi.
Bertemu dan.. berpisah adat manusia.. Biasaaa.. Huhuhu..
Sekian lama uTorrent berjasa, bertahun-tahun lamanya, kini dah tiba masa untuk saya mencuba sesuatu yang lebih menarik dan baru. Ya, ya, baru untuk saya, mungkin sudah lama untuk anda. Tapi… peduli apa.
Selamat tinggal uTorrent. Selamat bertugas, Bitlord!
Apa Ciri Bitlord Yang Menarik?
Apa yang paling dikehendaki dari seorang yang baru hendak mula mengenali dunia muat turun Torrent? Suatu klien yang mudah untuk difahami meskipun untuk pemula.
Cuba anda lihat pada paparan skrin di bawah. Apa yang anda faham dari paparan antaramuka pengguna perisian Bitlord ini?
Agak rumit? Oh tidak, sebenarnya mudah sahaja. Lihat pada paparan ini, Bitlord mempunyai:
1. Enjin carian terbina dalaman. Anda tidak perlu melilau mencari di laman Google lagi.
2. Pelayar web terbina dalaman. Ya, untuk tujuan yang sama, tapi boleh juga digunakan untuk membuka laman omghackers.com. Heheheh.
3. Hasil carian dari repositori yang dipercayai. Ini bermakna anda tidak perlu bimbangkan tentang virus. Apa yang anda perlu bimbangkan ialah ruang pada cakera keras anda sama ada masih banyak kosong atau sudah hampir penuh.
4. Pada hasil carian tersebut, dipaparkan kepada anda semua maklumat fail yang sedang anda cari, dari nama, saiz, jumlah seeders dan peers, serta usia torrent tersebut. Wow, ini sangat-sangat-sangat membantu kepada orang yang tegar memuat turun bahan dari laman-laman torrent.
5. Ia tiada iklan. Kalau pun ada, cumalah sekecil di bawah itu, anda nampak tak? Perkataan “Slow downloads? Bla bla bla bla bla 100% speed.”
Ya. Itu sahaja iklan jika hendak dibandingkan dengan uTorrent yang mana anda perlu melanggan uTorrent Pro untuk menyingkirkan iklan (walaupun secara teknikalnya ia boleh ‘disorok’ ataupun dihapuskan).
Ini ialah kelajuan biasa dari Maxis Fibre Internet. Heheh. Ohsem.
Ini pula.. oh well, let’s call it as ‘Google Fibre’. Heheheh..
Untuk uTorrent, anda perlu menggunakan uTorrent Pro bagi mendapatkan fungsi ‘Stream’. Walaubagaimanapun, dengan Bitlord, fungsi tersebut telah pun tersedia di luar kotak. Siap untuk anda gunakan!
Kalau nak diikutkan ada lagi yang ingin saya tulis. Tapi itu saya serahkan kepada anda untuk terokai sendiri keistimewaan Bitlord ini.
Nanti kejap lagi mesti ada yang tanya, Mr. Hac, apsal tajuk entri sekarang semuanya panjang-panjang belaka?Mr. Hac : Aku bubuh semuanya dekat tajuk biar senang, korang bukan baca isi post pun kan?
Pembaca Anonimos : Krik .. Krik .. Krik ..
Hahaha.. korang yang masih kekal membaca ni baguslah. Teruskan, moga-moga mendapat manfaat.
Biasanya apa yang pembaca menyampah tentang servis pemendek URL (URL Shortener) ni? Kiraan masa yang kebiasaannya 5 saat. Tapi apa yang bagusnya? Bayaran kepada para pengiklan.
Saya tak pasti berapa bayarannya untuk servis adf.ly tapi yang saya ingat dari abg saki (penulis jemputan di sini dulu) lebih kurang beberapa sen sahaja untuk 1000 klik. Namun, kadar kiraan bayaran untuk 1000 klik bagi lynk.my ialah RM10. Woahhh! Pakcik Kayo!
Jenis Akaun
Terdapat dua jenis akaun untuk lynk.my ini, iaitu Publisher dan Advertiser. Kalau korang macam saya, dah kaya sangat pakai Publisher dah la. Dapat bayaran juga. Tapi kalau akaun Advertiser korang kena bayar kepada lynk.my. Hahahah.. jangan salah faham. Bertenang semua.
Akaun Advertiser, dah nama pun jelas, Advertiser, terjemahannya Pengiklan, adalah khas untuk peniaga-peniaga kecil mahupun besar yang ingin beriklan dengan lynk.my. Nampak kan contoh iklan di atas? Tak nampak? Ye lah blur sikit, sori lah. Tengah counter tu jalan saya dah ambil screenshot. Kecoh la.
Ok-ok-ok. Ianya berfungsi lebih kurang sama macam FB Ads, dan bayaran paling minima kepada lynk.my ialah RM10 untuk sasaran kepada 800 viewer (viewer dalam BM apa yang paling sesuai ye? Penonton? Pelihat? Pemapar? Adoi… pening.. -_- ).
Setakat ini, itu sahaja info yang ada diberikan kepada saya. Kalau ada info tambahan InsyaAllah kemaskini entri akan menyusul. Apapun tak salah mencuba servis ini, kerana servis lain yang menawarkan perkara yang sama lebih sedikit bayarannya kepada pengguna. Lagi pula, siapa lagi yang nak menjayakan usaha anak tempatan kalau bukan kita sendiri?
Oh ya, sebut pasal anak tempatan, jika anda menggunakan servis ini dan kemudian menggunakan IP dari negara luar (VPN), kadar klik tersebut tetap dikira tetapi tidak dibayar. Hanya IP dari Malaysia sahaja yang akan dikira dan dibayar kepada anda. Adil bukan? Ini adalah kerana sasar tuju lynk.my adalah kepada para pembaca, pengguna, dan pengiklan dari dalam Malaysia.
Penutup
Apapun korang dah tempah ke belum Baju T Limited Edition OMG! Hackers?
Kalau belum elok lah isi borang tempahan ni, sebab tarikh tutup dah dekat kot! Tarikh tutup adalah 5 Oktober 2015. Kalau terlepas nanti pergi menangis tepi dinding sana! Huh.
Walaupun saya lebih suka dengan FinchVPN sebab ia satu-satunya servis VPN paling murah yang menawarkan Anti-DPI (nanti saya akan tulis satu artikel lain tentang DPI), tetapi kalau ada servis lain yang menawarkan pakej menarik apalah salahnya kalau saya tolong promosikan.Nak kata murah tidak juga, sebab bila ditukarkan kepada mata wang Ringgit Malaysia, ianya jadi lebih kurang RM263.33+-. Tetapi sesiapa yang sedang duduk di negara luar khususnya yang menggunakan mata wang Dolar Amerika pastinya akan mengambil peluang ini kerana untuk masa yang terhad, anda boleh dapatkan servis VPN premium selama 2 tahun dari Private Internet Access hanya untuk $59.95, dan sambungan VPN boleh digunakan secara serentak sehingga 5 peranti.
Oh ya, saya ada katakan sebentar tadi yang peluang ini datang dalam masa yang terhad bukan? Ya, ianya akan tamat dalam masa 2 hari sahaja lagi.
Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, kalau anda yang duduk di US, kerja di sana, dan menggunakan mata wang USD tu, beli je lah servis ni. 2 tahun tu. Kepada yang duduk di Malaysia, marilah kita berhuhu beramai-ramai. Huhuhu..
Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar terlalu banyak perkara yang telah melalui fasa evolusi.Salah satu darinya adalah ialah klien Torrent Transmission, yang dahulunya lebih popular kepada para pengguna Ubuntu.
Kini ia boleh didapati dalam versi untuk Windows, malah terdapat versi 64-bit juga.
Android Box adalah sejenis device alatan elektronik yang menggunakan applikasi ANDROID JELLY BEAN 4.2.2. atauANDROID KIT KAT 4.4.2 Dalam erti kata lain Android Box boleh digunakan untuk ‘download’ segala ‘apps’ yang ada dalam ‘PLAY STORE’. Jadi, anda boleh gunakan TV anda untuk dijadikan android device.
Selain itu, Android Box juga boleh dijadikan TV dengan kaedah Internet Protocol TV atau dikenali sebagai IPTV.
Android Box menyediakan FULL CHANNEL @stro SD / @stro HD/ @stro FIRST/ @stro BEST dan beberapa channel luar termasuk Sony HDTV, beberapa siaran TV Indonesia dan lain-lain.
APAKAH KEPERLUAN UNTUK MENGGUNAKAN ANDROID BOX
1. Internet
2. TV (yang terbaik adalah yang mempunyai HDMI)
3. Elektrik
BAGAIMANA ANDROID BOX MENJADI ‘ANDROID DEVICE’
Semua ‘apps’ yang ada di dalam ‘playstore’ boleh di ‘download’ dan digunakan. Video di bawah ini menunjukkan penggunaan Android Box dengan TV plasma sebagai ‘android device’.
BERAPAKAH KELAJUAN INTERNET YANG DIPERLUKAN Kelajuan internet yang diperlukan adalah 4 mbps ke atas.
Namunbegitu, anda masih mampu menikmati android tv ini walaupun kelajuan internet di rumah anda adalah bawah daripada itu. Tetapi, ianya tidak secantik internet yang berkelajuan 4 mbps ke atas. (namun, ia masih berbaloi berbanding daripada membayar bil @stro yang semakin hari bertambah)
BAGAIMANAKAH ANDROID BOX BERFUNGSI Gambarajah di bawah menunjukkan dengan mudah bagaimana Android Box ini berfungsi.
APAKAH CHANNEL YANG BOLEH DITONTON MENGGUNAKAN ANDROID BOX 1. Semua SD Channel astrololol (lebih 170 channel termasuk siaran percuma seperti TV1,TV2,TV3, NTV7, 8TV dll).
2. 48 channel HD astrolol dan lain-lain.
3. Siaran astrolol First
4. Siaran astrolol Best
5. Channel Indonesia dll 6. Channel Singapura, Taiwan, Japan, Korea, India dll 7. 19 channel Sukan 8. 9 Channel kartun 9. VOD (semua movie yang pernah ditayangkan di astrolol First, astrololbesto, konsert dll dikumpulkan di dalam VOD.
APAKAH KELEBIHAN-KELEBIHAN LAIN PENGGUNAAN ANDROID BOX 1. Jadikan tv anda SMART TV BOLEH,FB,WHATSAPP,GAME,GMAIL,EMAIL,Semua app playstore boleh install.
2. Boleh guna mouse+keyboard. 3. Channel ada 170++ 4. Tiade gangguan CUACA. 5. WIFI connection tersedia (boleh trus connect guna wifi). 6. Tak perlu piring astrolol PUN. 7. Pemasangan kacang molek
1. Skybox / Openboxer
Ia memerlukan para-bola atau piring satelit. Dalam konteks negara kita, ia memerlukan ‘Piring astrolol untuk menonton tv. Selalu terganggu kerana cuaca sebagaimana astrololol. Selalu berhadapan dengan masalah ‘scrambled’ iaitu keadaan dimana channel yang ditonton jadi beku atau ‘hanged’. Skybox pernah ‘scrambled’ pada bulan puasa tahun 2013 sehingga hampir 3-4 bulan. Ia juga tidak ada channel HD.
2. IPTV box (IPTV=Internet Protocol TV)
Ia adalah jenis android box. Menggunakan applikasi internet sepenuhnya. Tidak perlu piring astrololo atau piring satelit lain. Tidak ada masalah ‘scrambled’. Boleh menggunakan TV untuk dijadikan ‘android device’. Boleh digunakan untuk media sosial seperti FB, twitter dll. Boleh juga digunakan untuk tujuan ‘Google’ dan seumpama dengannya. Mempunyai 48 channel HD.
*Ambo dok supply skybox dan adnroid box ni, ambo saja share2 ja. pengalaman dari kawan2 ambo.
pah ni leh call astrolol ckp ngn dia good bye forever :p denga cita nk pasang Parabola Skrng dh hanpir cecah RM5k akibat matawang jatuh. Betoi ka?