Harini ambo rasa nok share skit cara update iOS9 pada iPhone User , walaupun ambo dok mampu nok beli lagi
Cara 1: Update Melalui Wi-Fi
Cara 2: Update Melalui i-Tunes
Views: 0
Harini ambo rasa nok share skit cara update iOS9 pada iPhone User , walaupun ambo dok mampu nok beli lagi
Views: 0
Antara sebab mengapa Pihak Kerajaan Mengharamkan.
Views: 2
Ramai yang bertanya kepada saya apa itu parabola. Oleh kerana saya dah penat nak menjawab, saya terpaksa merajinkan diri saya menulis nota ini. Saya sebenarnya bukanlah pandai sangat, kadang-kadang pun agak bebal jugak, namun dengan adanya pak Google yang tidak pernah tidur siang dan malam, ianya sangat membantu dalam usaha mendapatkan jawapan. Parabola berasal dari perkataan Greek, yang mengandungi focus point dan reflector.
Untuk terperinci, boleh baca sendiri di http://en.wikipedia.org/wiki/Parabola.
Dari situ kita boleh mengetahui bahawa parabola itu hanyalah antena yang akan menerima signal yang dipancarkan dari satelit. Diumpamakan seperti cermin yang melengkung yang akan membalikkan signal ke LNB. Terma dalam bahasa Inggeris pula disebut parabolic antenna. Boleh rujuk dan baca secara terperinci di http://en.wikipedia.org/wiki/Parabolic_antenna. Parabola ada dua jenis, iaitu jenis solid dan jenis mesh. Boleh google sendiri apakah perbezaan, kelebihan dan kekurangan parabola jenis solid dan mesh ini.
Views: 6
Tetapi, di samping versi stabil iaitu Technical Preview 4 tersebut, ada juga versi Developer Build, iaitu versi yang boleh dikatakan ‘Alpha’. Sentiasa dikemaskini setiap minggu dan ditambah baik cirinya, dan diperbaiki bugs-nya.
Apa Yang Menarik?
Oh ya, sekarang Vivaldi sudah boleh menggunakan extension Google Chrome (walaupun ada la satu-dua extension yang tak dapat berfungsi penuh).
Views: 3
Namun jangan bimbang, ia adalah masalah kecil yang dapat diselesaikan dengan mudah kalau tahu caranya. Anda hanya perlukan satu extension yang dipanggil sebagai Click&Clean. Anda cuma perlu pasangkan ia, dan kemudian klik pada ikon Click&Clean yang terdapat di atas Google Chrome tersebut. Anda boleh tweak tetapan extension ini mengikut kepada apa yang anda suka. Berikut adalah contoh paparan skrin Click&Clean:
Buat sementara waktu, ini saja cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah anda selain mengemaskini versi pelayar web kepada versi paling baru. Oh ya, jangan lupa share dan Tweet post ini ya! Terima kasih semua!
Views: 7
Tidak dapat tidak inilah apa yang telah saya fikirkan pada mulanya. Kemudian apabila partner dalam omghackers.com, Mei Slumberz memberikan racun tuba yang bertubi-tubi, geram pulak rasanya, maka saya pun labuhkan punggung di kerusi panggung wayang walaupun hati ini berat.
Terus-terang cakap, hati saya puas. Ini adalah filem Melayu dalam tempoh beberapa tahun ini yang benar-benar berbaloi untuk ditonton di panggung wayang, bukan dek kerana tarikan Shaheizy Sam mahupun Zizan Razak, tapi kerana ia ada ‘boom factor’ tersendiri yang buatkan saya tersenyum puas selepas keluar dari panggung wayang. Terima kasih kepada pengarah filem Ghaz Abu Bakar, anda adalah pengarah harapan baru!
Tidak dapat dinafikan bakat lakonan kedua hero kita, Shaheizy Sam yang membawakan watak Inspektor Khairul dengan sangat baik sekali. Memek muka, gerak badan, semuanya adalah ‘secukup rasa’ dan kadang-kadang apabila beliau mengusik Zizan yang membawakan watak Inspektor Sani dengan loghat Terengganu/Kelantan yang entah ada dalam skrip atau tidak. Hahah!
Pelakon-pelakon pembantu yang lain juga sangat membantu dalam menjayakan suasana meskipun tidak banyak scene yang melibatkan mereka. Saya tertarik dengan Nora Danish yang membawa watak Anis, adik kepada Inspektor Sani. Boleh bayangkan tak Nora Danish bercakap dengan loghat Terengganu? Hahahah!
Boom Factors
Selama ini, apakah antara kelemahan-kelemahan filem Melayu kita (dalam zaman generasi Y tentunya)? Kalau filem yang berunsurkan aksi, kita jarang dapat melihat jalan cerita (story line) yang baik, relevan, dan dialog-dialog yang bagus. Tetapi kali ini semua itu telah diperbaiki, hinggakan saya amat tertarik dengan watak penjahat utama yang berdialog dengan loghat Kelantan. Beliau punya watak jahat itu nampak ‘legit’ dan bukan ‘main-main’. Pendek kata lakonan beliau berjaya meyakinkan saya yang beliau adalah penjahat utama!
Saya rasa kalau ada pelakon pembantu yang patut dapat anugerah, beliaulah orangnya.
Dialog-dialog yang dilontarkan juga terasa ‘kena’ pada tempatnya dan bukan ditulis dengan hentam kromo. Saya paling teringatkan dialog yang telah diucapkan oleh Allahyarham Harun Salim Bachik;
“Hari ini kita tak perlu bawa balik banduan!”
Wow. Boleh digelarkan sebagai Dialog Sepanjang Zaman.
Antara lain, saya sukakan babak kejar-mengejar dengan kereta. Oh ya, dalam filem-filem sebelum ini ada juga babak seperti ini, tetapi ianya terasa bosan dan kosong, serta tiada jiwa. Babak kejar-mengejar dalam filem ini terasa ‘real’ dan ada ‘feel Malaysia’. Ini, saya bagi A++.
Bukan itu sahaja, babak yang melibatkan bahan letupan juga telah bertambah baik dari filem-filem lain. Ia tidak nampak hodoh dengan CGI-CGI, dan meskipun ia bukan sebesar letupan dalam filem-filem Hollywood, ia adalah lebih dari cukup untuk menggambarkan bahawa filem Melayu Malaysia sedang bergerak ke arah kemajuan. Kerana apa? Kerana selain letupan yang melibatkan kenderaan seperti van, terdapat juga letupan yang melibatkan pelakon-pelakon tambahan (stunt man barangkali).
Tak lupa juga ada kereta-kereta mahal yang ditembusi peluru dan terbalik akibat kemalangan di sana-sini. Ini juga, saya berikan A++.
Filem ini juga berjaya membuang babak-babak cliche yang membosankan, contohnya sewaktu filem hampir ke penghujungnya dan waktu itu polis-polis sedang dalam perjalanan menyerbu lokasi penjenayah. Saya sangkakan ia akan jadi seperti filem Melayu yang lain, iaitu polis datang serbu, tembak-tembak-tembak, dan bawa balik banduan, habis.
Tidak, ia tidak berakhir di situ. Nak tahu? Pergi tonton di panggung wayang lah!
Kesimpulan
Saya tahu orang bukan suka sangat baca artikel panjang. Kebanyakan orang tak punya masa untuk itu. Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini, Pengarah Filem ini iaitu Ghaz Abu Bakar telah berjaya. Ya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah filem bertemakan kepolisan yang ada ‘feel Malaysia’, dan ia bukan filem polis biasa-biasa yang banyak babak cliche! Itu yang paling penting.
Ingin juga saya ucapkan tahniah kepada semua barisan pelakon serta krew filem. Anda semua memang terbaik!
Rating saya untuk filem ini ialah,
Jalan Cerita : 8/10
Dialog : 8/10
Kesan Khas : 7/10 (banyak boleh ditambah baik)
Barisan Pelakon : 8.5/10 (saya minat betul dengan orang jahat tu. Hahah!)
Keseluruhan : 8,5.10 – A++
Ini rating saya, anda berhak untuk rate sendiri, tapi apapun, tak rugi! Pergilah tonton filem ini. Saya yakin anda akan keluar sambil tersenyum puas.
Views: 0
Walaubagaimanapun, kita kena ambil tahu juga, kalau tak mendalam sekalipun, kena tahu sedikit agar dapat menjaga privasi dari dicerobohi oleh pembuli-pembuli siber yang kurang akalnya itu.
Apa Itu DNSCrypt?
DNSCrypt bukanlah termasuk dalam golongan adik-beradik dengan Durian Crepe. Lain wei.
Dari laman rasmi projek ini, ia diterangkan sebagai:
DNSCrypt is a protocol that authenticates communications between a DNS client and a DNS resolver. It prevents DNS spoofing. It uses cryptographic signatures to verify that responses originate from the chosen DNS resolver and haven’t been tampered with.
Harus diingatkan, DNSCrypt bukan satu penyelesaian yang sama seperti VPN. Ia hanya mengesahkan laluan trafik DNS sahaja dan tidak pula dapat mencegah kebocoran DNS. Jadi langkah berjaga-jaga tambahan dari anda sendiri adalah perlu dan disarankan untuk menggunakan OpenVPN sebagai perlindungan dari anasir-anasir tidak bagus (penggodam dan lain-lain adik-beradik mereka itulah).
Bagaimana Cara Menggunakan DNSCrypt?
Untuk Linux khususnya Ubuntu saya perlukan artikel berasingan kerana ianya agak panjang juga. Jadi kita mulakan dengan Windows. Dalam tutorial ini saya gunakan Windows 10 sebagai contoh.
Pertama sekali muat turun Net Framework 3.5 dan pasangkan ia.
Muat turun Net Framework 3.5 di sini : Microsoft .NET Framework 3.5
Kalau inginkan pemasang versi offline, ia ada di sini : Microsoft .NET Framework 3.5 Service pack 1 (Full Package)
Kemudian, muat turun pula fail-fail di bawah.
Pautan Muat Turun:
Muat turun seperti yang telah dimerahkan. Pada ketika artikel ini ditulis versi terkini ialah 1.6.0.
Kalau anda kurang berkeyakinan untuk menggunakan baris perintah maka bolehlah muat turun fail klien dalam bentuk GUI melalui pautan berikut:
Windows client for managing the DNSCrypt Proxy
Klik pada ‘Download ZIP‘.
Optional:
Ini adalah versi lain klien GUI untuk DNSCrypt. Anda boleh cuba gunakan ia sebagai alternatif. Saya tak suka yang ini sebab walaupun nampak lebih ‘cool’ tapi pada laptop saya ia tidak berkesan. Entah apa la ‘settings’ yang saya usik, DNS masih bocor. Betul DNSCrypt tidak mencegah kebocoran DNS tetapi sekurang-kurangnya ia tidak perlulah menjadi penyebab pula. Ahahaha!
Ok lah pautan muat turun adalah seperti di bawah:
SIMON CLAUSEN DNSCRYPT WINDOWS SERVICE MANAGER
Langkah Seterusnya:
Ekstrak dua fail yang telah anda muat turun di atas dan anda akan dapat dua folder iaitu
dnscrypt-proxy-win32 dan dnscrypt-winclient-master.
Buka folder dnscrypt-proxy-win32, salin kesemua fail di dalamnya.
Kemudian buka pula folder dnscrypt-winclient-master > binaries > Release, dan tampal (paste) fail-fail tersebut di sini.
Jalankan klien iaitu fail yang bernama dnscrypt-winclient (extension .exe). Berikut adalah paparan antaramuka klien DNSCrypt:
Ia akan memaparkan peranti rangkaian yang berhubung dengan peranti anda. Di sini anda boleh tandakan pada mana-mana peranti rangkaian yang anda rasa mahu digunakan bersama DNSCrypt.
Kemudian, klik pada tab ‘Config‘. Di sini pula anda boleh memilih penyedia DNS yang anda minati. Saya pilih ‘Cisco OpenDNS‘ kerana ianya sudah ‘established’ dan dikenali di serata dunia. Seterusnya tekan butang ‘Install’ dan butang ‘Start’ akan berfungsi secara automatik lalu bertukar kepada ‘Stop’. Anda sudah boleh klik butang pangkah, kerana klien ini akan berfungsi di balik tabir sistem operasi.
Anda boleh periksa sama ada ia benar-benar berfungsi atau tidak dengan membuka laman DNS Leak Test (sebagai contoh).
Pada peringkat permulaan sebelum godek-godek, ini yang saya dapat:
Ia memaparkan data IP servis VPN yang sedang saya gunakan. Kemudian, setelah ‘centang itu centang ini’, ini pula hasilnya:
Ok lah. Saya berharap anda seronok dan gembira (ehhh, bukan sama ke seronok dan gembira tu?) dengan tutorial kali ini. Silakan mencuba kepada sesiapa yang berminat. Semoga entri ini dapat membuka mata anda tentang privasi.
Pautan Rujukan:
Using the DNSCrypt client on Windows
Anda juga boleh membaca panduan untuk mencegah kebocoran DNS di sini: What Is A DNS Leak
And How To Fix It
Views: 2
Saya sendiri bermula dengan Ubuntu. Tiada apa yang salahnya pun. Kita yang tidak tahu apa-apa tentang Linux tetapi dalam masa yang sama amatlah berminat ingin tahu bagaimana cara kerjanya, maka Ubuntu adalah ‘calon’ yang paling sesuai.
Saya masih ingat lagi soalan saya kepada kawan baik suatu waktu dulu iaitu mana yang lebih mudah digunakan, Windows atau Linux?
Katanya “Windows lah, senang, ada GUI, kalau Linux ko nak kena pandai gunakan command”.
Ini jawapan beliau kepada saya. Saya tanyakan kepada beliau dek kerana beliau pada saya agak berpengalaman dengan komputer dan sistem operasi. Tetapi berbekalkan jawapan tersebut, saya ‘explore’ Linux kerana tidak berpuas hati. Pada saya beliau sengaja menjawab begitu kerana nak ‘sedapkan’ hati saya.
Maka bermulalah perjalanan saya mempelajari Linux bermula dari Ubuntu, beralih ke Linux Mint, seterusnya kepada beberapa sistem operasi Linux yang lain hinggalah akhirnya tetap kepada Arch Linux. Setelah beberapa tahun menggunakannya, berikut saya senaraikan beberapa pro dan kontra Arch Linux sebagai sistem operasi harian. Kita mulakan dengan pro terlebih dahulu:
1. Percuma Tanpa Syarat
Sementara Microsoft ‘memberikan’ Windows 10 secara percuma dengan syarat pengguna mestilah menggunakan sistem operasi asli, Linux pula memberikan semua orang sistem operasi mereka secara percuma tanpa ada apa-apa syarat.
Cuma, kalau anda lihat paparan skrin di bawah ini, Ubuntu juga memberikan kepada anda pautan untuk muat turun fail ISO, namun dengan ‘bau-bau perlian yang agak pedih’. Nah, nak muat turun, silakan, tapi muat turun begitu je ke? Tak kan takde derma sikit kot?
Ahahahah.. lebih kurang begitulah maksud saya. Tetapi di laman muat turun Arch Linux, anda boleh terus sedut ‘like a boss’. Tiada perli-perli, tiada sliding bar untuk buat anda rasa serba-salah. Heheh..
Muat Turun : Arch Linux Download
2. Belajar Sistem Linux Dengan Lebih Mendalam
Kalau anda sangat baru dengan dunia Linux, saya galakkan anda mencuba Ubuntu. Tetapi bila dah lama sikit, dan dah mahir selok-belok sistem, apabila anda teringin hendak luaskan ilmu pengetahuan anda maka teruslah muat turun dan pasang Arch Linux pada partisi kosong yang ada.
Bukan nak kata tak boleh belajar sistem Linux apabila menggunakan Ubuntu. Boleh juga, jangan lah menangis. Heheh.. cuma apabila anda dah cuba Arch Linux, saya akui ianya lebih ‘deep’ lagi. Ada ceruk-ceruk dalam sistem yang tak tahu boleh jadi tahu. Itupun disebabkan oleh ralat-ralat yang berlaku akibat dari kesilapan diri sendiri.
Apabila ralat keluar, tidak dapat tidak kita kena belajar bagaimana caranya untuk kita atasi masalah tersebut dan selesaikannya. Jadi di sinilah bermulanya perjalanan pembelajaran pengguna. Kalau tak dapat banyak, dapat sedikit pun dah memadai asalkan kita faham ‘di mana letaknya sesuatu itu’ dalam Linux. Kerana dalam Linux semuanya adalah, fail.
3. Baris Perintah Yang Lebih….. Power User
Ambil contoh paling mudah, katakan nak pasang Tor Browser dalam Ubuntu, berikut adalah baris perintah yang perlu digunakan:
sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/tor-browser
sudo apt-get update
sudo apt-get install tor-browser
Rujukan : TOR BROWSER BUNDLE UBUNTU PPA
Apa dia tu? Tambah repo, kemas kini maklumat sistem untuk package manager dan kemudian barulah pasangkan Tor Browser.
Untuk Arch Linux pula:
sudo pacman -S tor
Rujukan : Tor
Baris perintah dalam Arch Linux lebih ringkas, padat, jitu, mutu, keunggulan gitu, ye tak? Heheheh.
4. Arch Linux Sebenarnya Senang Untuk Dipasang dan Digunakan
Betul, kalau anda dah mahir, iaitu mahir dengan sistem operasi Linux, sistem dalam direktori fail Linux itu sendiri, selok-belok cilok-mencilok cedok-mencedok, setakat Arch Linux ni memang pejam mata lah. Kalau Arch Linux dah pejam mata, Ubuntu tu pejam mata guna sambil lari dalam guni. Ahahaha.
Sekurang-kurangnya cuma lebih kurang 20 minit sahaja yang perlu digunakan untuk memasang Arch Linux menjadi sistem operasi harian anda. Ini adalah jauh lebih singkat berbanding….. Gentoo.
Tak percaya boleh cuba Gentoo sendiri. Saya tak larat nak tunggu package compiling, terus-terang cakap.
5. Sistem Operasi Cerminan Diri
Anda bermula dari baris perintah. Tiada paparan persekitaran desktop yang membantu. Semua yang anda mula pasang anda lihat depan mata, anda perhati satu demi satu pakej yang dipasang, kalau boleh tiada yang terlepas waktu pacstrap. Daripada kosong, hinggalah kepada sebuah sistem operasi yang ‘penuh’, andalah yang tentukan ia akan menjadi ‘apa’ dan ‘bagaimana’ rupanya.
Ini pada saya adalah jauh lebih mudah. Jauh lebih menyeronokkan kerana hasil akhir tidak kiralah pasang berapa kali pun, belum tentu akan jadi seperti sebelumnya, kerana sebagai contoh kalau di satu PC yang lain saya cuma pasangkan Arch Linux yang minimal beserta MATE Desktop, di satu PC lagi saya tambahkan pula dengan Compiz, dan pelbagai lagi hingga jadi seperti PC dalam filem-filem Sci-Fi, canggih-manggih gitu.
Berbeza dengan Ubuntu atau lain-lain turunan dari Ubuntu seperti Linux Mint, sistem-sistem operasi tersebut sudah ‘disiapkan’ lebih awal lagi untuk anda. Bukan nak kata anda tiada kawalan penuh, tetapi anda tidak dapat menikmati keseronokkan membinanya dari mula. Penting sangat ke? Oh yeah, penting.
Baiklah. Kita beralih kepada kontranya pula. Berikut adalah senarai dari saya sendiri:
1. AUR
Ya, pada pengguna lama mesti tak bersetuju dengan saya. Jangan salah faham. Saya suka sangat dengan AUR. Apa-apa pakej yang tiada dalam repo rasmi boleh cari dengan mudah di sini. Tetapi terimalah hakikatnya, bukan semua ‘resipi’ dalam AUR itu sempurna.
Kerap saya menemukan tidak boleh compile di sana sini akibat itu tidak cukup, ini tidak lengkap. Memang boleh bikin sendiri tetapi di mana keseronokannya di situ?
Ini belum lagi kalau pakej yang sudah di-flag sebagai out-of-date, dan kemudian ‘abandoned’, sedangkan boleh pasang dengan mudah pada Ubuntu. LOL. Sebut pasal Ubuntu, proses kemas kini pakej yang menggunakan PPA adalah jauh lebih mudah berbanding pakej yang menggunakan AUR. Tak percaya cakap saya boleh cuba sendiri. Bosan lah cakap sorang-sorang.
2. Proses Kemas Kini Tidak Dikendalikan Sepenuhnya Oleh Package Manager
Ya, ini yang paling menyakitkan jiwa. Kenapa tak bikin terus? Kenapa nak susahkan pengguna lagi? Ini bukan soal belajar benda baru lagi, atau jangan malas-malas, tapi ini soal benda ‘auto’ kalau dah boleh dibuat kenapa nak bikin manual? Ini contoh:
warning: /etc/pam.d/usermod installed as /etc/pam.d/usermod.pacnew
Ini contoh sahaja lah. Kalau dah boleh digantikan dengan fail yang baru, kan elok terus gantikan sahaja, cuma maklumkan melalui pacman. Paling mudah faham fail mirrorlist. Kalau ia terus digantikan pun tiada masalah, pengguna boleh buat semula speed test untuk mirror yang paling laju dan kemudian sort kepada 5 atau 6 mirror paling bagus. Ini tidak, ia disimpan dahulu sebagai mirrorlist.pacnew selepas selesai pacman -Syu. Ceh.
3. Pepijat Selepas Kemas Kini
Entah kenapa, kadang-kadang (diulangi kadang-kadang!) kalau selepas kemas kini sistem ada pula pepijat yang rajin singgah. Terkadang ia dari fail pemacu baru, dan mungkin juga dari aplikasi-aplikasi yang mempunyai konflik dengan fail-fail tertentu.
Penat juga apabila kena peruntukan masa untuk baiki sistem yang terganggu. Tetapi itu pengalaman saya, selepas beberapa tahun menggunakannya (dan tidak pernah diformat langsung laptop ini sejak saya pasangkan Arch Linux sampai lah dapat Windows 10. Heheheh.).
Anda mungkin lain pula pengalamannya. Apapun boleh kongsikan pengalaman anda sendiri di ruangan komen. Apa pendapat anda?
Untuk anda yang baru nak berjinak-jinak, boleh rujuk cara pasang Arch Linux yang terbaru di sini : Cara Memasang Arch Linux (2015.08.01 ISO)
Views: 0
Apapun saya ingin ‘highlight’ beberapa sebab kenapa saya katakan pengguna Linux lebih beruntung, kerana sistem operasi Linux lebih baik berbanding Windows 10. Antaranya ialah:
1. Percuma Tanpa Syarat
Oh ya, Windows 10 adalah ‘percuma’. Ambil perhatian kepada pembuka dan penutup kata itu, kerana Windows 10 hanya diberikan secara ‘percuma’ melalui proses naik taraf sistem operasi yang telah diaktifkan dengan lesen yang sah/asli. Betul, ada juga kes yang saya dengar versi lanun pun boleh juga. Tapi kalau saya jadi ‘mereka’, saya tak berani.
Manakala Linux pula terus kekal percuma tanpa apa-apa syarat. Anda nak muat turun ISO hari ini, percuma. Esok, percuma. Lusa, tulat, tonggeng, temanggung, temanggeng, semuanya percuma. Tinggal rajin atau malas untuk belajar, itu sahaja.
Windows 10, kalau ingin dibeli harganya maksima hingga RM1000+. Wow.
2. Tiada Isu Keylogger
Ok, meskipun saya dah menyampah dengan isu ini, yang telah saya terangkan dalam entri sebelumnya, tetapi pengguna Windows 10 tetap dihantui dengan pelbagai isu yang melibatkan privasi. Data-data dan setiap taipan pada papan kekunci dikhuatiri akan disalahgunakan, dan ‘dicuri’ oleh Microsoft. Ewww~
Linux? Tiada isu ini. Dahulu pada tahun 2013 Richard Stallman pernah mengatakan Ubuntu adalah Spyware. Tetapi harus diingat, Linux bukan hanya Ubuntu, dan Ubuntu bukan mewakili Linux. Kalau khuatir dengan isu Ubuntu ini gunakanlah Arch Linux. Aman damai kepala otak ini, sejuk je rasa. Heheh.
3. Windows 10 Memaksa Pengguna Kemaskini
Ahhh, come on la, kita semua ni kedekut kuota sebab harga pakej/pelan internet di Malaysia ni mahal bukan main, manakala kuota pula sejimbit seciput sedikit cuma. Ada hati nak suruh kita kemaskini sistem operasi setiap hari tanpa ada pilihan untuk ‘opt-out’? Ewww~
Linux? Anda dah pasang, nak kemaskini, silakan. Kalau tak nak, apa yang anda guna tu sudah mencukupi. Kalau ada kuota lebih, nak kemaskini, lagi bagus. Kalau kuota habis, menangislah kamu di tepi dinding sana.
4. Kebimbangan Terhadap Virus dan Penggodam
Ahhh, ini satu lagi isu. Tak cukup dengan Microsoft memantau setiap taipan pada papan kekunci untuk ‘mengajar Cortana menjadi lebih bijak’, pengguna terpaksa berfikir bagaimana cara untuk selamat daripada virus-virus bodoh seperti virus shortcut (serius? dah masuk tahun 2015 kot. Virus ni masih viral!).
Sementara pengguna Linux hanya senyum-senyum kambing saja melihat anda mencucuk pemacu USB ke port USB komputer mereka. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana tiada virus shortcut atau lain-lain virus geli-geli yang boleh masuk menyusup.
5. Prestasi Dijejaskan Oleh Bloatware
Windows 10 dipenuhi oleh ‘bloatware’ atau ‘crapware’ walaupun ia bukan datang dari OEM. Ia datang dari Microsoft sendiri. Penuh dengan pelbagai aplikasi yang akan dimuat (load) ketika startup dan kemudian memenuhi RAM anda. Betul, boleh dibuang, tetapi kenapa nak sakitkan kepala tentang prestasi apabila Linux akan sentiasa berprestasi tinggi setiap hari tanpa dapat dijejaskan oleh apa-apa, melainkan ‘kesilapan’ anda sendiri..?
Jangan lupa anda kena jaga juga registry Windows supaya ianya tidak dipenuhi dengan pelbagai entri yang tidak perlu. Kalau salah padam, salah tambah, akan jadi isu baru pula. Linux tiada registry. Tiada juga isu ini. Hilang sakit kepala untuk satu lagi perkara.
5 point saya tidak cukup kuat ke? Ahhh, tak kisah lah. Saja je nak panaskan keadaan. Kah kah kah. Bagi anda yang dah selesa dengan Windows 10 tu bawak-bawaklah mencuba Linux, keluar dari kepompong anda yang selesa tu.
Bila nak guna Microsoft Words, Powerpoint, Excel, main game, masuklah ke dalam Windows 10. Tapi bila nak buat kerja lain, dengar lagu, layari laman web, tulis blog, tulis novel, coding aplikasi/perisian, coding laman web dan bla bla bla (lain-lain aktiviti berfaedah!), masuklah ke dalam Linux. Kan lebih ‘power user’ gitu.
Apapun cakap banyak tak guna. Ada berani gunalah Arch Linux. Ada berani ke?
Views: 0
Sedikit panduan untuk mereka yang ingin mengetahui mengenai Deep Web:
1. Laman sesawang yang tiada penghujung undang-undang. Anda masuk dan buat onar maka anda akan kena dengan tindakan undang-undang ‘mereka’, mereka akan cari anda hingga ke lubang cacing (tak semua la sebab dorang tau kita ni cuma picisan budak bengong yang bajet-bajet pro).
2. Tiada la benda yang menarik dalam Deep Web ini, semua perkara yang membuang masa melainkan anda penjenayah, pedofilia, kaki lucah kaki biru kaki kuning kucing musang, orang yang kaya, dan mungkin tiada kerja yang lebih baik.
3. Lebih kurang 3 ribu (kalau tak salah lah, betulkan fakta ini kalau salah) tidak termasuk “ENTER THIS SHIT WITH YOUR OWN ARSE“, yakni tempat yang betul-betul membuat anda akan termuntah dan rasa menyesal masuk.
4. Deep Web menggunakan BTC dan USD.
5. Adakah masuk Deep Web berbaloi? Errr.. tak berbaloi, membuang masa anda melainkan anda ada tujuan khusus, ada duit banyak, ada masa terlebih, ada BTC yang tak tau nak guna untuk apa, dan lain sebagainya.
6. Deep Web dipenuhi dengan scammers dan cyberbully.
7. Dikatakan Deep Web dilindungi oleh Homeland Security.
Rujukan : List of law enforcement agencies
Bagaimana caranya untuk memasuki Deep Web?
Gunakan TOR. Pakai Google Dork ‘site: .onion’. Ok. Pandai-pandailah bermula dari situ. Macam biasa. Ada akal guna untuk berfikir. Jangan klik sebarangan, jangan buat benda yang bukan-bukan.
– Artikel ini adalah tulisan Ichsu Tanamy dan Muhammad Ridzuan Bin Amirhamzah. Saya cuma ‘tambah perisa’ sikit-sikit je. Hehe.
Views: 0