Vivaldi Web Browser Snapshot 1.0.283.8 (Developer Build) – Pengganti Google Chrome?

Ada sesetengah orang amat gemarkan Google Chrome berbanding pelayar web lain, dan saya tergolong dalam golongan tersebut. Namun Google Chrome ada juga ‘little annoying quirks’ di beberapa keadaan, contohnya kadang-kadang tiba-tiba tak dapat nak menaip pada mana-mana bahagian yang boleh ditaip padanya. Huh..Sebelum ini saya dah pernah menulis mengenai pelayar web Vivaldi, namun saya tidak tergerak hati untuk menggunakan ia sebagai pelayar web utama dek kerana versi sekarang adalah versi awal pembangunan dan ketika artikel ini ditulis, ia dilabel sebagai ‘Technical Preview 4’. Bermakna versi Beta pun masih belum cecah lagi.

Tetapi, di samping versi stabil iaitu Technical Preview 4 tersebut, ada juga versi Developer Build, iaitu versi yang boleh dikatakan ‘Alpha’. Sentiasa dikemaskini setiap minggu dan ditambah baik cirinya, dan diperbaiki bugs-nya.

Apa Yang Menarik?

Oh ya, sekarang Vivaldi sudah boleh menggunakan extension Google Chrome (walaupun ada la satu-dua extension yang tak dapat berfungsi penuh).

Adobe Flash Player terbina dalaman, tak perlu pasang pada PC/Laptop lagi dah. Buat berat je.
Penggunaan RAM yang lebih minima. Ini telah saya uji melalui Google Chrome dan Vivaldi yang mana keduanya telah membuka 5 tab yang sama. Berikut adalah keputusannya:
Paparan Google Chrome dan Vivaldi beserta 5 tab tersebut:
Google Chrome
Vivaldi
Amacam? Cun kan.. ohsem kan..
Jadi, kepada sesiapa yang nak cuba, boleh muat turun di sini : Vivaldi
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img