Utama Blog Laman 191

Muat Turun Episod Pertama Supergirl Melalui Aplikasi Movies & TV (Windows 10) Secara Percuma

0
Anda kenal siapa Melissa Benoist, Calista Flockhart, dan Mehcad Brookes? Saya pun tak beberapa nak kenal, tapi yang pasti saya kenal Melissa Benoist tu (dia je yang tak kenal saya).

Beliau merupakan pelakon untuk drama bersiri Supergirl. Secara teknikalnya Supergirl ni saya rasa kakak kot kepada Superman. Tapi disebabkan ‘kapalnya’ sampai lambat beberapa tahun bila ia mendarat di bumi, umurnya masih muda dan Clark iaitu Superman dah pun dewasa.

Hehehe. Itu cuma sinopsis la, kalau nak tengok penuh, anda boleh dapatkan Pilot siri ini melalui Microsoft Store secara PERCUMA. Ya, PERCUMA untuk episod Pilot/Pertama. Inilah yang untungnya bila menggunakan Windows 10. Hehe.

Ok la tu. Siapa yang biasa bagi percuma? Macam susah nak jumpa bukan? Huh. Kalau anda nak tonton Season 1 secara penuh pula, bayaran yang dikenakan adalah $29.99 (kira sendiri bila ditukarkan kepada MYR).

Apa yang menarik jika anda telah ‘Owned’ mana-mana drama atau filem, anda boleh muat turun dan tonton secara offline di lappy atau PC masing-masing. Tersedia dalam versi HD dan SD, serta ada sarikata. Hmmm, menarik ni!

Muat Turun : Supergirl (Pilot)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

10 Cadangan Google Search Yang Buat Anda Sangat LOL !

0

10 Cadangan Google Search Yang Buat Anda Sangat LOL ! – Biasa kalau nak cari apa apa mesti anda akan google, atau google je! betulkan? Kebiasaanya bila anda mencari sesuatu di google search engine, anda akan dicadangkan dengan beberapa perkataan ramalan atau cadangan dari google.

Pada secara asasnya, perkataan ini keluar secara automatik mengikut kata kunci yang ada cari, tapi sebenarnya ia adalah hasil carian sebenar yang dilakukan oleh orang-orang yang menggunakan google search ni!

bukharimalek

Ini adalah diantara 10 carian yang mungkin buat anda sangat LOL! (sambil buat meme mulut muncung) kalau tak percaya boleh cuba google sekarang!

#1 Whats a Boyfriend and Where Can I Download One

#2 How Do I Google Something

#3 Google Will You Marry Me

#4 Is It Normal to Eat Period Blood

#5 Never Put a Sock in a Toaster

#6 Do Men Have Periods

#7 Cats Like Hitler

#8 Can a Human Get Pregnant by an Animal

#9 Why Do Men Like Boobs

#10 What Would Happened If There Was No Google

Sekarang macam mana? nak google lagi ke? LOL!!!!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Seven Torrents, Pengganti YIFY/YTS

0
Umum sedia mengetahui akan ‘kehilangan’ laman YIFY a.k.a YTS, yang pada awalnya dikatakan ‘down’ dek kerana serangan DOS. Namun, berdasarkan kepada apa laman Torrent Freak, mengikut pengalaman mereka ada kemungkinan laman YIFY / YTS ini telah pun dibubarkan buat selama-lamanya.

Punca sebenar masih belum diketahui. Sedih dengan hakikat ini, namun hidup harus diteruskan.

Meneruskan legasi YIFY, saya kini sudah boleh ‘move on’ kepada laman Torrent kegemaran terbaru saya iaitu Seven Torrents. Kalau nak diikutkan banyak lagi laman-laman lain, namun apa yang buat saya tertarik dan melekat dengan Seven Torrents adalah kerana boleh dikatakan mereka agak kerap mengemaskini laman mereka.

Sumber-sumber filem diambil dari pelbagai laman lain dan kemudian dikumpulkan di satu tempat lalu jadilah Seven Torrents. Filem juga turut diklasifikasikan mengikut saiz dan resolusi. Ini lebih memudahkan peminat untuk memilih Torrent yang mana satu menjadi pilihan untuk dimuat turun.

Navigasi di laman ini juga adalah mudah untuk difahami meskipun bagi pemula. Walaupun masih dalam status beta, laman ini boleh dikatakan stabil dan kalaupun ada perubahan saya cuma berharap ia akan ada ‘dark theme’. Hahahah! Mesti!

Layari : Seven Torrents

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Baiki Kebocoran DNS Pada Ubuntu 15.10

0
Tiadalah gunanya anda menggunakan servis anonimiti seperti VPN dan SSH jika masih berlaku kebocoran DNS, kerana perkara ini boleh menyebabkan alamat IP asal anda terdedah kepada ancaman luar.Kebocoran DNS bukanlah satu perkara baru. Saya pernah tulis cara untuk perbaiki kebocoran DNS dalam Windows pada tahun 2013.

Namun bila menggunakan Linux, caranya berbeza. Kali ini mari kita cuba perbaikinya dalam Ubuntu, dan untuk tutorial ini saya menggunakan Ubuntu 15.10.

Nyahaktif Ipv6

1. Pertama sekali, nyahaktif terlebih dahulu Ipv6. Gunakan Gedit untuk lebih menyenangkan kerja.

sudo gedit /etc/sysctl.conf

2. Tambahkan baris berikut ke dalam sysctl.conf:

# IPv6 disabled
net.ipv6.conf.all.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.default.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.lo.disable_ipv6 = 1

3. Mulai semula sysctl dengan perintah:

sudo sysctl -p

4.Periksa sama ada Ipv6 sudah dinyahaktif atau tidak:

cat /proc/sys/net/ipv6/conf/all/disable_ipv6

5. Keputusan 0 bermakna ianya masih aktif dan 1 bermakna sebaliknya.

Ubah Config VPN/OpenVPN

1. Tambahkan baris berikut ke dalam mana-mana config yang anda gunakan:

script-security 2
up /etc/openvpn/update-resolv-conf
down /etc/openvpn/update-resolv-conf

Simpankan fail tersebut (save).

2. Cuba hubungkan sambungan internet anda dengan OpenVPN berserta config yang telah anda ubah itu.

3. Periksa sambungan anda di DNS Leak Test.

Kalau keputusan menunjukkan tiada alamat IP yang berkait dengan ISP anda, maka anda sudah boleh tersenyum riang dan meneruskan kerja-kerja menorrent anda seperti biasa. Huhu..

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Menaiktaraf Kepada Ubuntu 15.10

0
Tak sia-sia saya menanti tarikh keramat 22hb Oktober 2015 ini. Ini ialah tarikh di mana bangsa-bangsa Serigala Jadian Wily telah pun muncul ke dunia dan akan menakluk segenap jagat raya. Walaupun Ubuntu versi selain dari LTS hanya akan disokong selama 9 bulan, tetapi apalah salah kiranya kita naik taraf setiap kali versi baru keluar.

Tak guna anda masih menggunakan versi lama, kerana selain penambahbaikan bugs, apa yang penting ialah penampalan untuk sekuriti. Apa-apa hal sekalipun buat salinan sandaran terlebih dahulu.

Ok, jom teruskan.

1. Buka Software Updater. Klik pada Settings.

2. Klik pada tab Other Software. Kemudian nyahtanda (untick) pada semua kotak yang bertanda.

3. Klik pada tab ‘Updates’, pastikan pilihan akhir iaitu ‘Notify me of a new Ubuntu version’ diset kepada ‘For any new version’. Tutup (Close) Software Updater. Buka semula Software Updater dan klik pada butang ‘Upgrade’. Selesai!
Menaiktaraf Dari Versi LTS
Untuk anda yang menggunakan versi Long Term Support (LTS), anda mungkin tidak boleh naiktaraf Ubuntu melalui cara biasa. Anda perlu gunakan baris perintah.
1. Pasangkan Core Update-Manager

sudo apt-get install update-manager-core

2. Gunakan baris perintah berikut untuk membuka fail yang mengawal versi rilisan:

sudo gedit /etc/update-manager/release-upgrades

3. Pada bahagian ‘Prompt’ tukarkan dari lts kepada normal.
(Jika anda menggunakan Ubuntu versi selain LTS anda bolehlah langkau bahagian ini.

Prompt=normal

4. Gunakan baris perintah ini untuk menaiktaraf:

sudo apt-get update 

sudo do-release-upgrade -d

5. Atau boleh juga gunakan baris perintah ini:

sudo apt-get dist-upgrade -d

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 15.10 Kini Dilepaskan, Sedia Untuk Dimuat Turun

0
Pertama kali menggunakan Ubuntu 15.10 melalui live USB telah membuat hati ini terjatuh. Huh..
Dulu Unity Dash agak perlahan walaupun anda menggunakan peranti yang bagus. Tetapi kini prestasinya bolehlah dikatakan telah meningkat, seiring dengan versi baru iaitu Wily Werewolf 15.10 ini.

Desktop saya ni.. Hehe..

 

Ini pula saya sedang gunakan SM Player. Cun kan theme dia?
Kalau anda nak baca Release Note penuh, sila ke pautan ini : WilyWerewolf/ReleaseNotes – Ubuntu WikiApa perubahan ketara?

– Linux Kernel 4.2.0
– Overlay Scrollbar yang baru
– Systemd sebagai boot service lalai (default)
– FFmpeg kembali ke repo rasmi Ubuntu
– Aplikasi lalai dalam Ubuntu telah dikemaskini versi
– Unity versi 7.3.3 (Adoi bila la nak merasa Unity 8 ni)
– Gnome 3.16
– Sokongan kepada GTK 3.16.xx
– Sokongan kepada Python 3.5
– Sokongan kepada Steam Controller
-Wallpaper baru! Hahah!
– Lain-lain perubahan ketara.. (letih nak mencari.. Hehe..)

Tapi serius, dulu memang saya tak beberapa suka dengan Unity. Sekarang saya dah dapat menerima sedikit-sebanyak perubahan ini (huh!). Saya cuma berharap sangat satu hari nanti Unity bar akan dapat diubah kedudukannya, atau paling tidak ia mempunyai ‘intelli-hide’! Penting ni!

Muat turun Ubuntu 15.10, Wily Werewolf di sini : Ubuntu Download
(Lynk.my tu pautan iklan je. Klik ‘Skid ad’ okeh..).

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Memasang Spotify di Ubuntu 15.10 Serta Mengatasi Isu Tidak Dapat Dilancarkan

0
Hidup saya tidak sah kalau sehari tidak gunakan Spotify. Saya dah cuba guna aplikasi lain selain Spotify contohnya Deezer, KKBOX, dan lain-lain lagi, namun semuanya tidak dapat bertahan lama.Katalog Spotify terlampau besar untuk ‘dikorbankan’. Ia mempunyai lebih banyak lagu-lagu daripada aplikasi yang seumpama dengannya.

Anda boleh terlebih dahulu memasang Spotify di Ubuntu seperti yang telah ditulis dalam tutorial di sini : 10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 15.10

sudo apt-key adv –keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 –recv-keys D2C19886

echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/spotify.list

sudo apt-get update

sudo apt-get install spotify-client

sudo
apt-key adv –keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 –recv-keys
D2C19886echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee
/etc/apt/sources.list.d/spotify.list

sudo apt-get update

sudo apt-get install spotify-client – See more at:
https://www.omghackers.com/2015/10/10-perkara-perlu-dilakukan-selepas.html#sthash.71Ryh8VA.dpuf

Sangat cantik dan badass kan? Tapi dalam Ubuntu 15.10, ia tidak dapat dilancarkan. Itu adalah dek kerana ada pakej yang tiada:

spotify: error while loading shared libraries: libgcrypt.so.11: cannot open shared object file: No such file or directory

Muat turun libgcrypt11:


libgcrypt11 64-bit


libgcrypt11 32-bit

Setelah siap dimuat turun, anda hanya perlu klik dan pasang melalui Ubuntu Software Center. Kemudian lancarkan Spotify melalui Terminal dengan perintah: spotify

Anda boleh kuncikan pintasan Spotify kepada Unity Launcher, jadi selepas ini tidak perlu lagi melancarkan ia melalui Terminal.

Senang kan?

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Domain XYZ Percuma Dari Hostinger!

0
Anda dari Generasi X, yang dambakan satu perubahan?
Anda dari Generasi Y, yang mahukan sesuatu lain dari yang lain?
Atau anda dari Generasi Z, yang… errr.. belum lahir barangkali.

Dari manapun generasi anda, anda pasti akan suka kepada sesuatu yang percuma. Masakan tidak, kenduri kahwin pun kalau boleh kita nak ‘tibai’ semua asalkan diajak.

Baru-baru ini Hostinger telah melancarkan pemberian domain .xyz secara percuma. Ya, PERCUMA. Saya sendiri pun beli dengan Namecheap, berharga lebih kurang RM5+ setelah ditukarkan kepada Ringgit Malaysia.

Baca juga : Promosi Domain XYZ Kini Hanya USD1!

Apa syaratnya?

Syaratnya anda cuma perlu mendaftar, dan sabar menunggu domain anda diluluskan oleh pihak Hostinger. Itu sahaja. Apa yang penting masukkan maklumat diri anda yang sebenar, jangan tipu-tipu.

Selepas anda membuat akaun anda, anda perlu mengisi butiran yang sah diperlukan untuk pendaftaran domain (nama, alamat, dll). Hanya 1 (satu) domain .xyz yang diberikan untuk setiap orang. Jika domain anda dibatalkan kerana maklumat yang tidak sah, tidak ada peluang kedua untuk mendapatkan domain .xyz percuma.

Tawaran ini sah untuk masa yang terhad. Selepas setahun, anda hanya perlu membayar RM44.50 untuk memperbaharui domain anda. Cukup murah dan berbaloi kerana domain XYZ adalah baru dan kebarangkalian untuk anda mendapatkan nama domain yang anda inginkan adalah tinggi.

Saya telah pun mendapatkan domain omgikan.xyz dan juga archeri.xyz (blog peribadi), cuma domain-domain itu saya beli. Cis. Kalau tahu Hostinger nak beri percuma untuk setahun dah lama saya buat dengan mereka sahaja.

Anda berminat? Sila dapatkan domain percuma anda di sini ya : Domain XYZ Percuma Dengan Hostinger!

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Promosi! Jom Beli Semua Permainan Android Ini Pada Harga Runtuh Untuk Masa Terhad!

0
Memang berbulu bila duit dalam simpanan dah habis dikeluarkan, kerana sekarang ni (saya tak pasti dah berapa hari) ada promosi di Google Play Store.

Banyak permainan berharga hanya 32 sen hingga RM3.50 sahaja (lebih kurang 0.99USD)! Kebanyakan tawaran tersebut saya lihat dari pembangun ‘CHILLINGO’.

Hei, Dead Space pun dah turun jadi 32 sen!
Ok saya tahu, Electronic Arts tidak akan memberikan sokongan terhadap permainan ini lagi, namun dengan 32 sen, anda nak rugi apa? Dulu harga dia RM20+ ooo.. Huhu.

Ini pula antara permaina Chillingo yang diberikan diskaun. Harapnya sempatlah muat turun esok, sebab esok baru gaji. Hehehe.

Monument Valley pula diturunkan harga daripada RM13 kepada RM9.50. Pada saya harganya agak berpatutan, walaupun masih mahal sebab anda tidak akan dapat permainan penuh. Lepas habis beberapa tahap anda kena beli pula tahap seterusnya. Hurm.

Jangan tunggu lagi. Kalau anda suka dengan promosi, anda suka dengan permainan di Google Play Store, sila cari yang ada diskaun dan beli sekarang.

Pergi ke pautan ini : Top Paid in Games

Atau anda boleh tinjau melalui aplikasi Google Play Store pada telefon bimbit pintar anda, di bahagian Games – Top Paid.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 15.10

0
Disebabkan Ubuntu 15.10 adalah satu ‘maintenance release’, maka dengan pantas sekali saya tuliskan tutorial ini walaupun masih menggunakan versi Beta 2. Dari versi Beta 2 kepada versi stabil nanti, pada saya tidak banyak kemas kini yang ‘major’ maka dengan itu kita teruskan kepada tajuk.1. Gunakan DNS Alternatif

Ini adalah perkara pertama yang akan saya lakukan sebaik sahaja saya siap pasangkan Ubuntu. Saya akan masukkan DNS alternatif ke dalam ruang tetapan ‘Network Manager’.

Anda cuma perlu ikut sepertimana yang saya paparkan di bawah dan klik ‘Save’. Tetapan akan sambungkan anda kepada rangkaian secara automatik dengan DNS baru. Dalam contoh di bawah saya gunakan DNS Google.

2.  Hidupkan repo universe dan multiverse.

Kalau anda menggunakan Ubuntu, anda kena hidupkan dua repo ini dan belajar untuk memanfaatkan ia supaya dapat anda pasangkan perisian tidak rasmi dengan sumber tertutup contohnya Adobe Flash Player.

Taipkan ‘Source’ pada Unity Dash.

Klik pada ‘Software & Updates’. Seterusnya tandakan pada kotak ‘Community-maintained free and open-source software (universe)’ serta kotak ‘Software restricted by copyright or legal issues (multiverse)’.

3. Tukar pelayan untuk muat turun kepada pelayan terdekat dan yang paling laju.

Daripada paparan skrin seperti di atas, anda perlu klik pada bar ‘Main server’ dan klik pada ‘Other… -> Select Best Server’.

Apabila sistem telah selesai memilih pelayan yang paling baik, klik ‘Choose Server’, dan ‘Close’.

Nampak paparan skrin di atas? Klik ‘Reload’. Sistem akan mengemaskini data untuk package manager.

Kemaskini sistem operasi anda dengan baris perintah ini:

sudo apt-get update

sudo apt-get upgrade

4. Pasang OpenVPN.

Gunakan baris perintah di bawah untuk memasang OpenVPN dalam sistem operasi:

sudo apt-get install openvpn network-manager-openvpn

Tak perlu saya terangkan apa itu OpenVPN. Jika anda adalah pengguna yang tegar, anda akan tahu apakah kegunaannya dan apakah faedahnya kepada diri anda.

5. Pasang Codec

Inilah salah satu faedahnya apabila kita menghidupkan repo universe dan multiverse. Kita akan dapat memasang codec yang biasanya bersumber tertutup. Tak kisahlah, asalkan dapat memainkan kesemua video dan audio dengan lancar, itu sudah sangat baik.

Gunakan baris perintah di bawah:

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

6. Pasangkan Spotify

Saya tak tahu dengan anda, tetapi saya adalah music enthusiast. Maka Spotify adalah wajib. Rugi kalau tidak ada Spotify dalam mana-mana sistem operasi yang anda sedang gunakan.

Gunakan baris-baris perintah berikut, satu demi satu:

sudo apt-key adv –keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 –recv-keys D2C19886

echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/spotify.list

sudo apt-get update

sudo apt-get install spotify-client

7. Pasangkan Pemain Video SM Player

Apalah guna anda pasangkan semua codec yang best-best tadi tapi tiada pemain video yang terbaik? Pada saya, saya lebih gemarkan SM Player berbanding VLC.

Nah, guna baris perintah berikut:

sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer

sudo apt-get update

sudo apt-get install smplayer

8. Pasangkan Pengurus Fail Arkib

sudo apt-get install unace unrar zip unzip p7zip-full p7zip-rar sharutils rar uudeview mpack arj cabextract file-roller

Rasanya tiada apa yang tertinggal tu. Ok, next.

9. Pasang Tweak Tool

Saya dah kurang berminat dengan Ubuntu Tweak, jadi saya pasang Unity Tweak Tool.

sudo apt-get install unity-tweak-tool

10. Bersihkan sistem dari sampah-sampah

sudo apt-get -y autoremove

sudo apt-get -y autoclean

sudo apt-get -y clean

Selepas siap semua ini, anda sudah boleh ‘tweak’ sendiri Ubuntu 15.10 mengikut citarasa anda sendiri dan memulakan pembelajaran mengenai Linux dan asas-asasnya.

Pada saya sekembalinya saya kepada Ubuntu adalah kerana cinta saya kepada Linux. Meskipun saya lebih gemar menggunakan Arch Linux, namun Ubuntu menarik saya kembali dek kerana ada aplikasi/perisian yang saya teringin sangat hendak cuba gunakan tiada dalam AUR (dan saya malas nak bikin sendiri).

Apapun apabila anda sudah mahir dengan kesemua ragam-ragam Ubuntu, saya yakin dan pasti sistem operasi lain akan jadi lebih mudah pada mata anda, dan saya sarankan Arch Linux untuk ‘tahap pembelajaran Linux’ yang seterusnya.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline