Telegram kini berdepan dengan pengawasan global yang meningkat kerana peranannya dalam kebebasan bersuara dan ancaman keselamatan negara.
Aplikasi ini telah diharamkan atau dihadkan di 31 buah negara, ini termasuklah China, Rusia, dan Iran, serta mungkin akan diharamkan di negara lain seperti India.
Negara-negara ini menyatakan alasan seperti risiko keselamatan dan penyebaran kandungan haram. Geng cetak rompak sudah mula menggelupur, mengelupas kulit, dan mengipas lipas kerana kehilangan punca.
Antara negara-negara yang telah menghalang Telegram adalah termasuk:
China
Rusia
Iran
Pakistan
India (berpotensi)
Mesir
Indonesia
Bahrain
Belarus
Brazil
Cuba
Hong Kong
Iraq
Jordan
Kuwait
Lebanon
Oman
Qatar
Arab Saudi
Sudan
Syria
Thailand
Turkmenistan
UAE
Uzbekistan
Venezuela
Oof. Sungguh… Oof.
Syukur ya, nampaknya Malaysia masih ada manis-manis. Belum diharamkan lagi Telegram ni. Tenang semua.
Penyelidik di Google dan Universiti Tel Aviv berjaya Hasilkan AI yang Berupaya Menghasilkan Permaian Video Tanpa Coding dan Objek
Dunia teknologi dikejutkan lagi dengan hasil penemuan baru dalam keupayaan AI. Penyelidik di Google dan Universiti Tel Aviv baru sahaja menerbitkan kertas kajian AI mereka. Kajian yang diberi nama “GameNGen” itu bekerja dengan menghasilkan permainan video dengan menjana piksel gambar yang bertindak balas dalam masa-sebenar.
Model AI ini dilatih dengan menyuap gambar dan rakaman permainan video DOOM dari internet. Dengan menggunakan Stable Diffusion, GameNGen telah berjaya menghasilkan permainan video DOOM mereka sendiri. AI ini telah mengkhayalkan sebuah permainan video dalam masa sebenar hanya dengan set arahan yang diberikan. Ini dilakukan dengan menjana semua piksel bagi menghasilkan gambar dan tindak balas persis sebuah game sebenar.
Rakaman permainan DOOM yang dijana dengan GameNGen. Sama macam yang sebenar kan?Siap boleh tiru kesan tembakan.
Klip pendek rakaman permainan video sebenar dan rakaman hasil daripada janaan AI ini kemudiannya ditunjukkan kepada beberapa responden. Setiap klip pendek berdurasi selama lebih kurang 1.6 saat dan 3.2 saat. Responden mengalami kesukaran untuk memilih di antara rakaman permainan sebenar dan rakaman klip GameNGen dalam proses kaji selidik hasil kajian dengan ketepatan tekaan sebanyak 60% bagi klip permainan video sebenar.
Adakah Ia Sudah Boleh Digunakan Sekarang?
GameNGen masih lagi di peringkat awal dan penuh dengan limitasi. Pertama sekali, ia hanya dilatih dengan 1 permainan video sahaja secara spesifik, iaitu DOOM 1993. Ia adalah game yang sudahpun wujud dengan jutaan sumber yang boleh diambil untuk melatih model AI ini. Untuk permainan lain yang lebih moden dengan grafik yang lebih terperinci, model AI ini mungkin tidak mampu lagi untuk memproses tindakbalas setiap piksel dalam permainan video tersebut.
DOOM 1993 yang asal.DOOM Enhanced di Steam.
Tambahan lagi, GameNGen hanya menganalisa piksel sahaja dan ‘meneka’ apakah yang akan berlaku pada piksel di kawasan tertentu jika piksel di kawasan lain bertindak balas dalam cara tertentu. Contoh: jika piksel di tengah skrin bertukar merah, menandakan anda telah ditembak. Maka, piksel di bawah skrin yang menempatkan bar nyawa anda pasti akan berubah dan bertukar warna. Itulah cara model AI GameNGen berfungsi.
GameNGen tidak mampu menghasilkan sebuah plot dan penceritaan sebuah permainan video, tapi hanyalah mengubah piksel gambar secara individu. Untuk menghasilkan sebuah permainan video yang unik, ada penceritaan dan ciri unik, sentuhan kreatif dan organik daripada manusia masih diperlukan.
Apa Potensi Kajian Ini?
Kertas kajian ini beri gambaran di masa akan datang, pembangunan permainan video mungkin tidak lagi memerlukan game engine dan pengaturcaraan. Mengapa perlu membuat pengaturcaraan yang rumit dan membina objek satu demi satu jika AI boleh terus hasilkannya sendiri dengan hanya menggunakan baris arahan? Ia akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk teknologi ini matang. Mungki di masa akan datang, penghasilan permainan video akan lebih cepat dan mudah kerana isu-isu ralat grafik dapat dibaiki hanya dengan AI yang mengawal piksel.
Mungkin di masa akan datang developer dah tak perlu pening macam mana nak baiki glitch macam ni?
Cursor ialah alat AI yang memudahkan pengaturcaraan, menggunakan model seperti Claude 3.5 Sonnet dan GPT-4o.
Ia menggabungkan persekitaran pembangunan dengan chatbot AI, membolehkan pengguna – termasuk yang baru dalam pengekodan untuk membina aplikasi dalam masa beberapa minit. Cursor menarik minat ramai termasuk pekerja dari syarikat teknologi besar dan menyederhanakan pembangunan aplikasi dengan integrasi editor kod.
Walaupun ia menawarkan kemudahan kepada mereka yang ‘sedikit faham’ tentang kod, pengguna perlu memiliki asas dalam pengekodan untuk memaksimumkan penggunaannya.
Lambang baru MODENAS. Secara peribadi, dari segi rekaan dan identiti, dua-dua gagal. Nak kata korporat minimalis pun tidak. Nak kata garang sporty pun tidak. Nak kata nampak futuristik pun tidak juga. Lambang baru ini bagi menandakan 29 tahun MODENAS di pasaran dan langkah MODENAS memasuki pasaran global.
Lambang lama vs lambang baru.
Lambang lama ada identiti dua gunung, Gunung Jerai di Kedah. Sekarang? Tak tahu apa identitinya. Muka taip pun, yang lama lagi cantik dan malar segar. Logo baru ini bagi saya nampak murah. Nampak macam motor pakai buang dari China saja. Maaf lah, jujur. Itulah pandangan peribadi saya.
Gunung Jerai
Katanya diambil inspirasi dari “Road Star”, bentuk bintang. Tapi saya tengok dah macam Majin Buu pun ada.
Yulia Vavilova, Seorang Streamer dan “Cryptocurrency Coach” Terpalit dengan Pelbagai Skandal Berprofil Tinggi
Wanita ini bukanlah teman wanita Pavel Durov, tetapi hanya sebagai peneman (eskot). Menurut laporan sumber di Rusia, Pavel Durov telah menaiki pesawat ke Perancis kerana wanita ini yang mengajaknya untuk bersiar-siar di Paris.
Setiap pergerakan dan lokasinya telah dimuatnaik ke media sosial. Termasuklah video menaiki kenderaan dan sedang menembak di padang sasar. Gambar dalam pesawat yang dinaikinya untuk ke Perancis juga telah dimuatnaik sebelum tiba ke Perancis. Lebih pelik, waran tangkap dan “jenayah” Pavel Durov hanya dikeluarkan dalam masa hanya beberapa minit sebelum Pavel Durov menaiki pesawat ke Perancis.
Walaupun tiada gambar Pavel Durov dalam media sosialnya, ketibaan Pavel Durov ke Perancis telah diketahui oleh banyak pihak. Gambar tiris dari “paparazi” yang menunjukkan Pavel Durov tiba dengan wanita ini dengan jet peribadi juga telah berlegar-legar di media sosial.
Penglibatan wanita ini dikatakan lebih daripada sekadar dengan Pavel Durov. Sebelum ini, dia dilihat mendampingi ramai jutawan kripto Saudi. Persis watak perisik dalam filem.
“Sekarang ni ada 3 perkara yang boleh menjatuhkan sebuah negara. An? Satu, rasuah. Dua, tak menepati masa. Tiga, cinggey”
Dikhabarkan bahawa Pixel 9 Pro XL mungkin memerlukan pengecas khusus untuk menyokong pengecasan pantas 37W.
Kaedah digunakan oleh Google ini, ialah dengan mengaplikasikan voltan yang lebih tinggi daripada arus biasa. Telefon ini boleh mencapai sehingga 18V, tetapi tidak semua pengecas di pasaran dapat memenuhi keperluan tersebut.
Banyak pengecas USB Power Delivery PPS, termasuk pengecas 45W Samsung, menyokong voltan yang diperlukan. Bagaimanapun, Google mengesyor kepada semua warga bumi agar menggunakan pengecas rasmi 45W mereka untuk memastikan keserasian penuh dengan Pixel 9 Pro XL.
Apa perbezaannya dengan SuperVOOC?
SuperVOOC juga menggunakan voltan yang lebih tinggi, tetapi dengan pendekatan yang sedikit berbeza. SuperVOOC biasanya menggunakan kombinasi voltan tinggi (biasanya sekitar 10V) dan arus tinggi (sehingga 5A) untuk mencapai kuasa pengecasan yang lebih tinggi, seperti 50W atau lebih. Dua sel bateri juga turut digunakan untuk pengecasan yang sangat pantas.
SuperVOOC pada peranti OPPO.Teknologi pengecasan pantas SuperVOOC juga sebenarnya adalah ‘proprietary”.
Bagaimanapun, Pixel 9 Pro XL menggunakan voltan yang lebih tinggi iaitu sekitar 18V, tetapi pada arus lebih rendah untuk mencapai kuasa pengecasan 37W, yang memerlukan sokongan pengecas USB Power Delivery PPS yang sesuai.
Kalau awak tanya abam, ok ke tidak, pada abam – diawalnya ok saja, kerana OPPO/OnePlus/realme turut menggunakan pengecasan proprietary iaitu SuperVOOC.
TETAPI, telefon-telefon pintar yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini menggunakan pengecasan pantas antara 80-100W.
Berbeza dengan Pixel 9 Pro XL yang hanya dapat memanfaatkan sehingga 37W sahaja. Jadi, agak sukar untuk abam menjustifikasikan spesifikasi ini, dengan penggunaan penyesuai (adapter) yang khusus seperti telefon-telefon SuperVOOC.
Ini bukan nak membahan ya, ini adalah fakta. Peminatnya nak butthurt atau tidak itu cerita kedua.
Agak ‘sayang’ juga kerana Google keluarkan pengecas berkelajuan 45W, tetapi telefon pintarnya pula tidak sampai kepada kelajuan itu.
Disk memanjang spike ke 100% kerana Windows 11 dan HDD memang ‘tak ngam’.
Orang dah bagitau sejak berkurun lagi, mereka yang masuk tender kerajaan janganlah berperangai sotong sangat. Letaklah SSD, mangkuk. Bila abam nak dapat buat kerja kalau macam ni jadinya? Tak guna CPU 12th gen sekalipun, tapi dalam masih hard disk.
Isk. Isk. Apalah guna i5 12th Gen ini.
Sesungguhnya mereka yang memanipulasi tender adalah golongan… (korang sambung sendiri).
Berita sedih sejak semalam. Banyak laman-laman utama dan popular bagi peminat anime untuk menonton anime telah ditutup. Laman-laman ini adalah tempat para peminat anime menonton anime kegemaran mereka. Walaupun begitu, laman ini akhirnya terpaksa ditutup kerana laman anime yang terlibat ini sebenarnya bukanlah laman rasmi dan sah untuk menayangkan siri anime.
Penutupan besar-besaran ini mungkin berkaitan dengan tindakan undang-undang daripada industri komik dan siri animasi Korea Selatan iaitu KaKao dan WebToon. KaKao telah menamakan 3 kumpulan utama dalam kes mahkamahnya yang membuat imbasan komik dan kemudiannya memuat naik secara percuma di internet setelah membuat terjemahan. WebToon pula, menyasarkan lebih daripada 170 domain utama laman perkongsian anime yang membuat tayangan tanpa lesen.
Antara laman yang telah ditutup semalam:
filmoflix.to
papadustream.to
animesuge.to
vidsrc2.to
flix2day.to
2flix.to
theflixtor.to
mov2day.to
fboxz.to
cinezone.to
aniwave.to
anix.to
zoroxtv.to
Sebenarnya, kebanyakan anime yang ditayangkan di laman yang ditutup semalam tidak lagi mempunyai perlesenan yang aktif. Bermakna, ia telah ‘sah’ di sisi undang-undang hak cipta untuk ditayangkan kerana jatuh di bawah lesen kreatif. Namun begitu, laman strim seperti CrunchyRoll dan WebToon yang turut membuat servis langganan anime begitu aktif dalam serangan hakcipta terhadap laman strim terbuka. Mungkin kerana mereka ingin membolot hak penyiaran anime.
Apa pun, ia adalah hari yang menyedihkan buat para peminat laman strim haram anime. Usah bersedih kerana laman strim halal yang percuma masih lagi ada seperti saluran YouTube Muse Asia dan juga BiliBili.
Cip ini dikatakan mempunyai keupayaan ray tracing setanding dengan teknologi pada PC, terutamanya melalui penggunaan teknologi baru yang dikatakan 20% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.
Ia dibina berdasarkan proses 3nm TSMC dan dijangka mengalahkan pesaing seperti Snapdragon 8 Gen 4 dari segi prestasi GPU dan penjimatan tenaga.
Dimensity 9400 juga akan digunakan dalam peranti seperti Vivo X200, OPPO Find X8 dan Redmi K80 Ultra.
Wah Vivo, asal Dimensity flagship je, dia dah ‘chop’ dulu.
Google telah melancarkan Imagen 3, versi terkini penjana imej AI yang boleh digunakan secara percuma melalui perkhidmatan AI Test Kitchen.
Imagen 3 mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi hanya daripada arahan teks, melebihi pesaing seperti Midjourney dan DALL-E.
Versi ini juga memperkenalkan ciri penyuntingan imej seperti inpainting, membolehkan pengguna mengubah bahagian tertentu imej dengan lebih tepat. Walaupun masih terdapat beberapa sekatan pada jenis imej yang boleh dihasilkan, Imagen 3 menawarkan akses lebih luas untuk eksperimen AI kreatif.
Hasil logo OMG Hackers menggunakan Imagen 3.Hasil yang dikongsi oleh pembaca OMG Hackers.
Abam dah cuba dan ternyata walaupun masih ada beberapa elemen yang agak kurang tepat meskipun arahan yang jelas telah diberikan, namun begitu tidak dapat dinafikan lagi jika ia datang dari Google, maka model ‘text-to-image’ yang dicipta mampu menghasil imej berkualiti tinggi setanding model dari syarikat lain.