Utama Blog Laman 17

Ubisoft Di Ambang Kejatuhan? Pelabur Mahu Ambil Alih Dan Pecat CEO

0
ubisoft and star wars outlaw
ubisoft and star wars outlaw

Harga saham penerbit Assassin’s Creed merosot hampir 10% semasa dagangan 10 hari yang lalu, sebelum ditutup dengan penurunan sebanyak 7.13% pada harga €13.67. Saham syarikat ini telah menyusut lebih daripada 50% dalam setahun kebelakangan ini dan kini berada hampir dengan paras terendah dalam sedekad.

Kejatuhan harga saham Ubisoft telah berlaku lebih awal bulan ini, dilaporkan berpunca daripada pelancaran Star Wars Outlaws yang kurang memberangsangkan serta penurunan mendadak minat terhadap permainan tembak-menembak percuma, XDefiant.

Pada hari Isnin, firma pelaburan AJ Investments mengeluarkan surat terbuka yang menyeru perubahan dalam strategi dan struktur Ubisoft.

Mereka menggesa lembaga pengarah untuk mempertimbangkan pengambilan syarikat secara persendirian, “melaksanakan program pengurangan kos menyeluruh dan menyelaraskan jumlah kakitangan agar lebih selari dengan peneraju industri,” memperkukuhkan fokus pada IP utama, serta menggantikan CEO sedia ada, Yves Guillemot.

AJ Investments, sebuah firma dari Slovakia, memegang kurang daripada 1% saham Ubisoft, menurut Wall Street Journal.

Pengarah kreatif Star Wars Outlaws menyatakan rasa “agak kecewa” dengan skor ulasan permainan itu, namun pembangun Ubisoft Massive bertekad untuk memperbaiki permainan tersebut melalui kemas kini selepas pelancaran.

Hari ini, Ubisoft juga mula menawarkan mata wang maya percuma kepada pemain XDefiant yang log masuk, dalam usaha meningkatkan penglibatan apabila musim pertama kandungan langsung permainan itu hampir tamat.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Dari Peniru Ke Peneraju: China Mendahului AS Dalam Persaingan Teknologi

0

Kajian terbaru dari Amerika Syarikat mendapati bahawa inovasi teknologi China adalah jauh lebih kuat daripada yang difahami sebelum ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan Teknologi dan Inovasi Maklumat (ITIF), inovasi China pada tahun 2020 adalah 139% daripada tahap inovasi di AS, meningkat daripada 78% pada tahun 2010.

Ini menunjukkan bahawa China telah melepasi AS dalam satu ukuran utama inovasi dan telah membuat kemajuan besar dalam beberapa bidang lain.

China kini memimpin dalam beberapa teknologi kritikal seperti superkomputer, kecerdasan buatan (AI), komputasi kuantum, dan kereta api berkelajuan tinggi.

Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa inovasi China dalam penerbitan artikel saintifik dan pendaftaran paten global semakin meningkat, mengatasi AS dalam beberapa bidang sains dan teknologi penting.

Walaupun begitu, penyelidikan China masih kurang berpengaruh berbanding AS dalam beberapa bidang, dan terdapat cabaran sosial seperti populasi yang menua yang mungkin memperlahankan momentum inovasi China.

Namun, dengan potensi untuk menjadi pemimpin dalam teknologi global, China dijangka akan terus mengubah landskap geopolitik dan rantaian bekalan global dalam dekad-dekad yang akan datang.

Laporan ini memberi amaran kepada negara-negara Barat, terutama AS, untuk memperkukuhkan pelaburan dalam sains dan teknologi demi memastikan mereka kekal bersaing dengan China dalam bidang teknologi maju.

Terus, kita pula bagaimana?

Di mana kedudukan kita sebagai pesaing, rakan kolaborasi, atau peneraju dalam bidang teknologi ini?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Infinix Akan Menjadi Jenama Telefon Pintar Pertama Menjalankan Black Myth: Wukong?

0

Infinix, pengeluar telefon pintar yang semakin meningkat populariti, nampaknya sedang bersiap sedia untuk mencipta sejarah tersendiri.

Berdasarkan spekulasi terbaru, syarikat itu mungkin menjadi yang pertama melancarkan telefon pintar yang mampu menjalankan permainan video yang sangat dinanti-nantikan iaitu Black Myth: Wukong.

Black Myth: Wukong – dibangunkan oleh Game Science Studio serta menggunakan Unreal Engine 5 adalah permainan aksi RPG yang mendapat perhatian global sejak trailer pertamanya dikeluarkan.

Dikenali kerana visual menakjubkan dan pertarungan yang sengit, permainan ini memerlukan kuasa pemprosesan yang sangat tinggi untuk berfungsi pada keupayaan penuh.

Jadi, bagaimana Infinix yang lebih dikenali untuk telefon pintar kelas pertengahan dan bajet, dapat mencapai prestasi sebegitu?

Menurut beberapa laporan, peranti terbaru dari Infinix dijangka mempunyai spesifikasi mantap bersama sebuah GPU khusus – dibangunkan dengan kolaborasi Black Myth: Wukong.

Jika ini benar, ia akan menjadi pencapaian besar bagi Infinix dengan meletakkan jenama tersebut sebagai pesaing serius dalam pasaran telefon pintar premium.
Hanya masa yang akan menentukan sama ada Infinix dapat memenuhi jangkaan yang semakin tinggi.

Tetapi satu perkara pasti, jika Infinix berjaya, mereka akan menetapkan satu penanda aras baru dalam industri telefon pintar, sekaligus menarik perhatian peminat permainan video dan penggemar teknologi di seluruh dunia.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi-Teras

0

Terdapat perkembangan menarik dalam dunia cip pemprosesan mudah alih, di mana cip Dimensity 9400 dari MediaTek yang bakal dilancarkan telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dalam ujian penanda aras Geekbench, mengalahkan cip Apple A18 Pro dalam ujian multi-teras.

(Konfigurasi teras Dimensity 9400 anda boleh buat carian sendiri ya. Kalau tulis juga makin panjang pula nanti).

Dalam perbandingan ini, Oppo Find X8 yang dikuasakan oleh Dimensity 9400 mencatatkan skor lebih tinggi berbanding iPhone yang menggunakan cip Apple A18 Pro.

Berdasarkan laporan NotebookCheck dan PhoneArena, perbandingan antara kedua-dua cip ini memaparkan bahawa Dimensity 9400 mencatat prestasi lebih baik dalam ujian multi-teras, yang biasanya mencerminkan kecekapan dan kuasa pemprosesan semasa menjalankan tugas-tugas intensif secara serentak.

Ini juga turut menunjukkan bahawa MediaTek semakin serius dalam memantapkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran cip mudah alih, mencabar dominasi Apple dan Qualcomm.

Dengan prestasi yang semakin memberangsangkan dari cip Dimensity 9400, ia menandakan kehadiran peranti Android yang lebih berdaya saing dalam aspek kelajuan dan prestasi berbanding peranti Apple pada masa akan datang.

Keputusan awal memberi petanda positif kepada MediaTek, dan Oppo Find X8 mungkin menjadi penanda aras kepada prestasi peranti mercu akan datang. Jangan dilupa bahawa cip ini belum diumumkan lagi, yang bererti masih dapat dilakukan penambahbaikan terhadapnya.

Penat tulis panjang ni, OPPO/realme/OnePlus ada manis-manis tak? Ehem.

– Abam Arya Al-Kipas-Susah-Hati.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OpenAI Memperkenalkan ChatGPT Model Baru o1-Preview

0

OpenAI telah melancarkan siri model AI terbaru mereka, dinamakan OpenAI o1, yang direka untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dengan lebih baik. Siri ini memberi fokus kepada keupayaan penaakulan yang lebih mendalam dan berupaya menyelesaikan masalah yang lebih sukar dalam bidang sains, pengaturcaraan, dan matematik.

Model o1-Preview dan o1-Mini

Dua model telah diperkenalkan:

  • o1-preview: Model utama yang lebih canggih dan sesuai untuk tugasan rumit.
  • o1-mini: Versi lebih ringan, lebih pantas, dan 80% lebih murah, sesuai untuk pengaturcaraan.

Model-model ini boleh diakses oleh pengguna ChatGPT Plus dan Team, dengan had mesej mingguan tertentu. Pembangun juga boleh mengakses model ini melalui API dengan had penggunaan yang lebih rendah, namun dengan penambahan ciri pada masa akan datang.

Kelebihan Siri Model o1

  • Keupayaan Penyelesaian Masalah yang Lebih Baik: o1 dioptimumkan untuk tugas yang memerlukan penaakulan mendalam seperti penghasilan formula saintifik yang kompleks atau mengatasi masalah matematik yang mencabar.
  • Keselamatan yang Ditingkatkan: Siri ini juga dilatih untuk lebih patuh kepada garis panduan keselamatan dengan ketat, menjadikannya lebih selamat berbanding model sebelum ini.

Akses dan Ketersediaan

Pengguna ChatGPT Enterprise dan Edu akan mendapat akses minggu hadapan, manakala pengguna ChatGPT percuma dijangka akan mendapat akses kepada model o1-mini tidak lama lagi.

Apa Yang Akan Datang

Selain kemas kini model yang berterusan, OpenAI merancang untuk menambah ciri seperti pelayaran web, muat naik fail, dan fungsi lain untuk menjadikan model ini lebih berguna kepada pelbagai jenis pengguna.

– Funtikar (AtotheP)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mencuba ChatGPT o1 Preview Model Terbaru dari OpenAI

0
Testing o1 preview new from Chatgpt
Testing o1 preview new from Chatgpt

Hei semua! baru-baru ni, min tengah santai-santai baca pengumuman terbaru dari OpenAI tentang model AI mereka yang terkini o1 preview. Biasalah, min suka update dengan teknologi baru. Tapi kali ni, ada sesuatu yang buat min TERPANA!

OpenAI kata model ni bukan sekadar untuk pengguna biasa, tapi khas untuk saintis, penyelidik, dan mereka yang hadapi masalah kompleks. Terus min terfikir, “Kalau macam tu, mesti model ni dah ‘tune’ untuk pemahaman yang lebih mendalam!”

Sebagai seseorang yang suka bereksperimen dalam dunia pengaturcaraan (walaupun bukan programmer tegar ), min memang gemar cuba benda-benda baru. Salah satu impian min ialah nak buat transpiler sendiri.

Eh, apa benda transpiler tu? 🤔

Bayangkan macam ni: Transpiler adalah alat yang boleh tukarkan kod daripada satu bahasa pengaturcaraan ke bahasa yang lain. Macam sihir, kan?  Contohnya, tukar kod dari JavaScript ke Python atau sebaliknya. Ia macam penterjemah, tapi untuk bahasa komputer! Sebelum ni, nak buat transpiler sendiri memang leceh dan perlukan kemahiran dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan.

Jadi, min pun terfikir, “Boleh ke ChatGPT o1 preview ni buat transpiler?”

Dengan semangat ingin tahu yang membara, min pun terus cuba!  Untuk eksperimen ni, min minta ChatGPT tukarkan kod dari JavaScript ke batch file (bahasa skrip untuk Windows). Memang boleh je kalau nak suruh ChatGPT translate direct, tapi min nak uji sejauh mana kebolehan model baru ni. Plus, min buat ni just for fun! 😁

Dan hasilnya? JENG JENG JENG!

ChatGPT o1 preview BETUL-BETUL boleh buat transpiler!

Serius, min terkejut gila! AI ni bukan sahaja faham kod yang min bagi, tapi dia boleh hasilkan kod batch file yang berfungsi dengan sempurna. Mind blown!

Transpiler ni hasil sepatutnya dia buat jadi macam ni :

Min sebenarnya pernah cuba kat ChatGPT model biasa dengan Claude sebelum ni tapi tak memuaskan hati min sebab memang tak jadi. Yang ni sekali atau dua kali prompt boleh dapat apa yang min nak.

Apa maksud semua ni?

Ini bermakna AI ni bukan sekadar ikut arahan, tapi dia faham konteks, berfikir secara mendalam, dan selesaikan masalah dengan bijak. Bayangkan potensi yang ada!

Akhir kata

Teknologi akan terus berkembang, sama ada kita suka atau tidak. Mungkin lebih baik kita sedar dan faham daripada ketinggalan. Namun, sentiasa kritikal dan bijak dalam menilai setiap perkembangan yang muncul.

Klik sini untuk berita dan maklumat lanjut mengenai o1-Preview
https://omghackers.com/openai-memperkenalkan-chatgpt-model-baru-o1-preview/

-Funtikar(AtotheP)

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Pembangun Permainan Video Lega: Unity Hapuskan Yuran Runtime, Apa Yang Berubah?

0
unity game engine runtime fee
unity game engine runtime fee

Hey guys, korang ingat tak drama besar pasal Unity tahun lepas? Diorang introduce yuran runtime, kena caj per install game, sampai ramai pembangun marah besar. Sekarang, Unity dah batalkan sepenuhnya yuran tu. Yuran runtime tak wujud lagi. Diorang balik guna model lama, bayar per seat je, tapi harga lesen Pro dan Enterprise akan naik sikit.

Ada dua berita baik yang diorang kekalkan. Pertama, korang boleh buang splash screen Unity walaupun guna versi percuma. Kedua, had pendapatan untuk versi percuma naik dari $100K ke $200K. So, ramai lagi yang boleh guna Unity tanpa bayar.

Unity ni tengah reset besar-besaran—CEO lama keluar, CEO baru masuk, dan diorang cakap nak betulkan kesilapan lepas. Tapi soalan besar sekarang, adakah korang akan balik guna Unity? Ramai yang dah pindah ke Godot, Unreal, dan lain-lain. Korang rasa pembatalan ni cukup untuk tarik korang balik?

Poin-Poin Utama:

1. Pembatalan Yuran Runtime: Unity dah batalkan sepenuhnya yuran runtime yang asalnya dikenakan per install, lepas terima kecaman besar daripada komuniti pembangun.

2. Perubahan Positif Kekal: Pengguna versi percuma masih boleh buang splash screen Unity, dan had pendapatan percuma dinaikkan daripada $100K ke $200K.

3. Model Caj Per Seat Kembali: Unity balik ke model lama dengan caj per seat untuk versi Pro dan Enterprise, tapi harga lesen akan dinaikkan.

4. Reset Syarikat: Unity sedang buat reset besar-besaran, termasuk perubahan eksekutif dan pelantikan CEO baru.

5. Banyak Pembangun Beralih Enjin: Kontroversi yuran runtime buat ramai pembangun pindah ke enjin lain macam Godot dan Unreal, sebab pilihan enjin makin banyak dan hebat.

Bagi aku, at least diorang dengar feedback kita. Dan sekarang, kita memang ada banyak pilihan video game engine yang best, tak macam dulu Unity je yang dominan. Korang pilih apa sekarang?

-Funtikar(AtotheP)

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Tukar Bahasa TaoBao ke English

0

Malaysia Terpilih Sebagai Negara Pertama Terima Sokongan Bahasa Inggeris di TaoBao!

TaoBao adalah aplikasi gedung beli belah dalam talian yang menjual barangan terus dari China. Berbeza dengan platform beli belah dalam talian tempatan seperti Shopee dan Lazada, TaoBao berikan anda kemudahan untuk membeli secara ‘terus’ daripada penjual di China tanpa orang tengah. Platform tempatan seperti Shopee dan Lazada sebenarnya masih lagi dikira sebagai orang tengah dan mengenakan caj perkhidmatan kepada anda. Kerana itulah, apabila anda membeli barangan di TaoBao, harganya adalah jauh lebih rendah berbanding harga di Shopee dan Lazada.

Pilihan bahasa inggeris yang tersedia pada aplikasi TaoBao ini diberikan kepada hanya 3 buah negara di Asia Tenggara dan ini adalah inisiatif kali pertama dari TaoBao untuk mengalih bahasa aplikasi mereka. Sebelum ini, aplikasi dan laman web TaoBao hanya tersedia dalam bahasa cina sahaja. Walaupun ada beberapa pihak membuat spekulasi langkah ini diambil berikutan konflik di antara kerajaan negara China dan Asia Tenggara di Laut Cina Selatan, TaoBao dalam kenyataan mereka bagaimanapun berkata pemilihan 3 negara ini adalah kerana faktor penguasaan bahasa inggeris yang tertinggi di kalangan negara rantau ini.

TaoBao sebelum ini hanya tersedia dalam bahasa cina sahaja.

Masih lagi dalam peringkat awal, alih bahasa ini masih lagi dalam peringkat uji cuba beta. Tambah TaoBao lagi, alih bahasa ini dikuasai dan dijana oleh teknologi A.I mereka dan tidak menolak kemungkinan akan dijadikan sebagai pilihan global kepada semua pengguna TaoBao kelak apabila inisiatif mereka ini berjaya. Pengguna TaoBao bahasa inggeris akan mendapati UI aplikasi mereka akan menjadi lebih ringkas apabila bertukar kepada bahasa inggeris. Ini kerana, apabila ditukar ke bahasa inggeris, beberapa fungsi dan pilihan dalam aplikasi tidak lagi tersedia.

Menariknya, kini dengan pilhan bahasa inggeris, harga dalam Yuan telah ditukarkan kepada MYR secara automatik dengan pilihan baru ini. Tak perlu lagi pening kepala nak ‘Google’ dulu harga tukaran matawang asing di TaoBao!

Lihat cara di bawah bagaimana untuk menukar bahasa aplikasi TaoBao anda ke bahasa inggeris:

Tekan ikon di bahagian bucu bawah kanan untuk membuka “Profil” anda. Kemudian, tekan ikon gear pada bucu atas kanan untuk buka tetapan.
Pilih menu seperti dalam petak merah yang saya buat seperti dalam gambar untuk membuka menu “Region”. Di menu ini, anda boleh memilih negara, matawang dan bahasa aplikasi. Pilihan di petak 4 adalah pilihan bahasa aplikasi.
Pilih “English” dan seterusnya “Confirm” untuk mengesahkan pilihan tukar bahasa aplikasi ke bahasa inggeris.
Siap! Sekarang menu dan antarmuka aplikasi TaoBao anda telah berubah dan kini tersedia dalam versi bahasa inggeris! Mudah bukan?

Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk mengikuti arahan gambarajah ini, anda boleh juga cuba untuk “Clear Data/Reset” aplikasi TaoBao anda bagi mendapat popup pertukaran bahasa aplikasi TaoBao anda.

Views: 148

Iklan Newspaper Inline

Siri realme 13 Pro Membuatkan Anda Berasa Seperti Memegang Rekaan Bernilai RM509 Juta

0

Kuala Lumpur, 10 September 2024 – realme, jenama telefon pintar yang berkembang paling pesat di dunia, memperkenalkan kerjasama dengan Museum Seni Halus Boston (MFA) untuk membawa inspirasi daripada Claude Monet, seorang maestro Impresionisme, kepada Siri realme 13 Pro. Melalui kerjasama yang pertama seumpamanya, realme akan memperkenalkan dua varian warna eksklusif untuk Siri realme 13 Pro – Monet Gold dan Monet Purple – menghidupkan semula gaya Impresionis untuk generasi muda di seluruh dunia.

Edisi Monet Gold dan Monet Purple yang direka bersama MFA diilhamkan oleh dua karya agung Monet, Grainstack (Sunset) dan Water Lilies. Kedua-dua rekaan ini menampilkan penguasaan Monet terhadap cahaya dan bayangan, dengan jutaan zarah berkilauan yang menyerupai sapuan berus beliau dan menghasilkan kemasan yang anti-calar serta tahan cap jari untuk pengalaman yang elegan dan bergaya.

Menariknya, karya-karya Monet sentiasa mendapat harga tinggi dalam lelongan, mencerminkan daya tarikan yang berterusan. Sebagai contoh, karya “Meules” (Haystack) mencatat rekod pada tahun 2019 apabila ia dijual pada harga luar biasa $110.7 juta (kira-kira RM509 juta). Satu lagi jualan penting ialah “Nymphéas en fleur” (Water Lilies), yang mencapai $84.7 juta pada tahun 2018, menonjolkan lagi nilai besar yang diberikan kepada seni Monet. Rekod-rekod ini menegaskan pengaruh mendalam karya Monet, yang telah diserap dengan elegan ke dalam Siri realme 13 Pro.

Selain estetika yang revolusioner, Siri realme 13 Pro juga memecahkan sempadan sebagai kamera ultra-jelas pertama realme dengan AI. Dilengkapi dengan dua sensor Sony LYTIA, termasuk Sony LYT-701 yang pertama dalam industri, serta keupayaan AI terkini, siri ini bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pengguna muda untuk merakam dunia mereka dengan cara yang baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi realme.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Memahami Asas Pengaturcaraan ASM(Assembly): MOV, ADD, SUB, dan MUL

0

Dalam dunia pengaturcaraan peringkat rendah, arahan (opcode) dalam bahasa assembly merupakan asas kepada bagaimana sesuatu program berkomunikasi dengan pemproses. Kalau kau baru nak belajar tentang pseudo-ASM atau assembly, arahan seperti MOV, ADD, SUB, dan MUL ialah antara yang paling asas dan penting untuk difahami.

Artikel ni akan terangkan secara ringkas cara setiap arahan ni berfungsi, dan kita akan bagi contoh mudah supaya lebih senang nak faham.

ASM pseudo puzzle
ASM pseudo puzzle
  1. MOV (Pindah)
    • • Sintaks: MOV destinasi, sumber
      • Tujuan: Arahan MOV digunakan untuk memindahkan nilai dari satu lokasi (sumber) ke lokasi lain (destinasi). Nilai dari sumber akan disalin ke destinasi tanpa mengubah nilai asal sumber.
      • Contoh: MOV CX, 10 — Arahan ni letak nilai 10 ke dalam register CX.
  2. ADD (Tambah)
    • • Sintaks: ADD destinasi, nilai
      • Tujuan: Arahan ADD digunakan untuk menambah nilai tertentu kepada nilai semasa dalam destinasi. Hasil penambahan disimpan dalam destinasi.
      • Contoh: ADD DX, 7 — Ini bermakna 7 akan ditambah kepada nilai dalam DX.
  3. SUB (Tolak)
    • • Sintaks: SUB destinasi, nilai
      • Tujuan: Arahan SUB menolak nilai yang diberi dari nilai semasa dalam destinasi. Hasil pengurangan disimpan dalam destinasi.
      • Contoh: SUB BX, 3 — Ini bermakna 3 akan ditolak daripada nilai dalam BX.
  4. MUL (Darab)
    • • Sintaks: MUL register
      • Tujuan: Arahan MUL akan darabkan nilai dalam register AX dengan nilai dalam register yang diberi. Hasil darab disimpan dalam AX.
      • Contoh: MUL CX — Ini bermakna nilai dalam AX akan didarabkan dengan nilai dalam CX.

Kesimpulan

Keempat-empat arahan ni adalah asas kepada banyak operasi dalam pengaturcaraan assembly atau pseudo-ASM. MOV memindahkan data, ADD menambah, SUB menolak, dan MUL darabkan nilai dalam register. Bila dah faham yang asas ni, dah boleh mula meneroka arahan-arahan lain yang lebih kompleks dalam bahasa assembly.

Views: 16

Iklan Newspaper Inline