Utama Blog Laman 151

Dash Car Charger, Berbaloikah Beli?

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Artikel ini saya ingin membuat satu review mengenai Dash Car Charger.
Adakah ia sepantas Dash Power Adapter? Mari kita usya kat bawah ni

Mari kita lihat spesifikasi benda ini :
Oh ya sebelum itu, gambar-gambar dalam artikel ini diambil menggunakan janda OnePlus 3T Midnight Black saya (Oh rindunya)

  • Input : 12V/24V=2.5A
  • Output : Dash Charge: 3.4V~5V=3.5A dan Standard 5V=2A
  • Warna : Hitam
  • Dalam kotak : Dash Car Charger dan Dash Cable Type-C
Mari kita cerita pasal ciri-ciri dia, Dash Car Charger ni pretasi dia sama seperti Dash Power Adapter yang anda guna untuk cas peranti OnePlus anda. Agak kecewa kerana bermula model OnePlus 3 hingga ke 5 sahaja ada fungsi ini. Boleh dikatakan Dash Charge ni hampir menewaskan teknologi yang ada sekarang! (sebab itu saya bersama produk OnePlus, dari OnePlus 2, 3, 3T dan kini 5 ?)

Ciri keselamatan yang terdapat pada benda ini ialah jika peranti anda panas, dia akan cas standard sampai la peranti anda berada dalam suhu selamat, dia akan bertukar kepada Dash Charge. Cuma benda ni akan jadi panas sedikit, sebab salurkan tenaga dekat peranti anda (mode Super Saiyan, cuma tak menjerit la dalam kereta tu hahaha)

Jika cas biasa, akan keluar cahaya gelung warna putih manakala jika dah bertukar mode Super Saiyan Dash (SSD), akan keluar cahaya gelung warna biru! Tonton video di bawah sambil ratah Milo, jangan bagi kantoi sudah ? (dirakam menggunakan Screen Recorder)

Oh ya, tak silap saya produk di bawah ni juga ada sokongan Dash Charge pada peranti OnePlus selain daripada sokongan Quick Charge
Boleh la anda cuba, Sumber info mengenai produk bawah ni : OnePlus Android Community (Malaysia)

Ni saya belanja sedikit gambar seketul Dash Car Charger :

Bukan dapat seketul Car Dash Charger, malah dapat sekali Dash Cable Type-C! dan buku yang tak ramai orang ambil tahu ?

Sedikit infomasi mengenai seketul pengecas ni, abaikan tangan kurus tu hahaha

Permukaan atas ni chrome, boleh la tengok jerawat kat muka ada ka tak ?

Setakat itu sahaja saya merapu dan menaip mengenai produk ni, bagi saya ia amat berbaloi kerana ada sokongan Dash Charge hahaha. Jika sebarang soalan mengenai produk ini, sila komen di bawah.
Terima kasih kepada CGS OnePlus kerana menjual produk ini kepada saya ?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Enhancer For YouTube: Tingkatkan Fungsi YouTube Ke Tahap Maksima

0

Sebelum ini saya pernah menulis tentang Magic Actions for YouTube, sebuah addon/extension yang dapat menambah fungsi pada laman YouTube supaya ia menjadi lebih menarik lagi.

Kali ini saya ingin bercerita tentang Enhancer for YouTube pula. Fungsinya adalah lebih kurang serupa dengan Magic Actions, cuma terdapat beberapa ciri yang menjadi tambahan kepada Magic Actions, dalam erti kata lain boleh dikatakan ia lebih baik lagi dari beberapa segi.

Salah satu yang saya suka ialah ‘pin video‘.

Ianya berfungsi dengan meminimakan video anda ke sudut bawah di sebelah kanan, mengikut saiz yang anda pilih. Ini memudahkan anda jika anda sedang menatal ke bawah untuk membaca komen, dan anda tidak akan ketinggalan dengan video yang sedang dimainkan.

Selain itu, anda juga boleh pilih untuk secara automatik membuka deskripsi video, menyekat iklan sambil memasukkan saluran yang anda pilih ke dalam senarai putih, memainkan video mengikut resolusi yang anda pilih secara automatik, mengawal suara menggunakan roda tetikus, menyahaktifkan pra-muat, menggunakan tema berlainan, dan macam-macam lagilah senang cerita!

Tema yang ada mungkin tidak secantik mana, tetapi anda boleh ubahsuai sendiri dan masukkan skrip tema tersebut ke dalam ruangan Custom script.

Addon/extension ini juga mempunyai ‘Cinema Mode’, tetapi pada saya ia lebih menarik berbanding Cinema Mode yang ada pada Magic Actions for YouTube.

Yeap, Cinema Mode ini akan melebarkan video yang anda mainkan, kemudian di sekelilingnya akan digelapkan, seakan sedang menonton wayang. Boleh dikatakan lebih kurang serupa dengan yang ada pada Magic Actions, cuma ia kurang menjengkelkan kerana jika anda klik di mana-mana bahagian tepi video, Cinema Mode ini tidak akan aktif sepertimana pada Magic Actions. Haih, pening juga nak terangkan. Eloklah anda cuba sendiri ya.

Muat turun dan pasang:

>>> Untuk Firefox

>>> Untuk Chrome

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

BiglyBT: Klien Torrent Terbaru Dari Bekas Pembangun Vuze

0

Sejak mengenali qBittorrent, saya memang tak cari lain lagi dah. Maksud saya, klien torrent, semestinya.

Namun variasi adalah sesuatu yang baik. Jadi apabila pembangun Vuze sudah tidak lagi mengemaskini aplikasi mereka, atas sebab itulah saya beralih ke qBittorrent. Terbaru, bekas pembangun Vuze memperkenalkan klien terbaru dari mereka, iaitu BiglyBT.

Apa yang menarik, ia adalah sebuah klien fork kepada Vuze, sebuah kesinambungan daripada projek Vuze yang sudah tidak dibangunkan.

Ia juga bersumber terbuka dan percuma, serta tidak dibiayai oleh iklan mahupun tempelan pemasang aplikasi lain di dalam fail pemasangnya (sponsored installer).


Baiklah, jom kita tengok macam mana rupanya BiglyBT ni.

Perkara pertama yang akan anda lihat sebaik sahaja selesai memasang dan membuka aplikasi BiglyBT ini ialah anda akan diberi pilihan untuk melakukan ujian kelajuan internet (seperti gambar di atas).

Jika anda klik Continue, BiglyBT akan melakukan ujian kelajuan internet tersebut dan akan menentukan had kelajuan muat naik dan muat turun yang optimum.

Gambar di atas adalah bagaimana BiglyBT memaparkan fail-fail yang anda muat turun (contoh).

Perkara yang menjadi ciri paling menarik tentang klien ini ialah ia menyokong ciri Swarm Merging, suatu ciri unik yang membantu anda memuat turun dengan lebih cepat.


Secara teorinya, Swarm Merging membantu anda memuat turun fail yang mempunyai keberadaan yang teruk atau dalam bahasa Inggerisnya bad availability (jika anda lebih faham diterangkan dalam bahasa Inggeris).

Maklum sahaja kuasa muat turun terletak kepada pengguna, dan bukan pelayan. Jika kurang seeders dan peers, perlahanlah kelajuannya, dan kebarangkalian untuk anda gagal muat turun fail sepenuhnya boleh terjadi. Di sinilah Swarm Merging memainkan peranan.

Selain itu, boleh dikatakan kalau anda jenis memang suka tweak sana sini, ubah itu ini, saya rasa kalau anda memang power user sekalipun, anda tetap mungkin akan ‘gila’ dengan pelbagai pilihan tetapan yang amat banyak.

BiglyBT juga menyokong pautan magnet, salinan URL dari clipboard, dan fungsi main semula secara terbina dalam, siap dengan sokongan sarikata. Heh! Apa lagi mau?

Amacam? Menarik? Tertarik? Elok sangatlah tu. Jangan tunggu la. Kalau tunggu rugi masa. Saya sudah merasa. Anda bila lagi?

Muat turun ia di sini: BiglyBT

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Menangani Anti AdBlocker (Anti-Adblock Killer)

1
YA, saya faham, anda memilih menggunakan adblocker pada laman-laman yang tamak, tak cukup dengan iklan Google, mereka letakkan pula iklan popup dan pop-under
Seringkali kita ketemu dengan laman yang memaksa pembacanya mematikan adblock supaya mereka dapat menjana pendapatan melalui berpuluh-puluh iklan yang akan keluar sebaik sahaja ia dinyahaktifkan.
Contohnya anda boleh lihat di bawah.

Kalau untuk laman yang bagus dan banyak memberikan manfaat serta ilmu seperti omghackers.com ni, memang eloklah anda masukkan dalam senarai putih (hehe). Tapi kalau dah ada berpuluh pop-under, memang kena sumpah seranah tiap kali dibuatnya.

Jadi cara untuk kita langkau atau bypass adblock blocker/killer ini ialah dengan memasang komponen Anti-Adblock Killer pada pelayar web yang digunakan!

Komponen tersebut ialah addon/extension:

1. Greasemonkey (Firefox)
2. Tampermonkey (Chrome)

Kemudian, pasangkan skrip Anti-Adblocker Killer di sini: Anti-Adblock Killer

Alternatif: Anti-Adblock Killer Continued

Komponen seterusnya, anda pasangkan mana-mana addon/extension penyekat iklan seperti AdBlock, AdBlock Plus, atau uBlock Origin. Akhir sekali, langgan (subscribe) kepada Anti-Adblock Killer List dengan menekan butang subscribe di bawah tersebut.

Siap bro! Sekarang anda sudah boleh cuba buka mana-mana laman yang menggunakan adblocker killer. InsyaAllah dapat lepasi sekatan dan baca/tonton tanpa gangguan iklan.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Slimjet: Pengganti Terunggul Kepada Google Chrome?

0

Sepertimana yang anda tahu (atau mungkin baru tahu), saya memang peminat Google Chrome. Firefox telah lama mengecewakan dengan isu micro freeze dan sebagainya lagi. Pelayar-pelayar lain seperti Opera, Maxthon, Vivaldi, adalah amat bagus tetapi tidak mencapai ekspektasi yang diharapkan.

Baru ini saya mencuba pula pelayar web Slimjet yang dikatakan oleh rakan-rakan saya sebagai pelayar yang mampu menggantikan Chrome. Ini sememangnya berita baik, kerana pada saya variasi dan pilihan adalah rencah kehidupan. Heh.

Perkara yang menarik tentang Slimjet ialah ia berasaskan Chromium, yang mana juga merupakan ‘tapak’ kepada Google Chrome. Bezanya dengan Chrome ialah ia tidak menghantar maklumat peribadi anda kepada Google, dan mempunyai tetapan yang dapat menjaga privasi pengguna. Woah!

Nampak gambar di atas? Slimjet telah mengimplementasikan penyekat iklan secara lalai. Jadi, untuk pengguna baru (newbie) yang baru hendak bertukar cita rasa kepada Slimjet, barangkali tidak perlu fikir panjang akan penyekat iklan mana yang perlu dipasang.

Cuma untuk saya sendiri, saya lebih menggemar uBlock Origin, jadi saya telah nyahaktif penyekat iklan tersebut melalui tetapannya, dan menggantikan ia dengan uBlock Origin.

Namun, ciri yang paling saya suka pada Slimjet ini ialah pengurus muat turunnya. Ia digelar sebagai ‘Turbocharged download manager’.

Apa yang menarik? Saya rasa, dengan adanya pengurus muat turun terbina dalam seperti ini, anda tidak lagi perlukan IDM. Kerana apa? Kerana ia sendiri tidak ubah seperti IDM. Anda boleh lihat dahulu tangkap-tangkap layar di bawah.

Ujikaji dilakukan pada laman YouTube. Disebabkan saya sudah menggunakan susun atur (layout) YouTube yang baharu, didapati fungsi muat turun video pada Slimjet tidak ‘menjadi’. Oleh itu saya menukar semula paparan kepada classic YouTube, dan sebaik sahaja butang ‘Download video in this page’ ditekan, tetingkap seperti gambar di atas ini terbuka.

Kemudian saya tekan pula pada pilihan 720p yang ada, lalu memilih butang ‘Download video’. Tetingkap seperti berikut pula muncul.

Heh, boleh tahan. Seakan sengaja mereka ‘meniru’ sedikit paparan antaramuka IDM. Anda boleh ubah jumlah sambungan maksimum yang ditetapkan kepada… oh ya bab berapa bilangan nombor maksimum ini pun rasanya anda boleh ‘tiru’ IDM iaitu 32. Tapi setakat percubaan ini, saya hanya memaksimumkan ia kepada 8 sahaja.

Woha! Laju!

Ia juga memberitahu pengguna akan fail yang sedang dimuat turun di sudut bawah sebelah kanan pelayar web.

Jika anda klik kanan pada fail yang sedang dimuat turun, akan keluar beberapa pilihan. Ya, saya enggan mengulas lebih lanjut, anda sendiri boleh lihat, memang mirip IDM. Hahah.

Saya akan cuba teruskan percubaan selama beberapa hari lagi, dan sekiranya pemuat turun ini cukup bagus, saya akan menggantikan Google Chrome serta IDM, hanya dengan satu aplikasi ini sahaja – Slimjet.

Selain itu, pelayar web ini boleh dikatakan agak banyak pilihan untuk pengubahsuaian (customization).

Suka saya sentuh mengenai new tab page, yang mana anda boleh ubahsuai ia mengikut kemahuan anda, dan ia juga mempunyai paparan keadaan cuaca mengikut lokasi anda.

Jika anda berminat, anda boleh muat turun Slimjet di sini: Slimjet

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Pertarungan Nvidia GTX1080 Kini Telah Bermula, AMD Vega Tampil Dengan Harga $499 USD

0

Selepas beberapa bulan jangkaan, AMD pada Ahad lalu akhirnya melancarkan barisan kad grafik baru yang dinamakan Vega yang diharapkannya akan meletakkan semula syarikat itu ke dalam permainan kad grafik mewah. Berikut adalah butiran mengenai Radeon RX Vega 64 dan Radeon RX Vega 56.

Walaupun secara fungsinya tidak berbeza daripada Radeon RX Vega 64 yang dilapisi plastik hitam, AMD juga akan menawarkan Radeon RX Vega 64 edisi khas dengan bekas aluminium. Edisi khas akan dihantar kepada pembeli awal sehingga habis stok.

AMD tidak akan mengatakan berapa banyak versi edisi khas yang dihasilkan, tetapi mengatakan ia tidak menjadi ‘begitu murah kualitinya’.

Jadi, mungkin pembeli akan tidak sabar untuk mendapatkan kad edisi khas ini.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Apple Mengesahkan Bahawa iPod Nano Dan iPod Shuffle Dihentikan

0

Ya, Apple secara senyap pada hari ini menarik balik produk laman web untuk iPod nano dan iPod shuffle.  Kini hanya yang tinggal ialah iPod touch.

Jurucakap Apple mengesahkan pada berita seluruh dunia bahawa kedua-dua produk tersebut telah secara rasminya telah dihentikan pada hari ini. Apple telah lama mengekalkan bahawa iPhone, iPad, dan iPod touch pada akhirnya mengabaikan perkakasan pemain muzik tradisionalnya. iPod Klasik telah dihentikan sejak dari tahun 2014 lagi.

Anda masih dapat mencari beberapa unit iPod shuffle dan nano yang terjual disegelintir laman web dan peruncit lain sehingga kehabisan stok.

Selamat tinggal iPod nano dan iPod Shuffle.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Android Punca Gambar Diambil Tidak Secantik iPhone – Bekas Naib Presiden Google

0

Kepada para pengguna dan peminat Android, kenyataan dari bekas Naib Presiden Google ini mungkin akan membuatkan anda panas telinga.

Vic Gundotra, orang yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap Google Plus, telah mengepos beberapa keping gambar menggunakan iPhone 7 Plus.

Menurut beliau, era DSLR bakal berakhir, dan beliau sendiri telah meninggalkan gajet kamera beliau di rumah, menggantikan ia dengan iPhone 7 Plus.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil, pos asal di sini:

Disebabkan kenyataan beliau yang kontroversi itu, seorang demi seorang peminat fotografi telefon pintar mula mengutarakan komen.

“Indeed that era has arrived and Samsung S8 even does a better job as compared to i7.” – Ravi Belwal.

Tidak menunggu lama, ini jawab balas Vic.

“I would never use an Android phone for photos!”.

“Here is the problem: It’s Android. Android is an open source (mostly) operating system that has to be neutral to all parties. This sounds good until you get into the details. Ever wonder why a Samsung phone has a confused and bewildering array of photo options? Should I use the Samsung Camera? Or the Android Camera? Samsung gallery or Google Photos?

It’s because when Samsung innovates with the underlying hardware (like a better camera) they have to convince Google to allow that innovation to be surfaced to other applications via the appropriate API. That can take YEARS.

Also the greatest innovation isn’t even happening at the hardware level – it’s happening at the computational photography level. (Google was crushing this 5 years ago – they had had “auto awesome” that used AI techniques to automatically remove wrinkles, whiten teeth, add vignetting, etc… but recently Google has fallen back).

Apple doesn’t have all these constraints. They innovate in the underlying hardware, and just simply update the software with their latest innovations (like portrait mode) and ship it.

Bottom line: If you truly care about great photography, you own an iPhone. If you don’t mind being a few years behind, buy an Android.”

Menurut beliau, Android ketinggalan beberapa tahun dalam pembangunan fotografi disebabkan pertembungan pembangunan antara OEM dengan Google sendiri. Sedangkan iPhone tidak perlukan halangan-halangan, sebaliknya mereka membangunkan aplikasi dan terus mengemaskini sebaik sahaja perlu.

Meskipun ada beberapa pendapat beliau yang betul, namun jika dilihat dari sudut situasi hidup yang sebenar, mana-mana peranti terbaru terutamanya flagship yang menggunakan Android telah pun mempunyai kemampuan fotografi yang mengagumkan.

Adalah tidak hairan pendapat beliau lebih berat ke arah ‘menjatuhkan’ Android, disebabkan beliau ketika ini sedang membangunkan sebuah peranti kesihatan pihak ketiga untuk Apple Watch. Oh, begitu..

Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Aktifkan Tema Gelap/Hitam Pada YouTube

0

YouTube dengan tema yang gelap atau hitam bukan perkara baru. Sebelum ini ia boleh dilakukan dengan bantuan extension seperti Magic Actions for YouTube atau Enhancer for YouTube.

Tetapi terkini, YouTube telah mengimplimentasi tema gelap secara lalai ke dalam lamannya.

Tema ini boleh diaktifkan melalui pautan ini >>> YouTube New

Sebaik sahaja anda buka pautan tersebut, klik pada butang ‘Try it now’.

Di laman seterusnya, anda klik pada gambar profil anda, dan pada menunya, pilih ‘Dark Theme: Off’.

Kemudian, klik ‘ACTIVATE DARK THEME’.

Wal-lah! Kini YouTube telah pun berada dalam dunia kegelapan sepenuhnya. Tidak perlu lagi bantuan extension dan skrip Stylish. Ia tampak cantik sekali!

Jika anda ingin kembali kepada susun atur serta tema lama, kembali ke menu tadi dan klik pada ‘Restore classic YouTube’.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tips Dan Trik WhatsApp Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

0
Ada sebab mengapa WhatsApp masih menduduki carta nombor satu sebagai medium komunikasi pada peranti mudah alih. Meskipun buat sesetengah ‘so called power users‘ lebih menggemari Telegram, namun kekuatan ciri-cirinya masih belum mampu menambat hati kesemua pengguna telefon pintar.
WhatsApp mempunyai ciri ‘asas’ yang mencukupi bagi sebuah ‘alat’ untuk komunikasi. Namun tahukah anda, kita masih boleh memaksimakan ciri WhatsApp sedia ada kepada beberapa trik menarik? Jom kita lihat apa yang boleh kita buat dengan WhatsApp.
Tips Dan Trik Menarik WhatsApp

1. Memaksimakan Penggunaan WhatsApp Web
WhatsApp web sepertimana yang kita tahu memudahkan penggunaan WhatsApp pada komputer. Ia menyelaraskan perbualan di WhatsApp kepada versi web di pelayar web.
Tapi dengan adanya versi web ini, ia bererti anda tak perlukan lagi aplikasi atau extension seperti Pushbullet. Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Anda simpan (save) nombor anda sendiri terlebih dahulu.
Kemudian, ‘pm’ nombor anda sendiri. Hantarkan apa sahaja (mengikut limitasi semestinya) dari video, lokasi, gambar, dan lain-lain lagi. Mudah bukan?
Boleh juga anda hantarkan kepada diri sendiri dari telefon kepada komputer, contohnya hantar video, jadi anda boleh mainkan video tersebut di PC. Lebih ‘convenient‘. 
2. Penanda Buku (Bookmark)
Terkadang ada mesej yang lebih penting perlu diingati, namun disebabkan terlalu banyak mesej masuk serentak, kita terlupa dan terlepas mesej penting tersebut. Satu cara untuk mengelakkan dari terlepas ialah dengan menandakannya.
Caranya juga mudah, tekan sahaja pada ‘Star Message’. Selepas itu, melalui menu utama, anda boleh carinya semula di ‘Starred messages’ (Android) atau ‘Starred’ (PC).
3. DirectChat
Dengan aplikasi DirectChat, anda boleh tambahkan ciri kepada mana-mana aplikasi permesejan supaya mempunyai ‘chathead’ seperti Facebook Messenger.

Muat turun ia di sini: DirectChat (ChatHeads for All)
4. Hantar Gambar Tanpa Pemadatan
Anda ada dua pilihan, sama ada gunakan aplikasi SendAnyFile (baca artikel tu), atau boleh sahaja melalui pilihan lampiran ‘Documents’.
Cara ini juga sebenarnya membolehkan anda menghantar fail-fail lain dari format pdf, hinggalah kepada apk.
5. Membuat Pintasan
Kita pasti mempunyai kawan baik dan/atau isteri serta kumpulan (group) yang lebih kerap dihubungi berbanding dengan yang lain. Jadi, adalah lebih mudah jika kita letakkan pintasan (shortcut) pada desktop di launcher.
Caranya, tekan pada nama orang atau kumpulan yang kita ingin buat pintasan selama beberapa saat, akan muncul menu tiga titik bertindih. Tekan pada menu tersebut dan pilih ‘Add chat shortcut’.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline