BiglyBT: Klien Torrent Terbaru Dari Bekas Pembangun Vuze

Sejak mengenali qBittorrent, saya memang tak cari lain lagi dah. Maksud saya, klien torrent, semestinya.

Namun variasi adalah sesuatu yang baik. Jadi apabila pembangun Vuze sudah tidak lagi mengemaskini aplikasi mereka, atas sebab itulah saya beralih ke qBittorrent. Terbaru, bekas pembangun Vuze memperkenalkan klien terbaru dari mereka, iaitu BiglyBT.

Apa yang menarik, ia adalah sebuah klien fork kepada Vuze, sebuah kesinambungan daripada projek Vuze yang sudah tidak dibangunkan.

Ia juga bersumber terbuka dan percuma, serta tidak dibiayai oleh iklan mahupun tempelan pemasang aplikasi lain di dalam fail pemasangnya (sponsored installer).


Baiklah, jom kita tengok macam mana rupanya BiglyBT ni.

Perkara pertama yang akan anda lihat sebaik sahaja selesai memasang dan membuka aplikasi BiglyBT ini ialah anda akan diberi pilihan untuk melakukan ujian kelajuan internet (seperti gambar di atas).

Jika anda klik Continue, BiglyBT akan melakukan ujian kelajuan internet tersebut dan akan menentukan had kelajuan muat naik dan muat turun yang optimum.

Gambar di atas adalah bagaimana BiglyBT memaparkan fail-fail yang anda muat turun (contoh).

Perkara yang menjadi ciri paling menarik tentang klien ini ialah ia menyokong ciri Swarm Merging, suatu ciri unik yang membantu anda memuat turun dengan lebih cepat.


Secara teorinya, Swarm Merging membantu anda memuat turun fail yang mempunyai keberadaan yang teruk atau dalam bahasa Inggerisnya bad availability (jika anda lebih faham diterangkan dalam bahasa Inggeris).

Maklum sahaja kuasa muat turun terletak kepada pengguna, dan bukan pelayan. Jika kurang seeders dan peers, perlahanlah kelajuannya, dan kebarangkalian untuk anda gagal muat turun fail sepenuhnya boleh terjadi. Di sinilah Swarm Merging memainkan peranan.

Selain itu, boleh dikatakan kalau anda jenis memang suka tweak sana sini, ubah itu ini, saya rasa kalau anda memang power user sekalipun, anda tetap mungkin akan ‘gila’ dengan pelbagai pilihan tetapan yang amat banyak.

BiglyBT juga menyokong pautan magnet, salinan URL dari clipboard, dan fungsi main semula secara terbina dalam, siap dengan sokongan sarikata. Heh! Apa lagi mau?

Amacam? Menarik? Tertarik? Elok sangatlah tu. Jangan tunggu la. Kalau tunggu rugi masa. Saya sudah merasa. Anda bila lagi?

Muat turun ia di sini: BiglyBT

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x