Tambah Kuasa AdBlocker Anda Dengan FilterList

Sekiranya anda melayari laman web di komputer, tidak dapat tidak anda akan disajikan dengan pelbagai iklan-iklan yang kadangkala dilihat agak mengganggu anda dalam tugasan ataupun dalam menyempurnakan tujuan anda melayari internet.Tidak kira sama ada untuk tujuan santai, mencari maklumat, menyelesaikan tugasan, ataupun kerja-kerja rasmi.

Bagi pengguna yang lebih terkehadapan dalam kemahiran IT, sudah tentunya anda akan memasang extension adblocker di pelayar web masing-masing. Secara peribadi juga, saya menggunakan pelbagai pelayar web dan extension untuk tujuan yang berbeza-beza.

Namun, dengan lambakan penyedia adblocker di dalam store, semakin sukar untuk kita memilih extension yang benar-benar memenuhi keperluan. Maka, kebanyakan orang juga akan memasang extension yang berasingan untuk laman web yang berasingan bagi mengelakkan iklan-iklan daripada mengganggu tugas mereka. Contohnya, satu adblocker untuk membaca blog, satu extension untuk menonton video di youtube tanpa gangguan iklan di pertengahan video dan satu lagi extension sebagai Anti-Adblock Killer.

Pelbagai pilihan extension adblocker yang agak memeningkan

Masalah timbul apabila ada pembangun extension yang menyenarai putih beberapa iklan setelah dibayar oleh pembekal iklan dan juga masalah penggunaan memori yang banyak apabila anda terpaksa memasang lebih daripada satu adblocker pada satu-satu masa. Untuk artikel kali ini, saya menggunakan pelayar web Google Chrome dan extension uBlock Origin.

Saya menggunakan uBlock Origin

Sekiranya anda perasan, extension ini tidak sekuat yang anda inginkan. Masih terdapat popup yang akan keluar dan pengiklanan di youtube masih ada. Jadi, di sini lah FilterList berfungsi.

Cuma klik pada pautan ini, dan mula scroll untuk pelbagai senarai host adblock yang ada termasuklah adblock untuk youtube dan anti adblock. Antara senarai yang saya gemari juga adalah overlay blocker, clickbait blocklist dan anti ransomware tracklist. Dengan FilterList, extension adblocker anda bukan sahaja berfungsi sebagai anti iklan, malahan juga mampu membantu anda mengelak dari jangkitan cecacing web dan virus di laman web yang terjejas.

Pelbagai senarai host di FilterList
Apabila anda telah membuka laman web FilterList, pilih sahaja senarai host yang anda gemari, dan tekan “ADD” untuk menambah host tersebut kepada adblocker anda. Adblocker anda akan semakin garang dan cekap dengan penambahan host-host tambahan ini.
uBlock akan “menangkap” senarai host tersebut secara automatik
Sekian sahaja artikel daripada saya pada kali ini. Jumpa lagi di artikel yang akan datang daripada saya. Terima kasih kerana sudi mengunjungi OMG! Hackers?.
p/s : harus diingat, pengiklanan juga merupakan sumber pendapatan para penulis, pencipta kandungan, dan pembangun. Oleh itu, senarai putihkanlah laman web yang anda gemari. Mereka bekerja dan menghibur untuk anda tanpa anda membayar mereka. Sesetengah iklan tidak mengganggu anda.
Pautan : FilterList
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x