Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kerana memberikan sokongan zahir dan batin yang tidak terucap dengan perkataan. Sebelum anda ingin membina sebarang laman berkisar tentang Rapidleech adalah lebih baik anda kenal dengan apa itu Rapidleech. Penulis tidak akan menerangkan apa itu Rapidleech kerana tujuan yang satu tidak akan boleh diubah.
Sebelum kita meneruskan agenda kita,adalah lebih baik kita hayati bibit-bibit lagu ini. Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi,dingin terasa memecah kesunyian malam,dan aku disini sendiri dibaluti resah dibayangi sesal yang tak sudah. Renung ke langit sepi tiada purnama,di dalam kelam terlihat bayangku sendiri,terpaku membisu tanpa suara dan segala,apa petanda? apa rahsia?.
Perkara penting yang perlu dimiliki untuk membina laman rapidleech.
1. Sediakan sebuah hosting yang menyokong skrip Rapidleech. Lebih baik jika menggunakan cPanel sebagai panel kawalan. Tidak semua hosting membenarkan skrip Rapidleech,Cbox Leech,Torrent Flux dan berbagai lagi skrip. Kerana penggunaan jalur lebah (bandwidth) yang tinggi. Jika silap langkah boleh rosak hosting mereka.
2. Sediakan beberapa akaun premium daripada laman perkongsian fail seperti laman Rapidshare.com,Fileserve.com dan pelbagai laman perkongsian yang menyokong format premium.
3. Muat turun skrip Rapidleech yang terbaru pada laman rapidleech.com disini.
Langkah-langkah membina laman Rapidleech.
1. Muat turun skrip Rapidleech pada pautan di atas dan ikuti langkah di bawah. (Gambar)
*Buka folder Rapidleech Pluqmod V41,buka folder dalaman (configs),buka fail configs.php. Tujuannya adalah untuk memasukkan akaun premium laman perkongsian fail ke dalam skrip Rapidleech anda. Anda boleh mengatur secara alam maya juga. Tips ada disini dan disini (bergambar,versi lama)
*Gantikan perkataan “your username” dan “your password” dengan akaun premium anda.
Selesai dan save. Jadikan folder Rapidleech Plugmod V41 kembali ke fail .zip. Dan muat naik ke hosting anda seperti biasa.
Laman rapidleech yang sudah siap di bina disini. Selamat menggunakan jika boleh sebab penulis hanya menggunakan free hosting untuk tumpang buat tutorial. Jika plugin anda mati anda boleh dapatkan di laman rapidleech.com
Sekian,Assalamualaikum.