Aplikasi Video Chat Google Duo Dan Mesej Teks Allo Dilepaskan Untuk Pra-Pendaftaran

Nampaknya selepas ini, akan timbul satu trend baharu dalam kalangan rakyat Malaysia, dan ianya akan menjadi buah mulut yang hangat di serata pelusuk negeri, apabila masing-masing mula dapat menggunakan aplikasi video chat oleh Google, iaitu Duo, dan aplikasi permesejan teks, Allo. Sama seperti WhatsApp yang telah ‘merebak’ dengan begitu cepat sekali, pada hemat saya Duo dan Allo akan trending dan disukai oleh ramai, seperti gilanya orang kita kepada Pokemon GO-to-Hospital.

Buat sementara waktu ini, kedua aplikasi tersebut hanya memaparkan ‘Pre-register’, sebagaimana tradisi Google yang selalu dilakukan.

Duo dikatakan dicipta dengan ciri yang ringkas. Ianya berasas kepada nombor telefon pengguna, sama seperti WhatsApp, yang mana ia akan terus memapar sesiapa sahaja dalam senarai kontak yang telah menggunakan aplikasi ini.

Google menggunakan protokol QUIC, dikatakan dapat memberi kualiti panggilan video lebih baik berbanding aplikasi video chat yang lain. Duo dapat mengesan signal WiFi yang lemah dan boleh bertukar kepada data mobil secara terus.

Allo pula menggunakan Signal Protocol dari Open Whisper Systems, yang membawakan enkripsi end-to-end. Terdapat banyak ciri menarik pada aplikasi ini, contohnya anda tidak perlu lagi menggunakan huruf besar untuk menggambarkan perkataan yang mengekspresikan ‘jeritan’, sebaliknya terdapat satu ‘slider’ yang akan menjadikan teks anda besar atau kecil, sesuai dengan ‘jeritan atau bisikan’.

Selain itu, ia juga dapat mencadangkan sticker ataupun emoji, serta terdapat Google Assistant terbina dalaman. Prediksi juga adalah berdasarkan kepada teks dan gambar, yang mana sekiranya seseorang menghantar gambar kepada anda, ia akan dapat mengenalpasti apakah ia dan sejurus selepas itu ia akan mencadangkan apa yang patut anda balas.

Selain itu, bot pembantu terbina dalaman tersebut juga dapat memaparkan peta data, gambar-gambar, dan lain-lain perkara yang sesuai, dikuasakan oleh Google services.

Daftar sekarang!

Google Duo

Google Allo

Via :

Google’s Duo video chat app is rolling out in the Play Store

Google Announces Allo, A Smart Messaging App Based On Your Phone Number

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img