Apa justifikasi MyEG bekerjasama dengan Worldcoin?

Apa Perlunya Konsesi Kerajaan MyEG Bekerjasama Dengan Pihak Luar Worldcoin Foundation Dalam Projek Berisiko Tinggi Dalam Keselamatan Data Peribadi?

Kalau nak kata Worldcoin ni bagus sebab Sam Altman miliki OpenAI, ketahuilah Elon Musk yang miliki TESLA dan SpaceX pun sontot pelabur Dogecoin. Sam Altman pun dah banyak terima saman undang-undang dan bukanlah manusia beretika. Kes dengan Scarlett Johansson pun tak selesai lagi.

Bayangkan, anda serahkan data sensitif anda dan cuma dibayar dengan kripto. Kripto yang dicipta sendiri oleh Worldcoin tanpa sebarang modal. Bab ini, geng yang kutuk wang fiat boleh pula pakat masuk ramai-ramai. Bagi data iris, hanya untuk sedikit token kripto WLD. Begitu murahnya nilai keselamatan data, data peribadi dan biometrik unik anda!

MySejahtera kita dibangunkan oleh kontraktor di Singapura. Data pengenalan diri retina mata hasil kerjasama MyEG dan Worldcoin ni pula? Apa jaminan data peribadi ini selamat? Laporan tahunan kebocoran data tahun 2023 pun dedahkan majoriti kes kebocoran data adalah daripada sektor kerajaan.

Ditambah lagi dengan servis Starlink tanpa kawalan. Apa nak jadi dengan tahap keselamatan digital negara ni? Janganlah nampak macam darat sangat kita dengan teknologi. Sampai semua pun nak sauk. Jangan FOMO.

Iklan Google

Kalau nak sembang bab blockchain pun, apa kelebihan blockchain Worldcoin dan MyEG ini? Nilai dan keperluan sebenar blockchain adalah open ledger dan decentralization. Kalau semua nak centralized, apa keperluan blockchain tersebut? Boleh disebut sebagai blockchain lagi kah?

Ironinya, PADU dan myDigitalID yang dukutuk-kutuk tak selamat itulah yang hakikatnya paling selamat antara semua. Dibina oleh penjawat awam negara dan data disimpan sendiri di server kementerian.

Mohon fahamkan saya.

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img