Apa Itu Steganography dan Cara Melakukannya?

Apa itu Steganography? Steganography mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Untuk senang faham, ia adalah satu seni dalam menyampaikan mesej yang tersembunyi. Perkataan Steganography berasal dari perkataan Greek iaitu ‘steganos’ dan ‘graphein’, yang bermaksud ‘diselubungi’ dan ‘tulisan’. Oleh itu, Steganography ialah ‘tulisan yang disembunyikan’. Ia termasuk dalam pelbagai kaedah komunikasi rahsia yang luas dengan menyembunyikan kewujudan mesej. Ia merujuk kepada sains komunikasi yang tidak dapat dilihat.

Untuk tutorial kali ini, Mr.Hac akan mengajar anda bagaimana cara untuk melakukan atau membuat Steganography secara MANUAL. Walaupun terdapat banyak perisian dan laman web yang menyediakan khidmat untuk membuat Steganography, adalah lebih baik Mr.Hac memberi sedikit tunjuk ajar cara manual supaya anda lebih faham proses kerjanya.

Cara Membuat Steganography Pada Gambar:

Benda yang kita perlukan untuk tutorial ini ialah sebuah gambar (apa-apa saiz, dimensi)
dan perisian WinRAR.
Gambar dalam tutorial ini Mr.Hac namakan sebagai IDM.jpg (sekadar contoh)

1. Buat satu folder baru. Namakan ia sebagai ‘Cuba’.

2. Salin gambar (dalam kes ini IDM.jpg) ke dalam folder ‘Cuba’.

3. Buat satu lagi folder baru dalam folder ‘Cuba’ itu tadi dan namakan ia sebagai ‘IDM’.

4. Salin gambar tadi ke dalam folder ‘IDM’. Klik kanan pada folder tersebut
dan pilih ‘Add to archive…‘ atau Add to “IDM.rar”

5. Salin kod berikut dan namakan ia sebagai Mr.Hac.cmd (sekali-sekala nak glamer gak!)

@echo off
copy /b IDM.jpg+IDM.rar Mr.Hac.jpg
echo complete
pause
end

6. Sila fahamkan dalam kod itu tadi bahawa IDM.jpg ialah nama fail yang asal, IDM.rar ialah fail yang mahu disembunyikan dan Mr.Hac.jpg ialah nama fail baru (output) yang mengandungi kedua-dua fail asal dan yang disembunyikan.

7. Akhir sekali klik pada Mr.Hac.cmd, dan satu fail baru iaitu Mr.Hac.jpg akan terhasil.

8. Anda boleh membuka kembali fail Mr.Hac.jpg dengan menggunakan WinRAR dan anda akan dapat lihat fail asal yang berada dalam folder IDM.

9. Atau anda boleh menamakan semula fail Mr.Hac.jpg (Rename), dengan menamakan semula extension-nya kepada Mr.Hac.rar dan anda boleh extrak fail tersebut dengan menggunakan WinRAR.

10. Selesai tutorial kita hari ini!

Ini adalah salah satu contoh Steganography mudah (boleh ubahsuai ikut selera). Anda boleh Google sendiri perisian percuma untuk melakukannya, atau perkhidmatan dalam talian (online) yang menawarkannya.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img