KUALA LUMPUR, 16 Mei 2024 – Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 adalah peranti pertama untuk menerima kemas kini ini.

Program ini menawarkan akses awal kepada kemas kini Android terkini untuk pembangun HONOR bagi membolehkan mereka menguji ciri-ciri baru dan meningkatkan keserasian aplikasi mereka pada telefon pintar flagship HONOR. Pengalaman pengguna bertambah baik dengan Android 15 akan datang yang  termasuk sekuriti dan privasi dipertingkat dan pengurusan sumber peranti dioptimumkan.

Privasi dan Sekuriti Dioptimumkan

Penaja Bersama

Dengan Android 15, pengguna boleh melindungi maklumat peribadi mereka dengan kawalan lebih baik dalam persekitaran peranti yang lebih selamat. Ia memperkenalkan SDK Sandbox bagi membolehkan perkhidmatan seperti pengiklanan beroperasikan dalam Sandbox, seterusnya menghalang aplikasi pihak ketiga daripada mengumpul data peribadi pengguna.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman privasi pengguna, Android 15 memperkenalkan Penunjuk Privasi (Privacy Indicator) bersama portal pengurusan kebenaran baru supaya pengguna lebih menyedari status perlindungan privasi mereka apabila mengurus dan memberi kebenaran untuk ciri-ciri seperti kamera atau mikrofon.

Prestasi dan Peningkatan Kuasa

Android 15 terus memperhalusi Android Dynamic Performance Framework (ADPF) untuk mengurus aplikasi penggunaan kuasa yang intensif seperti Aplikasi Permainan berinteraksi dengan sistem kuasa peranti. Ianya bertujuan membantu peranti bertindak balas dengan lebih baik terhadap penggunaan pada GPU, CPU dan sistem penyejukan, pada masa sama membantu aplikasi menjalankan tugas latar belakang yang memakan masa lama beroperasi kuasa dengan cekap.

Selain itu, Android 15 mengoptimumkan lagi ciri diperibadikan. Sebagai contoh, bagi penangkapan gambar menerusi aplikasi media sosial, kamera dalam aplikasi kini boleh mengawal keamatan flash. Pembangun boleh menggunakan Android API, alatan dan sumber yang disediakan Google untuk mengoptimumkan lagi lebih banyak senario pengguna diperibadikan.

Kemas kini Beta 1 Android 15 kini boleh diakses untuk HONOR Magic6 Pro dan telefon boleh lipat HONOR Magic V2. HONOR Magic6 Pro terkenal dengan Kamera Falcon, MagicLM pada peranti dan pengalaman AI berasaskan niat yang mewakili sektor peranti pintar dalam industri AI. HONOR Magic V2 menembusi sempadan antara telefon standard dan telefon boleh lipat. Buat pertama kali, ketebalan telefon boleh lipat mencapai bawah 10mm, sekaligus menjadikan HONOR Magic V2 telefon boleh lipat paling ringan dan nipis di dunia. Kedua-dua HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 dijamin menerima 4 kemas kini utama MagicOS dan 5 tahun kemas kini sekuriti untuk pengguna di seluruh dunia.

HONOR secara proaktif menyokong pembangun dalam menyesuaikan dan mengoptimumkan aplikasi mereka untuk sistem pengendalian Android dan memberikan pengalaman pengguna terbaik. Kini, Beta 1 Android 15 sudah tersedia untuk pembangun mempertingkatkan keserasian dan pembangunan aplikasi untuk versi Android seterusnya. HONOR akan terus menyokong pembangun dengan kemas kini seterusnya kepada Android 15 Beta tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR di  https://www.honor.com/my/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments