Apa Itu Anonymity?

Assalamualaikum semua. Yeah. Kinda blur. Tak tahu nak mulakan dari mana. Apapun hanya nak maklumkan, entri dalam blog ni memang bercampur aduk baik dari tips komputer, tips hacking, tutorial, artikel mengenai IT, dan yang terbaru ialah Linux. My Hackers Are Here kini mempunyai 8 orang penulis jemputan dan mereka ialah Analyzer, pd0sh, eOneZack, katakmalaya, TheKayrane, Janjangz, pr67am dan yang terbaru ialah n00bster. Pada asalnya Mr.Hac mahu meminta kepada mereka ini untuk cover tajuk-tajuk berkaitan Windows, perisian, hacking, dan seumpama dengannya, kerana rata-rata dari mereka tidak pernah menggunakan Linux. Jadi bolehlah Mr.Hac cover topik-topik berkaitan Linux dan kemudian lengkaplah blog ini menjadi satu blog IT yang sempurna (tidak terhad kepada hacking sahaja). Namun rata-rata dari mereka juga adalah pelajar kolej, universiti dan IPTA sekitar negara di mana kemudahan internet dan masa adalah terhad. Mahu atau tidak, suka atau tidak, Mr.Hac kena juga cover kesemua topik. So, lets move on..

Jadi apakah anonymity? apa yang dimaksudkan sebagai anonymity itu? Bak kata pr67am, ini adalah salah satu cabang ilmu yang paling Mr.Hac gemari (Wah..betul-betul memahami ko ye?). Anonymity ialah salah satu SILIBUS mata pelajaran dalam kursus Certified Ethical Hacker (CEH). Mengapa ia begitu PENTING sehingga menjadi salah satu mata pelajaran selain Information Gathering, Penetration Testing, Password Hacking dan sebagainya?

Ini adalah kerana walaupun Anonymity antara mata pelajaran terakhir yang diajarkan, akan tetapi ia adalah PERMULAAN wajib bagi setiap penggodam sebelum melakukan kerja-kerja mereka. Setelah mereka selesai belajar bagaimana mahu melakukan aktiviti penggodaman, mereka akan didedahkan pula bagaimana aktiviti itu tadi boleh DIJEJAK kembali dan akhirnya menuju kepada si penggodam.
Begitulah sekitar peri pentingnya akan Anonymity ini.

Sebab itu dalam begitu banyak entri, Mr.Hac memberi ‘sedikit’ lebih penekanan terhadap aspek pelayaran internet ‘tanpa nama’ atau anonymous web browsing. Kerana segala yang anda lakukan dalam talian adalah tidak selamat. Ya. Benar. Tidak selamat selagi ‘nama’ anda terpampang pada setiap laman web yang dilawati. ‘Nama’ yang dimaksudkan itu ialah alamat IP, dan juga Cookies.

Untuk penerangan yang lebih terperinci mengenai hal ini, anda boleh muat turun e-book Anonymous Surfing yang telah ditulis oleh Mr.Hac.

Kita akan jumpa lagi pada entri akan datang dengan kupasan lanjut mengenai hal ini.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img