Anti Office Blocking Software (Siri Pertama)

Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama Hac tak buat apa-apa post (lama ke?), hari ni Hac kembali lagi dengan entry terbaru yg lebih hangat daripada biasa (err..Hot FM marah tak aku guna tagline dorang?)
Hac datang kembali bersama entry baru yang penuh dengan kemarahan, yang kemuncak! Hac siap mintak tunjuk ajar dari otai iaitu dgodam untuk menyelesaikan masalah global yang dah mula menyerap masuk ke dalam negara Malaysia..Hac rasa betul-betul diperbodohkan..apakah masalah itu Hac? Hmm..masalahnya ialah, pejabat telah memakai blocking software yang lebih hebat dalam memerangi laman web yang tiada kaitan dengan pekerjaan!!
Semua laman seperti Facebook, Orkut, Myspace, Shoutmix, Nuffnang, semuanya telah disekat oleh pejabat..Hac berani cakap tiada apa cara yang Hac tak cuba..segala macam perisian, kaedah, tips dan helah, yang telah Hac gunakan namun kesemuanya menemui jalan buntu..Hac ada merujuk kepada beberapa pakar godam luar negara, namun masih belum dapat jawapan..
Buat masa ni, Hac belum jumpa lagi satu-satu kaedah yang paling mudah untuk seseorang yang hanya tahu asas pengkomputeran, untuk membenarkannya melayari laman yang telah disekat melainkan penggunaan perisian (software).
Sebelum ni Hac pernah membuat post tentang Ultrasurf dan Hotspot Shield..
tapi kali ni Hac nak tulis entry tentang Toonel pula..
Ok..perisian pertama yang akan Hac perkenalkan kat korang semua ialah Toonel.net..
Toonel.net telah ditulis sepenuhnya dengan menggunakan skrip/kod Java (sapa kata Java tak power tu?)
pada asalnya ia dicipta untuk menjimatkan penggunaan bandwidth bagi yang membayar untuknya (contohnya pengguna broadband, Streamix, P1 Wimax, dan lain-lain..).
Namun kaedah ia berfungsi telah menyebabkan ia menjadi perisian anti Blocking Software secara pasif..
Ia mengkompresi/memadatkan hampir kesemua lalu lintas (traffic) seperti HTTP, Email, FTP, dan data TCP/IP yang lain melalui satu ‘terowong’ (tunnel) dalam perisian Toonel.net. Ia mengurangkan sumber kuasa yang dipindahkan antara pelayan dan pelanggan (server and client) yang menjadikan kadar penggunaan bandwidth lebih menjimatkan..Data yang terenkrispsi melalui terowong Toonel.net ini telah menyebabkan sambungan internet menjadi lebih selamat..korang juga boleh gunakan ia untuk anonymous surfing..
Untuk web browser, korang perlu setting dahulu..
Proxy : 127.0.0.1
Port : 8080
Kat mana nak cari setting-setting ni? ada dalam web browser la~
Heheh..setiap browser tak sama..macam Hac, Hac menggunakan Maxthon 3.0..ia lebih mudah kerana sudah mempunyai ‘button’ untuk setting proxy..

Untuk Internet Explorer, klik Tools > Internet Options > Connections > LAN Settings > Use a proxy server for your LAN

Untuk Mozilla Firefox klik Tools > Options… > Advanced > Network > Connection > klik pada Settings…

Untuk Google Chrome klik button tools  (bentuk spanar) > Options > Change proxy settings > LAN Settings > Use a proxy server for your LAN

Untuk Maxthon klik Menu > Proxy > Settings > Use custom Proxy Setting

Jadi dah jumpa setting browser masing-masing? Mari kita muat turun perisian ni..

Sila klik di sini —> Toonel.net

Kelebihan Tool.net :

– Tidak perlukan pemasangan (installation)
– Saiz yang sangat kecil (117KB)
– Mudah alih (portable)

Kekurangan Tool.net:

– Versi lama yang sudah tidak dikemaskini lagi
– kelajuan internet yang berkurangan/perlahan
– Nak tonton Youtube? – tidak digalakkan kerana video loading agak lambat

Sebarang pandangan, komen, cadangan, sila lontarkan suara minda anda yang bernas di bawah..

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

8 Comments

8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
dgodam

bukan main marah lagi kome yer..huhuhu..the best way nak bypass filtering ni kena guna vpn tapi yg offer free service ni sumer slow..kalau berbayar tu cam bolehvpn or strongvpn baru ok..lagi satu kalau ko boleh setup server kat umah boleh guna openvpn utk connect and surf dari office…tapi byk sket keje ler…huhuhu

Mr.Hac

aku ada buat link dengan peacefire.org

cuba ko tengok bro..sama tak dengan VPN service?

A'IM

bawa mengucap..haha

dgodam

cam menarik jer peacefire.org tu..ko dah test ke blom..

Mr.Hac

Aku dah cuba bro..mmg berkesan..

eydamcdaa

taklehh pumm :((

Arya Putra

tengok entri mr.hac bulan Jun..lengkap semua tutorial..

Anonymous

xleh

spot_imgspot_img