Tuesday, 7 October 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
UtamaDurian BurukUntil Dawn: Kengerian Dengan Kematian Berulang

Until Dawn: Kengerian Dengan Kematian Berulang

Views: 9

Abam tekan button play, tanpa meletakkan apa-apa harapan tinggi. Sementelah, ia filem baru yang juga baru sahaja masuk ke Netflix.

Jadi, memandangkan abam pun tak ada terasa nak buat apa-apa, maka cuba layankan saja.

Orang kata, “Sometimes you can stumble into a gem of a movie on Netflix” – dan inilah yang boleh dikatakan tentang Until Dawn, sebuah filem adaptasi dari permainan popular.

Ia membawakan ‘trope’ yang sudah sering digunakan dalam beberapa variasi, iaitu di mana watak-wataknya terperangkap dalam satu tempat yang tidak mempunyai takrif masa (time loop).

Until Dawn mengisahkan perjuangan dua beradik, Melanie Paul (Maia Mitchell) dan Clover Paul (Ella Rubin). Kisah bermula apabila Melanie hilang secara misteri di sebuah lembah terpencil.

Tidak sanggup menerima kehilangan itu, Clover bertekad membongkar kebenaran di sebalik kehilangannya.

Bersama rakan-rakan — Max (Michael Cimino), Megan (Ji Young Yoo), Nina (Odessa A’zion) dan Abe (Belmont Cameli), Clover menuju ke lokasi terakhir di mana Melanie dilihat.

Mereka menemui sebuah kabin usang yang kelihatan sudah lama ditinggalkan. Namun, sebaik malam menjelma, suasana berubah menjadi mimpi ngeri.

Seorang pemburu misteri bertopeng muncul, memburu mereka seorang demi seorang dengan cara yang kejam dan mengerikan.

Kengerian memuncak apabila mereka mendapati setiap kali dibunuh, mereka akan ‘terjaga’ semula di tempat dan waktu yang sama seolah-olah malam itu berulang tanpa henti.

Terkurung dalam kitaran masa yang menakutkan, mereka terpaksa mengharungi malam penuh kengerian berulang kali.

Setiap percubaan untuk mengelak kematian hanya membuat pemburu itu menjadi semakin ganas.

Masa semakin suntuk, dan Clover bersama rakan-rakannya perlu mencari jalan untuk memutuskan kitaran ini, sebelum fajar menyingsing menjadi peluang terakhir mereka untuk hidup.

Dalam filem ini, ia hampir lengkap dengan segala macam perkara, dari zombie (Wendigo), ahli sihir, hinggalah kepada watak pembunuh misteri yang sukar untuk mati ala Jason Voorhees.

Ia diarahkan oleh David F. Sandberg, pengarah yang sama untuk filem Annabelle: Creation, Lights Out, dan beberapa lagi filem pendek seperti Cam Closer, Pictured, serta Attic Panic yang boleh ditonton di YouTube.

Oh ya, beliau juga merupakan pengarah filem Shazam! dan Shazam! Fury of the Gods.

Until Dawn dapat ditonton di Netflix: Until Dawn

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x