Sambutan terhadap Kodi nampaknya agak luar biasa sejak aplikasi penstriman kegemaran seperti Terrarium TV tidak lagi dibangunkan dan apa yang ada hanyalah aplikasi klonnya.
Menggunakan Kodi tidaklah semudah Terrarium TV dan alternatifnya, tetapi apabila telah dapat memahami rentaknya, ia menjadi selancar kenaikan harga minyak petrol.
The Magic Dragon adalah addon utama pilihan saya, kerana ia tidak pernah lagi setakat ini menghampakan saya. Crawler atau scrapper pada addon ini memberikan sumber pautan strim yang segar, serta pantas berbanding addon lain.
Oleh itu mari kita lihat bagaimana cara untuk memasangnya, pada Kodi 18 Leia. Muat turun Kodi di sini: Kodi | Open Source Home Theater Software
1. Buka Kodi dan klik pada Settings.
2. Seterusnya klik pada File manager.
3. Tekan pilihan Add source.
4. Klik pada <None>.
5. Taipkan URL sumber berikut: http://supremacy.org.uk/zip/repo/
6. Pada namanya anda bolehlah taipkan apa sahaja yang anda suka. Untuk memudahkan pemahaman, saya masukkan nama Supremacy.
7. Kembali ke menu utama dan klik pada Add-ons. Pada tangkap layar di bawah sudah terpapar addon The Magic Dragon. Abaikan kerana saya telah memasangnya lebih awal.
8. Klik pada butang berlogo seperti kotak. Rujuk gambar tangkap layar di bawah.
9. Klik Install from zip file.
10. Di sini anda akan nampak nama sumber iaitu Supremacy yang telah kita namakan itu tadi. Klik pada nama sumber tersebut.
11. Terdapat tiga fail zip. Klik pada yang bernama repository.supremacy-2.6.zip. Namanya mungkin akan berubah-ubah mengikut versi. Contohnya kali ini ia berversi 2.6. Jika ia berubah di masa hadapan, janganlah cuak. Pilihlah sahaja versi tersebut.
12. Tunggu sehingga ia selesai dipasang. Notifikasi pemasangan yang selesai akan muncul.
13. Kemudian, klik pada Install from repository.
14. Tekan pada pilihan supremacy.
15. Pilih pula Video add-ons.
16. Hala ke The Magic Dragon. Klik padanya untuk memasang.
17. Seterusnya, klik butang Install.
18. Di sini terdapat pilihan add-ons tambahan. Klik sahaja pada butang OK.
19. Tunggu sehingga pemasangan addon ini selesai.
Sekarang anda sudah ada satu addon, yang boleh digunakan untuk menonton filem atau drama kegemaran anda. Jika tiada aral, saya akan cuba kemas kini dan tambahkan lagi tutorial untuk addon lain pula. Selamat menonton.