Secara jujur, saya memang tak mahir menggunakan perisian penyunting gambar seperti Adobe Photoshop ataupun GIMP. Saya minat dengan seni reka bentuk, tetapi apabila mula melihat paparan antaramuka Photoshop, oh tidak. “Mungkin ini bukan masanya lagi”, begitulah monolog yang sering berlegar di fikiran setiap kali membuka GIMP.
Tetapi ia tidak lama. Keinginan untuk membuat sesuatu reka bentuk sekurang-kurangnya gambar yang paling ringkas masih lagi membuak-buak.
Kemudian, DesignEvo secara tiba-tiba hadir. Pada awalnya ia kurang menarik minat hati, cuma setelah saya paksa diri untuk mencubanya, ternyata keputusan itu tidak salah. Laman ini bukan sahaja mudah difahami dan mudah digunakan, malah ia juga percuma.
Dari paparan hadapan seperti ini, anda dapat lihat pelbagai pilihan menanti. Terdapat lebih dari 3500 templat logo yang anda boleh gunakan untuk mencipta logo anda sendiri secara kreatif.
Walaupun anda bukan pereka profesional, anda tetap akan mampu membuat logo asas yang menarik, tanpa perlu pengetahuan yang mendalam mengenai bagaimana anda harus mengendalikan sesuatu aplikasi.
Anda juga boleh memilih ‘Start From Scratch’, jika anda sememangnya bertaraf pro dan ingin bikin sendiri logo tersebut. Berikut adalah dua contoh logo yang saya telah buat dengan menggunakan sepenuhnya laman DesignEvo.
Ok, ok, anda nampak kan walaupun ia datang dari templat, ia masih lagi boleh digubah menjadi lebih menarik lagi, asalkan saja anda mempunyai pelbagai idea. Apa yang saya tunjukkan hanya sekadar gambaran sahaja.
Jika anda perhatikan pada gambar di atas, pada ruangan sebelah kanannya terdapat pratonton bagi gambar/logo yang sedang anda ubahsuai. Di sebelah kirinya pula terdapat pilihan untuk menukar jenis teks (font), menambah ikon dan bentuk-bentuk simbol tertentu, atau menukar warna latarnya.
Setelah anda siapkan reka bentuk logo yang anda mahu, dan berpuas hati dengannya, anda diberi pilihan sama ada untuk pratonton gambar tersebut, simpan, ataupun muat turun.
Ya, secara ringkasnya, memang itu sahaja yang anda perlu lakukan. Ia tidak terlalu rumit dengan pelbagai ‘tools’, yang hanya dapat difahami sekiranya anda benar-benar berdedikasi dan komited dalam usaha untuk memahirkannya.
DesignEvo amat mudah, hinggakan pemula seperti saya pun dapat menyiapkan satu bentuk rekaan logo.
Oh ya, sebelum saya sudahkan artikel ini, jika anda berminat untuk menggunakan laman ini, pihak DesignEvo sendiri ada menyediakan kod kupon bagi pembaca setia omghackers.com.
Hanya perlu masukkan kod DEMD55CPF ketika anda memilih bagi plan Basic atau Plus untuk mendapatkan diskaun sebanyak 80%.
DesignEvo terdapat dalam versi laman sesawang, Mac, dan juga mobile (iOS & Android).
Versi laman sesawang: https://www.designevo.com/apps/logo/
Versi Mac: https://www.designevo.com/desktop/ (Versi Windows masih dalam pembangunan)
Versi mobil: https://www.designevo.com/for-mobile/
Baiklah. Harap anda akan mencuba mana-mana versi aplikasi DesignEvo yang menarik ini. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu merealisasikan hasrat anda untuk mereka sendiri logo idaman.