Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dan kali ni artikel mengenai Harry Potter. Pasti ampa dah layan kan semua buku cerita dan filem yang telah dikeluarkan. Tidak lupa juga permainan video yang telah keluar pada semua platform, kecuali platform telefon.  Kini Warner Bros serta Jam City bergabung, meletup untuk mengeluarkan permainan baru Harry Potter!

Pasti ampa teringin dan bermimpi untuk menjadi seorang pelajar di Hogwarts, kan? Jangan bimbang kerana ia akan menjadi realiti tak lama lagi. Permainan Harry Potter: Hogwarts Mystery  in merupakan permainan berperanan yang berasaskan naratif (ala, permainan RPG = role-playing game atau dalam Bahasa Melayu dia, Permainan Berperanan).

Haa, lebih kurang camni la nanti. 😉

Bukan itu sahaja, ia membenarkan para pemain memilih haluan mereka dan belajar daripada pengajar terkenal Hogwarts. (Ada sapa nak belajar dengan Prof Snape? hehehe 😁. Kelas² seperti Defence Against the Dark Arts, Potions, dan Dueling Club yang diadakan sebagai kemajuan pemain² melalui tahun²  di Hogwarts.

Permainan ini akan datang ke peranti iOS, Android dan Amazon dari label Warner Bros, Portkey Games. Mungkin ampa ingat lagi Portkey Games ni ada buat pengumuman mengenai permainan AR (Augmented Reality) Harry Potter : Wizards Unite. Warner Bros menjadikan Portkey sebagai label khusus untuk semua perkara dari dunia sihir JK Rowling. Namun, tiada tarikh rasmi lagi, jadi sama² la kita menanti permainan Harry Potter : Hogwarts Mystery pada tahun 2018 ni.

Warner Bros dan Jam City berkerjasama untuk mewujudkan permainan mudah alih Harry Potter yang baru. Untuk pengetahuan ampa, Jam City ini merupakan studio permainan mudah alih yang berpangkalan di Lost Angeles yang dibentuk pada tahun 2010 dan studio tersebut telah menghasilkan permainan yang popular seperti Cookie Jam, Panda Pop, Family Guy: Another Freakin’ Mobile Game dan Marvel Avengers Academy.

Walaupun terdapat banyak permainan Harry Potter dekat celah² bumi ni, tapi pasti yang ini berbeza dengan yang lain tambahan lak Warner Bros yang terlibat secara langsung serta bergabung, meletup dengan studio yang berjaya lagi berpengalaman seperti Jam City dalam penghasilan permainan, harap ia dapat menjadi trending No.1 dalam Play Store/App Store/Amazon Store. 😉

Jadi, apa pendapat ampa? Komen di bawah ye? Bahagian mana yang ampa suka dalam banyak² filem Harry Potter dan jampi mana yang ampa teringin nak guna dalam dunia realiti ni? 🤔

Sumber : Android Authority

Komen Facebook