Jika anda merupakan pengguna tegar Internet Download Manager, maka fungsi parallel download bukanlah sesuatu yang asing buat anda.

Buat yang masih tak tahu pula, Parallel Download menggunakan sambungan berbilang untuk memuat turun satu fail dalam beberapa bahagian. Muat turun menjadi lebih laju berbanding hanya menggunakan satu sambungan untuk satu fail.

Google Chrome bakal mengimplementasikan fungsi ini bagi melajukan proses muat turun melalui pelayar web tersebut.

Perkara ini telah dikesan oleh para pembangun di forum XDA.

Ya, pengguna boleh sahaja menggunakan IDM atau extension seperti Chrono Download Manager, tetapi dengan mengaktifkan fungsi ini, sekurang-kurangnya mana-mana fail yang dimuat turun menggunakan Chrome akan menjadi lebih laju dan lancar dari biasa.

Bagaimana cara mengaktifkan parallel download?

  1. Buka tab baru dan masukkan ‘chrome://flags’ pada bar URL.
  2. Pada ruangan bar carian, masukkan ‘parallel’ dan satu flag bernama ‘Parallel downloading’ akan muncul.
  3. Klik pada ‘Default’ dan tukar ia kepada ‘Enable’.
  4. Mulai semula Chrome untuk mengaktifkan fungsi ini.

Berikut adalah demo muat turun pada Android yang menjadi lebih laju setelah parallel download diaktifkan.

Nampak kan gambar ni? Maklumlah, warna putih.

Baiklah, harap anda akan dapat memanfaatkan post ini dengan sebaiknya. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan, pensyarah, keluarga, kucing, dan jiran sebelah untuk sama-sama pandai ya.

Komen Facebook