Zorin OS 7 RC: Pelbagai Penambahbaikan Diperlihatkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menulis sebuah artikel ringkas tentang Zorin OS 7 Release Candidate (RC).

Zorin OS merupakan sebuah distro Linux berasaskan Ubuntu. Sebelum ini saya menggunakan Zorin OS versi 6.2 Core. Dalam sebulan yang lepas. Seingat saya versi yang terakhir yang pernah saya gunakan sebelum versi 6.2 ialah versi 5. Itupun setelah diperkenalkan oleh saudara Arya Putra. Bagi saya Zorin OS ini merupakan sebuah sistem pengoperasian yang baik. Jika anda ingin mencubanya. Anda boleh klik pautan [di sini].

Pada hari ini bersamaan 23 Mei 2013. Artyom Zorin mengumumkan kesinambungan Zorin OS iaitu Zorin OS 7 yang berasaskan Ubuntu 13.04. Apabila saya melihat Zorin OS ini saya menjadi terpukau. Biasalah manusia suka akan keindahan. Saya belum mencubanya dan tidak berminat untuk memuat turun memandangkan masih lagi dalam versi pembangunan (RC). Saya melihat Zorin OS 7 ini membawakan antara muka menyerupai Windows 8. Seperti yang semua sedia maklum bahawa Windows 8 memang pernah memukau saya kerana kecantikan dan kebolehannya yang tersendiri. Jadi,saya harap Zorin OS 7 ini sama seperti Windows 8 iaitu tidak sekadar memukau saya dengan kecantikannya malah kebolehnnya juga. Sebelum saya lampirkan beberapa keping gambar sebagai tatapan. Mari kita lihat apa yang baharu pada Zorin OS 7.

Zorin OS 7 RC. Apa yang baru? (Mungkin ada beberapa penambahan pada versi akhir nanti.)

  • Menggunakan kernel Linux 3.8.
  • Perisian Pidgin hadir menggantikan Empathy. (perisian sembang.)
  • Perisian Thunderbird digantikan dengan Geary Mail (perisian pengurus e-mel- ringkas,berkualiti dan menarik.)
  • Tema yang baharu menyerupai Windows 8 untuk mereka yang tidak gemar akan Start Screen Windows 8.
Antara muka desktop.
Logo baru Zorin OS.
Sumber:-

Zorin OS 7 Core Release Candidate is here.
Zorin OS 7 RC Takes Aim at Windows Users.
Development Release: Zorin OS 7 RC.

Sekian. Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img