Windows 8 Professional X86 Direct Link

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti yang dijanjikan oleh penulis pada penulisan sebelum ini Windows 8 Professional (32-Bit/64-bit) + Activator penulis akan memberikan pautan muat turun untuk Windows 8 Professional khusus untuk versi X86 atau 32-Bit. Untuk versi 64-bit anda boleh memuat turun melalui kaedah peer-to-peer (p2p) atau lebih dikenali sebagai torrent (bittorrent). Anda juga boleh menyemak penulisan Dr.Freddy tentang Windows 8 AIO 16 In 1 Direct Link + Permanent Activator untuk memuat turun pelbagai versi yang lengkap. Khas untuk anda yang gemar mengumpul koleksi barangan. Selepas itu anda boleh mengaktifkan Windows 8 Professional anda menggunakan kaedah Pengaktifan Kekal Windows 8 (Sementara Masih Ada). Pada pengaktifan tersebut anda akan diminta untuk menambah fungsi Windows Media Center. Tapi,jika anda tidak tahu menggunakan Windows Media Center takkan anda hanya berdiam diri ruang penyimpan pada hard disk anda digunakan dengan begitu sahaja. Jadi,baca karya penulisan MeiAx [ Tinjau ] Apa itu Windows Media Center untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah kegunaan Windows Media Center.

Untuk pengetahuan anda penulis menggunakan Adrive.com. Dalam kelebihan media penyimpanan awan Adrive ini terdapat kekurangannya. Sebelum menceritakan tentang kelebihan dan kekurangan perkhidmatan Adrive ini yang sedikit sebanyak mengganggu urusan anda untuk memuat turun secara direct link penulis akan menbuat sedikit ulasan tentang satu laman perkongsian fail yang bagus,baik dan penuh dengan inovasi. Laman perkongsian fail tersebut ialah SolidFiles.com [File hosting without the bullshit]. Contoh pautan muat turun menggunakan laman SolidFiles [disini] Laman perkongsian fail ini agak bagus. Mengapa penulis katakan bagus? Kerana,jika anda mendaftar selaku pengguna percuma,anda akan mendapat 50 Gigabytes ruang percuma untuk anda menyimpan dan berkongsi kepada sahabat,adik beradik mahupun pengguna luaran. Untuk ruang penyimpanan laman Adrive dan SolidFiles masih berkongsi kedudukan atau sama taraf kerana laman Adrive juga menawarkan ruang penyimpanan yang sama besar iaitu 50 Gigabytes. Untuk ciri kedua laman SolidFiles ini ialah setiap saiz fail yang ingin dimuat.naik ialah tidak lebih daripada 250 Megabytes. Ini sudah bagus. Tapi,untuk ciri kedua ini Adrive memenanginya. Ini kerana Adrive menawarkan sebanyak 2 Gigabytes bersamaan 2048 Megabytes saiz bagi satu fail untuk dimuat naik ke server Adrive. 

Ciri ketiga bagi laman SolidFiles ialah jalur lebar tanpa had (unlimited bandwidth). Berbeza pula dengan Adrive. Inilah yang ingin penulis beritakan kepada anda bahawa Adrive mengenakan sekatan terhadap fail yang dikongsi. Untuk setiap fail hanya bertahan selama 14 hari. Selepas itu,pautan perkongsian tersebut akan hilang. Tapi,fail tersebut masih ada pada server Adrive. Jadi,selepas 14 hari jika pautan perkongsian tersebut tidak boleh digunakan lagi sila beritakan kepada penulis untuk mengganti pautan yang baru. Adakah anda biasa dengan laman Mediafire sebelum ini? Jika ya. Sudah pasti anda akan biasa dengan kaedah tukar pautan. Alah,kaedah klik kanan fail muat turun pilih properties dan ubah pautan kepada pautan yang baru. Adakah anda sudah ingat kembali akan kaedah ini? Penulis nak beritakan satu lagi kekurangan yang terdapat pada laman Adrive iaitu Adrive hanya membenarkan 10 orang pengguna,satu alamat protokol internet (IP address) pada satu pautan muat turun. Penulis mencadangkan agar anda memuat turun bahagian pertama dahulu. Kemudian baru muat turun bahagian yang seterusnya. Untuk anda yang mungkin tidak berjaya memuat turun pautan pertama anda muat turun pautan kedua dahulu kemudian barulah pautan yang pertama dan pautan lain. Adakah anda memahaminya? Jika tidak faham kita boleh berunding di ruangan perbincangan selepas tamat penulisan. Kedua-dua perkhidmatan perkongsian fail ini secara logiknya memberikan jalur lebar tanpa had. Tapi,adrive meletakkan syarat untuk setiap pautan perkongsian 14 hari dan 10 orang pengguna yang dapat memuat turun pada suatu masa.

Ciri keempat dan yang terakhir. Ini yang paling seronok mengenai laman perkongsian fail SolidFiles. Laman perkongsian fail SolidFiles membenarkan fail yang anda muat naik disimpan pada server mereka selama-lamanya. Begitu juga dengan Adrive tapi Adrive membenarkan simpan selama-lamanya dan hanya dibenarkan kongsi fail selama 14 hari. Untuk SolidFiles pula. Simpan dan kongsi untuk selama-lamanya. Tapi,apakah punca/faktor/sebab penulis menggunakan Adrive berbanding laman SolidFiles yang bagus/baik ini? Ini kerana semasa penulis mencuba memuat naik fail ke server SolidFiles agak terasa lambat sikit dan fungsinya tidak cukup seperti tidak menunjukkan masa yang diperlukan untuk selesai memuat naik fail. Adrive pula mempunyai server yang stabil dan konsisten sewaktu memuat naik sesuatu fail. Jadi,memudahkan penulis dan menepati janji yang telah dibuat iaitu untuk mengemaskini penulisan yang disertakan pautan muat turun direct link tepat pada masanya. Jadi,jika anda mempunyai sambungan internet yang tinggi dan kuat anda bolehlah menggunakan laman perkongsian fail SolidFiles. Huh… Panjangnya seperti menulis cerpen. Ada ke orang nak baca? Harap anda baca satu-persatu agar anda dapat apa yang penulis ingin sampaikan. Kalau boleh tinggalkan jejak pada ruangan perbincangan di bawah. Setiap komen/kritikan membina anda membantu kami memperbaiki/memperkemas setiap penulisan kami. Semuanya kembali kepada anda juga. 

Untuk anda yang masih samar-samar akan apa yang ingin disampaikan oleh penulis mengenai laman perkongsian fail Adrive ini. Ini merupakan kesimpulan mahupun perkara penting yang anda perlu baca.

1. Adrive hanya membenarkan 10 pengguna/10 alamat internet protokol pada satu pautan muat turun. Makna kata sekiranya anda tidak dapat memuat turun fail tersebut mungkin disebabkan sudah mencapai tahap maksimum. Anda boleh tunggu ataupun memuat turun dahulu bahagian lain. Semuanya terdapat 5 bahagian. Muat turun kesemuanya.

2. Pada ruangan soalan-soalan yang biasa ditanya (frequently ask question FAQ) pada laman Adrive ada mengatakan bahawa anda tidak dapat menggunakan perisian pengurus muat turun (download manager) diluar dari pelayar. Tapi,anda masih boleh menggunakannya. Ini realiti bukannya fantasi. Jika anda menggunakan Internet Download Manger (IDM) anda akan mendapat 10 mirror/channel. Tapi jika anda yang memuat naik sesuatu dokumen pada server Adrive anda akan mendapat 16 mirror/channel. Server Adrive sangat stabil. Menyokong fungsi berhenti dan sambung (pause-resume)

3. Fail yang dimuat naik ke server Adrive akan kekal selamanya. Tapi fungsi perkongsian fail hanya dapat bertahan selama 14 hari. Selepas itu,pautan muat turun bagi fail tersebut akan hilang. Jadi,sekiranya anda belum selesai memuat turun tapi pautan telah tamat/lupus/tidak dapat digunakan lagi.  Sila beritahu/khabarkan/beritakan kepada penulis untuk menggantikan pautan muat turun yang baru. Jika anda pernah menggunakan laman perkongsian fail Mediafire anda mesti mesra dengan kaedah sambung semula jika pautan bermasalah. Lihat kaedah pelaksanaan pada gambar dibawah.

Jika anda mengalami masalah tidak dapat menyambung semula fail yang dimuat turun sedangkan link masih aktif seperti gambar dibawah. Anda hanya perlu klik No. Dan sesi muat turun akan bersambung kembali. 

Pautan pada: 27/11/2012
Tamat pada: 11/12/2012

Peringatan:
Jika penulis terlupa tolong ingatkan.

Windows 8 Professional x86 bahagian 1 [disini]

Windows 8 Professional x86 bahagian 2 [disini]


Windows 8 Professional x86 bahagian 3 [disini]


Windows 8 Professional x86 bahagian 4 [disini]


Windows 8 Professional x86 bahagian 5 [disini]

Selamat memuat turun.
Sekian,Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img