Windows 7 USB/DVD Download Tool Error : Unable To Copy Files

We were unable to copy your files. Please check your USB device and the selected ISO file and try again.

Pernahkah anda menghadapi masalah ini? Baru hendak merakam fail ISO Windows 7 ke dalam USB pendrive, tiba-tiba perisian rasmi dari Microsoft ini memberikan anda ‘kata-kata sayang’. Ternyata menyusahkan apabila anda sangat memerlukan bootable Windows 7 pendrive untuk format komputer kesayangan, error sebegini pula yang berlaku, meskipun berulang kali anda format pendrive anda itu.

Jangan bimbang. Bukan pendrive anda yang rosak, cuma anda perlu membersihkan pendrive anda supaya ia dapat dibaca oleh perisian Windows 7 USB/DVD Download Tool (WUDT).

Apa yang perlu anda lakukan ialah buka Command Prompt (cmd), dan masukkan baris perintah di bawah:

diskpart

list disk

select disk #

clean

create partition primary

select partition 1

active

format quick fs=fat32

assign

exit

Selesai masalah! Sekarang anda boleh cuba untuk merakamkan kembali fail ISO Windows 7 ke dalam pendrive anda itu.

P/S: Mr.Hac telah mencuba aplikasi diskpart ini di dalam Windows XP. Malangnya ia gagal mengesan pendrive Mr.Hac yang telah dimasukkan pada port USB. Oleh itu, petua Mr.Hac satu sahaja. Anda carilah mana-mana laptop atau PC yang menggunakan Windows 7 atau sekurang-kurangnya Windows Vista kerana aplikasi ini bekerja dengan baik di dalamnya.

SUMBER: 4sysops

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img