VPN Percuma Terbaik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca OMG! Hackers?.. Tahun 2012 telah meninggalkan kita semua. Selamat tahun baru penulis ucapkan kepada Admin, penulis-penulis yang lain dan semua warga pembaca sekalian. Hari ini penulis ingin kongsikan VPN percuma terbaik yang pernah penulis guna.

Apa itu VPN? tidak perlu la penulis terangkan lagi. Sebab dalam blog ini telah banyak membincangkan perihal tentang VPN. Cuma saudara semua kena rajin menggunakan KOTAK CARIAN. Secara ringkasnya VPN ialah:
1. Digunakan untuk melindungi data dan privasi kita dari diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.
2. Melayari internet dengan selamat dengan cara menyembunyikan IP.
3. Melepasi sekatan ke atas internet kita serta firewall.

OK.. Kita pergi pada VPN yang pertama:

SecurityKiss

1. Untuk pengguna percuma anda diberikan 300MB sehari (ok lerr tu, sebulan dah berapa).
2. Sehingga 5-10 server walaupun percuma.
3. Menyokong OpenVPN, PPTP dan L2TP tunneling protokol.
4. Perlu mendaftar untuk gunakan servis. Klik INI untuk daftar.
5. OpenVPN terbina dalam installer yang disediakan.

VPN yang kedua:

VPNBook

1. VPN ini memang 100% percuma, tidak perlu mendaftar dan tiada had limit diberikan.
2. Menyokong OpenVPN dan PPTP tunneling sahaja.
3. Untuk OpenVPN anda kena muat turun fail konfigurasi terlebih dahulu dan masukkan kedalam folder: data>config.
4. Atau download sahaja OpenVPN portable berserta config yang dah dimodifikasi oleh saya, klik link INI (untuk pengguna vista,7 dan 8 perlu run as administrator)

Dan yang ketiga:

FinchVPN

1. Perlu mendaftar untuk menggunakan servis. Klik SINI untuk mendaftar.
2. Had limit sebanyak 3GB sebulan diberikan untuk pengguna percuma.
3. Hanya menyokong OpenVPN, PPTP akan menyusul kemudian.
4. Rasanya macam produk tempatan sebab ada Malaysia currency, walaupun saya guna VPN server Germany untuk masuk website mereka.
5. Sama seperti VPNBook, selepas sahaja mendaftar anda boleh muat turun config file dan masukkan dalam OpenVPN portable anda.

Itu sahaja yang boleh saya kongsikan bersama anda. Jika ada VPN percuma lain yang lagi baik boleh la dikongsikan diruangan komen dibawah.

Download link: OpenVPN
                            OpenVPN Portable

*Spotflux tidak termasuk kerana artikel telah dibuat oleh Tuan Arya kita.

Sekian.. Assalammualaikum..

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img