Ulasan Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot Beta 1

Seperti mana yang kita maklum, tidak lama lagi Ubuntu akan melepaskan versi terbaru bagi sistem operasi keluarannya iaitu Ubuntu versi 11.10, Oneiric Ocelot. Namun, bagi Mr.Hac, memang tak sabar rasanya untuk ‘test drive kereta baru’ dari Ubuntu. Oleh itu Mr.Hac telah memasang versi 11.10 Beta 1 pada komputer dan telah mencubanya selama beberapa hari jam dan ternyata, banyak perubahan-perubahan menarik bakal didapati pada versi tersebut! Mr.Hac telah menaik taraf (upgrade) dari dalam Ubuntu 11.04 yang dipasang dalam Windows XP dengan menggunakan Wubi. Mula-mula mencuba, ingatkan ada masalah juga, kerana waktu pemasangan yang agak lama. Tetapi setelah ‘siap’, memang akan membuat sesiapapun teruja! Bacalah serba sedikit pandangan dan ulasan (review) yang tak seberapa dari Mr.Hac ni..

Di sini Mr.Hac tidak ingin mengulas panjang, kerana sememangnya terlalu banyak ciri-ciri Ubuntu yang berubah. Juga tidak lupa Mr.Hac tak akan mengulas mengenai bug yang terdapat padanya (very buggy as expected). Cuma Mr.Hac ingin menyentuh serba sedikit beberapa ciri yang menarik perhatian Mr.Hac untuk terus menggunakan Ubuntu versi ini biarpun peringkat beta!

Apa yang menarik? Dah tentu antaramuka (interface)! Banyak yang berubah, sampai pening Mr.Hac tak tahu mana satu nak tulis dahulu. Antaranya ialah login manager yang baharu, iaitu LightDM. Ianya lebih ‘ringan’, boleh diubahsuai dengan mudah dan rupa yang unik. Kalau tak suka? Boleh tukar semula kepada Gnome Display Manager (GDM) tanpa sebarang ralat.
Anda boleh membuat rujukan mengenai LightDM di sini -> LightDM

Tapi yang penting, yang Mr.Hac suka ialah ‘jantungnya’, iaitu Kernel, yang sudah dinaik taraf kepada versi 3.0 (waktu guna 11.04 Natty lagi Mr.Hac dah pasang Kernel versi 3.0.2, tiada masalah).

Selain itu Ubuntu 11.10 menaik taraf pelayar Firefox kepada versi 7 Beta 3. Tapi download manager terbina dalamannya (built-in download manager) memang ada fungsi macam screenshot kat bawah ke?

Lagi? Hmm.. Nampaknya Ubuntu mengekalkan Unity Desktop, dan telah membuang fungsi pilihan ‘Ubuntu Classic’ pada login manager (damn..). Ini menyebabkan anda terpaksa memasang ia secara manual sekiranya anda tetap mahu menggunakan ‘classic dekstop’.
Mahu memasangnya? Semak pada pautan ‘RUJUKAN’ di akhir entri.

Siapa hebat boleh teka apa pembaharuan dalam fungsi terminal mengikut screenshot di bawah?

Ya.. Jawapannya ialah anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menambah Repository atau tidak dengan menekan ‘Enter‘ pada papan kekunci komputer untuk menambahkannya atau menaip ctrl-c untuk membatalkannya. Menarik? Nanti! ada sikit lagi! <<<— err..sebelum ni dah ada ke fungsi ni? belum kan?

Ubuntu Software Center juga tidak terkecuali dari menerima pembaharuan dari segi antaramuka mahupun fungsinya. Lihat screenshot di bawah:

Mahu tahu apa penambahbaikan lagi? Mahu lihat lebih lagi perubahan pada antaramuka Ubuntu?
Pasang sendiri la! Hayya!
Sekian dulu ulasan panjang lebar Mr.Hac setelah beberapa jam ‘test drive’. Banyak lagi nak ditulis sebenarnya, tapi cukup la setakat ni kot. Lain-lain tu anda boleh cuba dan lihat sendiri, ok?

RUJUKAN: Ubuntu 11.10 Oneiric Beta 1 Review And Screenshots Tour

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img