Assalamualaikum semua..Hac harap semua yang datang baca blog ni sihat-sihat la ye..
Ok..bagi yang belum baca lagi Tutorial SSH Tunneling versi yang pertama, anda bolehlah pergi baca sekarang di sini —> Tutorial SSH Tunneling
Sebenarnya versi kedua ini tidak jauh berbeza dengan versi pertama..cuma versi ini lebih mudah dan tidak memerlukan anda untuk mendaftarkan akaun shell, kerana ia telah disediakan..jika anda nak gunakan akaun anda dari shellmix.com pun boleh!
Tutorial SSH Tunneling (bypass corporate firewall):
1. Muat turun perisian MyEnTunnel di sini —> MyEnTunnel
MyEnTunnel adalah singkatan dari perkataan My Encrypted Tunnel
2. Klik pada myentunnel (warna hijau) dan paparan tetingkap seperti di bawah akan muncul:
Anda boleh dapatkan kesemua maklumat terperinci untuk diisi dalam MyEnTunnel pada pautan di bawah:
Klik —> LiveSSH
Anda boleh ikut tutorial pada screenshot yang diberikan..atau jika nak Mr.Hac terangkan, kata mudahnya: IKUT MANA-MANA BUTIR AKAUN SHELL DI BAWAH
Bandingkan dengan screenshot dari perisian MyEnTunnel yang Mr.Hac dah tunjukkan di atas, dan isikan butir-butir akaun shell mengikut panduan dari screenshot Mr.Hac tu..mudah bukan?
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai SSH Tunneling dan akaun shell percuma, sila layari pautan di bawah:
Klik —> LiveSSH
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai perisian MyEnTunnel, sila layari pada pautan berikut:
Klik —> MyEnTunnel Official Website
Berikut adalah CONTOH screenshot yang Mr.Hac ambil setelah alamat IP bertukar apabila sambungan SSH Tunnel berjaya dilakukan (connection establish/stable):
Screenshot 1
Screenshot 2
Kelebihan SSH Tunneling Berbanding perisian/pelayan proksi:
Jika anda mahu membandingkan dengan perisian/pelayan proksi seperti Ultrasurf dan TOR, sambungan internet yang dibuat melalui kaedah SSH Tunneling memberikan anda lebih privasi, lebih kukuh keselamatannya dan segala apa yang anda lakukan ketika dalam talian tidak akan dapat dikesan oleh sesiapa..ia setanding dengan sambungan yang dibuat oleh perisian/pelayan Virtual Private Network (VPN)..dan bab kelajuan juga agak mengkagumkan..setakat yang Mr.Hac cuba, tiada satu kali pun sambungan yang terasa lembab atau mengecewakan..jika anda mahu cuba menganalisis sambungan yang dibuat oleh SSH Tunneling, anda boleh gunakan perisian Wireshark..
Kekurangan SSH Tunneling:
Beberapa perisian yang menggunakan proksi http tidak menyokong proksi socks contohnya IDM..dan anda perlu membuat beberapa langkah lagi untuk menjadikan ia menyokong sambungan proksi socks SSH Tunneling..itu sahaja kekurangan yang Mr.Hac nampak..yang lain? terbaik!!
Sedikit Tips Tambahan:
MyEnTunnel..apa yang menarik? apa yang menarik ialah ia boleh ‘disimpan’ atau disorokkan pada dulang sistem (system tray) dan ini adalah satu kelebihan berbanding sambungan SSH menggunakan putty, kerana putty hanya boleh di-minimize, tetapi ia tidak masuk ke dalam system tray..jadi bos anda atau encik ICT admin (contohnya laaa) masih boleh mengesan perbuatan anda..tetapi dengan MyEnTunnel, sekurang-kurangnya mereka tidak akan perasan kewujudannya selepas disorok dalam system tray..
dan jangan lupa untuk SIMPAN TETAPAN ANDA dengan menekan butang SAVE!
Screenshot di bawah pula adalah panduan kepada anda ketika MyEnTunnel berada pada system tray:
SOCKS PORT : 443 atau 22 atau 7777
SSH PORT : Ikut nombor sebelah alamat IP seperti screenshot akaun shell yang ditunjukkan di atas (contohnya IP Address: *** ** *** * – Port 5000 <- ambil Port ini)
CONTOH SETTING BROWSER :
Apa lagi? Mr.Hac dah memudahkan langkah anda..silakan mencuba SSH Tunneling sekarang..mudah aje kan? happy surfing fellas! (boleh juga bypass sekatan HULU.COM!)
Pembetulan ralat pada gambar: Sila pilih SOCKS v4 untuk kelajuan maksima!
(This entry is tribute to Janjang..thanks bro for the link and for the test!)