[ Tutorial ] Menukarkan Windows 8 Anda Ke Bahasa Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Jumpa lagi kita :)
Tajuk kali ni best sedikit kerana Windows 8 boleh setkan tetapan Windows anda ke Bahasa Melayu!
Awesome kan? >.<

Nak buat mudah sahaja,
Ikut langkah2 dibawah na? >.<
Saya hendak mohon maaf kerana dalam contoh gambar dibawah semuanya Bahasa Melayu ^^v

Langkah Pertama
Sila letakkan Cursor ( anak panah ) anda ke sudut atas kanan, dan tekan Settings.
Ini gambar contoh

Iklan Google
 klik untuk gambaran jelas :)

Selepas itu sila pilih ” Control Panel

Langkah Kedua
Selepas anda buka ” Control Panel “, sila buka ” Language

 klik untuk gambaran jelas :)

Langkah Ketiga
Anda akan lihat ada 1 bahasa yang ada. Iaitu English, jadi anda perlu tekan ” Add Language ” ( tak silap saya lah. hehehe )
Ini contoh gambar

klik untuk gambaran jelas :)

Langkah Keempat
Tekan huruf ” M ” dipapan kekunci anda untuk pencarian segera.
Ini contoh gambar

klik untuk gambaran jelas :)

Bukan ” Bahasa Melayu ” sahaja boleh, bahasa lain pun boleh. ” Arabic ” ke, ” Thai ” ke. Asalkan anda paham :P

Langkah Kelima
Di gambar atas, terdapat tindihan di Bahasa Melayu kan? Ia kerana terdapat 2 bahasa di dalamnya. Nak lihat?
Ini contoh gambar

klik untuk gambaran jelas :)

Brunei dan Malaysia. Jadi pilih Malaysia dan tekan Ok

Langkah Keenam
Selepas anda tekan OK, ia akan bawa anda ke halaman ” Language ” semula. Kemudian, sila tekan ” Move To Up ” untuk menjadikan ia Default dan tekan Options.
Ini contoh gambar

Iklan Google
klik untuk gambaran jelas :)

Langkah Ketujuh
Selepas anda tekan Options, akan ada tetapan2 ( jika ada lah :P ), seperti English punya Options ada tetapan2 mereka. Sudah tekan Options?
Sila Tekan Download and Install
Ini contoh gambar ( Contoh gambar ini saya pilih Bahasa Thai. hehehe. Contoh ja >.< )

klik untuk gambaran jelas :)

Selepas itu sila Log Out atau Restart.
Mudah kan? Maka Windows 8 anda berfungsi dalam Bahasa Melayu!!
Tetapi sesetengah aplikasi sahaja la.
Macam Firefox masih dalam Bahasa Inggeris.
Saya bekalkan contoh gambar di bawah yang support Bahasa Melayu :)

Ini contoh gambar untuk kita bukak mana2 folder. Saya pertama kali tukar ke Bahasa Melayu ni agak kekok la. InsyaAllah lama2 ok la :P

Ini contoh gambar untuk My Computer. Dulu saya ingatkan My Computer akan jadi Komputer Saya. Rupa2nya saya silap -_-

Iklan Google

Ini contoh gambar untuk Start Menu. :)

Ini contoh gambar untuk Internet Explorer 10

Ini contoh gambar untuk Google Chrome. Apa? Mana Firefox? *Tangan didada, mata ke atas -_- . Ia masih Bahasa Inggeris ==”

Iklan Google

Ini contoh gambar untuk Action.

Iklan Google

Ini contoh gambar untuk System Information.

Ini contoh gambar untuk Windows Defender

Ini contoh gambar untuk PC Settings

Itu sahaja gambar yang dapat saya kongsikan untuk anda.
Saya bangga kerana dapat guna bahasa ibunda kita secara default. Meskipun terdapat sesetengah aplikasi masih dalam Bahasa Inggeris. Mana nak tahu, suatu hari nanti Windows kita lengkap dengan Bahasa Melayu. InsyaAllah.

Selamat mencuba.
Selamat blurrrr!! :P

Santai Pagi

kecik2 dah rabun :P
Iklan Google
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img