Guns 4 Hire: Permainan Video Yang Layak Dicuba Pada Windows 8.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini penulis ingin membuat sedikit ulasan tentang permainan percuma yang layak untuk dicuba oleh anda. Permainan ini jenis 3D. Permainan ini antara permainan yang penulis mainkan di Windows 8. Permainan ini adalah percuma dan boleh didapati di Windows 8 Store. Itulah kebanggaan/pembaharuan yang ada pada Windows 8. Daripada beberapa penyelidikan dari beberapa laman termasuklah laman Amanz.my salah satu laman teknologi informasi dalam Bahasa Melayu yang gempak. Yang sudah lama bertapak dalam dunia ‘blogging’ ini mengatakan bahawa sudah lebih daripada 13,000 aplikasi dalam Windows Store. Selain itu laman amanz.my menggunakan bahasa yang mudah difahami dan terus kepada tujuan lagi menyedapkan pembaca untuk membaca penulisan tuan punya laman. Pada zahirnya kami disini tidak ingin timbulkan persaingan dengan laman amanz.my walaupun persaingan yang sihat. Kami hanya mengikuti jejak langkah laman tersebut untuk membekalkan sebanyak mana informasi dalam dunia teknologi. Huh. Macam laman ni penulis yang punya. Lagi satu,kami ingin membuat pembaharuan sepertimana yang dilakukan pihak Microsoft terhadap sistem pengoperasian Windows 8.

Klik: Guns 4 Hire.
Klik: Rebellion.

Guns 4 Hire merupakan game 3D dalam bentuk third person shooter (TPS). Penulis telah mainkan permainan ini. Dan penulis memberi 5 bintang,10/10 dan 100% tahap menggembirakan. Dalam permainan ini terdapat empat hero yang masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Penulis baru kenal dengan permainan ini jadi penulis tidak dapat menghuraikan dengan lebih dalam mengenai permainan ini. Tujuan penulis ialah untuk mengajak warga dunia menggunakan sistem operasi Windows 8 dan mencuba beberapa aplikasi menarik pada Windows 8 ini. Kembali kepada ulasan permainan Guns 4 Hire. Permainan ini disediakan oleh pihak Rebellion Video Game. Salah satu pembekal permainan kepada Steam dan juga Windows 8 Store. Permainan ini menyokong x86,x64 dan juga ARM pada tablet Surface. Itu sahajalah ulasan yang diberikan untuk permainan ini anda boleh mendapatkan permainan ini pada Windows 8 store. Penulis tidak tahu adakah permainan ini dilepaskan untuk negara Malaysia atau luar negara. Jadi,sebagai langkah persediaan awal ubahlah kepada negara Amerika Syarikat untuk memanfaatkan keseluruhan Windows 8. Penulis tidak meyuruh/menggesa anda membayangkan anda berada di Amerika tapi ikuti langkah dibawah untuk anda ke Amerika menerusi Windows 8. (Lawak malam).

Langkah 1: Buka panel kawalan (control panel).

Langkah 2: Klik pada Clock,Language and Region.

Langkah 3: Klik pada Region

Langkah 4: Pergi ke tab Location 

Langkah 5: Ubah kepada United States di ruangan Home location.
(Sumber: JomPHP.com)

Langkah pemasangan permainan Guns 4 Hire.

Langkah 1: Buka Charm Bar 

Langkah 2: Klik Search

Langkah 3: Klik Store

Langkah 4: Taip Guns 4 Hire pada ruangan carian (search)

Langkah 5: Klik ikon search.

Langkah 6: Tunggu sebentar untuk Windows 8 Store membuat carian. Bergantung kepada kelajuan internet.

Langkah 7: Klik Aplikasi Guns 4 Hire.

Langkah 8: Klik Install

Langkah 9: Tunggu aplikasi dipasang bergantung juga kepada kelajuan internet anda.

Langkah 10: Klik notifikasi yang keluar selepas anda siap memasang untuk menjalankan permainan Guns 4 Hire.

Langkah 11: Mainkan dengan sepenuh hati.

Selamat memasang 
Sekian,Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img